Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dua Belas

"Bukk!"

"Earghh..."

Wajah Eunwoo terus tertoleh-toleh ke sekelilingnya bagi mencari dari mana datangnya punca suara erangan tersebut sebaik deria pendengarannya disapa suara tersebut, meskipun pandangannya masih lagi gelap tanpa sebarang cahaya.

Tapi kemudiannya ikatan dimatanya dibuka seseorang buatkan pandangan Eunwoo yang sebelum ini gelap, mula bertukar terang. Namun penglihatan Eunwoo masih kabur kerana terlalu lama matanya diikat.

Dan sebaik penglihatan Eunwoo mula membaik, untuk seketika Eunwoo hilang riak saat matanya disapa wajah Taeyong yang sedang terpamer sinis di depannya saat ini. Eunwoo terkebil ditempatnya.

"Kenapa? Kau macam tak teruja je tengok aku," ungkap Taeyong kemudiannya seraya dia jongketkan sebelah keningnya pada Eunwoo, ingin tahu.

Eunwoo hanya palingkan wajahnya ke arah lain, semata dia tak ingin melihat Taeyong. Namun tingkahnya terjeda sebaik matanya tertancap pada jasad Jungkook yang sedang terbaring di lantai dalam keadaan tangan dan matanya yang telah diikat itu.

Segera wajah Taeyong yang masih berada di hadapannya Eunwoo cari pandang.

"Ughh!!" Dan bersama rasa terkejut dan amarah suaranya itu juga cuba diluah pada Taeyong dalam geram tapi Taeyong yang mendengar suara Eunwoo mula menyungging senyum sengetnya, seakan sedang mengejek.

"Sekarang baru nak pandang aku?" Sinis Taeyong menyoal, sambil jemarinya turut bermain dengan rerambut Eunwoo.

Makin buat Eunwoo berang dengan dia.

"Ughh! Ughh! Ughh!" Dengan rasa berang bagai nak mengamuk, Eunwoo meronta ganas ditempatnya semata dia ingin terlepas dari ikatannya dan menyerang Taeyong tapi malangnya perbuatannya itu hanya buat dia rebah ke lantai bersama kerusi yang terikat bersamanya saja.

"Ughh..." Eunwoo sudah tidak dapat meronta mahupun bergerak.

Taeyong yang melihat keadaan Eunwoo sudah menggeleng kecil, sebelum dia kembali membetulkan kedudukan Eunwoo seperti asal.

Kemudian wajah Eunwoo kembali Taeyong tilik penuh leka dalam pada jemarinya turut bermain sama dengannya buatkan Eunwoo yang rimas sesekali cuba menepisnya.

"Kalau kau melawan pun dah tak ada guna, Eunwoo. Kawan kau yang datang nak tempah maut, kenapa kau nak marah aku? Sepatutnya kita raikan kedatangan dia, kan? Sebelum aku hantar dia ke neraka. Betul tak?"

Terus terjeda tingkah Eunwoo sebaik dia mendapat kata tersebut dari Taeyong. Semerta saja jantungnya berdegup kencang, rasa takutnya mulai melonjak tinggi di saat dia mendengar kata-kata Taeyong itu.

Lambat-lambat kepala Eunwoo dieleng dalam takut pada Taeyong.

Tak, dia tak boleh biar Taeyong apa-apakan Jungkook.

"Ugh... ughh..." dan bersama elengannya, suara halusnya itu turut berbunyi seakan sedang merayu pada Taeyong.

Tapi Taeyong yang melihat respon Eunwoo makin melebarkan senyumnya.

Sebelah tangannya cuba menyapa wajah Eunwoo sebelum ibu jarinya mengelus lembut pipi Eunwoo bersama senyum sinis yang diukirnya mula bertukar manis dan polos buat Eunwoo.

"Kau, malaikat adik aku. Aku nak bunuh kau, untuk hantar kau pergi syurga dengan adik aku. Jeon Jungkook tak boleh mati dengan kau... dia bukan malaikat. Dia si jahanam. Jadi aku akan bunuh dia untuk hantar dia pergi neraka. Kau tak boleh tolong dia Eunwoo. Kau terlalu naif untuk mati dengan dia. Kau baik, baik sangat. Kau tak layak mati dengan dia. Ingat tu."

Walaupun tutur kata Taeyong terdengar lembut saja bernada, tapi ia masih belum cukup untuk buat Eunwoo tenang bila memikirkan setiap kegilaannya saat ini.

Dengan rasa takut yang makin menggunung, Eunwoo cuba alihkan matanya dari tatapan Taeyong dalam pada dia cuba melihat keadaan Jungkook saat ini tapi Taeyong yang perasan Eunwoo seakan ingin cuba melarikan pandangannya dari dia, mula mencengkam wajah Eunwoo pula agar Eunwoo tidak terus bergerak.

"Urghh..." Eunwoo kembali terdiam ditempatnya dalam kesakitan akibat rahangnya dicengkam Taeyong.

"Kau cuma perlu pandang aku, Eunwoo. Aku tak nak dan aku tak suka kau pandang orang lain, termasuklah Jungkook. Ingat tu?" Dan bersama soalan tersebut, rahang Eunwoo makin kemas dicengkam Taeyong.

"Urghh!..." Eunwoo sudah terkapai kesakitan ditempatnya. Rahangnya rasa bagai nak tercabut akibat dicengkam begitu kuat oleh Taeyong hingga akhirnya dia sudah tidak berdaya untuk meronta lagi.

Kemudian Taeyong kembali melepaskan rahang Eunwoo yang dicengkamnya sebelum giliran ikatan dimulut Eunwoo pula yang dirungkainya selepas itu buatkan Eunwoo yang sudah terbebas dari ikatan dimulutnya akhirnya mampu juga menghela nafas lega dia.

Taeyong pula kembali sambung tilik tubuh Eunwoo atas bawah, seakan dia masih tak puas menatap Eunwoo saat ini.

Tiba-tiba senyum Taeyong disenget kecil buat Eunwoo sebelum tangannya naik menggosok lembut ubun-ubun Eunwoo buatkan Eunwoo agak hilang riak dengannya buat seketika.

"Nanti bila di syurga kau tolong jaga adik aku elok-elok ya. Jangan buat dia sakit lagi, terus bahagiakan dia seperti mana dia sentiasa bahagia bila bersama kau selama ni. Aku tahu kau boleh jaga dia, aku boleh harapkan kau untuk jaga dia dekat sana kan, Cha Eunwoo?" Satu-persatu pesan itu dititip Taeyong buat Eunwoo, tapi Eunwoo masih tidak tahu untuk kata apa sebagai balasan.

Tapi sungguhnya dia tak sanggup mati lagi.

Dia tak ingin mati dibunuh Taeyong.

Dia tak ingin jadi korban untuk bahagiakan orang mati, meskipun si mati pernah menjadi kesayangannya.

Eunwoo mengaku dia memamg setia cintakan Hyun.

Tapi dia masih sedar setia dia bukan sampai dia sanggup hidup dia turut derita semata dia ingin ikut Hyun mati.

Eunwoo masih waras untuk bezakan setia dengan obses.

Tapi kenapa Taeyong seperti begitu mendesak dia agar mati bersama Hyun?

Syurga yang cuba dicipta Taeyong untuk Eunwoo, bagaikan neraka untuk Eunwoo saat ini.

"Aku tak nak... teman Hyun di syurga. Aku tak percaya,... kau.."  bersama rasa gentar yang cuba ditahan sebaik mungkin, kata itu cuba diluah Eunwoo buat Taeyong.

Dan Taeyong yang mendengarnya, mula bertukar riak wajah polos dan cerianya.

Menjadi keruh.

.tbc.

*note: Eunwoo berani tidakkan kata sang harimau? Tidakkah Eunwoo takut dibaham harimau?

**story ni bakal tamat dalam kiraan 5 chapter lagi, gaiss.

So, get ready your next popcorn bucket to stream next dark chess...

It's all about life only...

-J'sMine-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro