Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dua


"Baiklah, sila hantar kerja yang cikgu Jang suruh tadi guys! Palli, Sains, Sains...siapa tak hantar markah untuk amali Sains diorang akan dipotong!Palli anak-anak manusia semua!"

Tu dia...sebaik saja ugutan tersebut dikeluarkan dari mulut Dokyeom si ketua, terus budak-budak 3Alpha1 bergegas dari tempat masing-masing menuju ke tempat Dokyeom bagi menghantar kerja mereka.

Tapi Eunwoo pula sebaliknya. Dengan lagak tenangnya dia bangun dari kerusinya sebelum dia berpaling ke arah Jungkook yang sedang khusyuk dengan kerja melukis dia disisinya.

"Kerja kau?"soal Eunwoo pada Jungkook. Jungkook segera menghulur buku kerja Sainsnya pada Eunwoo sebelum dia kembali menyambung kerja melukisnya tanpa mempedulikan lagi Eunwoo.

"Okey..."tanpa banyak soal Eunwoo mengambil buku Jungkook sebelum langkahnya mula diatur untuk menghantar kerja mereka kepada Dokyeom.

Namun tiba-tiba lengan Eunwoo disambar dari tepi oleh seseorang buatkan langkah Eunwoo kembali terjeda dan Eunwoo pula segera menoleh ke arah gerangan yang sedang memegang tangannya itu.

"Apa?"soal Eunwoo dalam dingin pada si dia. Ya...si dia yang bernama Taeyong itu.

"Tolong hantarkan kerja aku juga?"pinta Taeyong tanpa teragak-agak bersama senyumnya turut disimpul untuk Eunwoo. Eunwoo pandang dia dengan jengkel.

"Kaki ada, hantar sendiri."balas Eunwoo dalam malas nak layan sebelum dia cuba merentap lengannya untuk lepas dari pegangan Taeyong namun Taeyong makin kemas menggenggam pergelangan tangan Eunwoo.

"Kau tolong hantarkan untuk dia tu boleh pula?"balas Taeyong dengan soalannya pula dalam pada jarinya ditunjuk ke arah Jungkook.

Eunwoo rasa makin jengkel dengan Taeyong.

"Aku tak pernah kenal kau, jadi jangan nak cuba tunjuk rapat dengan aku."balas Eunwoo pula kemudiannya dengan rasa geram yang cuba ditahannya sambil dia cuba merentap dengan lebih kuat lagi pergelangan tangannya hingga ia terlepas dari pegangan Taeyong sebelum dengan rasa sebal, Eunwoo segera berlalu dari situ untuk menghantar kerjanya ke tempat Dokyeom.

Taeyong yang masih tajam merenung tingkah Eunwoo dari tempatnya sudah pamerkan senyum kecilnya, sebelum dia turut bangun dari tempat untuk menghantar kerjanya kepada Dokyeom juga.

Usai menghantar kerja Sainsnya kepada Dokyeom, Taeyong masih mengikut lorong yang dilalui Eunwoo untuk menuju ke tempatnya namun di saat Eunwoo melepasi meja Mingyu, laluan tersebut terus dihalang Mingyu dari dilepasi Taeyong buatkan langkah Taeyong terus terhenti.

Segera Taeyong pandang Mingyu dengan tajam.

"Tepi,"dingin Taeyong mengarah, tapi Mingyu pula tanpa rasa takut turut tayang senyum mengejeknya.

Drama dia sudah sedia untuk dimulakan.

"Omo...dengan Eunwoo kau boleh cakap elok-elok. Dengan aku nak garang bagai. Chill, okay...tak salah pun untuk kau cakap elok-elok dengan aku."seperti biasa, ayat drama Mingyu dimulakan...untuk mengenakan Taeyong seperti mana dia pernah kenakan Eunwoo.

Makin tajam Taeyong tikam wajah Mingyu.

"Kau nak apa?"soal Taeyong dan ya...akhirnya soalan yang ditunggu-tunggu Mingyu muncul juga.

Terus senyum sinis Mingyu dilebarkan dalam suka sebelum dia bangkit dari tempatnya dan mendekatkan wajahnya di tepi wajah Taeyong.

"Aku nak kau..."bisik Mingyu, penuh gemersik dan dengan gaya menggoda pada Taeyong dengan niat agar Taeyong cuak dengannya.

Tapi tanggapan Mingyu seakan meleset bila Taeyong bukan saja tak nampak takut malah senyum sinisnya turut dilarik sama buat Mingyu.

"Kau bukan test aku.."balas Taeyong selamba sambil dia jauhkan kembali tubuh Mingyu dari dirinya buatkan Mingyu agak terjeda dengan tindakannya.

"K-kau..."Mingyu dah tergagap dari mengungkap sebarang kata kerana tak menyangka dengan jawapan Taeyong.

Adakah Taeyong seorang yang songsang?!

Otak Mingyu jadi ralat untuk memikirnya sekarang.

Taeyong pula kembali tikam tajam wajah Mingyu bersama senyum sinisnya masih turut dilarik sama buat Mingyu.

"Kalau ya pun aku sedang berminat dengan seseorang...ianya hanya Eunwoo, Cha Eunwoo. Kau bukan test aku...ingat tu."

Gulp!

Terus tertelan liur Mingyu akibat terlalu gerun dengan aura gelap di sebalik kata-kata Taeyong itu bahkan Eunwoo yang sudah pun duduk di tempatnya turut terkedu dengan kata-kata Taeyong yang didengarnya itu. Yang lain juga turut terkejut sama.

Tak, apa maksud Taeyong?

Pandangan Taeyong kemudiannya dilirik ke arah Eunwoo pula, sebelum senyumnya disimpul lebar buat Eunwoo.

Eunwoo mula rasa seram dengan Taeyong.

"Dia yang paling menarik...untuk jadi crush aku, kan?"soal Taeyong balik seraya dia kembali memandang Mingyu yang sudah terbisu kelu di tempatnya.

Yang lain turut tak mampu memberi sebarang jawapan mahupun respon untuk soalan Taeyong yang satu itu.

Tiba-tiba Jungkook berdiri di tempatnya sambil pandangannya dilempar tetap ke arah Taeyong.

"Eunwoo masih dungu untuk kau permainkan dengan cinta songsang kau tu. Jadi jangan nak berangan untuk buat dia jadi crush kau."balas Jungkook selamba pada Taeyong buatkan Taeyong memandang ke arah Jungkook pula.

Eunwoo di sebelah Jungkook masih bisu seribu bahasa. Jantungnya turut laju berdegup, dek takut dengan kata-kata yang diungkap Taeyong.

Tiba-tiba saja Eunwoo teringat akan abangnya, Seungwoo.

Abang yang terlalu gilakan dia.

"Korang tahu kenapa aku datang sekolah ni? Sebab aku nak ikut Eunwoo."

Terus berderau darah Eunwoo bila dia mendengar kenyataan tersebut keluar dari mulut Taeyong.

Tak...masalahnya di sekolah lama dia tak pernah kenal pun Taeyong. Mengapa Taeyong sanggup berpindah ke sekolah ni semata nak ikut dia?

Terus Eunwoo bangkit dari tempatnya sebelum dia memandang Taeyong dengan tajam...dan wajahnya cukup dingin terlihat.

"Aku tak pernah pun kenal kau. Jadi jangan kaitkan diri aku dengan kau lagi!"tegas Eunwoo berkata pada Taeyong, sebelum dia kembali duduk ditempatnya dengan rasa takut dan traumanya yang cuba dikawal sebaik mungkin.

Jungkook yang perasan dengan wajah Eunwoo yang sudah berubah pucat itu turut duduk di tempatnya, sebelum dia cuba meraih tangan Eunwoo.

Dingin...tangan Eunwoo terasa dingin, nampaknya Eunwoo betul-betul sedang ketakutan sekarang.

"Kau okey?"dalam prihatin Jungkook menyoal tapi Eunwoo hanya bisu di tempatnya.

"Woo.."giliran Minghao yang berada di depan pula yang menoleh dan cuba menanya keadaannya namun Eunwoo masih bisu tanpa sebarang jawapan.

"Trauma dia datang balik.."ungkap Jungkook pada Minghao bagi mewakili Eunwoo yang masih tak mampu berbicara.

Minghao sudah mengetap kemas rahangnya, dek turut geram dengan Taeyong yang bagai cuba memprovokasi Eunwoo supaya Eunwoo teringat dengan detik hitamnya bersama Seungwoo di masa lalu.

"Kita pernah jadi rakan sekolah, Cha Eunwoo. Jadi rakan tak boleh lupakan rakan...ingat tu."Taeyong yang masih berada di tempat Mingyu masih berani melemparkan katanya pada Eunwoo buatkan bibir Eunwoo makin kemas terketap.

Jantungnya makin laju berdegup, nafasnya juga terasa makin sesak untuk dilepaskan. Kepalanya turut rasa berpusing, pening.

Dan seketika kemudian, kepala Eunwoo terus rebah ke atas meja setelah dia tak mampu lagi tahan trauma yang sedang menyerang diri dan saraf otaknya hingga dia jatuh pengsan.

Hah..dan selepas itu, tiada apa lagi yang dapat diketahui oleh Eunwoo.

Dunianya terus gelap sepenuhnya.

.tbc.

*note:Trauma pada hakikatnya memang boleh menyebabkan pengsan jika saraf otak kita terlalu melawan untuk menahan ketakutan melampau yang cuba menyerang mindset dan perasaan kita.

Tag:
ain_jihah
unazz2406
NEA_00
liyana_azam
_anisszzz_2
MINSWXN
itsyeontae
Farratica07
Yuan_Le_Le
jyj-98

**Komenjuseyyo~aku dahagakan komen korang sekarang. By the way siapa yang nak baca story ni kena baca Fake/Fall dulu. Baru mudah faham sebab ni sekuel Fake/Fall.

Ok?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro