16:00
2 minggu kemudian,,
Setelah 2 minggu aku mendapatkan rawatan bagi jangkitan ini, aku masih tidak pulih. Malah, keadaan aku bertambah teruk. Mahu makan pun tiada selera. Beberapa hari lepas aku dimasukkan ke ICU kerana memerlukan bantuan pernafasan. Hampir sahaja aku putus asa. Namun, dengan sokongan daripada Aisyah, Syifa dan Afif, aku kuatkan diri menempuh sakit ini. Lagi 2 minggu, bulan ramadhan bakal melabuhkan tirainya. Aku sering teringatkan ibu. Apakah ibu sihat di kampung? Aku tak boleh call ibu. Aku pasti, ibu akan syak tentang aku mendapat jangkitan virus ini. Aku banyak meluangkan masa di wad dengan tidur sahaja memandangkan aku sering berada di wad seorang diri. Dan pintu wad aku dikuak seseorang dari luar.
"Makanan sampe." aku tersenyum nipis melihat Afif yang memasuki ruang wad sambil membawa semangkuk sup.
"Aku takde selera makan." Afif mencebik. Sup itu dia letakkan di papan hadapan katil yang menjadi meja untuk aku makan.
"Eh eh aku bawak penat datang sini, takde selera lak kau. Bayar aku." aku mengeluarkan sekeping duit syiling 1 sen yang selama ini aku simpan.
"Nyah lah kalau ya pun nak bagi, bagilah banyak sikit. Takyahlah. Simpan balik. Nampak sangat miskin tu." aku hanya tersenyum senget. Nak gelak pun dah tak bermaya haha. Tiba-tiba tekak aku merasa loya. Berlari aku masuk ke tandas dan muntah. Muntah itu sudah menjadi rutin kepada aku sejak terjangkiti dengan virus ini.
"Yah Saddam! Kau okay tak?!" kepala aku sudah mulai pening. Bingkai mangkuk jamban aku pegang kuat supaya tidak terjatuh. Dan sekali lagi aku termuntah. Afif tidak henti mengusap belakang aku bagi melancarkan diri aku untuk muntah. Setelah selesai, aku dipapah Afif ke katil pesakit. Jelas aku lihat yang air mata Afif mengalir. Haih.
"Kau sama je dengan Aisyah. Nanes je tahu." air matanya dia lap.
"Aku hiks. Aku sambung kerja dulu tau. Cepat sihat weh." aku mengangguk faham. Akhirnya, tinggal aku seorang diri di dalam wad ini.
•••
"Ibu. Baju raya tahun ni warna mende?" Saiy yang sedang mengscroll aplikasi instagramnya bertanya pada ibunya yang sedang menonton televisyen itu.
"Baju raya? Awalnya."
"Kena beli awal. Habis stok kekgi." Ibu Saiy berfikir seketika sebelum sepatah perkataan keluar dari mulutnya.
"Merah." Saiy langsung tersengih melihat ibunya.
"Merah buat abang marah WKWKWKK" lantas seketul bantal dibaling ayahnya tepat pada muka presyosnya.
"IBUUU TENGOK AYOHH" ibu dan ayahnya hanya tergelak melihat wajah cemberut milik Saiy.
"Sungguh ke nok beli kaler meroh? Saiy nok cari ni." Ibunya mengangguk laju.
"Jangan lupa. Belikan abang kamu baju melayu sekali."
+++
"Aku dah tak sanggup nak rahsiakan hal ni. Beri aku telefon Saddam." dengan mata bengkak, Afif mencapai telefon Saddam yang berada di dalam laci mejanya.
"Kalau Saddam marah?"
"Aku tak kira. Sakit dia dah teruk. Aku taknak terlambat." lantas nombor telefon ibu Saddam dicarinya. Aisyah menahan Afif.
"Boleh.. Aisyah yang bercakap?" afif terdiam. Namun, dia sedar dari lamunannya semula. Telefon itu dihulur pada Aisyah. Setelah nombor telefon Ibu Saddam dijumpai, Aisyah mendailnya. Nafasnya ditarik dalam.
"Assalamualaikum. Adam ke ni?"
"Waalaikumussalam. Saya kawan kepada Saddam, Aisyah." oleh disebabkan Aisyah menghidupkan mod loud speaker, Afif turut dapat mendengar perbualan mereka.
"Kawan? Makcik ingatkan Adam berkawan dengan Afif saja."
Afif ketawa seorang.
"Saddam mana boleh cerita tentang Aisyah. Kelentong lah dia dah ada crush." kalini Ibu Saddam pula ketawa.
"Makcik gurau sahaja. Saddam pernah bercerita tentang Aisyah. Banyak sangat. Dia excited betul beritahu rancangan dia nak masuk meminang Aisyah."
Aisyah terdiam seketika. Saddam begitu jujur dengan Ibunya sehingga tentang dirinya pun diceritakan pada ibunya.
"Tapi, kami ada hal lebih penting nak beritahu--" Afif yang ingin berterus terang tujuan dia menelefon ibu Saddam dipotong Aisyah.
"Makcik kat kampung sihat ke? Mesti dah mula buat persiapan raya."
"Haah. Baju raya pun dah tempah. Tapikan, Adam ada beritahu tak dia nak balik raya tahun ni?"
Aisyah menoleh kepada Afif. Afif mengeluh sebelum telefon itu diambilnya.
"Makcik. Maafkan saya kalau terpaksa rosakkan mood makcik. Tapi saya tak dapat rahsiakan lagi hal ni."
"Cakap sajalah. Jangan buat makcik tertunggu. Cuak makcik."
Afif menarik nafas panjang.
"Saddam. Dia positif covid-19. Dah dua minggu tapi keadaan dia makin bertambah teruk." terkejut Afif mendengar bunyi seperti telefon terjatuh.
Saiy yang sedang bermain bersama adiknya terkejut melihat wajah ibunya yang seakan terpempan itu.
"Ibu? Kenapa ni?" telefon di lantai Saiy angkat dan jawab.
"Along? Kenapa Ibu terkejut sangat ni?"
"Saya kawan dia, Afif. Ibu awak okay tak?" Saiy masih hairan. Keningnya bertaut. Dia masih tidak faham akan keadaan ini.
"Dia macam terkejut sangat. Itu yang saya tanya. Apa awak cakap dengan mak saya?"
"Along awak. Saddam. Dia positif Covid." Saiy turut terkejut. Dia terduduk di lantai.
"T-tak. Kau tipu kan? Hiks mana Along." air mata Saiy tidak dapat ditahan lagi.
"Wad. Saya rasa lebih baik awak datang ke sini. Saya tahu agak menyusahkan kerana awak tinggal jauh. Tapi, kami sendiri tak pasti dengan keadaan Saddam. Kata doktor, mereka tak nampak lagi tanda Saddam akan sembuh" panggilan terus Saiy matikan. Yang dia tahu sekarang ini, mereka perlu bergerak ke Selangor untuk melihat keadaan Saddam sekarang juga.
•••
Setelah berbincang, akhirnya Saiy dan Ibunya buat keputusan untuk datang ke Selangor manakala ayahnya menjaga adiknya yang lain di rumah. Mereka menaiki grab sahaja dalam perjalanan ke Selangor. Oleh disebabkan pada masa itu, rentasan antara negeri ke negeri tidak dibenarkan, kenderaan mereka ditahan.
"Makcik. Makcik nak pergi mana ni? Merentas negeri perlukan surat kebenaran dari balai. Makcik ada buat tak?" lembut askar itu bertanya pada ibu Saddam. ibu Saddam menggeleng perlahan. Air matanya bergenang. Mereka hanya bercakap dari tingkap sahaja.
"Tolong encik. Anak saya sakit di Selangor. Dua minggu dah dia sakit. Tapi masih belum sembuh. Saya kena lawat dia. Baru tadi saya dapat berita ni." tangan ibu Saddam sedikit menggeletar kerana risau akan anak sulungnya itu. Askar itu mengeluh perlahan.
"Baiklah. Tapi makcik beri nama dan nombor telefon makcik." melihat tangan ibunya yang tidak henti menggeletar, Saiy menuliskan nama dan nombor telefon ibunya di kertas kecil sebelum diberikan kepada askar itu.
"Terima kasih encik hiks." dan kereta mereka meneruskan perjalanan semula.
•••
Baru sahaja aku selesai solat, kedengaran pintu wad dibuka. Aku menoleh ke pintu melihat siapa yang datang. Seperti biasa, Aisyah akan datang ke wad aku sebelum dia kembali ke tempat kerjanya.
"Aisyah?" sejadah di lantai aku lipat.
"Saddam. Ibu saddam dah sampai." sejadah di tangan aku terjatuh. I-ibu? Air mata aku bergenang. Pintu yang tertutup aku lihat. Wajah ibu disebalik pintu dapatku lihat melalui kaca lutsinar yang terdapat pada pintu. Dia tidak berpakaian nyahkuman. Ya allah. Air mata aku jatuh. Aku dekati pintu itu. Tombol itu aku pegang sambil air mata tidak henti mengalir. Akhirnya aku hanya menekan tombol itu untuk menguncinya. Tangan aku dilekapkan pada pintu itu.
"I-ibu.." Ibu juga melambai-lambai padaku sambil matanya tidak henti mengalirkan air mata.
"Cepat sihat, Adam. Ibu nak raya.. dengan Adam tahun ni. Ibu dah tempahkan baju melayu untuk Adam. Warna merah. Adam mesti suka baju tu." Ya allah aku tak boleh henti menangis. Kepala aku disandarkan pada pintu itu. Mahu sahaja aku buka pintu ini dan mendakap tubuh ibuku erat. Tapi aku tak mahu ibu sakit.
"I-ibu baliklah. A-adam baik je.. kat sini. Ibu jangan risau tau. Adam sihat nanti, Adam balik kampung. T-tau" ibu mengangguk laju. Ibu mula mengundur dari pintu wad. Aku lihat Saiy yang berada berdekatan. Tiba-tiba sahaja ibu hampir jatuh. Nasiblah Saiy sempat menyambut tubuh ibu. Aku lihat lutut ibu yang terketar. Ya allah aku nak peluk ibu. Aku terlalu rindu dengan ibu.
"S-saddam okay?" aku mengesat air mata yang bersisa. Senyuman senget aku ukirkan.
"Siapa beritahu ibu aku yang aku sakit?"
"A-aisyah yang bagitahu." aku memandang Aisyah tajam.
"Kau boleh tak jangan buat keputusan untuk aku? Kalau ibu aku jatuh sakit sebab tahu tentang aku, kau nak bertanggungjawab?" nada aku kedengaran sinis sahaja. Aku risau kalau penyakit ibu menyerang. Hipertensi atau darah tinggi.
"M-maaf. Aisyah cuma risau kalau ibu Saddam--" tak sempat dia habiskan ayatnya, aku sudah memotong.
"Tak sempat tengok aku? Takut aku mati? Haha kau memang nak aku mati ke? Kau siapa sampai boleh ramal benda macam tu? Kau ingat kau tuhan?" air mata Aisyah mengalir. Aku tak kira. Aku punyalah usaha rahsiakan dari ibu. Tiba-tiba dia beritahu ibu aku.
"A-aisyah minta maaf--"
"Aku taknak dengar maaf kau. Sekarang, keluar. Aku taknak tengok muka kau." aku lihat Aisyah seakan terpempan. Namun, dia masih ukirkan senyuman sebelum keluar dari wad aku. Aku kenal senyuman itu. Senyuman yang dia ukirkan setiap kali aku berkasar dengannya. Fake smile.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro