13:00
Petang, jam 5, laman belakang hospital
Aisyah POV
Aku termenung. Harini, aku ambil cuti seketika dari tempat menjahit baju nyahkuman. Syifa turut sama. Sementara Syifa berjumpa dengan Afif, jadi aku ingat nak bersembang dengan Saddam. Tapi, selepas nampak Saddam dengan perempuan tadi, aku terus membatalkan niat aku.
Aku sering tertanya. Siapa perempuan yang disukai Saddam? Bagaimana jenis perempuan yang dia suka? Entah mengapa, pertanyaan itu kerap bermain di minda. Ada masanya, aku pelik. Kenapa Saddam seperti benci pada aku? Seakan tidak mahu bertegur dengan aku. Tapi dengan afif, syifa, aku nampak mereka baii sahaja. Kadang kala, terguris juga hati aku.
Dia kelihatan sungguh dingin bila dengan aku. Dia ada dendam ke dengan aku? Tapi, perkara tadi yang aku nampak, betul-betul buat aku rasa sedih. Selama ni, aku tak pernah lihat Saddam sengaja membiarkan perempuan menyentuhnya. Walaupun tidak sengaja, mesti dia akan bersikap dingin. Dan perempuan tadi menolak-nolak dadanya. Namun dia tiada respon. Malahan, dia yang mengusap bahu perempuan itu. Air mata aku jatuh tiba-tiba.
Hai? Kenapa dengan aku? Aku bukan sesiapa pada Saddam sehingga boleh menghalangnya untuk berbuat sedemikian. Air mata pantas aku lap.
Baru sahaja aku ingin bangun dari bangku, kedengaran suara menegur dari belakang.
“Aisyah? Kau buat apa kat sini?” Syifa rupanya. Aku menarik nafas dalam dan berpaling ke belakang. Bukan hanya Syifa, Afif turut sama mengikutinya.
“Eh syifa? Ouh aisyah ambil angin sekejap. Kenapa?” muka mereka kelihatan muram.
“Salah seorang pesakit Saddam meninggal harini.” innalillah. Sejak bila pulak ni?
“Syifa tahu pasal ni bila?”
“Tadi time aku ngan Syifa nak cari kau, terserempak lah dengan Saddam. Ada perempuan tengah menangis tadi. So kitorang tanyalah kenapa. Rupanya ibu kepada perempuan tu yang meninggal. Ibu dia pesakit Saddam. Teruk dia menangis. Sampai dipukul-pukul Saddam nak lepaskan perasaan.” aku memandang afif seperti tidak percaya. Lah perempuan tu anak pesakit Saddam?
“Emm Saddam tak marah ke perempuan tu sentuh Saddam?” aku nampak Syifa dah tahan gelak.
“Asal? Jeles eyhh?” ya allah syifa. Pecah lah rahsia nanti. Aku pukul lengan dia lembut.
“Tak. Saddam pun rasa bersalah dengan perempuan tu. So dia pujuk jelah. Btw apa maksud syifa? Aisyah jeles?” pipi aku mulai membahang.
“Haa tengok tu. Aisyah blush.” membulat mata aku bila Syifa berkata sedemikian. Ya allah Syifa. Sengaja nak usik aku.
“Eh series ah? Wau kena bagitau Saddam ni.” lagi lah aku gelabah. Laju Afif berlari masuk ke hospital.
“Afif! Haih Syifa! Kenapa Syifa bagitau afif?” dan sekali lagi air mata aku bergenang.
“Alah aku gurau je. W-weh jangan lah nanges. Ak-aku kejar afif. Haa jangan risau.” tangan syifa yang memaut tanganku lantas aku tepis. Nak kejar afif? Dah lambat. Aku terus meninggalkan syifa. Mesti Saddam akan lebih benci pada aku.
Meanwhile,
Saddam POV
Sedang aku menguruskan fail kesihatan Cik Yah, tiba-tiba pintu bilik kerja doktor dirempuh. Ingatkan siapa lah tadi. Rupanya afif. Haih. Nasiblah aku je yang ada dalam bilik ni. Kalau tak, buat malu je Afif ni.
“Weh Saddam. Aku ada berita anash ni. Nak tahu tak?” aku menjeling afif.
“Taknak tahu. Aku busy ni. Blah kau.” seperti biasa, afif mencebikkan bibirnya.
“Alah ni pasal Aisyah.” berkerut dahi aku. Fail kesihatan itu aku letak di meja dahulu barulah aku memandang ke arah afif.
“Apa benda panas sangat kalah hareudang tu?” afif tersengih.
“Aisyah. Aku syak dia suka kau.” aku mengecilkan mata aku.
“Ouh tu je? Kau syak je kan? Dah ah aku busy. Blah.” fail tadi aku capai semula. Tiba-tiba afif merentap fail itu dari tangan aku.
“Sabar lah aku belum habis cerita.” eyy geram je aku.
“Haa dah tu cepat lah!” sekali lagi afif tersengih.
“Kan aku cerita pasal perempuan yang tadi marah-marah kau. Lepas tu Aisyah tanyalah pasal kau tak marah ke perempuan tu sentuh kau. And then Syifa cakap cam Aisyah jeles eyh. Aishh aku rasa betul lah dia suka kau. And bila aku tanya apa maksud syifa yang Aisyah jeles, Aisyah blush. KYAAA HUAAA AKU PULAK EKSAITED NI.” aku senyap seketika. Betul ke Aisyah ada perasaan kat aku? Dan kalini syifa pula yang merempuh masuk. Haih dua ekor sama je.
“Weweh afif. Jangan bagitau!” bagitau? Aku nampak afif terkejut jugak.
“A-aku dah bagitau” Syifa terus mengeluh.
“Kenapa takleh bagitau?” muka afif sudah berubah gelisah.
“Aisyah. Tadi dia menangis bila aku bagitau kat kau. Dia terus blah tinggalkan aku.” w-whatdehek?
“Biar aku cari--” baru afif ingin menghabiskan ayatnya, aku dah potong.
“Sokay biar aku cari Aisyah. Kau uruskan jab fail kesihatan ni.” aku berlari keluar dari bilik tersebut. Tingkat paling bawah sekali aku tuju. Sangkaan aku betul. Aisyah sedang duduk di kerusi di laman utama hospital. Dia menekup mukanya dengan tapak tangan. Aku tersenyum senget. Kerusi bersebelahan Aisyah dijadikan tempat aku menghenyak punggung.
“A-awak siapa?” aku just senyap. Terasa awkward udu. Dia menoleh ke arah aku. Setelah melihat aku, dia terus mengelap sisa air matanya.
“K-kenapa Saddam datang jumpa Aisyah?” sehelai tisu aku hulur pada Aisyah. Mata dia merah sedikit sebab menangis.
“Terima kasih” aku menunduk. Patut ke aku konfes sia? Jab nak pikir.
“Saddam buat apa kat sini? Btw Aisyah ucapkan takziah. Sebab pesakit saddam meninggal pagi tadi.” aku mengangguk faham.
“Saddam. Saddam okay--”
“Sejak bila kau suka aku?” Aisyah terdiam. Jab. Odo aku patut tanya betul ke tak. Haish. Kang malu je kalau Aisyah cakap tak suka aku. Ternyata bengap juga makhluk bernama Saddam ni.
“Saddam datang sebab dah tahu pasal ni ke?” kalau dari tadi, aku langsung tak pandang muka Aisyah bila dia bercakap. Tapi kali ni aku terus memandangnya tajam.
“S-sorry. Aisyah suka kat Saddam.. Sejak nampak Saddam berjumpa dengan ibu Saddam.” okay aku speechless seketika.
“Kenapa?” sekali lagi aku bertanya soalan kepada Aisyah.
“Aisyah jarang nampak lelaki yang terlalu baik dengan ibu dia macam Saddam.” wau apak ah. Aduh kau ni Saddam. Aisyah dah confess. Confess lah balik haduu.
“Saddam benci Aisyah ke?” membulat mata aku.
“Sejak bila pulak? Aku suka kau la--” cepat-cepat aku tutup mulut. Yahhh!! Ikut time lah hadu. Pipi Aisyah merah-merah pulak. Nak cendol ke-- ouh okay aku lupa Aisyah suka aku jugak. Aish asal semacam je ni. Awkward melanda. Aku senyap, Aisyah senyap. Mulut aku terkunci siaa. Hmm aku amik tisu yang ada and pen yang ada dalam poket aku. Aku tulis something dalam tu. And aku pass kat Aisyah.
❝ Aku suka kau. Tapi aku taknak couple. Kalau nak jugak, jom kawen.❞
Aisyah tersenyum lebar sambil baca ayat tu. Aish gatal ah aku ni *joget sotong*.
TBC
Double hapdet ✌
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro