Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12:00

Dua minggu kemudian,
Hospital, jam 3 pagi.

Oleh disebabkan pesakit yang aku ambil tak berapa ramai, jadi kini hanya tinggal 5 pesakit yang dalam jagaan aku. Nadzmi, seorang wanita berumur lebih 60, dua orang yang sekawan tu dan salah seorang dari pasangan suami isteri yang aku pernah beritahu dahulu. Tetapi keadaan covid-19 di negara kini amatlah membimbangkan. Jumlah mangsa jangkitan sudah mencecah 200 hampir setiap hari. Aisyah dan Syifa masih lagi menjadi sukarelawan untuk menjahit baju nyahkuman.

Doktor-doktor yang lain sampai sudah berapa minggu tidak pulang ke rumah bagi merawat pesakit-pesakit. Aku turut merasa sebak melihat situasi sekarang. Lagipun, kurang dari 2 minggu, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Mohon Allah mudahkan segala urusan para frontliner.

Saddam! Telefon kau berbunyi tu!” aku baru tersedar dari lamunan apabila ditegur afif. Telefon di dalam poket pantas aku ambil.

Incoming call...

♥ Ibu ♥
+6011 2233 4455

Accept / Decline


Assalamualaikum Ibu. Ibu dok tidur lagi?”

“Waalaikumussalam. Dok. Ibu rasa dok sedap hati je dari petang tadi. Adam sihat? Macam mana situasi kat pital sana?” aku mengeluh perlahan walaupun aku tahu mengeluh boleh menghalang nasib baik.

Macam tu lah ibu. Pesakit semakin hari, semakin ramai. Doktor-doktor pun letih ngat do'oh kerja sepanjang masa. Tidur pital je.”

“Allahu. Kamu pun jaga makan ya Adam? Jaga diri, jaga kesihatan. Ibu risau sangat dengan kamu. Raya ni Adam balik dok?” raya? Aku tergelak kecil.

tengoklah dulu keadaan kekgi macam mana. Kalu molek doh, Insyaallah adam balik.

“Alhamdulillah. Lega ibu dengor. Okaylah Adam. Rehat secukupnya. Umi tidur dulu ya?” dan ibu pun mematikan panggilan. Kelibat afif aku cari. Baru nak masuk intai dalam tandas, tiba-tiba aku disergah dari belakang.

BAA” tanpa sedar, aku terus melatah.

BIII BII BABI-- BODO LAA APIP” terus kena sebat kepala. Takziah diucapkan.

AHAHAHAHAHA KAU MELATAH KE MENYANYI TADI?” aku tahan marah je dari tadi. Telinga dia aku cubit kuat.

AKHH II SUCKIT II HIKS” anak mata aku terus digulingkan tanda menyampah. Telinga dia aku lepas balik. Kang tak pasal-pasal mati anak orang.

Yaish aku gurau pun tak boleh. Asal tak tidur lagi?” aku tersenyum senget.

Saja. Kenapa?” tiba-tiba afif dekatkan mulut dia kat telinga aku.

Aisyah wish gudnite.” dan tangan aku pantas menyebat bontot afif.

Yah! Betullah tadi aku jumpa Syifa ngan Aisyah. Pastu dia suh aku wish kat kau. Wuuu cinta kau tak bertepuk sebelah tangan~” aku apa lagi? Tersengih sekejap. Inilah hakikat bila ada crush. Sikit-sikit tersengih sensorang.

Sengih-sengih suka la tu. Dah ah. Aku nak tidur. Bubye.” afif kembali pada kerusinya dan bersiap untuk tidur. Hmm takpelah. Aku tidur sekejap. Nanti bangun tahajud dan solat hajat.

•••

Keesokannya, jam 8 pagi

Aku datang setiap wad pesakit aku. Yang salah seorang dari pasangan suami isteri tu, sakit dia tidaklah terlalu kronik. Cuma antibodinya yang kurang kuat menyebabkan dia lambat sihat. Kemudian wad Nadzmi aku tuju. Seperti biasa, dia hanya membaca novel-novel pemberian aku.

Wad dua orang perempuan sekawan itu pula aku tuju. Mereka sudah bertambah sihat. Kebiasaanya, pesakit-pesakit yang umurnya dalam lingkungan 20-an boleh dikatakan peratusan kemungkinan untuk discaj adalah tinggi. Berbanding dengan warga emas, mereka agak sukar untuk sihat semula. Apatah lagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik yang lain seperti diabetes, masalah jantung dan sebagainya.

Dan akhirnya wad wanita tua itu atau panggilan lebih mesranya adalah ‘cik yah’. Tapi aku pelik kerana nampak dia hanya berbaring membelakangi pintu wad.

Cik yah? Cik yah okay tak?” dia tidak menjawab. Jadi aku buat keputusan untuk datang lebih dekat. Kelihatan cik yah seperti sedang tidur. Hai? Biasanya jam sebegini, cik yah sudah bangun.

Cik yah? Cik yah dah solat subuh ke belum ni?” langsung tiada balasan. Dahinya aku sentuh. Sejuk. Tangan juga sama. Aku terus mencari nadi cik yah di pergelangan tangannya. Allahu.



Innalillahi wainna ilaihi raajiu'n.

Cik yah sudah tiada.

•••

Seorang perempuan kini menolak-nolak tubuhku sambil menangis.

awak cakap, ibu saya ada peluang untuk discaj. Hiks. Sekarang? Apa penerangan awak?! Ibu saya dah tiada!” aku hanya membiarkan dia teruskan perbuatan memukul-mukul dada aku. Ya. Aku rasa memang ni salah aku. Kalau aku tak datang lebih awal, mungkin Cik Yah dapat diselamatkan. Akhirnya perempuan itu terduduk di lantai. Dia menangis teresak-esak. Aku betul-betul rasa bersalah. Perlahan aku usap bahu dia supaya dapat meredakan tangisannya.

TBC

Sorry hiks lama tak hapdet.
Btw, tekanlah vote kat bawah tu hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro