Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

谁 Bab 14

谁 | Who

Craspedia
A flower that represent a good health.

_______________


"JIE JIE, kalau Mei tanya sesuatu jie jie jangan marah eah? (cc)" soal Mei bila mereka sedang duduk dimeja makan.

Ren yang sedang mengeluarkan dumpling dari microwave itu menoleh sekilas.

"Mei nak tanya apa? (cc)" ujar Ren. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi. Pinggan berisi dumpling diletakkan diatas meja.

Sengihan yang terbit di bibir Xiao Mei mengundang rasa curiga pada Ren. Terus keningnya terjongket satu.

"Shenme ya? (Apa?)"

"Ehe, Jie jie dengan Kun gege ada apa- apa ke? (cc)" soal Mei, penyepit digigitnya. Xiao Ren membuat muka.

"Weishema? (Kenapa?) Akak dengan Kun tak ada apa- apa. Jangan fikir yang lain- lain. (cc)"

"Tak ada apa- apalah sangat. (cc)" perli Mei sebelum ketawa kecil. Suka sangat dia usik Ren, yalah bukan main lagi kakaknya itu berpelukan dengan Xukun.

Depan kedai bunga lagi tu, dihadapan dia!

Kalau Jimin gege nampak ni, mesti terbako lelaki tu.

"Habis tu kenapa boleh peluk-peluk bagai? (cc)" soal Mei. Keningnya dijongket satu, bertujuan mahu mengusik kakaknya itu.

Ren cuma memberikan deheman sebagai jawapan buatkan bibir Mei muncung.

Mei mencapai dumpling menggunakan penyepit lalu dimasukkan kedalam mulutnya.

Dikunyahnya perlahan sambil kepalanya ligat membuat ayat untuk menyoal kakaknya berkenaan dengan Jimin gege.

"Jie jie.."

"Em?"

"Jimin gege betul- betul serius ke soal ni? (cc)" soal Mei. Ren yang sedang mengunyah itu terjeda seketika.

"Jimin, kalau dia nakkan satu benda. Dia akan buat betul- betul. Semalam dia serius. Jadi.. (cc)"

"Akak masih sayang ke dekat Jimin gege? Selepas apa yang dia buat dekat jie jie dan selepas apa yang jie jie korbankan untuk bersama dia dan ini balasan jie jie dapat? (cc)" potong Mei.

Ren terdiam.

Korbankan?

Apa yang Ren korbankan selama ini? Pernah ke Ren berkorban untuk Jimin? Yang Ren tahu dia banyak korban perasaan dengan Jimin.

Yang dia tahu Jimin tak pernah ambil tahu betapa sakit dan betapa penatnya Ren nak layan Jimin.

Jangan tanya kenapa Ren sanggup bertahan, enam tahun dia bersama lelaki itu petanda bahawa Ren mahu Jimin tahu bahawa gadis bernama Xiao Ren ini betul- betul mencintainya.

Tapi ini balasannya?

Berbaloi ke semua tu?

Perempuan bodoh macam Ren saja yang kata ini semua berbaloi.

"Jie jie.."

"Mei jangan banyak tanya lagi. Akak dah penat, nak tidur. Cuci pinggan ni lepas dah guna. (cc)" ucap Ren sebelum mengangkat punggung masuk kedalam bilik.

Sebaik pintu biliknya tertutup, tubuh Ren yang bersandar di pintu bilik melorot jatuh ke bawah.

Tapak tangannya yang menyentuh dadanya itu dipukul perlahan.

"You're idiot Ren." bisiknya.

.

😊

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro