
024
JLE ; 024❤️
CHAPTER ; Bongkarkan status? + Son&Mother🌼
+++++
“ Eomma.. ”
Jeon Jaesung,ayah Jungkook memasuki bilik bacaan ibunya yang mewah itu. Dia mendekati Jeon Hyesun si ibu yang duduk atas sofa satu dengan cermin mata yang tegantung di hidung.
Mendongak sedikit kepala melihat anak lelaki nya yang makin menghampiri. Dia kembali menjatuhkan pandangan kepada buku.
“ Eo Jaesung, waeguraeseyo?”
“Anniya,nak ajak eomma turun makan.”
Jeon Hyesun angguk kepalanya. Kemudian dia menutup buku setebal tiga centimeter itu dan letakkan di atas meja kopi. Puan besar Jeon menyuruh anak lekakinya itu duduk. Encik Jeon hanya menurut.
“Eo Jaesung, eomma ada hal nak dibincangkan.”Puan besar Jeon mendepankan sedikit kedudukannya. Tangan direhatkan pada penghadang sofa. Wajah anak lelakinya ditenung.
“ Tentang?”Soal Jaesung.Jeon Hyesun menggamit senyuman. “Kamu taknak bergabung dengan Edward Holding? Anak kamu juga yang uruskan syarikat eomma tu. Lagipun eomma ada fikirkan tentang projek seterusnya yang kamu boleh buat tapi kamu kena berkerjasama dengan eomma—”
Kata-kata Jeon Hyesun yang kelihatan teruja itu dicantas oleh anak nya. Jeon Jaesung berkerut kening, tidak suka dengan kata-kata ibunya itu.
“Geumanhaeseyo eomma! Syarikat saya, saya taknak eomma masuk campur. ” Tahu sahaja dengan perangai ibunya yang suka mengongkong. Patutlah atuk tinggalkan nenek.
Puan besar Jeon berkerut dahi. “Ini untuk kebaikan Jae juga.”Ucapnya dengan nada memujuk. “Terima kasih eomma , syarikat Jae masih stabil. Jasa eomma Jae hargai. Jom eomma turun makan semua dah tunggu.”Jaesung berura-ura mahu bangun. Tidak mahu berlama.
Jeon Hyesun menggigit bibir. Sampai hati anaknya ini. Dia cuma mahu membantu sahaja!
Si ibu mengalihkan pandangan. “Baguslah degil, baru eomma tahu yang Jungkook ikut perangai degil kamu. ” Nama Jungkook disebut. Teringatkan si cucunya makin pening kepala nya.
Jeon Jaesung memalingkan tubuh kearah ibunya. Nafasnya ditarik. “Mengenai Jungkook pula, eomma jangan masuk campur hidup dia.”Tegas berkata-kata. Puan besar Jeon tersentak.
“Saya sebagai bapa dia tidak lah pula sampai mengongkong jodoh anak sendiri.” Sambung Jaesung lagi.
“Eomma buat apa yang eomma nak. Dia cucu eomma. Eomma taknak dia tersalah pilih macam kamu buat.” Balas Puan besar Jeon seperti memerli. Tahu sahaja lah yang ibunya itu memerli isterinya. Malas mahu makan hati tahu saja dengan ibunya itu.
“Jungkook dah besar, 20 tahun. Cukup untuk kenal mana baik dan buruk. Lagipun Jae kenal Cha Eunbyul tu dari dia kecil. Keluarga mereka pun Jae tahu. She's humble, apa yang eomma tak berkenan lagi tentang Eunbyul?Jae tak faham. ” Dia sangat tak dapat faham ibunya ini. Wajah tua itu dipandang. Mahukan secebis jawapan.
“Ya, hanya eomma sahaja tahu. Jae tak perlu faham.” Selepas itu Puan besar Jeon bangun dan mula bergerak ke arah rak buku besar.
“Eomma sakit kepala.. sekejap lagi eomma turun.”
Jeon Jaesung memandang ibunya yang hilang disebalik rak buku. Dia mengeluh dan perlahan mengatur langkah tetapi dia berhenti pada meja kopi. Terdapat satu bingkai gambar yang ditelangkupkan. Atas rasa ingin tahu dia mengambil benda itu.
Ternyata gambar ibu nya dan arwah bapanya yang tersenyum riang seperti keluarga bahagia.
Kenapa eomma telangkupkan gambar ni?
🌼🌼🌼
Jungkook menggaru sisi kepala yang tidak gatal. Eunbyul pula hanya tersengih. Uncle Kim duduk atas kerusi berhadapan dengan Jungkook yang duduk atas katil dan Eunbyul yang terbaring. Uncle Kim mula tergelak kecil melihat Jungkook yang janggal.
Lawak pula rasanya sebab kenakan budak-budak ni. Uncle Kim menggeleng kepala. Peha Jungkook ditepuk sedikit kemudian uncle kim tersenyum. “Jangan lah malu-malu.” Tegurnya.
Jungkook mengangguk patuh. Ah,malunya.
“Sejak bila uncle duduk depan pintu?” Eunbyul menyoal. “Sejak bila tu rahsia.” Uncle Kim menyimpul senyum melihat adegan dihadapannya ini. Eunbyul berhati-hati ingin bangun dari baringan. Jungkook yang melihat lantas menolong gadisnya itu. Pinggang Jungkook dipeluk dengan tangan kiri. Jungkook memegang lembut sebelah bahu Eunbyul.
“Ah, Eunbyul nak uncle ambil tindakan ke terhadap apa yang jadi hari ni?” Uncle Kim bersandar pada kerusi. Eunbyul yang berada dalam dakapan Jungkook mengerdipkan mata. Kepala menggeleng kecil.
Uncle Kim mencebik.Terkocoh-kocoh dia menyiapkan segala kerja di syarikat apabila mendapat berita daripada Ko Hwasun sebelum Jungkook menelefonnya.
“Itulah kamu baik sangat. Ni ha perangai ni geram uncle tengok.”Pipi tembam Eunbyul di cubit geram. “Uncle Kim!”Rengek Eunbyul sambil jemarinya mengusap pipi. Jungkook hanya senyum lebar.
“Tak apalah Uncle sikit je ni nanti baiklah luka ni.”Eunbyul menjuih bibir sambil membelek tangan kanan yang berbalut.
Uncle Kim menjatuhkan pandangan pada tangan yang berbalut itu. “Dengan tangan berbalut nya macam mumia. Bahu tu pun berbalut. Dahi bertampal ada hati kata sikitnya.” Perliannya hanya mendapat sengihan daripada Eunbyul, dua jari berbenutk peace ditunjukkan.
“Itulah uncle, Jungkook tak faham juga 'sikit' dia Tu.”
Eunbyul menjeling Jungkook. Bukan nak sokong kita!
Uncle Kim merenung Eunbyul terbit keluhannya. “Sampai bila nak sorok status kamu Eunbyul? Uncle tahu selama ni kamu terluka, dibuli. Uncle tahu Eunbyul tapi uncle hanya diam. Uncle ambil tindakan dalam diam.” Mengeluarkan apa yang terbuku di hati.
Eunbyul melagakan jemarinya. Bukan apa.. dia dah terbiasa dengan hidup biasa di luar. Baru dia tahu hidup sebagai orang biasa sentiasa dibuli dan dimaki jika membuat sedikit kesalahan.
Dia merasai semua itu. Jungkook menjenguk wajah Eunbyul. Bahu kecil itu diusap dengan ibu jari. “Byul-ah.. betul apa yang uncle Kim cakap.” Jungkook memujuk.
Dapatkah dia menerima impak yang baik dari semua orang nanti?
Dia cuma risau.. risau akan dirinya.
“Byul..hm nanti byul fikirkan.” Eunbyul senyum manis. Jungkook yang geram melihat wajah comel itu mula mencuit hidung mancung itu.
Uncle Kim mengoyak senyuman. Aishh, tengok diorang sweet² ni teringat isteri dekat rumah. Rindulah!
“Dah dah jom balik, cemburu aku nengok engkorang ni manja-manja.” Uncle Kim bangun daripada kerusi dan terus keluar daripada bilik kesihatan ini.
Mereka melekek ketawa melihat gelagat Uncle Kim yang lucu itu. Jungkook mencuri pandang wajah Eunbyul yang ketawa. Senyap-senyap dia mengucup pipi gebu itu. Gebu! Sedap gomol!
Selepas jururawat menanggalkan jarum IV drip. Jungkook merapati Eunbyul dan tangan besarnya dipegang oleh Eunbyul. Manja-manja!
“Kook ada bawa baju. Kita tukar dalam tandas ya” Jungkook melepaskan tangan Eunbyul yang berada di genggamannya dan mula mengambil satu beg kertas yang terisi baju.
Baju Eunbyul yang basah darah sebentar tadi digulung dan diletakkan dalam beg plastik.
Mata bulat Eunbyul terkelip-kelip mencerna ayat Jungkook kemudian dia menggeleng.
Dia hmm.. malu! “Urm..tak apa awak.. saya tukar sendiri.”Lembut dia menolak pelawaan Jungkook.
DIA MALU! MALU! ARGHH!!
RASA NAK TEKUP MUKA DENGAN BANTAL!
EUNBYUL KENAPA NAK BLUSHING NI!
Seronok Jungkook melihat pipi gadis itu merona merah. Pipinya yang memerah jelas memukau hati Jungkook. Wajah ini yang ditatapnya dari umur mereka 5 tahun.
Dia mencintai gadis ini sepenuh hatinya.
Dagu runcing itu disentuh dengan jari telunjuk nya. Ditatap mata perang itu. Bulu mata lentil Eunbyul terkelip-kelip lambat , terpukau dengan tatapan merbahaya jejaka ini.
“Jung tolong Byul. ”
Sejurus itu tangan Eunbyul ditarik lembut. Eunbyul terkocoh-kocoh untuk turun. Jungkook tergelak kecil. Kaki pendek 😂.
Eunbyul mengetap bibir, malu! Terus tubuh belakang Jungkook yang sasa dipeluk. Jungkook menoleh sedikit kebelakang.
Tangan kecil Eunbyul yang berada diperutnya disentuh.
Dapat dia rasa bentuk cincin permata kecil di jari tengah itu. Cincin ini dia hadiahkan empat tahun lepas semasa mula-mula mereka menjadi pasangan kekasih.
Tidak sangka Eunbyul masih pakai lagi.
Selama ini dia tidak perasan.
Jungkook melebarkan tapak tangan kanannya. Sebentuk cincin kosong dijari tengahnya ditenung. Kemudian dia mengukir senyum nipis. Jungkook menyulam tangan mereka. Kontra saiz yang berbeza membuatkan pasangan ini makin comel.
“Janganlah gelak. Saya tahu saya pendek.”Gumam Eunbyul. Jungkook menahan gelak. Dia mengambil tangan Eunbyul dan dikucup lama setiap jemari itu.
Maka berjalanlah mereka dengan keadaan begitu. Nasib mereka baik kerana sekarang paramedik sedang rehat.
“Sayang..” Panggil Jungkook, Eunbyul hanya berdehem. Eunbyul menyembamkan wajah pada badan belakang Jungkook. Ermm,wangi❤️
“Bila sayang pakai cincin ni?”
“Saya tak pernah tanggalkan cincin ni.
Ada keinginan saya nak tanggal tapi hati saya berat dan saya rasa cincin ni berharga.” Jujur Eunbyul.
“Thanks for appreciate it baby”
××××
🌼1191 Words🌼
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro