K5
Sebelum ini aku sering menunggu panggilan dari mu, aku sering menanti pesanan dari mu. Sering kali aku melihat dan membaca semula pesanan yang ku tulis dan yang kau balas. Pada saat itu, aku tersenyum sendirian sehingga orang di sekeliling ku menggap aku gila. Aku bukan la seorang yang mudah untuk menyukai dan mencintai lelaki hatta wanita. Susah, kerana aku menganggap semua itu hanyalah sandiwara dan layar lakonan dunia. Namun, setelah aku mengenali kau semua itu bagaikan abu yang berterbangan ditiup angin. Hilang semua tanggapan ku. Aku mulai jatuh, aku mulai tenggelam, aku mulai alpa.
Kini semuanya musnah, kau mempergunakan aku. Tanggapan ku sebelum ini kembali menjengah. Semuanya hanya sandiwara. Semuanya hanya lakonan dunia. Layar teater yang dilakonkan oleh pelakon handal. Dan kau adalah pelakon itu. Sungguh, sungguh aku menyesal kerana mulai mempercayai cinta. Dan kini aku tidak peduli lagi jikalau engkau menghantar pesan, jikalau engkau membuat panggilan. Dan aku tidak lagi menunggu kau. Tidak lagi membaca semula pesanan-pesanan.
Aku, kini kembali pada diri aku yang dahulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro