Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

PROLOG

Si Bunga Api sangat sukakan bintang. Dia selalu memandang langit pada waktu malam. Dia selalu berdoa supaya hasratnya untuk menjadi bintang jadi kenyataan. Baginya, bintang sangat cantik. Ia bersinar pada waktu malam dan menjadi sebutan makhluk lain di bumi. Dia mendengar khabar, jika dia ingin bersinar, dia perlu mencari Si Pelita. Keinginannya yang kuat telah mendorong Si Bunga Api mencari Si Pelita demi mencapai cita-citanya. Akhirnya, Si Bunga Api telah berjumpa dengan Si Pelita. Si Bunga Api telah merayu kepada Si Pelita supaya menghidupkannya. Si Pelita enggan melakukannya kerana jika dia berbuat demikian, Si Bunga Api akan terbakar lalu mati. Namun, Si Bunga Api tetap merayu. Dia ingin bersinar pada waktu malam sebagaimana bintang bersinar di dada langit malam walaupun hanya sekali. Si Pelita menunaikan permintaan Si Bunga Api. Lalu seluruh tubuh Si Bunga Api mengeluarkan cahaya dan bersinar-sinar. Seketika kemudian, Si Bunga Api pun mati.

Sejak tadi, kolam ingatannya berkocak dan dengan sendirinya mengalirkan cerita Mimpi Si Bunga Api. Entah kenapa cerita dengan penamat yang tragik itu juga yang singgah dalam fikirannya walaupun pada saat ini.

Hujan telah menenggelamkan segala punca bunyi. Atau sememangnya dia sudah tidak mendengar apa-apa lagi. Dia tidak lagi mendengar betapa kuatnya hentakan titis-titis hujan yang gugur ke atas tar dan juga bunyi hon yang kian menghampiri. Perlahan-lahan matanya dipejam.

Selamat tinggal derita!


BAB 1

Pada suatu hari, daku, Chuang Tzu, telah bermimpi daku ialah seekor rama-rama yang mengepak-ngepak ke sana dan ke mari. Daku menyedari kebahagiaan daku sebagai seekor rama-rama sehingga tidak daku sedari yang daku adalah seorang Chuang Tzu. Apabila daku bangun daripada tidurku, daku keliru sama ada daku adalah manusia yang bermimpi sebagai rama-rama ataupun seekor rama-rama yang bermimpi sebagai manusia - Chuang Tzu

"Thirty two years old Malay male, shortness of breath, bp 140/90, pulse rate..."

Dia dikelilingi air yang semakin menghanyutkannya. Ada arus yang terus menolak dan menenggelamkannya. Dia bergelut di bawah air dan cuba menolak tubuhnya untuk naik ke permukaan namun dia terlalu lemah. Kekuatannya entah hilang ke mana. Dadanya bagai terhimpit dan dia terdesak untuk mendapatkan udara. Dia rasa kepalanya amat sakit. Macam hendak pecah.

Argh!

Dia semakin menghampiri dasar jurang yang dalam. Bagai ditarik semangat air untuk dijadikan peneman.

Sepi. Kelam. Dingin yang membekukan.

"Encik! Nama encik siapa? Encik tau encik dekat mana ni?"

Seseorang sedang menepuk-nepuk bahunya. Kemudian, ada cahaya mencucuk anak mata. Dia ingin berkata sesuatu tetapi peti suaranya tidak memberikan kerjasama.

Tiba-tiba...

Tap!

Dia tersedar. Tercungap-cungap untuk memenuhi paru-paru dengan oksigen.

Aku selamat! Aku tak apa-apa!

Kemudian baru dia perasan orang-orang yang sedang mengerumuninya.

Dia tahu apa yang terjadi.

"Siapa nama encik?"

"Najmi."

"Encik, encik tau encik dekat mana sekarang ni?"

"Hospital."

"Ada mana-mana bahagian badan encik yang sakit?"

Dia geleng.

"Kepala ada sakit? Loya? Nak muntah?"

Geleng lagi.

"Encik tau kenapa encik dibawa ke sini?"

Najmi angguk.

"Tolong refer saya ke Dr. Rifqi."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro