
BLURB
BULLETPROOF CODE
Angel_k20
Hospital sepatutnya menjadi tempat perlindungan. Tapi hari ini, ia menjadi zon pembunuhan.
ZAFRAN AL HAQ
Dia sudah bersumpah untuk tidak lagi terlibat dalam dunia yang penuh darah. Tanpa uniform, tanpa pasukan, dan tanpa senjata. Dia hanyalah lelaki biasa. Tetapi apabila mayat bergelimpangan dan kanak-kanak tidak berdosa menjadi sasaran, dia tahu ada janji yang mustahil untuk ditepati.
ARIANA SOFEA
Dia ada misi tersendiri. Rancangannya hampir sempurna sehinggalah segalanya musnah dalam sekelip mata. Hospital ini sudah bertukar menjadi neraka! Juga sesuatu yang sial baginya apabila terpaksa bekerjasama dengan lelaki misteri lagi keras kepala yang amat sukar untuk mengikut arahannya.
“Kau tembak tiga orang dalam masa dua saat. Jangan nak kencing aku. Kau bukan orang awam.”
– Ariana Sofea.
"So what?"
– Zafran Al Haq.
Setiap detik yang berlalu membawa mereka lebih dekat dengan kematian. Tiada bantuan. Tiada jalan keluar. Dalam situasi genting ini, mereka perlu bergantung antara satu sama lain. Namun, dengan ego yang sama tinggi dan kepala yang sama keras, misi ini lebih sukar daripada sepatutnya.
"Aku tak ada masa nak babysit nyawa kau."
– Ariana Sofea.
"Tak suruh kau jaga pun."
– Zafran Al Haq.
Dan apabila wajah yang sepatutnya sudah lama mati muncul di hadapan mata, Zafran sedar ini bukan sekadar rampasan hospital. Ketua mercenaries yang sedang membunuh tawanan satu per satu bukanlah orang asing baginya. Lelaki itu bukan sekadar musuh. Dia iblis yang kembali dari neraka.
“Aku dah tak sabar nak renggut nyawa kau."
– Reaper.
Dengan semua jalan keluar tertutup dan bom mula berdetik, hanya ada satu cara, iaitu melawan. Tetapi dengan nyawa semakin terancam dan masa yang hampir tamat, mampukah Zafran dan Ariana menyelamatkan tawanan dan diri mereka sendiri?
Hari ini, tiada tempat untuk lari. Dan Ariana takkan membiarkan Zafran bertempur seorang diri.
Bulletproof Code: Inteligen versus taktikal. Dua minda, dua gaya, dan satu misi mustahil. Mereka perlu menang, atau pilihan lainnya adalah mati.

Mula: 22 Feb 2025
Tamat: -
Nota: Skil menulis action saya dah berkarat. Jadi, cerita ini ditulis sebagai latihan untuk bolehkan saya dapat balik skil menulis tu. Selagi tak dapat balik, sukar untuk saya sambung cerita lain. Terima kasih sudi baca dan maaf kalau tak best. Huhu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro