Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8

"Lahhh, macam tu pula." Zafran menjongketkan kening. Memang dari tadi dia menjadi lead sebenarnya.

Lain macam sungguh perempuan di depannya ini. Tadi kemain tidak mahu mengalah. Tup-tup apabila jadi begini, angkat benda putih pula. Sesedap rasa saja serahkan baton leader kepada orang lain yang masih diragui identiti. Ejen perisikan apa ini? Lemah! Tak layak jadi aset negara.

"Tak nak. Aku kan orang awam je. Nanti kalau jadi apa-apa, kau salahkan aku pula." Dia memulangkan paku buah keras, menyindir Ariana yang tadinya bukan main lagi menyuruh agar mengikut arahannya.

"Kau bukan orang awam. Kau polis undercover, kan? Dah, gerak cepat! Lagi lama kita kat sini, lagi ramai yang mati," balas Ariana.

Mendengar kata-kata berbaur arahan itu, Zafran tertawa senyap. Hatinya terhibur. Polis undercover? Salah! Sejak bila dia jadi polis? Dia abang militarilah, atau lebih tepatnya ahli pasukan khas. Tapi itu kisah dulu. Sekarang ini dia hanyalah seorang lelaki biasa.

"Jangan salahkan aku kalau pelan kau tak menjadi," peringat Zafran.

"Ya, tahulah aku." Ariana mengangguk.

Sebenarnya, dia ada perancangan lain. Cuma saja pelannya tidak akan menjadi kalau dia yang mengetuai pergerakan ini. Yalah, macam mana dia mahu meneliti gerak laku serta keputusan yang diambil oleh lelaki itu ketika menghadapi situasi tidak terjangka jika dia yang mengetahui operasi tidak rasmi ini?

"Move," arah Zafran seraya memulakan rangkakan.

Arahan itu segera menyedarkan Ariana daripada fikirannya. Tanpa berfikir panjang, pantas dia mengikuti jejak Zafran. Segala benda yang terjadi di bawah juga turut dilihat dan diperhati sebaik mungkin bagi mendapatkan gambaran situasi sebenar yang sedang berlaku.

Bagi Zafran pula, tindakan Ariana menyuruhnya mengetuai operasi ini menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran perempuan itu. Sejenis yang mudah percaya kepada orang lain. Macam mana kalau dia betul-betul pengganas? Lari tak cukup tanah gamaknya si Ariana itu apabila tahu hal sebenar.

Sepatutnya sebagai ejen perisikan terlatih, dia mesti berwaspada dengan segala benda termasuklah identiti orang yang baru dikenali. Sahkan dulu siapa kawan dan siapa lawan. Jika kawan, teruskan dan jika lawan, lawan sampai jadi kawan atau sumbat saja ke dalam tanah. Selesai!

'Freeze.' Sekali lagi Zafran memberi isyarat tangan kepada Ariana.

Tangan kanannya diangkat ke paras bahu dengan buku lima dikepalkan sebagai isyarat kepada perempuan itu agar bersedia. Di depan pintu kecemasan, berdiri dua orang pengganas bersenjata sedang mengawal keadaan. Tiada tawanan berada di situ dan ini memudahkan tugas mereka kelak.

Sekilas, dia mengarahkan jari telunjuk dan jari hantu ke arah dua pengganas yang berkawal di depan pintu kecemasan. Isyarat huruf V itu menunjukkan setiap seorang daripada mereka perlu menangani seorang musuh. Seterusnya, dia memberi isyarat jari terbuka sebagai tanda serangan segera.

'Faham.' Pantas Ariana mengangguk, memahami arahan tanpa sepatah kata. Ada tiga arahan dalam isyarat senyap itu dan ia bermaksud, "Bersedia untuk bertempur, satu orang satu musuh, dan serang!"

Melihat Ariana mengangguk, Zafran terus menjalankan kerja seterusnya. Dengan menggunakan pemutar skru yang sedia ada di dalam poket seluar, dia mengumpil penutup ruang ventilasi dengan penuh senyap dan berhati-hati. Setelah berjaya menanggalkan penutup, dia menjenguk ke bawah bagi menilai situasi sebenar.

"Total dua pengganas. Tiada CCTV. Perfect," beritahu Zafran dengan gerakan bibir tanpa suara.

Ariana memahami kata-kata senyap itu. Memandang kedudukan mereka sekarang membelakangi musuh, maka mereka perlu turun dengan senyap dan membuat serangan pantas dari belakang.

Tanpa membuang masa, Zafran memberi isyarat kepada Ariana bahawa dia akan turun dahulu. Seterusnya, dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, dia bergantung seketika di birai lubang ruang ventiasi sebelum melepaskan diri ke bawah dengan senyap.

Musuh masih tidak menyedari kehadirannya di belakang. Sekarang, giliran perempuan itu pula turun ke bawah. Sempat dia perhati lagak perempuan itu. Cekap dan tangkas. Bagus Dr. Ariana!

Mereka berdua kini berada dalam posisi membelakangi musuh. Dia segera memberi isyarat kiraan tiga jari kepada perempuan itu, tujuan supaya melancarkan serangan serentak. Terus pada kiraan ketiga, mereka berdua menerjah dari belakang dengan gerakan sepantas kilat dan tanpa bunyi.

Zafran, dengan menggunakan spanar G, pantas dia menghentak belakang kepala musuhnya. Namun, itu bukanlah satu-satunya serangan yang dia lakukan. Tidak cukup dengan hentakan spanar, dia menghentak pula setiap sendi si musuh dengan gerakan yang mampu mengeluarkan bunyi "krak!" pada setiap hentakan.

Musuh langsung tidak mampu menjerit dek serangan itu berlaku dengan sangat pantas. Tahu-tahu saja terkulai layu tanpa setitik darah pun menitik di lantai. Maksudnya, serangan itu mencederakan bahagian dalaman dan bukannya luaran.

Selesai kerjanya menabrak musuh, dia berpaling kepada Ariana. Perempuan itu turut berpaling kepadanya seraya mengangkat kedua belah tangan separas bahu, dengan bahunya dijongketkan sedikit sebagai tanda mudah saja kerjanya kali ini.

Ariana, dengan menggunakan test pen, dia menikam bertalu-talu bahagian atas bahu, paha, belakang tangan, dan rusuk bawah musuh. Tikaman pada bahagian-bahagian ini; otot Deltoid dan trapezius, quadriceps dan hamstring, bahagian antara tulang metacarpal, dan tulang rusuk bawah takkan mematikan musuh tetapi cukup untuk memengsankan mereka dek tidak tahan dengan kesakitan melampau. Terus musuh rebah ke lantai tanpa daya dan upaya.

"Nice." Zafran mengangkat ibu jari tanda bagus kepada Ariana.

"Next..." Ariana membalasnya dengan melirik ke arah pintu.

"Wait," balas Zafran seraya mendekati musuh.

Tanpa berkata apa-apa, dia menarik pistol yang dilengkapi peredam (silencer) dari gun holster lelaki yang terbaring kaku di depannya lalu membeleknya sepintas lalu. Terus dia menyuruh Ariana supaya melakukan hal yang sama kepada musuh di depannya.

"Barulah best berlawan pakai pistol. Jimat tenaga aku," sengih Ariana sambil membelek  pistol yang dicurinya.

"Jom," ajak Zafran dan arahannya diikuti oleh Ariana tanpa banyak bunyi.

Perjalanan mereka aman pada mulanya. Namun, sebaik sahaja tiba di tingkat empat, kedengaran sayup-sayup bunyi raungan kanak-kanak. Bunyi tangisan itu pelbagai; ada yang kedengaran teresak-esak dan tidak kurang juga jeritan ketakutan. Tidak cukup dengan itu, bunyi tembakan turut memenuhi ruang setiap kali kedengaran suara orang dewasa cuba meminta nyawa.

"Zaf." Ariana berpaling kepada Zafran.

Zafran memahami maksud Ariana. Kanak-kanak jika dibiarkan begini, risaunya semua mereka akan mati katak kerana pengganas itu bukannya boleh sabar dengan suara raungan kanak-kanak.

"Kita masuk," kata Zafran.

Ariana menyambut kata-kata itu dengan anggukan. Setelah mengatur nafas agar lebih stabil, mereka bersedia di muka pintu. Ariana akan membuka pintu dan dia pula menembak mati pengganas yang berjaga di situ.

Satu... dua... tiga!

Dengan gerakan pantas, Zafran yang berada dalam posisi tepat di belakang Ariana pantas melepaskan tembakan ke arah pengganas sebaik pintu dibuka. Matinya cepat. Sekali tembak tepat ke jantung terus rebah ke lantai. Pengganas kedua yang berjaga di situ turut menerima nasib yang sama.

Mereka berdua meneruskan langkah. Dengan penuh berjaga-jaga, mereka melepasi kaunter wad pediatrik yang kosong dengan manusia hidup. Yang ada cumalah jasad kaku seorang jururawat yang berlubang kepalanya akibat ditembak dengan dua das tembakan.

"Diam aku kata! Bahlul! Tuli! Anjinglah kau semua ni!" jerkah seorang pengganas yang memakai topeng syaitan berwarna hitam.

Tangannya mengacu-acu senapang ke arah sekumpulan kanak-kanak perempuan yang duduk berpelukan di bucu dinding. Wajah mereka yang pucat akibat menanggung sakit semakin pucat dan sembab kerana tangisan ketakutan tidak henti-henti mengalir keluar.

Dalam kalangan mereka, tidak kurang juga yang tersedu-sedu dan berwajah kosong tatkala melihat ibu bapa masing-masing sudah tidak berkutik di lantai. Panggilan hiba "mama" dan "papa" meniti di bibir tidak putus-putus, berharap agar ibu bapa mereka bangun dan memeluk mereka. Berharap agar ini hanyalah sekadar mimpi buruk.

"Damn...!" Ariana mengetap bibir rapat-rapat. Rasa perit mencengkam hati tatkala melihat keadaan itu.

"Tak guna...!" Zafran pula mengepal erat buku lima.

Merah tangannya dek terlalu kuat kepalan itu. Jika diikutkan baran, mahu saja dia menerjah keluar dan menibai mati semua pengganas yang ada. Namun, fikirannya masih waras. Dia perlu menahan diri daripada dikuasai emosi menggila.

Buat beberapa ketika, dia  menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan. Relaks, tenang. Setakat ini, pengganas itu masih lagi tidak mengapa-apakan kanak-kanak perempuan itu. Namun untuk membiarkan kanak-kanak itu, ia sesuatu yang takkan dia lakukan.

"Ariana, get ready untuk plan B," kata Zafran dengan wajah penuh dendam.

Ps: Seronok tak part ni? Haha. 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro