Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 5

"Tapi kau orang awam. Kau kena dengar arahan aku." Lambat-lambat, Ariana menuturkan ayat penegas.

"Habis, kau bukan orang awam ke? Kau doktor kan? Setahu aku doktor bukannya ada kuasa nak mengarah orang, nak-nak lagi dalam operasi menyelamat macam ni." Zafran buat-buat bodoh, selamba saja membalas balik kata-kata perempuan muda itu.

Mendengar ucapan balas Zafran, Ariana mendengus perlahan. Betul juga apa yang dituturkan lelaki itu. Dia di mata lelaki itu adalah seorang doktor, bukannya ejen perisikan. Tapi takkanlah lelaki itu bengap sangat sampaikan tak boleh meneka identitinya sekarang? Dia bawa pistol kut, bukannya bawa picagari. Siap pistol acu ke dahi lagi.

'Oh lupa, penyamaran aku kan always menjadi.' Ariana menggigit bibir.

Apa lagi alasan yang mahu diberi agar lelaki itu mengikut arahannya? Dia mengarah bukan saja-saja, tapi demi menyelamatkan nyawa lelaki itu juga. Cis, dasar tak kenang dek untung! Orang nak tolong lindungi nyawa pun masih tak reti bersyukur. Tetap juga dengan keras kepalanya. Dalam diam, dia menggerutu sendiri.

Melihat dahi Ariana berkerut-kerut seolah sedang memikirkan sesuatu, Zafran tersenyum kecil. Fikirkan apa, hah? Dah, tak payah fikir banyak. Memang dia takkan ikut punya arahan perempuan itu. Aku dengan pelanku, engkau dengan caramu. Begitu!

"Ke tepi. Anggap saja kita tak pernah jumpa kat sini. Masing-masing jaga nyawa sendiri, okey? Aku bukan sejenis lemah hingga perlu tunduk kepada perempuan. Tanam tu dalam kepala." Usai menyudahkan ayat, Zafran segera merangkak ke ruangan sebelah.

Terkebil-kebil Ariana ketika ayat itu singgah di telinganya. For real? Are you kidding me? Hey! Mahu saja dia jerit kepada lelaki itu tapi fikirannya masih waras. Cuma saja otaknya lambat menghantar isyarat kepada kaki. Sedar-sedar kakinya terlebih dahulu menendang buntut Zafran dengan sekuat tenaga.

"Aduh!" Zafran tersembam ke lantai.

"Kau dah kenapa minah? Nak mampus ke?" Berang dengan Ariana, Zafran bingkas bangun daripada sungkurannya lalu berpaling kepada perempuan itu.

Sakitnya hati tatkala melihat Ariana memandangnya dengan muka tidak bersalah. Perempuan itu memang mengundang nahas. Ada juga nanti keluar berita, "Seorang doktor ditemui maut di dalam ruang ventilasi akibat dicekik oleh mambang".

"Kalau kau tak suka ikut arahan, aku pula tak suka orang langgar arahan aku. Look. Kat bawah tu ada ramai pengganas. Kita kena betul-betul bekerjasama untuk keluar dari sini. Kau kan technician, jadi aku yakin kau tahu selok-belok ruang ventilasi ni. Aku perlukan bantuan kau, Zaf!" tegas Ariana.

"Macam ni ke cara minta bantuan? Mak ayah kau tak ajar adab?" Zafran masih berapi dengan tindakan Ariana tadi.

"Aku tak ada mak ayah. Aku anak pungut, aku tak tahu pun siapa mak ayah aku," balas Ariana dengan suara kendur.

Zap! Bagai ditusuk dengan pisau belati rasanya tatkala mendengar kata-kata perempuan itu. Dalam diam, Zafran bersimpati kerana dia juga tiada ayah. Ayahnya meninggal dalam operasi pada 20 tahun lalu.

Selama ini dia dibesarkan oleh ibu yang juga ibu tiri. Ibu kandungnya membawa diri kerana tidak sanggup hidup selalu ditinggalkan oleh suami tentera yang selalu tiada di rumah. Sekarang, ibu kandungnya bahagia dengan suami baru yang merupakan seorang penoreh getah. Bolehlah selalu dimanja-manja dek suami sentiasa ada di rumah.

Namun, sedikit pun dia tidak berdendam dengan ibu kandungnya. Ibunya itu tidak pernah mengabaikannya pun. Hak dan keinginannya sentiasa dipenuhi, dan suami baru ibunya itu pun berperilaku baik. Adat orang kampung yang sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Ibu tirinya juga teramat baik kepadanya. Walaupun ada anak lain hasil perkahwinan dengan ayah, kasih antara mereka dibahagi sama rata. Memang sampai sekarang hubungannya dengan adik-adik sangat rapat bagai isi dengan kuku.

Jadi, berbanding nasibnya dengan Ariana, perempuan itu lebih malang. Sedikit sebanyak dia mula memahami personaliti perempuan itu. Kurang kasih sayang rupanya. Mungkin dia patut berlembut dengan Ariana untuk ketika ini.

"Oh, sorry," balas Zafran, juga suaranya dikendurkan.

"Jadi, boleh tak kau tolong dengar cakap aku? Sekali ni je," pinta Ariana dengan bersungguh-sungguh.

"Untuk dengar cakap, sorry. Tapi kalau untuk tolong kau, maksud aku kita bekerjasama untuk keluar dari sini, yes aku akan bantu. Bagi tahu apa aku patut buat," kata Zafran.

Nada lelaki itu masih kedengaran tegas dan penuh autoriti walaupun sudah memberi kata putus. Nampaknya dalam hal ini, Ariana terpaksa mengalah dua kali lipat. Walaupun egonya tercabar, nak buat macam mana? Dia yang terdesak sekarang. Tanggungjawab menyelamatkan orang awam di hospital ini menjadi tugas utamanya.

"Bad, ada satu je ke walkie-talkie? Aku cadang nak ke control room." Ariana berpaling kepada Badrul yang sedari tadi memerhati saja lagak mereka berdua tanpa bunyi.

"Tak, ada dua. Aku satu kau satu. Ni pun aku curi daripada pak guard yang pengsan kena serpihan bom kat bawah," jawab Badrul sambil menunjuk satu lagi walkie-talkie di tangannya.

"Bagi yang kau punya kat Zaf. Kita dua gerak sekali," arah Ariana.

"Tak naklah aku. Entah-entah lepas ni kau tinggal aku seorang-seorang. Kau tu bukannya boleh kira. Suka sangat gerak sendiri. Kau pergi dengan Zaf ajelah kat control room tu," ceceh Badrul.

Benar, Ariana itu sejenis ejen yang suka bertindak sendiri walaupun ada pelan paling elok terbentang di depan mata. Bagi perempuan itu, pelan yang dirangka hanyalah sekadar pelan. Rancangan boleh berubah mengikut situasi semasa dan pertimbangan keadaan.

"Kau kan partner aku. Takkan kau nak biarkan aku gerak sendiri dengan mamat ni? Siapa dia pun aku tak tahu," balas Ariana dengan nada berbisik kepada Badrul. Berkerut-kerut mukanya dek geramkan lelaki itu.

"Jangan risaulah, dia tu orang kita. Kau kawan elok-elok dengan dia tu. Aku gerak dulu, bye." Usai menuturkan ayat itu, pantas Badrul merangkak pergi dari situ. Namun, sebelum itu, sempat tangannya meletakkan sekeping kertas berconteng di depan Ariana. Lokasi pengganas, katanya.

Buat kesekian kalinya lagi hari ini Ariana ditinggalkan terkulat-kulat di situ. Terkebil-kebil matanya melihat bayang Badrul yang semakin menghilang di sebalik selekoh ruang ventilasi. Sumpah dia rasa nak maki orang sekarang. Wah, memang spesies lelaki macam itu ke perangainya?

Suka sangat lari daripada tanggungjawab!

"Orang kita? Huh! Bullshit," sumpah Ariana. Geramnya bertingkat-tingkat.

Zaf adalah ejen perisikan seperti mereka? Tapi tengok empunya diri tak nampak macam berinteligen tinggi pun. Yang nampak tinggi cuma tahap kepala batu dan ego melangit sepertinya. Langsung tak boleh diarah.

"Sial," bisik Ariana seraya mengetap bibir.

Memang satu kesialan besar baginya apabila terpaksa bekerjasama dengan lelaki itu. Tapi itulah nasibnya hari ini. Nak harapkan Badrul? Tak apalah, kirim salam saja. Lelaki itu datang dengan memberi walkie-talkie dan lokasi kedudukan musuh pun sudah cukup baik.

Dr. Badrul itu cumalah ejen perisikan yang ditugaskan untuk mencari maklumat, atau lebih tepat lagi ejen data. Orang yang akan "clear" semua "mess" yang doktor itu mungkin akan lakukan sepanjang misi adalah dia, Dr. Ariana yang mahir bergasak di lapangan. Jadi, dia agak lelaki itu sedang bersembunyi sekarang sambil-sambil cuba mencari jalan untuk membuka ruang perhubungan dengan dunia luar.

"Muka cantik tapi mulut busuk. Ish ish ish..." Zafran yang diam dari tadi sambil memerhati lagak Ariana yang menyumpah perlahan terus merampas kertas di tangan perempuan itu.

"Kau diam! Bak sini kertas tu. Kang tak pasal aku tendang kau ke akhirat terus." Dengan marah masih tersisa, pantas Ariana merampas kembali kertas dari tangan Zafran.

Hiperbola betul ayatnya pun. Geramnya kepada Badrul masih berbaki dan kini Zafran pula bagai menyimbah minyak ke dalam api marak menyala. Memang itulah makanannya, kena maki sedas dua.

'Garang betul. Tertelan cili ke apa tadi?' Menggeleng Zafran dengan perangai perempuan itu. Malang betul suaminya, itu pun kalau sudah bersuamilah.

"Ada enam orang pengganas di sepanjang jalan untuk ke control room. Huh, ni kacang je! Sekali aku jentik patah riuk mereka semua tu." Ariana menghamburkan gelak jahat.

"Entah-entah kau yang akan patah riuk dulu. Helo cik kak, tengok elok-elok kedudukan musuh. Mereka pun cerdiklah," bidas Zafran. Dia mahu perempuan itu tengok dengan pandangan menyeluruh.

Mendengar kata-kata lelaki itu, terus dia berhenti ketawa. Pantas matanya menyoroti semula kedudukan musuh. Dang! Ternyata lelaki itu benar. Rupa-rupanya, ada enam orang lagi musuh sedang berkawal di sebalik enam orang tadi. Mereka menggunakan double formation.

"Ikut aku. Kita gerak sekarang," arah Zafran.

Nada lelaki itu sekali lagi kedengaran penuh autoriti. Auranya tatkala memberi arahan sangat luar biasa sampaikan automatik tubuh Ariana mengikut tanpa sedar suruhan itu. Seperti dipukau pun ada. Dia hanya tersedar apabila mereka sampai di satu bilik yang menempatkan pelbagai peralatan pencucian.

"Eh?" Terbeliak matanya apabila melihat lelaki itu selamba saja melompat turun ke bawah dengan pergerakan kemas dan tanpa bunyi.

Lompatan yang sangat perfect! Saat itu, ragu-ragu kembali menerpa benaknya. Siapa sebenarnya lelaki bernama Zaf itu? Kawan atau lawan? Atau memang betul kata Badrul sebentar tadi?

Ps: Done! Harap suka dengan cerita ni huhu ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro