Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 32

Zafran meletakkan tong pemadam api ke yang dibawa khas dari rooftop ke lantai. Kemudian, dia keluar semula dari bangunan kosong itu bagi mencari sebuah lagi tong pemadam api jenis dry powder (C2O) dan tangki oksigen.

Malam ini, dia mahu menghadiahkan buah tangan khas gred A++ buatannya kepada Libra dan Reaper sebagai ucapan terima kasih atas bantuan mereka merawat segala luka luarnya. Luka terkena pisau masa berlawan dengan yang lain, juga baik hati beri IV drip.

"Terima kasihlah. Sekarang giliran aku pula balas balik budi baik kau semua," gelak Zafran perlahan.

Saat ini, dia berasa puas. Kerjanya membuka laluan masuk kepada pasukan khas telah pun selesai. Sebenarnya, dia tidak terfikir pun sebelum ini untuk menggunakan cara itu, iaitu membuka bilah kipas ruangan ventilator yang terletak di rooftop. Rooftop itu pula tempat dia selalu lepak dengan Ayyash jika ada masalah.

Semua yang berlaku ada hikmahnya. Bagus juga pening-pening akibat kehilangan darah tadi. Bolehlah dia berehat barang sejenak, yang asalnya mahu pejam mata kira-kira 10 minit sahaja tiba-tiba terlajak jadi satu jam. Jenak sungguh dia tidur. Tahu-tahu dia bangun dengan tenaga luar biasa.

Usai menunaikan solat isyak serta qada solat maghrib, asar dan zohor yang ditinggalkan secara tidak sengaja kerana darurat, fikirannya menjadi semakin jernih. Saat usai menadah tangan memohon bantuan Sang Pencipta, di atas lantai sejuk tanpa pelapik yang dijadikan sejadah itulah dia terfikir idea membuka kipas ventilasi di rooftop.

Maka, dengan menggunakan segala jenis pemutar skru dan spanar serta barang-barang pembaikian yang masih ada bersamanya di dalam poket baju taktikal musuh yang dirembatnya tadi, dia membuka satu per satu bilah kipas tersebut. Berpeluh-peluh jugalah nak cabut satu demi satu bilah itu sesenyap mungkin. Itu tak campur lagi dengan tiba-tiba saja kena serang hendap dengan pengganas yang meronda.

"Alhamdulillah ya Allah..." Lafaz kesyukuran dilafaz sepenuh hati.

Dalam berjalan, Zafran mendongak sekali lagi ke langit. Senyuman sinis terukir di bibir. Dia yakin isyarat "jalan masuk sudah dibuka" melalui tanda mini love yang ditayang ke udara tadi dapat dilihat dan difahami dengan baik oleh sesiapa sahaja yang menjadi ketua operasi khas pada malam itu, atau paling tepatnya bahasa gila seorang Leo.

Namun, saat ini hatinya kuat mengatakan yang ketua operasi insertion udara pada malam ini adalah Sagitarius. Mana mungkin lelaki itu takkan bergegas balik ke medan ketika tahu yang baby Leo ditawan oleh pengganas. Sagitarius itu sentimental orangnya. Sejenis yang sangat menghargai nilai brotherhood antara mereka.

"Sagi, lama tak jumpa. Mesti kau rindu aku, kan?" gelaknya dengan perlahan seraya membuka pintu stor bangunan sebelah.

Di situ, terdapat berderet tong pemadam api yang masih baru. Tanpa membuang masa, dia mengangkat dua tong lagi, kiri dan kanan tangan lalu bergegas ke tempat tadi. Kemudian, setelah meletakannya sebelah menyebelah, dia keluar lagi dari bangunan kosong itu lalu bergerak menuju ke bangunan berhampiran, iaitu stor peralatan perubatan bersifat mudah terbakar.

Nasibnya baik kerana di situ, tiada seorang pun yang berjaga. Tanpa berlengah, dia segera mengumpil kunci mangga dengan jarum branula. Apabila berjaya masuk, pantas dia mengeluarkan dua tangki oksigen bersaiz sederhana lalu kembali ke bangunan kosong tadi.

"Tapi kan... aku tak cukup bahan lagi ni." Zafran mengusap dagu. Kemudian, dia tersengih kejam.

"Aku kan gila. Well, budak gila ni takkan pernah tak gila. Haha." Buat kali ketiga dia keluar dari bangunan itu.

Kali ini, niatnya bukanlah ingin mencari tong pemadam api atau tangki oksigen. Dia kan pemangsa. Semestinya dia mahu dapatkan semula mangsanya tadi. Masih ada perhitungan yang belum selesai antara mereka. Untuk itu, dengan langkah panjang-panjang, dia segera mendaki anak tangga ke rooftop.

"Lah, lamanya kau berdua tidur. Ke dah mampus? Rasanya tak adalah kuat sangat aku tibai," gumam Zafran.

Berkali-kali dia melihat buku lima tangan kanan dan dua orang pengganas yang dilenyeknya sampai lunyai ketika mereka menghalang cubaannya untuk membuka kipas ruang ventilasi tadi. Sekali terajang terus KO. Lembik betul pengganas-ganas itu. Menggeleng Zafran dibuatnya.

"Monyet, aku ambil jam kau eh? Tapi tak payahlah tuntut kat akhirat. Kosong-kosong aje." Zafran menterbalikkan tubuh pengganas yang memakai topeng syaitan monyet yang pertama lalu menanggalkan jam lelaki itu.

"Kau pula babi, jangan marah eh aku rampas pisau ni? Budak-budak tak boleh main pisau tau. Luka tangan, luka nyawa. Nak ke?" Dia mengambil pula pisau yang tersisip di but pengganas yang memakai topeng khinzir.

"Dan last, senapang canggih ni aku rampas dua-dua. Biar adil. Barulah tak gaduh. Biar abang long kawasan aje yang simpan. Deal? Yes!" Dia yang tanya dia yang jawab.

Zafran memasukkan jam tangan ke dalam kocek seluar. Kemudian, dia menyisipkan pisau taktikal ke but. Senapang pula disangkut ke dada. Baki satu lagi senapang, dia keluarkan peluru. Dia mahukan peluru itu sahaja sebenarnya walaupun sebenarnya, dia ada saja peluru di dalam pistolnya yang setia berada di dalam gun holster. Tapi itulah, sayang pula nak guna.

Lantas, dengan ketawa tersisa, Zafran menyepak perlahan betis kedua-dua pengganas itu lalu melangkah badan mereka. Sebelum turun semula ke bawah, sekali dia mendongak ke atas lalu melambai ke atas. Siap buat isyarat flying kiss lagi, yang maksudnya adalah, "Hold on, surprise not yet coming, buddies!"

Dengan senyuman sinis kekal tersungging di bibir, dia berjalan melenggang kangkung ke bangunan kosong. Sekarang, tugasnya untuk memberi hadiah paling mahal untuk kesejahteraan jantung dan perut pedal serta mental Reaper dan Libra secara rasminya bermula.

Malam gelap tapi matanya cerah. Dengan hanya berbantukan lampu LED yang malap seolah-olah sedang bersedih dengan nasib yang menimpa hospital, Zafran dengan cekap memulakan kerjanya membuat bom buatan sendiri. Akhirnya dalam beberapa minit, dia selesai "mengerjakan" tiga tong pemadam api dan dua tangki oksigen.

Campuran serbuk kering dari tong pemadam api, tekanan oksigen, serta sentuhan api dari serbuk mesiu akan menghasilkan satu lonjakan pembakaran tertutup yang mampu melayangkan separuh sayap bangunan jika dilakukan dengan tepat. Dan itulah yang dia lakukan sekarang dengan jam tangan digital dijadikan sebagai timer.

"Welcome to my hell." Zafran menutup mata lalu mendepangkan kedua-dua belah tangan.

Nafas panjang ditarik sedalam mungkin sebelum perlahan-lahan, dia membuka mata. Bibirnya terukir lagi senyuman sinis. Lantas, dengan mata tajam bersinar, dia menekan suis jam digital yang telah dipasang pada salah satu tong pemadam api.

"It's showtime."

Dia berdiri beberapa saat, menghirup sunyi yang sarat dengan api dendam. Sengaja menikmati damai sekejap sebelum dunia mula meledak. Bahunya tegap, lengannya bebas, dan jiwanya penuh dengan dendam menyala-nyala. Neraka dunia bagi kumpulan pengganas itu akan bermula dalam masa... 59 saat dari sekarang.

*****

BOMMM!!!

Ledakan besar mengegarkan kawasan sekeliling. Bahkan efek gegarannya turut terasa hingga ke atas awan. Api menjulang naik ke udara dan membakar rakus bangunan hospital yang baru siap dan dijangka akan digunakan pada bulan hadapan.

"Hmmm..." Gemini dan Aqeel saling berpandangan. Ketawa kecil meletus dari bibir masing-masing.

"Adik siapa tu? Tolonglah kutip dia. Semakin tak sihat nampaknya otak dia tu." Virgo, Mejar Raid dari unit komando tentera udara buat-buat picit kepala.

"Entah..." Pisces, Leftenan Kris yang juga dari unit komando tentera udara pula buat-buat tak tahu.

"Mengaku sajalah budak gila tu adik kita," gelak Aquarius, Inspektor Idham dari unit komando polis.

"Penat aku tengok aksi dia. Ada-ada saja akalnya." Gemini, yang identitinya komando tentera laut turut tergelak sama dengan rakan-rakannya yang berlima.

Aqeel turut tergelak tatkala mendengar lelucon mereka. Hatinya tergeletek. Siapa tak kenal legenda budak gila berkod nama Leo, si mamba hijau dari unit komando tentera darat itu?

Siapa tak kenal Leo, maknanya orang itu lemah inteligen. Manakan tidak, hal Leo dan aksi gilanya selalu dijadikan contoh oleh jurulatih di mana-mana kem tentera dan polis seluruh negara. Jadi, walaupun Leo itu sudah tidak lagi bersama mereka, nama dan jasanya sentiasa diingati.

"Are you ready, bayang-bayang dari neraka?" Aqeel menarik penutup muka hingga ke atas hidung.

"Siapa tak ready, aku sepak dia jatuh dari heli ni," sambungnya pula seraya membetulkan cermin mata infrared.

"Gila tak ready. Cepatlah, aku dah tak sabar nak tengok malaun mana yang jentik adik aku tu." Virgo mengepal dan membuka tangannya beberapa kali, isyarat takat didih darahnya sudah mencapai tahap maksimum.

"Leo, sabar sikit tau. Your big bro's on the way dah ni." Aquarius membetul-betulkan tali di pinggangnya.

"Let the show begin." Pisces mengherotkan senyuman sinis. Pandangannya tajam ke bawah.

Bunyi rotor helikopter langsung tidak kedengaran. UH-60 yang melayang senyap seperti bayangan malam itu kini mula meluncurkan tali ke bawah, menegak menari dalam gelap tepat ke rooftop bangunan tempat Zafran membuka bilah kipas ventilasi.

“Move!” Aqeel memberikan arahan.

Tanpa membuang masa, satu per satu bayangan gelap turun ke bawah seperti helang membelah langit. Aqeel berada paling depan. Langkahnya mantap dan tali dituruni dalam kiraan tujuh saat. Akhirnya, tapak kakinya mendarat tepat di rooftop diikuti oleh Gemini, Pisces, Virgo, dan Aquarius.

Asap masih tebal membaluti langit malam seperti kabus. Bau asap, habuk konkrit, dan serpihan hangit menusuk hidung. Nasib saja mereka berlima memakai baju taktikal full gear menutup seluruh tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki.

"Lambat satu minit. Kau semua dah tua, bang."

Dalam kelam kabus, tiba-tiba satu suara singgah di pendengaran. Aqeel yang mendengarnya berasa panas telinga, dan yang lain tak usah cakaplah. Zafran inilah, mulut tu boleh tak kalau dalam seumur hidup tu carum insurans sikit? Sekali pun tak apalah.

"Apa kau cakap?" Serentak mereka berlima memicingkan mata ke arah tubuh sigap yang muncul di depan. Jalannya gagah, dan kemunculannya begitu dramatik.

"I miss you, buddies." Zafran menayangkan senyuman di sebalik kain hitam yang menutupi wajah.

Saat itu, dunia ini seolah-olah menjadi milik Team Shadow 404. Pertemuan semula selepas lima tahun tidak bersua muka sungguh menimbulkan rindu dendam antara mereka bersaudara. Tiada protokol ketenteraan, tiada jurang masa lima tahun. Yang tinggal cuma penumbuk, bahu, dan rindu yang meletus dalam pelukan.

Akhirnya, mereka dapat melihat semula Leo, baby yang mereka tatang bagai minyak yang penuh suatu saat dahulu. Hero kebanggaan Team Shadow 404, si budak gila yang tak pernah mengecewakan mereka!

"Otak kau masih sakit macam dulu-dulu. Nice, buddy. Kau letupkan bangunan tu, jahanam habis. Perghhh!" Gemini menumbuk perlahan bahu Zafran.

Tindakan Zafran sebenarnya bijak. Teknik diversion atau pengalihan perhatian yang dilakukan oleh lelaki itu membuatkan perhatian para pengganas mula beralih arah. Kini, kebanyakan mereka bergegas ke bangunan yang dibom dan membuat pemeriksaan.

Kerana diversion itu jugalah anggota Team Shadow 404 boleh turun ke bangunan ini tanpa masalah. Tiada siapa yang berjaga. Juga, tiada yang menyedari bahawa pasukan khas telah berjaya masuk ke hospital. Efek gegaran bom berskala besar itu turut mengganggu sistem komunikasi hospital.

"Kali ni kau cakap apa kat malaun-malaun tu? Masih piu-piu I love you abang bomba or dah upgrade sikit jadi abang askar... tembak saya bang...!" Aqeel menepuk keras belakang Zafran.

"Rahsia." Zafran membuat isyarat syhhh- jari telunjuk di tengah bibir. Kemudian, dia gelak.

Serentak mereka semua tergelak sama. Aduh, Zafran al-Haq! Sifat main-mainnya dan tidak seriusnya itu another level sungguh. Namun, belum pun sempat mereka meraikan lagi jejak kasih tersebut, tiba-tiba alat komunikasi taktikal masing-masing berbunyi.

"Panggilan satu kepada Alpha. Maklumat terbaru, ada pergerakan tawanan di Zon Delta."

"Report," balas Aqeel.

"Mereka membawa keluar seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Ariana menuju ke tengah koridor bangunan berkembar. Status, kod merah," lapor petugas pusat kawalan.

"Terima." Aqeel memutuskan talian.

Zafran turut mendengar laporan itu melalui alat telekomunikasi taktikal yang diberi oleh Pisces. Rakan-rakannya menyambut laporan itu dengan wajah serius, tapi dia siap dengan ngauman maha kuat lagi dalam jiwa. Singa dalam dirinya sudah tidak sabar-sabar lagi mahu menerjah dan meratah rakus daging banjingan yang cuba mencederakan partner dia.

"Jahanam." Zafran mengepal penumbuk.

"Masa nostalgia dah habis. Buddies, aku chow dulu. Kita berpecah. Aku akan selamatkan Ariana. Kau semua pula buatlah apa yang patut," katanya pula seraya mengemaskan tactical gear di tubuh.

"Wuhuu... hero is back!" Gemini bersiul nakal.

Zafran tidak melayan. Lelaki itu jika dilayan semakin menjadi-jadi usikannya. Tapi jauh di sudut hati, sejujurnya dia seperti pernah melihat wajah Ariana. Tapi bila dan di mana, sungguh dia gagal mengingatnya dengan baik. Segala-galanya sangat samar dan fragmen-fragmennya berpecah-pecah.

"Bye, buddies. Ada hayat kita jumpa balik. Kalau tak, jangan lupa sedekahkan aku al-Fatihah. Maklumlah banyak dosa." Zafran mengukir senyuman sekilas lalu setelah berpamitan, dia segera berlari ke arah kipas ventilasi lalu masuk ke dalam ruangan ventilasi.

Pergerakannya senyap. Tanpa bayang, tanpa suara. Dan semua anggota Team Shadow 404 hanya memandang figuranya menghilang ditelan kegelapan malam dengan muka seposen.

"Hmm..." Serentak kelima-lima mereka menjulingkan mata ke atas.

Lahhh sangat!

Apa pun, singa sudah bangkit. Bersiap sedia sajalah untuk menyembah bumi. Dan malam ini... ia bakal menumpahkan darah lagi.

Ps: Done! Awak rasa apa akan jadi seterusnya? 🤭

Btw hari ni saya penat sangat2. Dari pagi tau non-stop kerja, prepare untuk pembentangan depan profesor petang tadi & next, Isnin depan. Kepala rasa panas. Tapi sy cuba juga tulis bab ni pukul 6 petang tadi. Ni baru siap, pukul 11.59 malam lepas struggle dengan sakit kepala. Of course kalau awak nampak kesilapan dalam bab ni, beritahu ya. Nanti sy baiki balik. Terima kasih banyak2. ♥️🥰

17.4.2025. 11.59 malam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro