Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 31

Suhu di dalam bilik x-ray terasa dingin. Tapi sejuknya bukan disebabkan pendingin hawa semata, tapi kerana ketakutan yang menyerap hingga ke tulang sum-sum. Di sinilah para tahanan  seramai tiga orang doktor termasuk dirinya, seorang radiologist, dan dua orang jururawat ditempatkan.

Bilik yang dipanggil sebagai "Zon Delta" oleh pengganas ini tiada jam dan tingkap. Tiada bunyi manusia kecuali keluhan, batuk, dan sedu-sedan tertahan para tawanan. Masing-masing menahan diri daripada bersuara kerana contoh terdekat masih terbaring kaku bersama mereka. 

Seorang orang awam yang menjerit sebaik sahaja pengganas menyerbu masuk ketika dia sedang diambil x-ray terus ditembak mati. Meninggal terus di situ apabila peluru menembusi jantung.

Ariana duduk bersandar di penjuru bilik.  Bahunya lurus, tangannya bersilang di atas lutut. Kepalanya tunduk, cukup untuk melindungi wajah tenangnya daripada pandangan tajam pengganas yang mengawal.

Dari luar, dia kelihatan seperti doktor yang trauma. Diam, kaku, dan langsung tidak melawan. Maklum saja percubaan melarikan diri dengan menyamar sebagai anggota mereka terbongkar awal. Tapi mereka tidak tahu yang dia bukan sekadar doktor biasa. 

Dia racun yang menyamar jadi ubat. Tunggu sajalah. Masa akan buktikan.

"Tak cerdik punya perempuan. Sedar diri sikit. Kau tu dahlah kecil, jalan pula tak macam askar. Takkanlah kami ni buta sangat tak tahu kau menyamar jadi kami." Gelakan para pengganas masih terngiang-ngiang di telinga.

'Hmm. Memang buta pun kalau tak tahu aku menyamar. Bukan setakat buta, bodoh tahap otak kena rendam dalam najis.' Ariana memang rasa nak maki saja setiap orang yang mentertawakannya, tapi dia sabar.

Sabar itu separuh daripada iman.

'Zaf, kau okey tak? Aku harap kau okey. Kalau kau mati, aku akan korek kubur kau dan bagi penampar buaya 10 das kiri kanan sampai kau bangun balik,' gerutunya lagi dalam hati.

Penat menunduk, dia mengangkat muka. Nafas ditarik perlahan seperlahan matanya melirik ke CCTV yang berada di sudut kanan dinding berhampiran siling. Kemudian, dia melirik pula ke arah dua orang pengganas yang sedang berjaga di muka pintu.

Para pengganas akan bertukar giliran menjaga bilik itu pada setiap dua jam. Sekarang, giliran pengganas bertopeng syaitan lembu. Yang tinggi ada tabiat menggaru bahu kiri, manakala yang rendah pula mengetuk-ngetuk senapang. Masing-masing kelihatan bosan berjaga di situ.

Mata Ariana berkedip-kedip. Bukan sebab gatal tapi itu adalah tekniknya untuk menyerap keadaan sekeliling ke dalam memori. Nampak saja fizikalnya diam tapi pancainderanya sibuk tahap maksimum. Dia perlu mengaplikasikan teknik itu untuk menganalisis keadaan seterusnya mencari solusi terbaik untuk kabur dari situ.

Telinganya tajam mendengar segala bunyi di luar bilik. Bunyi tapak kasut yang menentukan berapa orang sedang lalu lalang, kunci diputar, tombol pintu, suara-suara bercakap, dan apa saja yang didengar direkod di dalam minda. Turut sama ditulis di dalam fikiran adalah segala bau di dalam bilik itu. Ada bau rokok, peluh, disinfektan, dan lain-lain yang kadang-kadang menyenakkan hidung.

Jika tidak boleh guna senjata, guna otak. Itu yang diajar kepadanya ketika rekrut sebagai ejen lapangan terlatih. Dia diajar untuk menggunakan apa saja sama ada yang nyata di mata atau tersembunyi dalam bayang. Sekecil-kecil benda pun boleh dijadikan senjata walaupun benda itu hanyalah kawalan mental. Kesemua itu menjadi faktor  peratusan kejayaan jika dia bertindak.

Puas meneliti keadaan, dia memejamkan mata buat seketika. Berpura-pura tidur. Hakikatnya, dia sedang menyerap semua yang dilihat, didengar dan dibau tadi ke dalam minda. Sekarang bukan masanya lagi untuk dia bertindak walaupun dia tahu jalan keluar. Terlalu berisiko kerana pada amatannya, orang yang disebut sebagai Libra oleh Zafran sebelum rebah tadi bukan calang-calang pengganas.

Firasatnya kuat mengatakan yang Libra tahu segala langkahnya. Jika dia bertindak sekarang, kemungkinan besar semua orang di dalam bilik ini akan mati. Mereka yang tidak berdosa akan jadi tebusan demi menundukkan dia. Dia pernah lihat taktik seperti itu. Malah, dia pernah diajar tentangnya dalam latihan simulasi. Tapi hari ini, dia sendiri terperangkap dalam versi nyata.

Namun, itu bukanlah tiket untuknya menyerah kalah. Azamnya masih membara malah semakin berkobar-kobar untuk melepaskan diri dan tawanan di sini. Dia adalah Ariana, seorang doktor yang turut bertugas sebagai ejen perisikan atas arahan Dato' Mutakhir.

Lelaki berkaliber itu yang membentuknya menjadi manusia seperti hari ini. Tawaran tidak disangka-sangka yang datang kepadanya setelah pulang dari misi kemanusiaan di Sudan pada tujuh lalu, yang disambut dengan rasa bercampur baur.

Sungguh sampai ke hari ini dia tidak tahu kenapa dirinya dipilih, tapi hatinya kuat mengatakan bahawa ia berkait rapat dengan insiden di Sudan dan lelaki berpakaian taktikal hitam full gear itu. Dan dalam pejamnya, memorinya menerawang ke tujuh tahun lalu.

Imbas kembali...

Dia masih bergelar doktor pelatih tapi sudah dihantar oleh badan NGO perubatan di bawah misi kemanusiaan Kementerian Kesihatan untuk bertugas di zon konflik. Sebagai gadis idealis yang berani, dia menyahut panggilan itu dengan senang hati.

Namun, itu bukanlah bermaksud yang dia tidak sayangkan nyawa. Cuma saja dia mahu mencabar diri sendiri agar tidak patuh kepada hukuman dunia yang mengatakan bahawa perempuan adalah makhluk yang lemah. Tidak! Sesekali tidak! 

Dia bukan perempuan yang tunduk pada stigma dunia. Dr. Ariana Sofea bukan untuk diselamatkan tapi dicipta untuk menyelamatkan orang lain. Dan inilah misinya sekarang, iaitu menyelamatkan nyawa orang yang patut diselamatkan.

Sudan. 

Negara bergolak itu menjadi arenanya menunjukkan skil perubatan yang dipelajari selama ini. Dia berani merawat pesakit di lapangan dan telinganya tuli untuk mengendahkan realiti peluru bersimpang-siur di atas kepala dan bom meledak di sana sini.

Hari itu seperti biasa, hospital tempatnya bertugas bertali arus menerima pesakit. Dia yang baru selesai membantu doktor senior melakukan pembedahan kecederaan tembakan belum pun sempat melepaskan lelah ketika tiba-tiba, seorang lelaki masuk ke dalam hospital dengan kedua-dua belah lengannya cedera parah.

Di luar hospital, dentuman bom masih bergema kuat. Bergegar-gegar bangunan ini akibat efek bom yang dijatuhkan oleh kumpulan militan yang cuba menawan bandar. Bom balas dan hentaman senjata daripada pihak kerajaan turut mengegarkan suasana.

"Darah tak berhenti. Kita perlukan lebih banyak gauze!" jerit Ariana kepada jururawat yang kelam-kabut di belakang.

Kecederaan lelaki yang merupakan penduduk lokal di sini memang terlalu parah. Hampir tangannya putus disebabkan terkena bom. Nyawanya masih panjang kerana harapan untuk hidup masih ada. Pejuang pihak kerajaan yang sedang bersabung nyawa dengan kematian itu masih berusaha untuk membebaskan tanah air daripada anasir luar yang cuba menjarah negara.

BOMM!

Sekali lagi bangunan terasa bergegar bahkan skala gegarannya lebih kuat dari tadi. Bahkan cermin tingkap hospital juga retak menanti detik untuk pecah. Ini bermakna bom itu pasti dilempar sangat dekat dengan hospital.

"Bertahan," kata Ariana seraya menekan lagi luka yang terdedah.

Pesakitnya menyeringai. Kejang mukanya menahan sakit yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ariana melihat pemandangan itu dengan penuh simpati tetapi dalam masa yang sama mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi olehnya.

Dia sangat berterima kasih kepada badan keselamatan negara yang sentiasa berusaha menjaga keamanan negara walaupun kata nista dan kejian sentiasa ditutur oleh manusia yang tidak reti bersyukur. Jauh di sudut hati, dia sentiasa berdoa semoga para pelindung negara sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Allah.

"Arghhh..." Pesakit itu meringis kesakitan.

Ariana mengejapkan lagi tekapannya di luka. Lambat pula jururawat datang ke sini. Dia mahu menjerit lagi buat kali kedua namun belum pun sempat dia berbuat begitu, tiba-tiba lima orang lelaki bersenjata penuh menerjah masuk dan melepaskan tembakan rambang ke udara.

"Fall down!" jerit salah seorang lelaki itu.

Ariana pantas tunduk ke bawah dengan tangan automatik menutup telinga. Tindakan refleks apabila terkejut. Namun, dia tidak terus panik walaupun tubuh menggeletar hebat. Pesakit di depan adalah tanggungjawabnya dan dia takkan sesekali menyerah.

Dengan tangan terketar-ketar, dia kembali bangun lalu menekan luka pesakitnya. Amaran daripada penyangak yang membuat onar di sini tidak dihiraukan. Baginya, nyawa pesakit lebih penting, apatah lagi apabila melihat paku di baju lelaki itu. Dia yakin 100 peratus yang lelaki itu orang besar dalam pasukan tentera negara.

Menyelamatkan pesakit itu bermaksud ada harapan untuk negara ini menang dalam pertempuran dengan penceroboh!

"You, fall down!" Seorang pengganas menghampiri Ariana dengan laras senapangnya dihala tepat ke dahinya.

Dalam ketakutan bersulam semangat ingin menyelamatkan pesakit, Ariana segera berdiri walaupun lututnya berasa goyah. Tangannya menggenggam kemas kain kasa berlumur darah. Namun, wajahnya dipamer ekspresi tenang. Malah, sangat tenang hingga membuatkan pengganas itu mula naik darah.

"Fall down!" Pengganas itu cuba menunjal dahi Ariana dengan buntut senapang sambil jari bersedia untuk menyepaikan kepala perempuan yang berani melawannya.

"Kau tu yang patut fall down!" Tanpa berfikir dua kali, pantas Ariana menerajang tepat ke lutut kanan pengganas itu dan dalam masa yang sama, menepis dan menangkap muncung senapang lalu menghalakannya ke atas.

Bang! Bang! Bang!

Tembakan terlepas ke udara. Jeritan ketakutan berserakan seiring dengan lampu dan siling berkecai dan jatuh ke lantai. Suasana menjadi semakin tegang dan meruncing. Empat pengganas lain mula menumpukan perhatian kepada Ariana.

Melihat para pengganas berjalan laju dengan senapang diacu ke arahnya, Ariana menelan liur. Figura pengganas yang terhincut-hincut akibat disepak olehnya juga menari-nari di depan mata. Dan saat itu, barulah dia berasa amat terdesak. Lima orang pengganas sedang bersedia untuk menembak mati dirinya!

Dia tidak boleh lari, tidak boleh menyorok. Untuk melawan jauh sekali. Tapi dia tidak menyesal dengan tindakannya. Baginya, jika terkorban sekalipun, dia berada di jalan yang benar. Lagipun jika dia mati, tiada siapa pun akan bersedih dengan kematiannya. Tiada sesiapa pun di dunia ini yang menunggu kepulangannya.

Saat itu, hanya kepada Allah sahaja dia menyerahkan segala-galanya. Dalam diam, mulutnya terkumat-kamit mengucapkan kalimah syahadah dengan jantung berdegup kencang sekencang kuda berlari di medan perang.  Siapa saja tidak takutkan kematian? Namun saat ini, dia perlu bersedia untuk dijemput oleh Malaikat Izrail sang pencabut nyawa walaupun ketakutan merentap jiwa.

"Asyhadu an la ilaha illallah... wa asyhadu..."

Bang!

Bahu Ariana terangkat. Matanya terbuka luas seiring dengan satu bunyi tembakan bergema di udara. Percikan cecair hangat berbau hamis terasa di muka. Dia fikir nyawanya sudah diambil, tapi ternyata bukan dia yang kembali dulu ke rahmatullah. Jelas di matanya, pengganas yang betul-betul berada di hadapannya rebah ke depan.

"Buli perempuan? Lemah! Macam pondan."

Itu saja yang singgah di pendengaran Ariana apabila jelas di matanya, satu figura berpakaian taktikal full gear hitam lengkap dengan helmet di kepala lincah menembak satu per satu pengganas yang berada di situ. Peperangan di situ sangat intens apabila dua orang lelaki yang berpakaian taktikal sama dengan lelaki itu turut sama menerjah masuk dan berbalas tembakan dengan pengganas.

Ariana melihat pemandangan itu dengan lidah kelu seribu bahasa. Matanya terfokus kepada figura yang menyelamatkannya. Tiada apa yang boleh membuatkannya tahu identiti gerangan di sebalik pakaian serba hitam itu kecuali mata tajam, gelap tetapi redup yang memandangnya seolah-olah sedang tersenyum di sebalik kain hitam yang menutupi seluruh wajah kecuali mata.

Saat mata mereka bertemu, waktu seakan terhenti. Jantung Ariana berdetak kencang. Bukan kerana takut, tapi kerana pandangan lelaki itu kepadanya seolah-olah membisikkan satu kata azimat, "Jangan takut mati kalau hidup kau bukan untuk benda sia-sia." Dan pandangan itu... entah kenapa melekat jauh ke sudut hatinya yang paling dalam. 

"Five down. All set. Mission succeeded. Move."

Asap tebal masih menyelubungi ruangan. Dari sebalik asap, lelaki itu kelihatan seperti bayangan mimpi. Seorang penyelamat yang muncul dari kegelapan, bergerak pantas menumpaskan satu demi satu pengganas yang berselerakan. Gaya serangannya bersih, senyap, dan kejam seperti angin malam. Tidak terlihat tapi menggugurkan musuh satu per satu seolah daun luruh ditiup bayu.

Saat itu, jiwa Ariana bercampur antara trauma dan takjub. Matanya memerhati saja lelaki itu dan dua orang rakannya berpaling lalu menghilang di sebalik dinding yang runtuh, membawa bersama kehadiran mereka yang sangat misteri. Seolah-olah, mereka itu hanyalah ilusi. Tapi kenyataannya, mereka adalah penyelamat.

'Siapa sebenarnya... kau?' Ariana melepaskan keluhan kasar.

Memori itu kabur tapi debarannya masih nyata. Dalam diam, dia menyalahkan diri sendiri kerana gagal mencari siapa lelaki itu. Tiada apa yang boleh dedahkan identiti di sebalik topeng hitam itu. Langsung tiada petunjuk kecuali lambang bendera Malaysia dan patch bertanda "O". Itu sahaja klunya, iaitu lelaki itu adalah tentera Malaysia dan berjenis darah O.

Data lelaki itu langsung tiada di dalam sistem. Sepertinya identiti lelaki yang menyelamatkannya dalam insiden gempuran pengganas di hospital tempatnya bertugas ketika masih menjadi doktor pelatih itu ditutup rapat oleh pihak kementerian pertahanan negara. 

"Siapa pun kau, terima kasih sebab selamatkan aku. Sebab kaulah aku jadi spy-doctor. Sebab kaulah aku percaya tak semua penyelamat perlu dikenali. Tapi aku janji, kalau takdir buka ruang, aku akan jadi sehebat kau. Atau, mungkin lebih daripada kau," gumam Ariana perlahan.

Seulas senyuman terbit dari bibirnya, dan perlahan-lahan dia menyembamkan kepalanya ke lutut. Dia perlu memejam mata barang sejenak bagi mengambil tenaga yang sedari tadi digunakan tanpa henti.

Dia tahu permainan ini belum tamat. Momen ditawan bukanlah penamat tapi rehat sejenak untuk bangkit dan melawan Libra dan Black Hawk habis-habisan! 

*****

Angin malam terasa mencengkam. Sepi di udara lebih menggigit daripada jeritan perang. Pada ketinggian 150 kaki dari aras laut, helikopter UH-60 berlegar senyap di udara dengan mod senyap diaktifkan sepenuhnya. Tiada sebarang lampu dinyalakan. Yang ada hanya sinaran skrin taktikal yang memantulkan wajah serius Kapten Aqeel Zaydan.

Telinga semua lima anggota Shadow 404 yang turut serta dalam misi insertion dari udara dipasang pada audio feed. Mata mereka pula fokus pada skrin pemantauan infra-drone yang disambungkan terus ke paparan taktikal di dalam helikopter.

"Kapten, ada pergerakan dikesan. Bahagian bumbung utara." Tactical analyst mereka bersuara tenang.

"Zoom in. Stabilkan kamera." Aqeel memicingkan mata.

Satu susuk tubuh kelihatan sedang membuka kipas ventilasi di bumbung bangunan lama yang bersambung dengan koridor belakang hospital. Tapi gerak tubuh itu... dia cam walaupun sudah lama tidak melihat susuk tersebut.

Tangkas. Licik. Senyap.

"Sangatlah Leo." Senyuman kelegaan terbit di bibirnya. Syukur sahabatnya tidak apa-apa.

"Inform bilik kawalan. Leo safe and sound," arah Aqeel lalu matanya kembali semula ke skrin.

Dia dapat melihat Zafran kini sedang merangkak turun dari bangunan itu dan kemudian, berlari penuh senyap ke bangunan kosong di sebelah. Semestinya Aqeel menanti dengan sabar  tindakan Zafran yang seterusnya.

"Dia macam tahu-tahu kita ada kat atas," getus Aqeel saat melihat Zafran tiba-tiba sahaja membuat isyarat mini love ke udara.

"Mini love? Huh! Memang kenalah gelaran 'budak gila' kat dia." Gemini, iaitu Leftenan Taufik yang sedari tadi melihat saja tanpa bersuara terus tertawa.

Teringat dia dengan insiden "love hurts, doesn't it? dan "aku pilih abang bomba I love you piu piu oh my heart goodbye darling muahhh". Kerana kes itu, seluruh kem panggil Leo "budak gila". Gila betul cara fikir budak itu sampaikan panglima pun naik gila.

Yalah, habis satu kem musuh meletup. Hasilnya, Leo dijatuhkan hukuman jadi jong dapur selama tiga bulan. Kena pula incas dapur itu komando veteran dari unit frogman yang terkenal dengan sifat buli. Teruk Leo dikerjakan oleh lelaki tua itu.

Selama tiga bulan itu, Leo dipaksa memasak kepada semua askar di dalam kem. Tapi dalam masa yang sama, dia dilatih secara personal oleh jeneral pencen itu. Hasilnya, baby Leo akhirnya bertukar menjadi menjadi bapa singa yang kuat dalam masa yang singkat.

Ternyata kasih sayang panglima kepada budak gila itu bukanlah biasa-biasa. Jealous pula dia berasa. Tapi jika dia disuruh bertukar tempat dengan budak itu, tak apalah. Sekian terima kasih. Dia tak sanggup menuntut ilmu dengan incas dapur bernama Jeneral Megat Hassan itu!

"Well, dia kan Leo. Biasalah dia dengan gaya gila dia tu." Aqeel turut tertawa.

Saat ini, matanya tetap fokus kepada pergerakan Zafran. Dia tahu Zafran bukan sekadar membuka laluan kepada mereka. Setiap tindakan lelaki itu ada maksud. Dan maksud itu, dia masih menanti dengan sabar apa yang lelaki itu mahu lakukan dengan tabung silinder di tangan. Kerana itu dia kekal diam di sini tanpa memberi sebarang arahan untuk turun.

"Gemini, kau nampak apa aku nampak?" Aqeel berpaling kepada Gemini dengan mulutnya disenget sebelah.

"Boom's coming..." Gemini membalas senyuman senget Aqeel dengan senyuman penuh makna.

"Do your move, Leo," kata Aqeel. Matanya terkunci pada pergerakan Zafran.

"Kita akan gegarkan bumi ni... sama macam dulu." Aqeel dan Gemini saling berbalas pandang dengan tangan dikepal erat.

Ps: Done. Awak rasa apa akan jadi kat next bab? 😏🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro