Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23

Ariana menelan liur. Matanya membulat melihat Zafran sepantas kilat meluru keluar dari bilik. Lajunya lelaki itu membuatkan dia langsung tidak sempat menangkap ke mana Zafran menghala. 

"Aduh, Zaf! Hei, tunggulah aku. Kau bukannya tahu kat mana mereka sembunyikan Adyen. Plan mana plan?" Ariana mendesis sebelum terus mengejar.

Dari kejauhan, akhirnya dia nampak Zafran mendaki anak tangga ke tingkat dua sebelum menghala ke pintu kecemasan. Melihat itu, pantas dia juga melajukan larian bagi menyaingi larian lelaki itu. Semput dia dibuatnya. Larian lelaki itu tersangat laju, kalah Usain Bolt!

"Zaf!" panggil Ariana. 

Dia terus berlari di belakang dengan tekad yang sama iaitu mencari Ayden.  tetapi kebimbangannya kepada Zafran lebih besar. Lelaki itu tengah dibakar amarah dan apabila  dalam keadaan begini, itu bukan sekadar ancaman kepada musuh malah kepada dirinya sendiri.

Zafran baru saja pulih, itu pun belum sepenuhnya. Tapi sekarang dia berlari seperti langsung tak peduli pada batas tubuhnya. Seolah-olah, nyawanya sendiri sudah tidak menjadi pertimbangan. Tidak penting dan tiada nilai. Apatah lagi ketika ini, beberapa orang pengganas sedang mengejar lelaki itu dengan melepaskan tembakan rambang.

"Zaf, jaga-jaga!" laung Ariana lagi.

Zafran tidak peduli dengan panggilan Ariana. Bunyi tapak kaki para pengganas yang tiba-tiba mengejarnya juga seakan lenyap dalam fikirannya. Hanya satu perkara yang menguasai mindanya sekarang iaitu dia mesti selamatkan Ayden.

Setiap langkahnya menghentam lantai dengan tekad membara. Nafasnya berat, tangan dikepal erat seolah-olah bersiap untuk meremukkan sesiapa yang menghalang jalannya. Memang itu pun dia akan buat kepada sesiapa sahaja yang cuba menentangnya. Matanya tajam, fokus hanya pada satu destinasi walaupun hakikatnya dia masih belum tahu di mana Ayden berada.

Bang! Bang! Bang!

Tembakan rambang dilepaskan lagi oleh pengganas. Sebagai seorang yang terlatih, dia dapat mengelak tembakan itu dengan cekap. Namun, lariannya terganggu apabila fikirannya mula bertukar jernih sedikit demi sedikit. Mindanya tegas mengatakan bahawa dia tidak bersendirian dalam misi ini. Dia ada partner dan partner dia adalah Ariana.

"Ariana!" Zafran serta-merta berhenti berlari lalu berpaling ke belakang. 

Saat itu, matanya menangkap kelibat Ariana yang sedang bertarung habis-habisan, menghalang musuh daripada mengejarnya. Dengan lincah, perempuan itu menumbuk, menyepak, menendang, dan menyiku sesiapa saja yang cuba mendekatinya. Pisau bedah di tangannya berkilat, menyambar ke udara dengan teknik tikaman dan kelaran yang tajam.

Ariana bergerak seperti seekor harimau bintang; cekap, bertenaga, dan cukup terlatih untuk situasi kombat.

"Arghh!" Satu tempikan bergema saat Ariana menepis tangan musuh yang cuba menekan picu. Senapang terus terpelanting ke dinding.

"Pergi, Zaf!" laung Ariana. 

Dia kini sedang bergelut dengan seorang pengganas bertubuh sasa yang ganasnya seperti binatang buas. Beberapa kali dia terkena tendangan dan tumbukan keras hingga tenaganya semakin berkurangan. Nafasnya sesak dan tubuhnya mula terasa berat. Dia tidak cukup kuat untuk menahan segala kesakitan sekali gus.

"Bangsat!" Kemarahan Zafran meledak.

Melihat rakan sepasukannya digasak sebegitu rupa membuatkan Zafran naik minyak. Matanya menyala merah, amarah membakar setiap urat nadinya. Tanpa berfikir panjang, Zafran berlari kencang ke arah pengganas itu lalu pada jarak satu meter, dia melompat tinggi dan melayangkan tendangan padu ke ubun-ubun musuh.

Bum!

Si pengganas terhumban ke lantai, berguling beberapa kali sebelum terhempas ke dinding. Darah tersembur dari mulutnya. Tubuhnya tersentak-sentak sebelum akhirnya kaku. Senyap terus.

"Jaga-jaga!" tempik Ariana.

Dia nampak ada seorang pengganas lain cuba menyerang curi Zafran dari belakang. Pantas dia melempar pisau bedah di tangannya ke tenggorok si musuh. Lemparan itu tepat menikam tengah leher. Mata musuh itu membulat sebelum tubuhnya rebah serta-merta. Darah memancut-mancut keluar dari luka di lehernya, mewarnai lantai dengan merah pekat.

"Nice shot." Zafran berpaling kepada Ariana. Senyuman senget dikoyakkan kepada perempuan itu, sedang nafasnya masih turun naik. Lelah!

Kini semua pengganas yang mengejar mereka bergelimpangan di lantai, sama ada mengerang kesakitan, pengsan, ataupun mati terus. Ariana tidak pernah berkompromi dengan hidup mati orang jahat lebih-lebih lagi jika nyawa orang tidak bersalah dipertaruhkan. Memang etika kedoktorannya melarang membunuh tetapi dalam situasi ini, dia tidak boleh ragu-ragu. Jika dia tidak bertindak, mereka yang akan terbunuh.

"Kau dah tahu kat mana Ayden?" tanya Ariana. Dia maksudkan sama ada Zafran tahu di mana Ayden disembunyikan.

"Tak," jawab Zafran, pendek.

"Habis tu kau lari naik sampai ke sini?" Ariana mendengus. Sungguh dia benar-benar pelik dengan pemikiran seorang Zafran.

"Firasat aku kata mereka letak Ayden kat tingkat satu." Zafran mendekatkan bibirnya ke telinga Ariana. Suaranya sekadar bisikan, risau ada yang mendengar.

"Hah?" Kening Ariana berkerut. 

Apa logiknya naik ke atas sampai ke tingkat empat kalau Ayden ada di bawah? Namun, hanya beberapa saat diperlukan sebelum akalnya menangkap maksud sebenar lelaki itu. Terus dia berpaling kepada Zafran dan tatkala itu, mata mereka bertentangan. Laju anak matanya menafsir pandangan tajam menikam lelaki itu sebelum akhirnya, dia mengangguk perlahan.

"Now!" Serentak, mereka berdua meluru ke tangga, menuruni satu demi satu anak tangga secepat mungkin.

Larian Zafran dan Ariana begitu pantas tetapi Zafran jauh lebih laju. Hampir setiap dua anak tangga dia lompat, badannya digerakkan oleh ledakan adrenalina yang menggila. Kalaulah tangga ini tidak terlalu tinggi, memang dia terjun terus ke bawah. 

Zafran berlari dengan kelajuan maksimum. Setiap ototnya menegang. Urat nadinya berdenyut ganas. Adrenalina merayap dalam salur darah, menguasai akal dan jasad sepenuhnya.

Masa berbaki lagi enam minit. 

Waktu yang berdetik terus berjalan laju dan mereka takkan biarkan walau sesaat pun masa terbuang sia-sia. Namun, belum pun sempat mereka berdua sampai ke separuh tangga, beberapa pengganas tiba-tiba muncul di hadapan, mendaki tangga sambil mengacu pistol ke arah mereka. 

"For real?" Larian Ariana mendadak terhenti.

"No hal." Zafran terus merempuh kawanan pengganas itu.

Rempuhan itu tidak cukup kuat untuk menjatuhkan mereka, tapi sudah cukup mengejutkan. Saat para penjahat terpinga-pinga dengan rempuhan membabi buta itu, pantas dia menyentak pistol di tangan mereka dan dalam masa yang sama menghentak kepala setiap seorang dengan headbutt padu. Dan paling jahat, sempat dia merampas pistol salah seorang pengganas lalu tanpa berfikir panjang, dia melepaskan tembakan rambang tetapi aneh, peluru menghentam tepat ke sasaran.

Bang! Bang! Bang!

"Satu, dua, tiga... lima. Yes, full score! Nanti kau semua jangan lupa buat reunion kat neraka okey?" sengih Zafran seraya meniup muncung pistol yang masih berasap nipis lalu berpaling kepada Ariana di belakang yang ternganga melihat aksinya.

"Let's go." Pantas dia menyengetkan kepala, arahan supaya ikut.

Buat seketika, Ariana terkaku. Sepanjang hidupnya, tak pernah dia melihat skil segila itu. Sumpah dia kagum! Saat itu, tiba-tiba dia berasa mahu menjadi fangirl lelaki itu. Dia mahu Zafran mengajarnya menembak biar sampai ke tahap dapat melepaskan tembakan tepat walaupun hanya rambang.

"Cepatlah!" laung Zafran.

Ariana tersentak. Tahu-tahu saja lelaki itu sudah jauh di hadapan dan kini menghampiri bilik mesyuarat pentadbiran, iaitu lokasi yang mereka jangka Ayden ditawan. 

Dia setuju dengan firasat Zafran kerana jika diikutkan, mana sempat mereka naik ke atas dalam masa 10 minit yang diberi. Lagipun, tujuan pengganas itu adalah Leo, bukannya betul-betul nak bunuh tawanan. Jadi, mereka positif pengganas itu meletakkan Ayden di tempat lain. Pantas Ariana melajukan larian dan menyaingi Zafran. 

Tatkala ini, mereka tiba di depan pintu bilik mesyuarat. Tiada sesiapa pun di situ yang berjaga. Keadaan ini menjadikan curiga memagut hatinya dan dia juga positif bahawa lelaki itu turut berfirasat sama sepertinya. 

"Cover aku," bisik Zafran.

Ariana mengangguk. Pantas dia mengangkat tinggi senapangnya, bersedia melindungi lelaki itu.

Zafran menekap telinganya ke daun pintu. Sunyi. Terlalu sunyi. Tapi itu bukanlah indikator yang mengatakan bahawa tiada orang berada di dalam bilik itu. Malah, keadaan sekeliling yang kelihatan tenang setenang air di kali turut menguatkan firasatnya bahawa sesuatu yang abnormal pasti ada di sebalik pintu. 

Dia berpegang pada peribahasa sungai yang tenang jangan disangka tiada buaya. Terus dia membuat isyarat kepada Ariana supaya bersedia.

Ariana menyambut isyarat tangan itu dengan menghalakan senapang ke muka pintu lalu mengangguk yakin. Dia sudah bersedia untuk bertindak sebagai backup apabila lelaki itu menolak daun pintu yang sedikit terbuka.

Melihat isyarat balas itu, Zafran melepaskan nafas terakhir sebelum bertindak. Lantas, dengan senapang dihala ke pintu, pantas dia menendang pintu tersebut dengan sepenuh tenaga. Efek tendangan itu menatijahkan daun pintu menghentam dinding sehingga kedengaran gegaran hentaman. 

"Ayden!" Benar kata hatinya, ada orang di dalam bilik itu. 

Senjatanya dihalakan ke arah seorang kanak-kanak lelaki yang diikat di kerusi di tengah-tengah bilik. Mulut kanak-kanak itu disumbat dengan kain. Matanya merah, air mata meleleh laju ke pipi dan wajahnya penuh ketakutan. Di sebelahnya, seorang lelaki bertubuh sasa sedang tersenyum sinis sambil menekan muncung pistol ke kepala kanak-kanak itu.

"Selamat datang, Leo," ujar lelaki sasa itu. Senyumannya penuh sindiran.

Melihat itu, Zafran mengepal penumbuk. Gunung berapi dalam jiwanya terasa seperti bila-bila sahaja akan meletup dan memuntahkan lahar amarah yang ditahan sedari tadi. Walaupun kanak-kanak yang ditawan itu ternyata bukan Ayden, namun ia cukup untuk membangkitkan singa dalam dirinya. Dia tidak akan membiarkan kanak-kanak itu mati katak. Nyawa itu terlalu muda untuk kembali kepada Sang Pencipta.

"Jangan sentuh dia," katanya perlahan tetapi cukup berbahaya.

"Kau bodoh, Leo." Lelaki itu ketawa.

"Tak. Yang bodohnya kau," balas Zafran. Dia tertawa kecil, sengaja mengikut rentak musuh. Kemudian, ketawanya mati. Riak wajahnya berubah ganas.

"Aku akan bunuh kau sebelum kau sempat tarik picu." Tanpa memberi  ruang kepada lelaki itu untuk berkelip, pantas dia meluru ke depan dan memulakan serangan kombat jarak dekat.

"Mampus!" jerkah Zafran.


Ps: Done. Terima kasih masih setia tunggu saya update walaupun sudah tengah malam. Saya minta maaf banyak2. Hari ni baru sy rasa betul2 sihat untuk sambung tulis chapter ni dan saya lewat dapat siapkan kerana hari ini saya teramat sibuk dengan urusan penyelidikan di universiti.

Khamis | 20.3.2025 | 11.58 malam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro