Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 22

Ariana masih terduduk di lantai. Mukanya merah padam menahan malu tak terkata. Macam mana dia boleh tak perasan sejak bila lelaki itu tersedar? Ya Tuhan, malunya tak sudah! Pasti lelaki itu takkan lepaskan peluang mengenakannya selepas ini!

'Ya Allah, bala apakah ini? Kenapalah aku boleh terkantoi usyar dia?' Ariana berpura-pura membelek kuku. Saja nak buat-buat cool tapi tika ini, sungguh dia berasa ingin menangis. Pipinya panas membahang, rasa macam terbakar!

Tapi dia tak boleh kalah. Dia tak salah! Siapa suruh wajah lelaki itu kacak? Dia perempuan, memang semestinya dia suka melihat sesuatu yang menarik pada pandangannya. Wajah Zafran memang kacak maut. Jadi, tak salah kan melihat wajah itu barang sesaat?

'Tak jaga mata kau ni!' marah hatinya. Menggerutu dalam diam.

'Hmm. Benda dah jadi. Tak apalah, Ariana. Act fool, act cool,' suruh pula hatinya sendiri.

Act fool, act cool. Okey! Pantas Ariana bangun lalu berdeham dan buat-buat biasa. Uniformnya dibetul-betulkan dan dia berjalan mendapatkan Zafran yang masih melihatnya dengan pandangan nakal yang sukar dimengertikan.

"Oh, nama kau Zafran." Ariana memulakan perbualan.

"Nama aku macho, kan?" balas Zafran seraya menarik sengihan.

"A'ah. Tapi nama ajelah. Kau tak macho," bidas Ariana seraya matanya dihala ke botol IV drip.

Tak macho? Gila tak macho! Jantungnya skip beat tak tentu hala apabila melihat wajah itu. Tapi itulah, perangai lelaki itu macam minta terajang. Macam sekarang inilah, tengok dia dengan gaya nak kenakan dia lagi. Tak boleh ke buat-buat tak tahu aje apa dia cakap tadi? Huh, dasar lelaki!

"Tak macho, eh? Habis tu kenapa kau usyar aku macam aku ni poster model?" perli Zafran. Senyuman sengetnya masih melebar. Seronok juga mengusik perempuan itu.

"Aku bagi tahu realiti aje." Ariana pura-pura batuk seraya memalingkan muka ke tepi. Tak nak bertentang mata dengan lelaki itu, takut kantoi blushing. Masak kena bahan tujuh keturunan nanti.

"Perempuan selalu cakap lain, tapi mata tak reti menipu. It's okay, aku faham," gelak Zafran perlahan.

Terhibur dia melihat tingkah perempuan itu. Entah kenapa nampak comel saja di matanya. Mungkin sebab sekarang ini kepalanya masih pening-pening sedikit dan rasa lemah badan masing menguasai. Jadi, mungkin matanya tersilap menilai rupa emak singa di hadapannya.

"Perasan gila!" Ariana mencebik sambil berpeluk tubuh, jari mengetuk lengannya sendiri. Tak habis-habis dengan flirt!

"Aku cuma ulang apa kau cakap. Kau cakap aku kacak dan itu realitinya." Zafran masih sengaja mahu mengenakan Ariana. 

"Shut up!" Ariana menjeling tajam. Kecil besar saja Zafran pada pandangannya. Menyakitkan hati betul. Geram dia nak cucuk-cucuk lelaki itu biar diam sesaat. Tunggulah, ada peluang nanti pasti dia akan balas dendam!

"Garangnya...." gumam Zafran dengan senyuman masih melekat di bibir. Matanya tetap terkunci pada wajah Ariana, seolah-olah menikmati reaksi spontan gadis itu.

Dia tergelak perlahan sebelum bersandar semula, cuba kelihatan lebih relaks.Tangan kirinya diletak di lutut kiri yang dilipat. Nasal cannula masih dipasang di hidungnya dan branula juga masih kekal di tangan kanan. Nampak lemah, tapi aura lelaki bahaya tetap terserlah dengan senyuman senget  masih terukir di bibir.

"Macam mana aku boleh ada kat sini?" Malas mahu terus mengusik, Zafran mengubah soalan.

"Pengganas tu kawan kau ke?" Ariana membalas soalan Zafran dengan persoalan yang sejak tadi bermain di mindanya.

"Siapa Leo? Kau ke Leo?" tanyanya lagi.

Zafran tidak terus menjawab. Air mukanya tiba-tiba berubah daripada nakal dan flirty kepada serius. Nafasnya yang sudah berat terasa semakin menghimpit dada. Nama Leo dan ugutan yang mengiringinya bagaikan rantai besi mencengkam leher.

Dia diam. Lama. Anak matanya mengecil, wajahnya pucat, dan peluh sejuk mulai merembes dari liang roma.

"Eh, kau okey tak ni?" Ariana yang perasan dengan perubahan mendadak itu segera bertanya. Nadanya berbaur bimbang. 

"Okey." Zafran mengangguk kecil. Dia tidak mahu Ariana melihatnya dalam keadaan itu.

"Hmm... aku nampak kau tak okeylah." Dahi Ariana berkerut.

Pada hematnya, lelaki itu masih belum pulih sepenuhnya. Saja bajet kuat. Saat itu, laju fikirannya mencari ubat apa yang sesuai diberi kepada lelaki itu agar keadaan tubuhnya dapat dikuatkan secepat mungkin. Mereka masih ada misi yang belum selesai dan dia tidak mahu kesakitan melemahkan kerjasama mereka. Akhirnya...

"Aku cucuk sikit eh?" Ariana menarik troli perubatan mendekati katil.

Tatkala mendengar perkataan "cucuk", Zafran serta-merta mengangkat kepala. Pandangannya bertemu dengan Ariana yang masih tenang, tapi senyumannya ada aura kejam tersendiri. Di tangan perempuan itu, ada sebatang picagari berisi cecair jernih yang tidak diketahui namanya.

"Tak perlu. Aku dah okey." Tajam mata Zafran menikam jarum panjang picagari di tangan Ariana.

"Kau nampak masih lemah. Injection ni untuk naikkan tenaga kau," balas Ariana dengan senyuman seperti tadi, relaks tetapi menggerunkan. Peluang untuk balas dendam kes tadi sudah tiba!

"Aku dah okeylah." Zafran menelan liur apabila perempuan itu semakin mendekat.

"Kau tak okey, abang technician a.k.a cita-cita nak jadi jaguh sukan parkour," balas Ariana dengan suara perlahan tetapi makan dalam.

Melihat Ariana mendekat, Zafran semakin berpeluh. Sumpah dia trauma melihat jarum nan panjang itu semakin hampir. Tapi saat ini, dia masih berlagak cool. Roman mukanya dikawal sebaik mungkin. Jatuh sahamnya nanti kalau perempuan itu tahu dia takut jarum!

"Hulur lengan kanan," kata Ariana seraya memicit sedikit pemicu picagari untuk menguji aliran ubat dalam jarum. Terus memancut air halus dari hujung jarum ke udara. 

Lambat-lambat Zafran menghulurkan lengannya kepada doktor itu. Rasa pasrah menggayuti hati. Apalah nasibnya hari ini terpaksa merasai sakit dicucuk dengan jarum pula. Sudahlah tangan kirinya masih dicucuk dengan branula, kini lengan tangannya pula bakal tembus disebabkan oleh perempuan itu.

"Good boy. Duduk diam-diam ya. Bismillah...," kata Ariana sambil menahan ketawa.

Ya Allah, sungguh hatinya tergeletek melihat wajah cuak lelaki itu. Rasa nak gelak guling-guling. Tak padan dengan badan fit dan tough tapi tiba saja tang jarum, hilang terus macho. Wah, ini memang boleh dijadikan sumber untuk membahan lelaki ini pada lain kali jika mereka ditakdirkan masih panjang umur dan kembali bertemu.

"Aku cucuk ni," beritahu Ariana. 

Muncung jarum sudah mendarat di lengan lelaki itu. Tinggal tusuk dan selesai. Tapi Ariana nampak Zafran menelan air liur sedikit. Halkum lelaki itu kelihatan bergerak-gerak, seolah-olah sedang menahan sengsara dalam diam. Haha, jackpot! Terus senyuman iblis terukir di bibir Ariana. Sengaja dia cucuk-cucuk perlahan seolah-olah tidak menjumpai saluran vena padahal urat darah itu timbul jelas di lengan kekar lelaki itu.

"Cepatlah." Zafran perasan senyuman tersembunyi perempuan itu tapi dia tak nak kalah dalam permainan ini.

"Aku bagi kau Dextrose 10% untuk naikkan gula darah. Tadi kau dah sampai tahap hypoglycemia, gula dalam darah rendah sebab overstress," beritahu Ariana lagi sambil lambat-lambat dia menusuk jarum ke lengan Zafran. 

Melihat jarum perlahan-lahan masuk ke bawah kulit, dia tersengih jahat. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu. Itulah balasannya untuk siapa-siapa yang berani membuatkan dia malu seperti tadi. Nah, rasakan!

'Dasar perempuan...' Zafran menggenggam kemas selimut. Sakitlah woi!

"Okey, dah," ujar Ariana seraya menarik jarum lalu menekup tempat tusukan dengan kapas. Sempat dikerlingnya wajah si pesakit bernama Zafran. Ya ampun, sumpah dia nak tergelak!

Muka lelaki itu merah dan kelihatan sedikit berpeluh. Namun, ketika itu terdetik juga di hatinya kenapa Zafran bereaksi lain macam apabila ditanya soalan mengenai Leo dan pengganas. Pelik sangat. Pelbagai andaian muncul di benaknya kala ini tapi dia memilih untuk diam. Terus dia biarkan saja persoalan itu tidak berjawab dengan tidak meneruskan pertanyaan. Lambat laun, pasti dia akan tahu jua identiti sebenar lelaki itu.

Dengan berakhirnya sesi suntikan balas dendam itu, maka berakhirlah sengsara bagi Zafran. Setelah berasa agak kuat dan boleh bernafas seperti sediakala, dia membuang nasal cannula dari hidungnya. Sama juga dengan branula di tangan kiri, juga dia membuangnya sendiri setelah melihat air di dalam botol IV drip sudah pun habis. Bukan masalah baginya kerana dia sudah terbiasa dengan perubatan asas seperti itu.

"Kau..." panggil Zafran.

"Ya?" Ariana yang sedang membetul-betulkan tudungnya di cermin segera menoleh kepada Zafran.

"Boleh kita sambung perbincangan tadi?" pinta Zafran. Dia kini duduk di birai katil.

"Aku yang sepatutnya tanya soalan tu kat kau. Kau dah ready ke untuk bercerita dengan aku apa sebenarnya yang terjadi? Siapa kau, siapa Leo, ada apa dengan lencana tadi, dan kenapa pengganas macam targetkan kau sedangkan yang mereka tawan tu hospital ni?" Berderet-deret soalan dilontar oleh Ariana dalam satu nafas. 

Lagaknya macam bedilan machine gun! Dia tidak boleh melepaskan peluang untuk bertanya ketika peluang sedang terbentang luas di depan mata.

Mendengar soalan itu, Zafran mengusap belakang tengkuknya. Rambutnya yang sedikit terjuntai di dahi diselak ke atas. Sekarang, dia keliru nak jawab soalan yang mana dulu. Jem sekejap otaknya dirasakan. Terus dia menarik nafas panjang, sedang menimbang tara untuk jawab yang mana satu dulu. Akhirnya, dia memilih untuk beritahu maklumat asas mengenainya terlebih dahulu kepada perempuan itu.

"Nama aku Zafran al-Haq. Leo tu..." Belum sempat Zafran menghabiskan ayat, tiba-tiba kedengaran bunyi daripada pembesar suara.

Ding dong...

"Masa rehat dah tamat, Leo. Sekarang, aku ada satu lagi permainan untuk kau. Kau rapat dengan anak aku sampaikan dia anggap kau macam bapak dia. Selamatkan Ayden. Masa diberi, 10 minit. Aku tunggu kau di neraka hahaha."

Pengumuman berhenti. 

'Anak?' Nafas Zafran tersekat. Jantungnya berhenti berdetak seketika. Dunia sekeliling seakan membeku. Suara sekeliling menghilang. Ketika ini, hanya satu nama yang bergema dalam kepalanya. Ayden.

"Jahanam!" Darah naik ke kepala. Matanya merah. Buku limanya dikepal kemas. Nafasnya menderu kuat. Darahnya menggelegak hebat tahap sikit lagi nak pecah pembuluh darah.

"Ayden." Suara Ariana hampir berbisik, wajahnya pucat. Dia juga kenal kanak-kanak yang selalu kelihatan bermain-main di taman hospital itu. Kanak-kanak itulah yang dilihatnya pagi tadi bersama seorang lelaki yang berpakaian casual macam... 

'Zaf?' bisik Ariana perlahan. Sekarang, barulah dia teringat figura lelaki yang berada di taman hospital tadi yang mukanya terlindung dengan dahan pohon. Patutlah dia macam familiar dengan lelaki itu.

"Kita kena selamatkan dia," gesa Ariana.

Zafran mengangkat wajah. Matanya berkilat dengan amarah. Nafasnya berat, denyut nadinya menghentam pelipis. Tiada masa untuk berfikir lagi. Lantas, tanpa membuang masa walau sesaat, pantas dia meluru keluar dari medical bay dengan kelajuan maksimum.

Ps: Done. Maaf 2 hari tak update. Sy tak boleh mengarang masa kurang sihat. Enjoy your reading. ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro