Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

"Bawa dia ke bilik rawatan sebelah," pinta Ariana.

Walaupun sekarang dia berasa teramat curiga dengan keadaan yang berlaku, hal itu terpaksa difikirkan kemudian. Tugasnya sekarang adalah menstabilkan keadaan Zafran. Dia perlu memberikan lelaki itu bantuan oksigen bagi menstabilkan pernafasan dan IV saline untuk menghidrasi semula badannya yang keletihan.

Sebaik sahaja mendengar suruhan tersebut, pengganas itu segera memapah Zafran ke bilik yang dimaksudkan. Bilik itu adalah medical bay yang lengkap dengan segala alatan perubatan. Bilik itu asalnya digunakan oleh staf kesihatan yang berasa tidak sihat ketika bekerja dan perlu berehat barang sejenak.

"Kau boleh pergi sekarang," kata Ariana, menyuruh pengganas itu pergi dari situ. Dia tidak selesa diperhatikan ketika memberi rawatan kepada pesakit, nak-nak lagi yang melihatnya adalah pengganas yang bila-bila masa boleh bertindak keras ke atas mereka berdua di situ.

"Okey." Tanpa bantahan, terus si pengganas keluar dari situ.

Keadaan itu membuatkan Ariana semakin berganda pelik. Pelbagai benda bermain-main di fikirannya tapi paling penting, dia yakin pengganas-pengganas itu ada agenda tersembunyi sementelah jika difikir semula, identiti mereka sebenarnya sudah terbongkar. Pasti penjahat-penjahat itu mahu melihat apa tindakan mereka berdua seterusnya selepas ini.

"Ah, sial betul." Ariana mengeluh keras.

Pandangannya tumpah kepada figura Zaf atau yang dipanggil Leo oleh pihak pengganas tadi. Ini satu lagi masalah sebenarnya. Sejak awal lagi dia curiga dengan identiti lelaki itu. Siapa sebenarnya Zaf? 

Mengikut analisis awal, dia yakin 100 peratus yang  Zaf ini sebahagian daripada anggota keselamatan negara. Jika dilihat daripada gaya, dia juga yakin yang Zaf ini bukan sekadar anggota biasa. Tapi lelaki itu anggota dari cabang mana? Polis, tentera, kastam, imigresen, atau badan perisikan sepertinya? Semua entiti ini mempunyai pasukan khas di dalamnya. 

"Technician? Cita-cita nak jadi ahli sukan parkour? Huh! Lahhh sangat!" cebir Ariana.

Sambil mulutnya mencebik, pantas tangannya membuat kerja. Topeng muka syaitan yang menutupi muka lelaki itu dia buang dengan penuh cermat. Terserlah wajah pucat dibasahi peluh dan darah yang bercampur lalu mengalir ke bantal. Terdapat luka di tepi dahi lelaki itu, mungkin efek gasakan ganas dengan penjahat sebelum ini. 

Setelah memakai sarung tangan, dia memulakan rawatan dengan memeriksa denyut nadi lelaki yang terbaring kaku di katil itu. Luka di dahi tadi diabaikan dahulu. Denyut nadi lelaki itu laju tetapi lemah. Senang katanya tidak sekata. Mungkin tubuh lelaki itu sedang cuba menyesuaikan diri selepas lonjakan adrenalina tadi.

Tangannya pantas mencapai pulse oximeter lalu menyelitkan alat kecil itu pada jari telunjuk lelaki itu. Bacaan yang terpapar di skrin menunjukkan kadar oksigen SpO₂ 92% manakala denyut nadi 128 bpm. Ini bermaksud tahap oksigen adalah rendah dan degupan jantung pula terlalu laju. Memang ini kesan adrenaline crash.

Tanpa berlengah, Ariana menarik troli perubatan ke sisi. Dia mencapai nasal cannula lalu menyambungnya ke tangki oksigen sebelum menyarungkannya ke hidung lelaki itu. Aliran oksigen tiga liter per minit segera dialirkan untuk menstabilkan pernafasan. Dia tidak memberikan topeng oksigen kerana lelaki itu masih boleh bernafas sendiri.

Kemudian, dia mencapai IV line. Cecair saline harus diberi bagi memastikan tubuh lelaki itu kekal terhidrasi dan tekanan darahnya kembali normal. Pantas tangannya mencari saluran vena di kekura tangan lelaki itu sebelum dengan satu suntikan tepat 15 darjah, dia memasukkan caterer. Normal saline 0.9% mula menitis perlahan melalui tiub lalu mengalir masuk ke tubuh.

Sebenarnya kerjanya memasang branula di tangan lelaki itu agak mudah kerana saluran venanya jelas kelihatan dan agak menonjol disebabkan badannya fit dan terbiasa dengan latihan fizikal yang keras. Tengok sajalah impak tumbukannya, perghhh! Jadi sebenarnya sudut 10 hingga 15 darjah sudah cukup untuk mencucuk branula dengan mudah.

Sekarang, kerjanya memasang IV drip selesai. Kemudian, matanya diarah pula ke arah monitor vital untuk melihat tekanan darah lelaki itu. Nampak tekanan darah mulai stabil sedikit demi sedikit. Namun saat ini, lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Syukur semuanya kembali normal. Sekejap lagi pasti lelaki itu akan pulih.

"Zaf. Zaf... Zaf. Nama kau apa sebenarnya? Takkan Zaf je?" Ariana berbicara sendiri. Entahlah, tiba-tiba saja dia berminat nak tahu nama penuh bagi singkatan Zaf.

"Zafri, Zafwan, Zafrun...? Ke Zafran? Haha, takkan Zafran kut? Nama tu macho. Aku suka gila dengan nama tu sejak dulu lagi," katanya lagi. 

Terus Ariana tergelak sendiri membayangkan betapa dia tergila-gilakan nama "Zafran". Siap cakap lagi kepada Badrul yang merupakan best friend forever dia yang nama bakal suami masa depannya adalah lelaki yang bernama Zafran. Selama-lamanya dia nak suaminya bernama Zafran. Titik! Tapi kalau takdir berkata sebaliknya, terpaksalah dia reda. Kita hanya merancang, yang menentukan adalah Allah.

"Tapi kau..." Sorotan matanya berhenti pada wajah Zafran yang masih kaku di katil.

Ariana menelan liur. Tatkala dia membersihkan luka di dahi lelaki itu, barulah dia dapat melihat dengan tenang wajah itu. Jelas di matanya raut wajah seorang Zaf yang sebelum ini selalu terlindung dalam gelap di ruangan ventilasi. Situasi cemas turut tidak memungkinkan untuk dia melihat dengan teliti wajah itu. Apatah lagi sebelum ini, mereka dalam penyamaran dan memakai topeng syaitan yang menutupi seluruh wajah dan kepala.

"Kacak." Tanpa sedar, terkeluar perkataan itu dari bibir Ariana.

Ralit matanya memerhati wajah yang sedang tidur itu. Rahang tajam, hidung mancung, bibir sedikit pucat... tapi tetap menarik pada pandangannya. Dan saat itu, tidak semena-mena dadanya bergetar halus. Seperti arus tak terlihat menyusup ke dalam hati. Terus degupan jantungnya berubah rentak menjadi cepat dan tidak terkawal.

Aneh. Kenapa dia merasakan itu tatkala menatap muka Zaf? Terus Ariana menarik nafas dalam, cuba menenangkan debar di dadanya. Gilalah. Tiba-tiba tak senang duduk pula dia dibuatnya. Wahai jantung, tolonglah berhenti berdebar! Lelaki itu adalah Zaf yang walaupun mukanya kacak tetapi perangai minta terajang!

"Ya, minta terajang." Dia mengangguk, membenarkan kata-katanya walaupun jelas hati berkata sebaliknya.

Sekarang ini dia tengah merawat pesakit, bukannya usyar lelaki. Tapi tetap juga matanya berdegil. Tanpa rela, matanya mencuri pandang lagi lelaki itu dengan hatinya sendiri berkali-kali berbisik, "Sekali ni aje." Namun tidak semena-mena, tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman tatkala pandangannya tumpah lagi ke wajah lelaki itu. 

"Astaghfirullah." Pantas dia menggeleng beberapa kali, kemudian dia buat-buat sibuk betulkan IV line padahal tak perlu pun. 

Ya Allah, apa kena dengan dirinya kali ini? Ke sebab dia baru perasan yang Zaf ini memang jenis taste dia? Takkan dia terjatuh cinta pandang pertama kepada lelaki itu? Hei, takkanlah kan? Mereka baru berjumpa tak sampai setengah hari. Hati budi pun saling tak kenal. Takkan cepat sangat nak terjatuh cinta? Buatnya Zaf itu suami orang, mahu kiamat dunia.

"Tapi kenapa aku rasa ada sesuatu pada kau yang buat aku tak boleh ignore? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" soal Ariana kepada dirinya sendiri. Perlahan dan cukup didengari oleh dia seorang. Entahlah, mungkin sesuatu yang membuatkan dia tidak boleh abaikan itulah yang membuatkan dia cepat tertarik kepada lelaki itu. Tapi sebab itu, apa?

"Relaks, Ariana. Cool, steady. Tenang." Ariana menarik nafas berkali-kali. 

Denyut jantung anehnya dibuang jauh-jauh. Sekarang bukannya masa untuk tersuka kepada mana-mana lelaki hatta Zaf yang tidak diketahui lagi identiti sebenarnya sekalipun. Relaks-relaks sudah. Lagipun misi mereka belum berakhir. Hospital ini masih ditawan dan belum ada tanda-tanda bantuan akan diterima dalam masa terdekat. Mereka perlu lakukan sesuatu agar semua tawanan dapat diselamatkan dengan segera.

"Fokus. Kau doktor. Bukan perempuan yang tiba-tiba hilang akal sebab seorang lelaki," gumamnya perlahan.

Pantas dia berjalan ke singki lalu membuka paip air. Air sejuk yang menyentuh kulitnya sedikit sebanyak meredakan ketegangan di dada. Namun, baru saja dia mahu mengalihkan fikiran daripada memikirkan lelaki itu, ekor matanya menangkap pula refleksi Zaf yang masih terbaring di katil melalui cermin di hadapannya. 

Melihat itu, Ariana menggigit bibir. Kenapalah susah sangat untuk membuang fikiran mengenai lelaki itu dalam kepalanya? Pantas Ariana menghembus perlahan nafasnya, cuba menenangkan diri. Kemudian, dia kembali ke katil bagi memeriksa sekali lagi keadaan lelaki itu sebelum keluar bagi mengambil angin. Namun, ketika dia mendekat, matanya menangkap kerutan kecil di dahi Zaf. Terus langkahnya terhenti.

Kelopak mata lelaki itu bergerak perlahan. Nafasnya berubah lebih berat daripada tadi. Jari-jemarinya yang terletak di atas katil menggenggam selimut sedikit sebelum terlepas semula. Itu adalah momen peralihan antara tidur dan jaga. Zaf sedang cuba sedar.

Ariana menahan nafas. Jantungnya berdebar lagi tanpa sebab. Jelas di matanya ketika ini, kelopak mata Zaf perlahan-lahan terbuka. Pandangan lelaki itu nampak kosong buat beberapa ketika sebelum akhirnya mulai fokus. Dan fokus pertama lelaki itu jatuh kepadanya, si doktor yang berdiri di tepi katil.

Melihat pandangan itu, terus Ariana tergamam. Ya Tuhan, rasa nak putus nafas apabila matanya menangkap senyuman kecil tetapi lemah di hujung bibir lelaki itu. Entah kenapa, dia berasa senyuman itu dituju khas kepadanya. Ah sudah, parah begini!

"K... kau dah sedar?" Automatik Ariana tergagap. Tangannya menggenggam hujung uniform dan pandangannya dielak daripada bertentang mata terlalu lama dengan lelaki itu.

"Hmm." Zafran mengangguk. 

"K... kau rehatlah dulu. Ak... aku nak keluar." Semakin Ariana salah tingkah. Ya Tuhan, tolonglah! Dia tidak suka dengan keadaannya sekarang! 

"Terima kasih," ucap Zafran, perlahan.

Ariana mengangguk sambil bibirnya diketap kuat. Dia kena keluar dari sini. Sekarang juga. Dia perlu menenangkan diri dan mengusir jauh rasa yang boleh membuatkan dirinya hilang kawalan. Boleh gila jadinya kalau dia tidak bertindak mententeramkan hatinya sendiri dengan segera. Terus tanpa berlengah, pantas dia berpusing lalu menuju ke pintu dengan kelajuan maksimum. Namun, belum pun sempat kakinya melangkah keluar, badannya tiba-tiba kaku.

"Nama aku Zafran." 

Suara itu rendah dan kedengaran terlalu tenang. Tapi tidak bagi Ariana. Saat suara itu menusuk  koklea, langkahnya serta-merta pincang. Gedebuk! Jatuh terjelepok dia di muka pintu. Nafasnya tersekat. Mukanya membiru. Dia berasa ingin menjerit tapi suaranya tidak keluar. 

Ya Tuhan, sejak bila lagi sebenarnya si Zafran ini sudah sedar? Sejak bila dia dengar semuanya? Dan sejak bila dia perasan yang dia tengah kena usyar?

Ariana menelan air liur. Perlahan-lahan matanya naik ke wajah Zafran yang melihatnya sambil tersenyum. Tapi ia bukanlah senyuman biasa. Senyuman lelaki itu separa miring, matanya kelihatan separa sepet dan ekspresi separa nakal mengitari wajah. Reaksinya itu seolah-olah terlajak tahu apa yang sedang dia fikirkan ketika merawatnya tadi.

'Mama, tolong...!' Ariana mahu meraung. 

Ya Allah, sumpah malu tahap infiniti. Dia tertangkap red-handed mengusyar anak lelaki orang! Saat itu, Ariana berasa ingin pura-pura pengsan dan tak nak bangun sampai kiamat. 

Titik. No nego!

Ps: Done. Suka tak dengan chapter ni? Ada rasa nak jerit tak? Haha! 😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro