Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Zafran melepaskan keluhan kasar. Hatinya berasa seperti disiat-siat apabila Kak Muna, iaitu isteri sahabat baiknya yang terkorban dalam insiden serangan bom pada lima tahun lalu masih berdingin dengannya. Wanita itu seperti tidak dapat menerima takdir, benci dengan kenyataan kenapa hanya Zafran yang terselamat dalam insiden tersebut.

Namun, untuk memenangkan diri dengan menerangkan semula keadaan kepada wanita itu, Zafran tidak mahu. Cukuplah, dia sudah penat. Menjelaskan keadaan kepada orang yang membencinya separuh mati ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Kak Muna langsung tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan daripadanya.

"Tuan, Dato' panggil." Seorang lelaki membuka pintu bilik wad dan memanggil Zafran masuk ke dalam.

Zafran mengangguk, faham dengan panggilan lelaki yang merupakan doktor khas yang bertugas merawat pesakit yang dipanggil Dato'. Dua orang pegawai polis yang berjaga di muka pintu memberi tabik hormat kepadanya, dan dia membalas tabik tersebut juga dengan anggukan. Tiada senyuman yang terlakar, hanya riak beku mengitari wajahnya.

"Zaf..." Dato' Mutakhir memanggil Zafran dengan nada lemah.

Zafran mendekat, lalu tangan sejuk lelaki yang menjadi idolanya sejak dahulu hingga kini dikucup perlahan. Rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan siapa-siapa menyelinap lagi ke dalam hati. Ternyata insiden lima tahun menatijahkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang terlibat termasuklah dia sendiri.

"Kamu apa khabar? Lama kita tak jumpa," tanya Dato' Mutakhir.

"Sihat," jawab Zafran seraya tersenyum segaris.

"Kamu dah fikir tawaran saya?" tanya Dato' Mutakhir lagi.

"Dah. Insya-Allah, saya terima tawaran Dato'," jawab Zafran. Tapi kali ini wajahnya kembali berubah dingin.

"Bagus. Ingat, Zaf. Saya hanya ada kamu. Kamulah harapan saya," kata Dato' Mutakhir seraya terbatuk-batuk.

Zafran hanya mengangguk, akur dengan kata-kata itu. Bukan menjadi masalah baginya untuk menerima tawaran bekerja sebagai pengawal peribadi Menteri Pertahanan itu, yang kini sedang terlantar sakit disebabkan kes cubaan membunuhnya pada minggu lepas.

Sejujurnya, Zafran kesal dengan semua yang berlaku. Kenapa begitu berat sekali ujian yang terpaksa dilalui sampaikan bertalu-talu cubaan bunuh diterima oleh Dato' Mutakhir dan keluarganya? Sudahlah anak bongsunya meninggal dunia dalam insiden pengeboman pada lima tahun lepas, kemudian bertalu-talu lagi ancaman lain  menimpa.

Namun, Zafran tidak menyalahkan takdir. Sebagai Menteri Pertahanan, Dato' Mutakhir telah melakukan tugasnya sebaik mungkin. Sebarang ancaman kepada negara, dia sapu bersih melalui arahan penguatkuasaan kepada semua jentera keselamatan negara. Tapi saja musuhnya juga tidak kurang licik.

"Kamu masih fikirkan arwah Ayyash?" Tiba-tiba Dato' Mutakhir melontarkan soalan yang kembali membuatkan luka lama berdarah kembali dalam hati Zafran.

"Saya tak boleh lupakan peristiwa tu. Kalaulah saya ada kuasa untuk sekat..." Zafran menghela nafas.

Tidak baik menyalahkan takdir. Sudah tertulis di luh mahfuz bahawa hayat Ayyash sampai di situ sahaja. Cubalah elak macam mana pun, kalau sudah ajal, tetap saja malaikat maut akan datang mencabut nyawa.

"Kamu tak salah, Zaf. Siapa sangka yang kita ada pembelot dalam pasukan. Siapa dapat jangka yang mereka guna teknologi canggih yang pasukan kita langsung tak dapat kesan." Dato' Mutakhir menggeleng perlahan.

Kesalnya masih bersarang dalam hati. Pelaku yang membocorkan rahsia ketenteraan kepada pihak teroris sudah ditangkap. Namun, belum sempat pihak mereka mengorek maklumat, pelaku itu membunuh diri dengan merodok halkumnya dengan hujung sudu. Mati serta merta di dalam sel tahanan.

Dato' Mutakhir yakin yang saki baki pengganas itu masih ada dalam kalangan pihak mereka, bersembunyi di sebalik pangkat dan kuasa. Hanya saja sedang menanti detik terbaik untuk menawan negara.

"Ya, siapa sangka mereka guna tali halus lut sinar untuk trigger bom. Bila terkena je kasut Ayyash, terus..."

BOMMM!

Bayangan lima tahun terlakar lagi di minda Zafran. Hancur berkecai segala yang ada di situ termasuklah anak bongsu Dato' Mutakhir dan tiga orang rakan sepasukannya. Hanya saja nyawanya masih panjang kerana berada di posisi belakang dan agak jauh daripada lokasi bom yang ditempatkan di bawah lantai yang ditutupi dengan kerusi yang didudukkan mangsa di atasnya.

"Saya salah. Sepatutnya saya percaya kepada intuisi sendiri. Saya patut tegas dengan Malik. Saya..." Mata Zafran mulai berkaca. Hatinya dicarik-carik lagi.

Tak guna punya Malik. Hanya kerana ketika itu dia hanyalah ahli Team Shadow 404 Special Force yang baru ditugaskan menjalani misi, Malik langsung tidak mahu mendengar katanya. Siap tanya lagi dengan suara marah, "Kau ke aku ketua misi ni?"

Semuanya sungguh menyebalkan! Kalaulah Malik mendengar katanya, kalaulah dia bertegas dengan Malik, kalaulah dia ada keberanian untuk bersuara, kalaulah...

"Zaf," panggil Dato' Mutakhir.

Zafran mengangkat muka. Pandangannya bersabung dengan orang tua itu. Senyuman pudar yang terlakar di wajah Dato' Mutakhir menjadi hiasan sebelum akhirnya, lelaki itu bersuara lagi.

"Saya faham perasaan kamu. Saya juga faham kenapa kamu keluar dari pasukan dan memilih untuk jadi orang awam. Saya faham semua tu. Tapi, ingat Zaf. Darah pahlawan dalam diri kamu tak pernah mati. Kalau kamu ingin kembali ke pasukan khas, pintu untuk kamu sentiasa terbuka," kata Dato' Mutakhir dengan lembut.

Sejujurnya dia berasa sedih apabila Left.  Zafran al-Haq, anak emasnya yang baru dipindahkan ke Team Shadow 404 Special Force tiba-tiba menghantar surat meletak jawatan selepas insiden itu. Tapi, tidaklah pula dia menghalang. Dia faham trauma yang ditanggung oleh anak muda itu. Bahkan dia dan seluruh empat beradik pasukan keselamatan negara turut sama berduka.

Mendengar kata-kata Dato' Mutakhir, Zafran menebar senyuman nipis. Bukan Dato' Mutakhir seorang yang berkata begini, bahkan ketua tertinggi pasukannya dahulu turut memberi ayat sama kepadanya. Tapi dia tetap dia, takkan berganjak punya dengan pujukan itu.

Dia sudah bersumpah takkan terlibat lagi dengan aktiviti berbahaya yang bakal meragut pergi nyawanya pada bila-bila masa  setiap kali operasi. Bukan sebab dia takut mati, bukan! Tapi sebab tidak tahan melihat air mata ibunya mengalir lagi. Cukuplah peristiwa lima tahun lalu. Bagai nak gila sang ibu melihatnya dahulu.

Namun sebenarnya, itu juga bukanlah sebab utama dia keluar dari pasukan. Ada sesuatu yang lain yang membuatkannya nekad keluar. Rahsianya tiada siapa yang tahu hatta Dato' Mutakhir sekalipun. Dia mahu segala tindakannya tidak terikat dengan undang-undang ketenteraan. Undang-undang itu hanya akan membantutkan pergerakannya dalam menyergap pihak musuh!

"Saya minta diri dulu, Dato'." Seperti biasa, Zafran akan mengelak apabila tawaran kembali ke pasukan khas dilontarkan oleh lelaki itu.

Dato' Mutakhir mengangguk, faham benar dengan tindakan Zafran. Memang sah nak lari daripada mendengar tawaran itu. Tapi, biarlah. Biarkan saja anak muda itu. Zafran tidak menghilangkan diri, sentiasa ada bersamanya ketika diperlukan dan kini sanggup pula menjadi pengawal peribadinya pun sudah membuatkan dia amat bersyukur.

"Terima kasih." Cepat-cepat Zafran keluar dari bilik wad VVIP itu lalu berjalan ke koridor.

Suasana hospital pada jam 11 pagi itu seperti biasalah sesak dengan manusia, lebih-lebih lagi di ruangan pesakit luar. Macam-macam ragam orang sakit dapat dilihat. Ada yang bertongkat, berkerusi roda, jalan berpapah, dan lain-lain. Sungguh keadaan itu membuatkan Zafran menghargai nikmat sihat.

Buat kesekian kalinya lagi, Zafran menghela nafas lalu menghembusnya perlahan. Rasa-rasanya sudah tiada benda untuk dilakukannya di sini. Bertemu Ayden sudah, tiba-tiba dipanggil masuk ke bilik wad Dato' Mutakhir pun sudah. Yang tak sudah cumalah tiba-tiba saja perutnya memulas.

Pasti perutnya meragam disebabkan makan nasi goreng yang hampir basi semalam. Nak buang sayang sebab ibu yang masak. Bukan selalu dia dapat balik ke rumah dan makan masakan ibu. Kerjanya di kota raya ini sentiasa sibuk walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai pegawai tentera.

'Tandas... tandas..." Matanya meliar mencari-cari papan tanda tandas.

Jumpa! Lega perutnya selepas melepaskan hajat. Namun, ketika sedang membasuh tangan di singki, tiba-tiba telinganya terdengar bunyi detikan halus. Seolah-olah pernah terdengar bunyi detikan itu, yang pantas membuatkan jantungnya berhenti berdenyut apabila otaknya berjaya mengenal pasti bunyi tersebut.

"Bunyi bom!" Tubuh Zafran kaku.

Ps: Done! Berchentanya nak tulis part ni. Sorry kalau tak best. Huhu.

Isnin, 24.2.25, 8.25 malam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro