BAB 1
Ariana menggeliat perlahan. Badannya diregang-regang bagi membetulkan semula urat sarafnya yang dirasakan sengal-sengal dek semalaman bertugas di hospital. Lesu tubuhnya dirasakan kerana kerjanya banyak yang perlu disiapkan.
Tak ramai pun pesakit yang datang ke wad kecemasan semalam. Jadi, itu bukanlah asbab yang membuatkan dia penat sebegitu rupa. Yang membuatkan dia letih tahap nak angkat jari pun tak larat ialah houseman (HO) yang bertugas.
Itu tak tahu, ini tak tahu. Hampir meninggal pesakit dibuatnya. Angin ribut taufan jugalah dia semalam jadinya. Hampir suaranya memetir dek marahkan HO. Nasib baik sabar masih menebal dalam diri.
"Dr. Ariana, sarapan." Badrul, HO yang dimaki olehnya semalam menghulurkan sebungkus nasi lemak dan secawan teh panas.
Ariana mengerling ke arah Badrul yang tersengih-sengih memandangnya seolah-olah langsung tidak terkesan dengan insiden semalam. Makian yang diterima seakan angin lalu, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Hatinya sekeras batu.
"Kau okey?" Ariana menarik senyuman senget.
"Gila tak okey. Heaven kut kena maki dengan kau. Rock!" jawab Badrul sambil membuat gaya punk, jari tengah diangkat tinggi ke langit.
"Sorry. Sebenarnya cara kau dah betul. Tapi aku sengaja maki kau depan Dr. Rasib sebab misi kita nilah. Jangan lupa kenapa kita datang ke sini sebagai doktor," peringat Ariana.
"Ya, aku tahu. Si jahanam tu memang dalam radar pengawasan aku pun," balas Badrul sambil tersengih-sengih.
Melihat sengihan Badrul, Ariana tertawa. Lucu pula apabila teringat kes semalam. Pucat lesi muka Dr. Rasib apabila Badrul berkali-kali sengaja memberi rawatan tidak betul kepada pesakit yang merupakan banduan yang cuba bunuh diri di penjara dengan menikam perutnya dengan berus gigi yang dipatahkan bahagian hujung.
"Tapi itulah kan, kenapa aku kena jadi HO? Padahal level aku medical officer (MO) sama macam kau." Badrul meluahkan rasa tidak puas hati yang terpendam sejak ditugaskan di sini.
"Sebab muka kau babyface. Kau ni tak reti tua ke hah, encik doktor vampire?" gelak Ariana.
"Habis tu kalau muka aku babyface, kau pula apa? Nenek kebayan? Tu tengok tu semua nurse dan doktor lain takut tengok kau," balas Badrul. Bukan dia tak suka muka awet muda tapi geram apabila selalu dilayan macam budak-budak.
Sambil mengucapkan jawapan balas, perlahan-lahan Badrul berundur setapak dua. Bukan apa, risau mukanya bercop mohor tapak kasut Ariana pula. Tapi, apa yang dia cakap ini semuanya betul pun. Semua jururawat dan doktor yang bertugas di jabatan kecemasan ini seram dengan Ariana.
Dr. Ariana Sofea, MO paling garang di jabatan kecemasan. Silap sikit, zapppp! Habislah kena maki. Barannya bak api neraka menyala-nyala. Sehari tak memetir, memang tak sah. Dan yang selalu menjadi mangsa makinya adalah HO yang bernama Dr. Abdullah Badrul atau digelar doctor clumsy oleh petugas kesihatan di sini.
"Nenek kebayan pun nenek kebayanlah. Apa ada hal? Ini nenek kebayan cantik lagi bergaya, sekali senyum habis cair para lelaki." Ariana flip tudung, kembang hati dengan kecantikan semula jadinya yang selalu membuatkan para lelaki terigau-igau dan berangan tak sudah ingin berkahwin dengannya.
"Oh please, naik jeluak aku dengar. Aku tak cair pun tengok kau. Seram adalah. Aku syak atas kepala kau ada paku. Kalau cabut paku tu confirm jadi pontianak." Badrul membuat muka jengkel.
"Kau tak cair sebab kau tu tak jadi jantan sejati lagi. Masih baby kan? Dah, syuhhh main sana. Aku tak layan kanak-kanak ni, menyibuk aje. Dah pi main jauh-jauh, go to your mama," bidas Ariana dengan lagak menghalau Badrul keluar dari bilik rehat.
Badrul mencebik, faham sangat dengan perangai doktor yang seorang itu. Juga partner dia dalam misi undercover di hospital ini. Malas mahu menyambung tekakan separa masak itu, akhirnya dia mengorak langkah pergi dari situ sambil bersiul-siul.
Melihat Badrul sudah hilang daripada pandangan, Ariana menggeleng perlahan. Begitulah mereka berdua setiap kali bertemu. Macam tak ada kerja pun ya juga. Padahal kerja mereka banyaknya tak terhitung.
Mereka bertugas di sini sebagai MO dan HO bukanlah atas dasar kepakaran dalam perubatan semata-mata, tapi misi besar untuk membongkarkan kegiatan haram orang atasan hospital. Laporan yang diterima menunjukkan ada kakitangan hospital yang menyeludup masuk virus berbahaya yang dinamakan sebagai nNBRa dan mencampuradukkannya dengan virus-virus lain yang sedang dikaji di makmal hospital universiti ini.
Jadi, inilah tujuan mereka ditugaskan berada di sini. Selain daripada mencari dalang sebenar dan mengenal pasti lokasi virus nNBRa ditempatkan, mereka juga bertanggungjawab merawat pesakit sesuai dengan kepakaran mereka sebagai doktor bertauliah. Senang katanya, double mission.
Ariana menopang tangan ke birai tingkap. Angin sepoi-sepoi bahasa pada jam 9 pagi itu sangat nyaman dirasakan. Tamparannya lembut mengena pipi. Buat seketika, Ariana menutup mata sambil pernafasannya diatur perlahan. Dia mahu menikmati kedinginan angin tersebut.
"Uncle, terima kasih!"
Suara gelakan kanak-kanak membuatkan Ariana membuka mata. Meditasi segeranya di tepi tingkap tingkat tiga bangunan hospital itu terganggu kerana suara hilaian itu. Kedengaran juga di telinganya suara seorang wanita memarahi kanak-kanak tersebut.
"Ayden, mama dah cakap kan jangan lari laju-laju."
Ralit sungguh Ariana melihat gelagat manusia bertiga itu di taman rekreasi hospital. Jelas di matanya seorang kanak-kanak lelaki lari bersembunyi di belakang seorang lelaki bertubuh tegap dan berpakaian smart casual, sedang mamanya sedang bercekak pinggang.
"Kau nilah Zaf manjakan sangat budak ni. Ni kalau dia sakit lagi, aku yang susah hati. Kau apa tahu?" Baran sungguh wanita itu dibuatnya.
"Uncle Zaf bawa Aden jalan-jalan je. Kakak nurse pun ada tengokkan Aden," balas Ayden.
"Tak elok tau duduk dalam bilik lama-lama. Aden nak udara fresh!" sambungnya lagi.
Menjawab ya menjawab. Tergelak kecil Ariana melihatnya. Begitulah generasi sekarang, semakin berani menjawab. Sepertinya sudah tiada rasa takut kepada ibu bapa sendiri. Sedikit sebanyak Ariana kesal juga dengan keadaan generasi kini. Seolah-olah rasa hormat kepada orang lebih tua hilang ditelan zaman.
"Banyaklah kamu udara fresh. Dah, pergi masuk bilik. Mama tak suka kamu rapat dengan Uncle Zaf. Kalau tak sebab dia, kamu takkan jadi anak yatim."
Sebaik sahaja usai memuntahkan ayat itu, pantas wanita tersebut menyambar lengan anaknya lalu mengheretnya masuk semula ke dalam bangunan hospital. Lelaki yang dipanggil Uncle Zaf oleh kanak-kanak itu dibiarkan kaku di situ, tersentak oleh tajamnya bilah ayat tersebut.
"Menarik..." Ariana mengetuk perlahan birai tingkap dengan jari jemari runcingnya.
Dia tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut disebabkan terlindung dengan dahan pokok. Namun, dari segi bentuk tubuh, Ariana tahu yang lelaki itu bukan calang-calang orang. Paling koman pun mungkin lelaki yang selalu mengunjungi gym.
"Apa yang kau dah buat kat bapak si Ayden tu hah?" Ariana berbicara perlahan.
Matanya masih terpaku pada figura tersebut. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menjawab telefon sebelum tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan hospital. Dan saat itu juga, kedengaran pengumuman namanya dipanggil ke ruang kecemasan.
"Alah, aku baru je nak rest!" Ariana melepaskan nafas berat, lantas tubuh lemaunya dipaksa berkejar semula ke wad kecemasan.
Nampaknya, hari ini pun sama penat seperti hari sebelumnya. Bilalah dia dapat rehat puas-puas? Ariana terpaksa reda dalam terpaksa. Tunggu sajalah misinya berakhir, pasti dia akan balas dendam dengan tidur tak bangun-bangun sampai tahun depan!
Ps: Terima kasihlah sudi baca cerita ni. Rasa macam worst je huhuhu 🥲
Ahad, 23.2.25, 9.15 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro