
** Announcement **
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. 🥰
Hari ini genap 7 hari saya tidak update Bulletproof Code. Saya mohon maaf atas diam saya sepanjang minggu ini.
Saya seorang pelajar Doktor Falsafah (PhD), merangkap penyelidik di universiti.
Dunia PhD dan penyelidikan bukan jalan mudah. Setiap hari menuntut sepenuh tenaga, masa, dan kekuatan jiwa. Ditambah pula sebagai published novelist, lagilah bebannya terasa sehingga membuatkan diri ini hampir tersungkur.
Namun, inilah laluan yang saya pilih dan saya sedang berusaha sedaya mampu untuk menyeimbangkan semuanya. 🥺
Minggu lalu, saya perlu membuat pembentangan kajian di hadapan profesor pakar. Ia adalah amanah besar yang saya perlu beri tumpuan penuh. Demi itu, saya terpaksa meletakkan dunia penulisan ke tepi buat seketika walaupun hati ini berat.
Minggu ini pula, fokus saya terarah kepada pengurusan manuskrip novel bersama penerbit sebagai persiapan menjelang PBAKL dan acara besar selepasnya. Maka, sekali lagi saya terpaksa mengorbankan masa yang biasanya saya luangkan untuk berkarya di sini.
Saya tahu ada yang menunggu.
Saya tahu ada yang rindu sambungan kisah Left. Zafran Al Haq dan Dr. Ariana.
Saya amat hargai kesetiaan itu sepenuh hati.
Namun, saya hanyalah manusia biasa seperti kalian. Cuma ada 24 jam sehari, dengan mental fizikal yang juga tahu erti penat. Saya bukan robot yang mampu buat segalanya serentak tanpa henti. 🥺💔
Wattpad adalah dunia tempat saya bernafas. Saya menulis di sini sebagai pelepas tekanan PhD dan realiti kerja yang terasa amat menyesakkan. Faktanya, ia adalah escape reality kehidupan saya.
Saya tidak dibayar untuk setiap patah perkataan yang saya tulis di sini. Apa yang saya tulis adalah lahir daripada rasa cinta kepada cerita, watak, dan kalian yang membaca.
Saya mohon, bersabarlah.
Saya bukan sengaja mahu membiarkan kalian tertunggu-tunggu.
Saya juga nak sangat kembali bercerita, berkongsi dunia espionaj penuh thrill dan aksi ini dengan kalian secepat mungkin.
Jiwa menulis saya menjerit. Tapi apakan daya waktu dan tenaga tidak sepenuhnya mengizinkan lagi.
Doakan saya sentiasa kuat, diberi rezeki masa, ketenangan jiwa, dan kelapangan minda untuk kembali menulis tulus dari hati, bukannya kerana desakan.
Kata mentor saya Tuan Norden Mohamed:
"Menulislah dari hati kerana penulisan sebegitu akan sampai ke hati."
Saya berpegang teguh pada nasihat ini, yang beliau coretkan khas kepada saya dalam bukunya. Saya juga percaya karya berkualiti tidak lahir daripada desakan atau ketergesaan, tetapi melalui kajian mendalam, analisis strategik, pemikiran logik terhadap watak, dan gaya naratif yang sinematik, lebih-lebih lagi dalam genre aksi ketenteraan penuh seperti Bulletproof Code.
Akhir sekali, terima kasih kerana masih bersama saya. Saya hargai setiap satu daripada kalian lebih daripada apa yang mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.
Saya sayang kalian semua. ♥️
Angel_k20
Penaku, senjataku.
Queen Pen in Combat Boots.
27 April 2025.

"Behind every pen, there’s a battlefield you never see. #Angel_k20"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro