Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07 📖 DENDAM SEORANG PENULIS

Beberapa bulan kemudian.

Gabhan menikmati hari cutinya. Dirinya terus duduk di atas kerusi sofa berhadapan dengan pendiang api. Menikmati minuman teh. Malam yang sunyi dan sepi. Sungguh tenang.

Gabhan mengangkat kakinya dan terus diletakkan di atas meja. Kedengaran seusatu jatuh. Kakinya tersepak sebuah buku.

Dahi Gabhan berkerut. Sebuah buku? Buku itu lantas diambil?

Tertera perkataan bewarna merah di atas buku tersebut...

"Buku Yang Disumpah?"

Gabhan keliru. Buka apa ni? Dan penulisnya?

"Siapa?!"

Lantas belakang buku itu dibelek. Sinopsisnya bertulis.

"Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti?

Maka inilah kisahnya.

Buku yang disumpah.

Bacalah.

Itupun kalau kau cukup berani menanggung akibatnya.

- Penulis -"

Tak guna! Bagaimana buku ini boleh berada di dalam rumahnya?! Entah kenapa Gabhan terasa seram sejuk dengan kehadiran buku tersebut.

Lantas buku itu diselak.

"Kisah ini akan memberi kesan terhadap realiti. Tidak seperti kisah yang ditulis oleh penulis lain.

Jadi pembaca sudah bersedia?

Tulisan-tulisan ini akan memaksa mata kau untuk terus membaca.

Terasa seram sejuk?"

Gabhan terdiam saat mula membaca. Ya, dirinya mula terasa seram sejuk. Namun tidak. Pasti dirinya akan menafikannya. Dirinya tidak percayakan akan sihir gelap. Walaupun sudah jelas berada di dunia Ghais Lavanark.

Matanya meneruskan pembacaan. Beberapa baris ayat ditinggalkan. Tidak sanggup ingin membacanya. Ia memilki daya tarikkan.

"Tidak?

Apa kata kalau gelapkan pesekitaran?

Apa kata kalau asingkan diri daripada orang ramai?

Tak cukup berani? Ataupun kau sememangnya sudah bersendirian?"

Bertambah tersentak dan cemas dada Gabhan. Buku itu seolah-olah memahami situasinya.

"Teruskan membaca.

Jangan berhenti.

Kalau tidak kau akan menyesal. Kau akan tertanya-tanya apa yang bakal berlaku... "


Gabhan terkedu. Jantungnya mula berdegup dengan kencang. Jarinya diberanikan untuk menyelak muka surat seterusnya.

'Janganlah kau bergembira atas derita mereka yang kau aniaya. Adalah satu kesilapan kau bergembira sedangkan ada jiwa yang tidak akan memaafkan.
Kau akan mati Gabhan Eadgar."

Terasa meremang seluruh tubuhnya. Nafasnya mula kedengaran deras. Namanya tertulis di dalam buku itu! Tangannya cuba untuk melemparkan buku tersebut pada pendiang api. Namun tiba-tiba tangannya terasa kejang! Terlalu kejang sehingga terketar-ketar.

Biji mata Gabhan terbeliak menahan sakit. Kenapa?! Apa yang berlaku?! Adakah ini benar-benar satu sumpahan?!

Mata Gabhan melirik pada buku yang masih berada di dalam tangannya. Seraya itu kekejangan kepada tangannya menghilang. Nafas Gabhan deras. Lega bercampur takut. Buku itu seolah-olah memaksa dirinya untuk terus membaca.

"Buku ini ditulis atas dasar dendam semata. Janganlah kau sangka perbuatan salah yang dilakukan itu kecil. Kadangkala perbuatan yang kecil itu mampu meninggalkan kesan yang mendalam. Apabila kesan itu mendalam maka dendam itu akan wujud.

Buku ini ditulis khas buat kau. Sebuah cerita yang akan memberi kesan terhadap realiti.

Kau akan mati Gabhan.

-Rian Falan."

Terasa kecut perut Gabhan membaca buku itu. Penulis ini adalah Rian?! Adakah ini sekadar permainan? Dirinya teringat tiba-tiba saat dia mencabar Rian untuk membuat sebuah kisah yang yang memberi kesan terhadap realiti?

Adakah ini kisahnya?

Gabhan terus membelek buku itu.

Buku itu tebal, namun helaian yang lain hanya dipenuhi dengan ayat yang berulang.

Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti...

Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti...

Kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti...

Sedang matanya galak membelek tiba-tiba perutnya terasa lain. Seolah-olah ingin muntah. Senak yang luar biasa. Isi di dalam perutnya terasa seolah-oleh sedang dipintal-pintal. Buku itu terlepas jatuh.

Isi di dalam perutnya disiat-siat.

Matanya terbuntang luas. Tiba-tiba sahaja darah mengalir keluar dari mulutnya. Dia memuntahkan darah yang banyak. Wajahnya bertukar pucat dan cengkung. Darah terlalu banyak mengalir. Lama kelamaan tubuh lelaki itu rebah dan jatuh meniarap.

Darah sudah berhenti mengalir. Entah kenapa Gabhan masih bernyawa. Tanganya terketar-ketar cuba untuk mencapai minuman. Haus yang luar biasa menguasai segala ruang tekaknya. Malang sekali sebotol air minuman terjatuh ke dalam pendiang api. Minuman beralkohol. Api menjadi semakin marak. Mungkin kerana kesan alkohol. Atapun mungkin kerana kesan sesuatu yang lain?

Api perlahan-perlahan merebak. Dan akhirnya ruang itu habis dijilat api.

Inilah sebuah kisah yang akan memberi kesan terhadap realiti.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro