03 📖 ANAK GADIS PENULIS
Rian pulang ke rumahnya. Pantas segala barang dan beg yang dibawanya diletakkan pada atas meja. Kakinya melangkah laju menuju ke satu bilik.
Bilik anak gadisnya. Itulah rutin Rian setiap kali pulang dari kerja. Bergegas ke arah bilik anak perempuannya. Satu-satunya keluarganya.
Pintu bilik itu dibuka. Kelihatan anak perempuannya terbaring di atas katil. Tidur dibuai mimpi.
Rian melangkah perlahan-lahan lalu duduk di atas birai katil. Cemas. Wajah anaknya disentuh perlahan. Matanya yang bewarna biru merenung wajah anaknya dan juga pada perut anaknya.
Lega. Rian tersenyum. Anaknya masih bernafas.
"Ayah..."
Perlahan sahaja kedengaran suara anak gadisnya itu. Baru sahaja terjaga dari tidur. Tersenyum melihat wajah ayahnya.
"Nadya? Dah makan?"
Rian bertanya.
"Belum. Nak ayah suapkan."
Manja sahaja kedengaran suara gadis kecil berumur 10 tahun itu. Anaknya itu kemudian duduk dan menyandarkan belakangnya pada penyandar katil.
"Nadya, lain kali alas perut dulu. Jangan tunggu ayah balik. Nanti kamu lapar."
Rian pantas menuju pada arah meja yang juga berada di dalam kamar itu. Roti yang sudah siap dipotong diletakkan kedalam pinggan. Air kopi dibancuh. Dituangkan ke dalam cawan. Itulah sahaja menu harian buat Rian selaku ayah tunggal bersama anak gadisnya.
"Nadya? Dengar tak? Ayah selalu lambat balik. Jadi tolong makan dulu."
Rian membebel sambil meletakkan hidangan tersebut di atas dulang kecil.
"Tak nak. Nak ayah suapkan jugak."
Nadya merengek. Sempat dirinya menjeling ayahnya. Nadya memang sengaja tidak mahu makan dulu, kerana dia tahu ayahnya tidak akan makan. Sanggup berlapar supaya dirinya dapat makan lebih. Hanya makan bersama-sama sahaja akan membuat ayahnya makan.
Rian hanya menggeleng dan tersenyum mendengar telatah anaknya. Dibawanya dulang kecil itu menuju pada katil anaknya.
"Nadya.. tau tak kamu ni kepala batu?"
Rian duduk pada birai katil.
"Tak.."
Nadya jawab selamba, terus menyambut dulang daripada tangan ayahnya dan diletakkan pada ribanya. Tidak peduli langsung akan bebelan ayahnya.
Ayahnya hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Cepat. suapkan kedalam mulut Nadya...Aaaaaa....."
Nadya memberi arahan. Mulutnya kemudian dingangakan luas.
"Tengok tu. Pengotor! Pergi gosok gigi dulu!"
Rian menolak dagu anaknya keatas, tutupkan mulutnya.
"Tak nak. Biarlah! Nadya malas."
Nadya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Pengotor..."
Rian buat-buat muka jijik. Sengaja mengusik anaknya.
"Biarlah. Ada khasiatnya kalau tak gosok dan makan terus. Air basi boleh buat muka kita bersih dan cantik. Nanti dah besar nanti Nadya cantik! Tak cepat tua."
Nadya tidak henti-henti berceloteh. Sangat berpegang teguh dengan prinsipnya.
Mendengar sahaja kata-kata anaknya itu. Terus membuat jantung Rian tersentak. Perasaan sebak tiba-tiba menguasai dirinya. Namun, ia dikawal.
"Nanti dah besar nanti Nadya cantik! Tak namoak macam orang tua."
Kata-kata itu sememangnya telah menggarit hatinya. Mampukah anaknya membesar?
Tidak.
Anaknya mengalami sakit yang menghalang dirinya untuk hidup lebih lama. Rahsia itu langsung tidak diberitahu kepada anaknya. Tidak mahu Nadya hilang semangat di saat-saat terakhirnya.
Tentang perubatan, dirinya ternyata tidak mampu. Segala kerja sambilan yang dirinya lakukan juga masih lagi tidak dapat menanggung kos perubatan anaknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro