Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TWISTED REVENGE


Mrs Sombong In a Week!

Day #1

Wahh. Happy semacam saja si Qhyrill...dari bangun sampai habis mandi. Yalah...semua dah selesai sekarang..Kaira pun dah kembali pada dia. Tapi...memandang kan mereka masih ada perhitungan. Macam tak sedap hati pula...Qhyrill memerhati keliling.

Tak ada yang mencurigakan...okay. sendiri dia menenangkan diri. Entahlah...bila Kaira sendiri kata begitu,macam membuat dia macam bagai telur di hujung tanduk pula. Dibetulkan lagi bajunya ,rambutnya...okay.

" sah aku handsome! " dari dulu,memang itulah kata-kata keramatnya. Tapi dulu untuk semua perempuan yang bakal melihat penampilannya. Kali ni,untuk isteri nya saja!

Baru saja selangkah keluar,Kaira menapak didepan pintu. Terkebil,tengok aku atas bawah. Kenapa ni? Kat tangan lagi ada sesuatu.

" kenapa ni?" Aik? Sepatutnya aku yang tanya...Qhyrill dah mengetap bibir. Hairan. Nak faham dari segi macam mana tu?

" hmm. Maksudnya?"

" ni...kenapa pakai baju ni? Tak sesuai tau untuk suasana kampung ni. Awak pun bukannya nak baju awak tu kotor kan? " siap senyum sinis plus jahat plus menakutkan ulu jantung aku lagi.
Ya...dia kan mrs sombong? Qhyrill tak pasal-pasal menggaru kepala yang tak gatal.

" kenapa pula sayang?"

" ni...pakai ni. Cepat. Jumpa kat dapur. "dihulurnya kasar ke dada Qhyrill. Laju pula menghilangkan diri.

Haihh.nasib nasib...

Ku lirik lagi baju. Wah! Aku lah manusia paling trendy dan paling bergaya dalam abad 21 ni. Biasanya aku menggunakan baju yang ada logo 'kuda' di sisi dada dan sekarang,aku sarungkan baju putih suci lagi bersih yang bertagkan 'belong to 'abah-mertuaku- dan kain pelikat yang pun belong to abah.

Okay!

Alahai! Malunya menebal! " apa ni ?! " nak menangis saja mukanya melihat penampilan yang boleh saja berubah sekelip mata! Tapi,semuanya punah bila Kaira memanggilnya.

"Dah?" Nak tergelak pula dia tengok Qhyrill. ; rambut memang hot stuff lah kat situ,baju t-shirt putih plain dan kain pelikat milik abahnya. Tapi,tahan sajalah!

" err.  Dah. Amacam?" Siap senyum ke telinga,tunjuk macho walaupun hakikatnya,hatinya meraung!

"Handsome. Macam lelaki kampung sejati ! " bukan happy,Qhyrill dah masam mencuka mukanya. Tau isteri sedang memperli dirinya...

" jomlah makan..." panggil Kaira,seiringan mereka berjalan menuju ke dapur.

Qhyrill melangkah,dilingkarkan tangannya ke pinggang Kaira,tapi laju saja hajatnya terpunah bila Kaira menepis laju.

" aik? Kenapa ni? " soal Qhyrill tanda tak puas hati. Kaira dah menjengilkan mata pada nya.

" still in revenge kan?" Dijeling habis Qhyrill. Terpinga dibuatnya! Nak marah,jangan! Alamatnya,kubur melambai pada aku! Haihh! Demi maaf si isteri,paksa juga dihadam! Kalau dulu,dialah raja lawan cakap,asyik Qhyrill yang menang walaupun ayat nya pendek sakan,tapi kali ni isterinya pula conquer! Memang penangan sombong ke tu...?

Nampak ibu dan abah dah sedia duduk di meja makan,tapi lantainya. What?! Lantai?! Naik kecut perut si Qhyrill. Ni first time ! Sungguh! Berlagak biasa dia...aduhai...nampak gaya abah pun boleh tau yang abah lebih bergaya. Perlahan dilabuhkan punggung di sebelah Kaira. Dilantai...lagi sekali aku cakap. Lantai. Dah berbisik-bisik Qhyrill di hati. Bukanlah lupa asal usulnya..tapi,dia mana pernah makan kat lantai.

" Qhyrill,elok tak baju tu?"

Di betulkan duduk nya,ikuti gaya duduk Kaira. " ha'ah bah. Elok. "

Abah tengok dia hairan,entah pelik pun ada .

"  kenapa kamu duduk macam tu? "
Duduk macam tu? Dilihatnya lagi. Okaylah ni...takkan lah nak mencangkung depan rezeki pula?
Dilihat Kaira pun macam tak ada masalah tengok aku. Maknanya tak salah,kan? Kan mungkin.

" duduk lelaki bersila lah...tu cara duduk perempuan. "

Macam ada terbelah segala batu belah batu bertangkup di kepala aku ni! Qhyrill sengih kambing,oh...rupanya. terasa macam anak-anak batu membanjiri kepalanya pulak bila dibedal pedas oleh bapak mertua. Haihh. Pantas dia menukar posisi duduk. Dah sengih dah Kaira disisinya.

Tengok semua. Hmm. Semua masakan kampung. Kecuali ayam masak merah
tu,tahu itu air tangan Kaira,sebab itulah antara yang jadi kegemarannya. Wah! Bersorak sakan hatinya,kampung seminggu pun seminggu lah. Asalkan merasa masakan air tangan isterinya!

Baru nak membuka langkah nak mengambil mangkuk ayam masak merah tu ..

" eh..." ikut saja anak matanya tengok mangkuk ayam merah tu terbang. Terbang? Ditolehnya Kaira.

Sinis sangat senyuman tu. Tahu memang tersirat sangat rancangan jahat disebaliknya. Alahai. Qhyrill memandang simpati saja...tolonglah simpati sikit!

Kaira pula dah buat muka 'ya...saya simpati.'.

" eh Kaira,kenapa tarik? Qhyrill nak ambik kan?" Abah hairan. Bagus!

" tak bah ..Qhyrill dah jenuh makan ayam saja...ni dia nak makan ikan. " nak terjeluak Qhyrill dengar. Rasa macam nak terjerit keluar segala halkumnya tapi,memandangkan di depannya ada kedua mertua,jerit dalam hati saja!! Namun,riaknya menunjukkan segalanya.

" sayang nak ikan kan? Makan ya...sayang? " siap ditarik piring yang berisi ikan goreng yang kurus kering...diangkat kening pada Kaira.

" ikan keli goreng..." disepetkan matanya,Qhyrill tengok ikan keli tu dah hinggap ke piringnya. Abah pun dah hulur sambal lagi. Merahnya sambal tu? Bau pun...hugh!

" sambal belacan. " lagi Kaira menjawab semua persoalan yang ada berbisik di hati Qhyrill.

Duh! Mampus aku. Tahu dia aku memang tak masuk sangat bab pedas telinga keluar asap ni...aduhai.

"Makanlah Qhyrill. Ni...sayur,masak lemak umbut kelapa. " lagi satu masakan kampung! Pening....

Dia tatap saja piringnya yang berisi ; ikan keli,sayur umbut kelapa,sambal belacan. Okay,first time! Ni first time!

" okay..." luahnya kecil.lambat nak di jamahnya nasi...perlahan-lahan. Cuba cubit sikit ikan dan celup sikit dengan sambal. Mak aih! Pedas sangat. Tak apa!

Kaira yang tengok lakinya macam seksa saja mengunyah ikan tadi...terasa macam dia yang tengok pula lebih seksa! Nak tergelak pun ada,yalah..muka putih Qhyrill yang putih dah naik merah.

Di lihat Qhyrill meneguk air di sisi. Disambung semula makan nya. Haih...suami ku..suami ku.

______________________

Teguk air lagi sekali. Dah tinggal sikit dah air dalam jug tu. Jug yang ke dua pula tu.

" awak...dah ke? Dah kembung perut tu..." kaira saja menyakat. Suaminya dah jengkel dah,bawa piringnya ke sinki. Kaira gelak kecil.. dipandang Qhyrill yang dah tertongging depan sink. Kali ni,air paip pula jadi mangsa.

Tu dia pusing pada Kaira. " awak sengaja kan? "

Bukan nak menyesal,ketawa puas hati pula Kaira didepan dia. Siap menekan perut.

" tu baru sikit. 10 biji cili merah. " terus Qhyrill membulatkan matanya.

"Apa?!" Hampir menjerit suaranya. Sepuluh biji?! Mahu mati terteguk biji lada nampaknya!

" banyak sangat. Dua tiga biji kan cukup. "

" pedas? " sinis perlian. Qhyrill dah senyum menggoda. Tergoda jugalah hati Kaira,namun ditahan hatinya!

Dirapati Kaira. Dipegang bahunya. " pedas. Kenapa? Nak rasa? "

Eeh?! Nakal sungguh bunyinya ! Kaira menayang muka acuh tak acuh. " oh yakah? Ingat eh...awak buat,tak ada maaf. "

Selalunya apa pun dia cakap,tak makan lah oleh si Qhyrill,tapi kali ni,itulah senjata terkuat nya. Gelak sakan Kaira dalam hati bila suaminya sudah mengalah.

" okay lah..."

" Kaira,Qhyrill...abah nak pergi mancing dulu. Ya? " abah dah siap menyarung topi besar dan kasut phua chu kang nya. Hah! Datang idea jahat!

" hah rezeki bah! Ni ..Qhyrill nak sangat nak teman abah pergi mancing. " excited lagi suaranya! Kaira pandang Qhyrill yang dah mau terberanak mukanya. Kaira mengelip-ngelipkan matanya,sakit pula hati! Haihh. Demi maaf. Tak apalah!

" hahaha...ya bah . Asyik mengidam saja Qhyrill. Hahaha. Jom bah. Qhyrill bawak kereta ya?"

" eh...tak payah lah...tak jauh mana pun. " kaira lagi protest. Qhyrill ikut sajalah cakap Kaira. Abah nya pula tergeleng kepala saja.

________________

Tak jauh?!

Haihh. Merungut,mahu mandi peluh Qhyrill berjalan kaki dengan abahnya. Paling teruk tu,abah bukan main senang hati lagi,langsung tak letih jalan kaki entah berapa km kah sudah. Haihh.

" mujurlah ada Qhyrill dengan abah...selalunya seorang je...sunyi je abah ni. " abah senyum,dan senyumannya berbalas.

"Ya bah,boleh juga Qhyrill belajar,cari pengalaman sikit. " senyumnya,bukanlah saja cakap secara terpaksa...tapi itu datang dari hatinya. Ada baiknya juga pembalasan kejam ni. Buat dia kenal erti keletihan dalam mencari sesuatu dalam bersusah.

Dah sampai ke tempat biasa abah,Qhyrill ikut saja rentak abahnya. Kesian dia tengok orang tua itu berpeluh-peluh dibawah terik panas. Dah minat kan? Hmm. Qhyrill melihat saja permandangannya. Senang hati.

" Qhyrill,ni duduk lah sini. " abahnya memanggil Qhyrill yang perlahan akur ke sana.

Tapi...

________________

"Kenapa Kaira buat Qhyrill macam tu? Kesian ibu tengok. Dahlah dia tak biasa dengan semua ni..." hajah Zaleha pun dah pening kepala kenakalan anaknya tu mengerjakan suami nya sendiri. Tapi,tulah...asal bahas pasal ni,ada saja jawapannya.

"Biasalah ibu. .orang bandar,kena ajar sikit pasal kampung ni. " biasa saja suaranya..macam tak rasa bersalah sangat.

Duduk saja dia tengok tv,sebenarnya malas nak tengok. Tapi memandangkan Qhyrill tak ada petang ni,layan sajalah tv di depan ni. Tengok jam pun,dah berkira berapa jam dia. Dah hampir satu jam setengah abah dan Qhyrill keluar. Belum balik lagi kah? Kaira mengomel sendiri.

Dilihatnya ibunya dah geleng kepala. Tahulah ibunya tak tahu apa lagi nak cakap.

" Assalamualaikum. "

Serentak kepala mereka berdua menoleh arah suara yang datang dari luar. Baru je sebut,dah datang!
Bila tengok,nak meletus ketawanya. Ni lagi lawak dari apa disangkanya.

" ya allah! Qhyrill,dah kenapa kamu basah kuyup macam ni? " bukan pula bini yang tanya,mak mertua pula. Bini dok sibuk gelak sakan! Haihh.

Habis basah satu badan bila tak sengaja kakinya terseliuh menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai. Dah lah berjalan jauh,basah lagi! Apalah nasib. Huh.

Qhyrill sengih saja. " tak ada apa bu ..jatuh tadi. " sambil kaki nya melangkah naik,seperti disuruh abah.

" pergilah mandi...kesian,bau ikan lah dia ni Kaira. " abah berlawak pula. Entah,penangan bau harum Qhyrill tu yang jadi penyebab mungkin,hari ni banyak pula ikan diorang dapat dari sebelumnya.

Kaira tengok saja Qhyrill pergi menghilangkan diri ke bilik. Dipaling lagi pandangan ke tangakapan hari ni abahnya.

" banyak nya ikan bah. "

" ni sebab laki kamu jatuh agaknya,banyak ikan jatuh cinta,tu yang terlekat kat jala ni. "Gurau haji Saidin disambut isterinya dan anaknya.

" biasalah bah...ni,abah nak buat apa? " dilihatnya abahnya dah siap membahagikan ke tiga plastik.

" ni nak sedekah-sedekah lah pada kawan abah. Rezeki lebih kan?" Hajah Zaleha pula menemani suaminya membahagikan ikan tadi. Kaira laju meminta izin nak pergi ke bilik. Nak tengok,apa si suami tu tengah buat.

Dilihatnya Qhyrill dah berbaring di katil,nak melelap lagi. Amboi...suka hati nampak.

" awak!" Terkejut agaknya,tu yang matanya laju terbuka. Dilihat Kaira. .masih lagi dia berbaring.

" kenapa sayang?"

" ehh....suka hati. Ni,awak buat apa? "

" nak tidur lah...letih. "

Kaira buat muka tak setuju. " tak...ni,maksud saya...awak buat apa kat katil ni? Belum mandi...belum apa...mandi lah dulu. Nanti berbau tau tak? " balas balik,ingat tak masa malam pertama Qhyrill cakap macam ni juga pada Kaira? Hah! Nilah nak balas ni!

Qhyrill terus bangun walaupun dalam keadaan malas. Tapi senyum lagi dia.

" okay...saya mandi. Tapi..." tapi apa?

" tapi kena peluk dulu!" Belum sempat nak mengelak,laju badannya tenggelam di dakapan Qhyrill. Selang beberapa saat terus dilepas. Eeee! Dah naik angin Kaira bila Qhyrill sengaja buat begitu.

" awak ni kan. " nak saja diguntingnya lidah Qhyrill yang dah dijuihkannya tu. Eee! Laju pula dia melarikan diri membawa tuala mandinya. Hmph!

__________________

Day #2

Aduh! Habis sengal,sakit,terpulas segala urat-urat badan terasa. Akibat tidur di lantai. Dicubanya lagi membuat aksi renggangan.

" hai awak! "

Laju dia menoleh. Senyum lagi si dalang idea jahat ni. Kaira menyimpul senyuman manis,manis teramat manis. Dituangnya minuman ke gelas,tersenyum-senyum lagi.

" awak nak apa?" Soalnya.

" saya nak urut. Boleh?" Disepetkan mata manja pada Kaira,harap sangat dia nak! Tapi,biasalah...dia menolak.

" no. Still in my rules,kan?" Qhyrill mengalah saja kali ni . Macam biasa. Malas lah nak melawan.

" okay. You're the boss. " tu laju dihinggapkannya bibirnya ke bibir Kaira. Haih!

" awak ni kan. " geram nya.

" tapi you're still my wife. " pantas saja dia melarikan diri. Malas nak berdebat cakap dengan Kaira sekali lagi.

Di ukirnya kaki ke depan,di ruang tamu. Ada pula abah ni bercakap dengan tetamu kat luar. Dengar cakap mereka,ada majlis gotong royong hari ni. Alahai. Kenapalah ngam aku ada dikampung juga? Mesti kena suruh ikut ni!

" hah...Qhyrill ikut lah sekali. " seperti disangka. Tak kan lah nak kata tak nak? Dia yakan saja.

Nak buat apalah agaknya ni?

____________________

" tangkap ayam hidup?! "

Semua mata memandang Qhyrill,bila suaranya yang hampir terjerit tu menarik perhatian. Kaira menyuruhnya menahan suara.

"Apa ni? Awak ni...tak naklah. Ayam tu laju sangat berlari. " kalau lawan marathon,entah ayam tu lah agaknya nombor satu. Heh!

Kaira tayang muka aku peduli apa. " dah lah...saya tak nak tau. Kaki dia dua. Awak dua,tu ada tangan dua juga. Apa susah?" Lawannya lagi.

" hmm. Tapi manalah saya tau nak tangkap. " serabut kepala. Haduh.

" cepatlah. Diorang dah nak masak tu. " tengok sekeliling,okay...dah berlarian sekumpulan ayam bila cubaan mengejar dan menangkap dibuat oleh beberapa orang anak-anak. Kaira ni pun satu hal,saja nak menyeksa suaminya!

Dilihatnya lagi Kaira dibelakang.

" pergilah..." berat hatinya....aduh!

" tapi bukan senang. Susah. " masih Qhyrill menidakkan. Kaira tak ambil peduli.

" eh...tak apa. Kejar ayam tu susah macam mana pun,umpama awak kejar hati saya. " haha! Pandai dia cari alasan. Okay! Bila cakap macam tu...tak ada lagi cara nak lawan. Hati Kaira,itulah matlamatnya!

Mula dia menjalankan misi. Berlari ke sana ke mari ,tertongging-tongging cari ayam. Dah dapat! Malangnya...lepas pula! Eeh...degil ayam ni! Kalau boleh dicekiknya ayam tu. Kalau boleh lah...tapi memandangkan ni untuk makan-makan malam ni...buang jauh idea jahat! Lagipun,ayam ni umpama hati Kaira!

Sampai lima belas minit juga..letih ,lenguh kaki terlari sana sini. Entah,tak peduli lagi dia mandi peluh kali ni.

Tapi,dalam hampir-hampir saja dia nak mengalah,alhamdulillah! Si ayam menyerahkan dirinya sendiri!
Perlahan-lahan....okay...

1....2....3..! Here you go!

"HATI KAIRA!" Diangkat pula si ayam di genggaman di awang ke angkasa. Akhirnya! Dia berjaya mencengkam! Siapa kata orang Ke-El tak boleh tangkap ayam macam ni?

Bila buka mata.. malunya tebal sedinding! Mana taknya,semua mata menumpu pada dia!

Bunyi cengkerik seketika...

Tu semua gelak kat dia. Hahaha! Tak sangka pula boleh ketawa. Tak apalah...sekurangnya semua ubah perspektif yang orang KL ni tak reti berkelako. Kan?

"Dah lah Qhyrill,jomlah...banyak benda lagi kena buat ni. Tarik bulu dia lagi. "

Terlopong Qhyri dibuatnya. Hah?! Ha~ pening.

________________

"Huh. Bau! " bila selesai saja malam lepas isya,semua orang pulang ke rumah masing-masing. Qhyrill dah senak dah mencium bau hapak diri sendiri,nak muntah pula ada! Berkerumung dengan bulu ayam,pasir di baju...haih! Kusut!

Terus dia masuk ke bilik tidur,Kaira dah siap menyikat rambutnya yang basah. Kesal memang kesal...rasa macam nak saja pada Kaira,tapi hai...alangkah terseksanya hati selalu saja terpaksa menahan marah! Tak gila dibuatnya?

"Hai...kenapa muka monyok je macam tu? " tegurnya. Qhyrill dah menjeling tajam tapi laju-laju dia mempamer senyuman manis pada Kaira.

" heheh. Mana adalah...awak lah ni...kenapa buat saya macam ni? Dah seksa saya ni tau. " yalah...apa tak nya? Ni kali pertama buat dia membuat semua ni...nak saja dia menjerit sekuat hati!

Tapi macam biasa,mukanya dengan riak selamba yang sungguh membuat berbunga hati ni dengan api kegeraman!

"Seksa kan? Tu baru je dua hari...saya pula menahan seksa selama enam bulan tu,awak fikir tak?" Balasnya. Sekali lagi dia bagai ditampar mukanya kesekian kali. Hmmph! Nak marah..benda betul pula. Haik!

" dahlah...saya nak mandi lah..."

____________________

Day #3

Paginya macam kebiasaannya. Masih pakai kain pelikat...buat itu ini. Teman abahnya kemas halaman rumah. Dilapnya keringat yang dah mengalir,digunakan otot lengannya.

" dah dahlah Qhyrill...dah siap dah semua. Ni...duduk lah kat dalam dulu. " abah melap-lap peluhnya dengan tuala yang disidai di bahu.
Qhyrill senyum saja..menggeleng perlahan.

" tak apalah bah...Qhyrill rehat kejap kat luar dulu lah. "

" betul? Baiklah...elok-elok. Abah pergi masuk dulu. " perlahan dia ditinggal sendiri. Lihat saja abahnya yang dah menghilang. Dah hilang kan? Okay,misi bermula! Laju dia berlari ke belakang pokok besar di belakang.

Lilau sekeliling....clear!

" hahah! Inilah dia!" Laju diseluk poket seluar yang dilapisinya di dalam. Capai phone.

Okay! Inilah jalan penyelesaian! Dia membuat rancangan yang dia harus meminta tolong pada kakak nya...untuk menghentikan penyeksaan ni. Hah!

Nak ditekan nombor kakaknya,entah sebab menggelabah yang meninggi sangat mungkin itulah penyebab dia tak tersengajanya menjunamkan phonenya ke dalam sawah!

Blub!

Alamak! Dah terjunam harapan!!

" alamak...alamak!! " nak terjun...alahai. macam takut. Alamak! Kenapalah macam ni nasib aku?! Haaaa! Nak saja dia menangis. Alamak!

" haduh....lemah jantung! " nak saja dia tertongging disana. Tapi...apahal pula nak tertongging bila phone masuk dalam sawah?! Bukannya boleh buat phonenya naik semula! Hah! Mati aku....

Nak tak nak,terpaksalah dia turun perlahan-lahan ke dalam sawah itu...macam terasa ...eeww. tak apalah...terus dibenamkan kedua tangan besarnya,meraba-raba phonenya. Entahlah berfungsi lagi ke tak. Memang lah tak,kan? Tapi,tulah...bengong tu diikut sangat!

Cari punya cari,hah! Dah dapat! Tapi...macam pelik pula rasanya...lembik semacam. Angkat laju-laju. Hah! Mak aih!

"Opocot! " bagaikan belut ditangannya tu pun terus membulatkan matanya bila dengar pekikan Qhyrill. Terus dihumbannya jauh-jauh. Tak nak lagi dah dia mencari,lantaklah! Laju dia mendaki naik ke tanah semula!

Habis basah,kotor bajunya. Aduhai. Phone pula dah tak ada. Macam manalah keadaan ni?!

" awak! "

Suara tu! Suara tu! Laju Qhyrill menoleh. " awak?! " luahnya. Kaira terkejut tengok keadaan lakinya yang dah macam baru habis berwrestling di sawah saja.

Bercekak pinggang. " awak ni dah kenapa?"

" tak ada apa...saya....cari phone. "
" phone?! Macam mana boleh ada kat dalam sawah? " soal Kaira tak percaya. Qhyrill dah menggaru kepala.

" saya....saya cuba nak selfie tadi. Hahahaha...."

" haa! Pandai sangat. Kan? Makanlah phone kat dalam sawah tu. " jeling lagi tajam...terus dia meninggalkan Qhyrill yang terpinga-pinga. Huhuhu! Malang sungguh hidup aku.

________________

Malamnya,dia tunjuk manja tahap gaban lagi depan Kaira. Dah sentap Kaira dibuatnya.

" awak nak apa lagi? " kasar sungguh intonasi. Qhyrill melabuhkan punggung dibirai katilnya. Sengih kambing lagi.

" awak nak apa ni? Janganlah mengada-ngada macam ni..." dihempuk-hempuk bantalnya,siap nak baring. Tapi,itulah..Qhyrill masih buat perangai.

" sayang...nak tidur kat katil..boleh? Lenguh badan tidur kat lantai kayu ni...boleh lah..." pujuknya.

" hei...mana boleh. Awak pergi tidur kat bawah dulu. Tinggal 4 hari je lagi. .tahan lah sikit. "

" tapi ..."

" no! Assalamualaikum,selamat malam!" Dicuit manja hidung suaminya yang tersayang tu. Dah berdiri Qhyrill...berserah sajalah. Duduk bersila dulu di lantai sambil peluk satu-satunya bantalnya.

Hmm. Seksa sungguh. Tidur sajalah!

" Eeh! " lagi dihempas nyamuk yang gatal dari tadi hinggap dikulit nya. Kejap kaki,kejap tangan..kejap leher..kejap muka. Memang mampus!

Aduh! Hampir sepuluh minit lagi dia terkial begitu dilantai. Nak tidur pun tak dapat,dah berkali-kali nyamuk tu inject kulitnya! Gatalnya...

Bingkas Qhyrill bangun,merungut. Aduh!

" dah apahal lagi ni..." bisiknya...dilihat Kaira diatas katil. Kemain lagi dia seronok tidur...apa taknya,dah dilindungi dengan kelambu.

Lagi dihempas tangannya yang gatal.

" ya allah...tak sanggup aku ni..." laju dia duduk dihujung Kaira. Digoyang lembut bahu Kaira.

" Kaira. .bangunlah. " selepas beberapa kali goyangan,baru Kaira sedarkan diri. Digosok lembut matanya...

" kenapa?"

" saya nak tidur kat dalam ni juga...gatal lah. "

" hah?! Eh...awak simpan lah dulu gatal awak tu. Dahlah. " tempelaknya..jauh pula fikirannya. Qhyrill masih ligat menggaru.

" bukan...tapi...ni,gatal nyamuk. Eshh...awak ni. Tolonglah kesian sikit. "

Dalam keterpaksaan Kaira memaksa dirinya bangun jua. Perlahan diusung kaki ke luar. Mencari apa pun,entahlah...Qhyrill menunggu tak sabar. Huh. Jangan racun nyamuk sudah!

Tunggu punya tunggu,dah datang Kaira semula. Dilihatnya tak ada racun nyamuk...tapi,tudung saji. Aik?

" ni..." dilihat huluran Kaira. Bergurau ke apa ni?

" untuk apa? " tanyanya. Yalah...tudung saji dengan makanan,apa kena mengena dengan hal ni?

" kain pelikat dah ada kan? Baju pun dah ada. Ni,guna untuk tutup muka awak. "

" hah?! Whaat- apa awak ni? Takkanlah...." belum sempat dihabiskan ayatnya Kaira dah sambung tidur balik.

" kalau nak,pakai. Kalau tak nak,letak je tepi. " itu saja sempat dipesannya sebelum melayang ke alam mimpi. Kesian Qhyrill. Hahaha!

Geram nya aku ya allah....ditutup matanya. Tarik nafas dalam-dalam. Tu senyum.

" okay sayang. Thankyou so much ya? " duduk semula dia ke lantai kayu,merenung si tudung saji ditangannya. Haih. Mengeluh saja sendirian.

_____________________

" ya Allah Kaira...mana tudung saji ibu ni? "

Itu lah yang membuat Qhyrill terus terbangun dari lena. Aik? Gelap?! Huh. Tahulah apa tu. Pantas diatur tangannya ke muka yang dah ditutupi dengan tudung saji. Tak sangka,terpaksa pula dia akur menggunakan idea bernas Kaira dek gatal sangat mukanya!

Di lepas dari mukanya...huh! Barulah terasa nikmatnya angin segar. Dari mencium bau tahi gigi sendiri! Errrk. Perlahan dia duduk. Dah kusut masai Qhyrill dibuatnya. Macam bukan dirinya yang selalu mengutamakan 'kesempurnaan'. Huh. Malas betul...

Oh..baru teringat. Ni adalah hari ke #4 dia menetap di kampung dan masih dalam kawalan revenge Kaira.

Baru sebut,dah ada depan mata.

" baru bangun? " perli lagi. Qhyrill bangkit dalam malas. Hmm. Kini dia lebih tinggi dari Kaira namun,masih kerdil di genggaman Kaira yang sekarang adalah 'boss'. Haih.

" tak sedap tidur semalam. Pukul 4 baru saya nyaman tidur ..tau tak?"

" aik? Marah ke?"

Terus Qhyrill menguntum senyuman paksa. " hahaha. Mana ada marah. Happy lah ni. "

" awak pergilah mandi. Lepas tu makan,dan saya ada surprise! " ketawa kecil lagi Kaira.

Menyeramkan!

____________________

Dihulur phone cikainya yang dulu jadi bahan ejekan Qhyrill menjatuhkan saham Kaira,pada suaminya.

" apa ni? " soal Qhyrill. Berganti-ganti pandangannya.

Kaira-phone-Kaira semula.

Kaira dah mengeluh berat. " haihh. Phone lah. Tak kenal lagi? Baru je sehari tak jumpa phone,takkanlah dah tak kenal kut?" Lagi telinganya dibedal pedas dengan sindiran menyakitkan hati Kaira. Senyum sinis lagi.

" yalah...saya tau ni phone yang cikai tahap pupus ditelan zaman . Tapi,apa hal pula awak hulur pada saya?" Soalnya semula. Tak nak mengalah ni.

" tak nak sudah. Ni phone cikai,yes. Tapi memandang kan awak dah tak ada phone,awak lagi cikai berbanding phone ni. Faham tak? Nah...nak tak nak? " aduhai. Kali ni,memang Kaira menguasai padang! Qhyrill bagaikan nak menghentakkan kepalanya sendiri ke tanah! tapi...tahan lah hati!

Dia mengalah. " okaylah. Daripada tak ada,kan? " kaira mengangguk setuju,plus puas hati sangat.

" betul. Tau tak apa. " okay. Nampak nya belum selesai lagi. Apa lagi kali ni?

" sebabkan awak sunyi...saya ada bawakan kawan. "

Kawan? Qhyrill tak tersuara olehnya. Cuma riaknya saja memberitahu apa yang ada di otaknya!

" ni..." ditunjuk ke belakang Qhyrill. Siapa ? Qhyrill laju menoleh ke belakang. Allah ,mak aih! Naik pening satu badan. Ni...kawan kah tawanan? Mana taknya pening...ada ke patut dia kena berkawan dengan si kerbau?

" apa?! Awak ni...saya mana ada bagi awak kawan dengan mana-mana binatang sebelum ni..." Qhyrill cuba membatalkan hasrat Kaira mengawankannya dengan si dia dibelakang.

" ya kah? Helo...siapa cakap saya tak ada kawan? Ada! Cicak...kucing kat luar. Hah...tu lah kawan saya. " luahnya confident. Qhyrill lagi sekali kalah dalam perdebatan yang mengalahkan debat politik pula!

" okaylah. " ditinggalkan Qhyrill sendirian bersama 'kawan' barunya. Haihh. Hi kawan!

__________________

Dihumban-humban batu kecil ke dalam sawah. Dilirik kawannya disebelah. Mengeluh lagi Qhyrill.

" apa nak jadi ni,Kerbau? Kau tau tak? Hidup aku tunggang langgang dah,kau pula muncul! Hidup aku jadi orang kampung..phone aku masuk dalam ni...kena tidur kat lantai. Kau pula,jadi sahabat aku. Haih. Kenapalah kejam sungguh hidup ni? ! " sendiri pula Qhyrill bermonolog dengan Kerbau. Macam lah dia faham.

" kau tau tak? Aku tak perlukan kau jadi kawan aku. Aku tak perlukan kawan binatang. Kau ni kan...menyusahkan hidup aku adalah. Kena bawa kau ke hulu ke hilir. " dimarahnya pula kerbau tu. Kesian...

Di palingnya muka marahnya ke tempat lain. Hari pun dah nak maghrib..di tariknya sekali kerbau nya menuju ke rumah. Malas sangat nak memimpin binatang ni sama...hai...tapi atas perintah hukum kanun Kaira,terpaksa jugalah. Sakit hati betul!

Laju diikat tali si kerbau di pokok belakang. Kerbau tu pun macam redha sajalah.

" dah! Kau duduk sini. Kau ingat,aku takkan jadi kan kau kawan aku. Kau dan aku,berbeza. "  sombong bunyi si Qhyrill. Pantas diukir langkahnya menuju ke dalam rumah.

___________________

Malamnya...hujan! Lebat pula tu. Rasa kasihan menyelubungi Qhyrill,bila matanya menatap si kerbau yang mencuba melarikan diri dari asyik dicurahi hujan. Basah kuyup dia...kesian.

Nak keluar? Tak? Nak? Tak?

Hatinya yang masih lagi berperikemanusiaan tu dituruti. Sanggup Qhyrill meredahi hujan yang lebat tu menuju kepada kerbau yang malang tu.

Laju-laju di lepaskan tali yang dililit ke batang pokok. Tu ditarik kerbau ke garaj abahnya. Kesian...menggigil pun ada kerbau tu. Hahaha!

Diusap-usap lembut bulunya yang basah. Kesian...rasa menyesal menyebabkan kerbau tu kebasahan.

" dah lah...kau tidur sini..maaflah. kesian pula kau ni.." bahasnya. Walaupun binatang,tapi bukan bermakna dia tak ada hati dan perasaan. Entah-entah,dah siap simpan dendam lagi kat aku! Huh. Bebel pula si Qhyrill ni. Tengok badan pun dah tumpang basah juga. Haii~

Masuk dia semula ke bilik,dan diganti baju nya yang lain. Kalau nak bawa tidur baju yang basah ni...memang tak boleh!

Duduk dulu dia di birai katil Kaira. Merenung isterinya. Hmmmm. Lekas-lekas dia mengucup pipi Kaira sebelum beralih ke lantai semula. Dah ngantuk!

___________________

Day # 5

Kaira tercari-cari...melilau keliling. Dah masuk kali ke 4 dia pusing-pusing. Ke belakang...ke depan. Abah dah balik...tapi suaminya ni dah merayap ke mana entah. Bingung. Akhirnya,bercekak pinggang dia di depan halaman rumahnya.

" mana dia ni ? Dah cari merata...batang hidung pun tak nampak. " bebelnya sendiri.

Hajah Zaleha yang baru menyelisih depan tingkap melihat gelagat anaknya. Dah buang tabiat kah apa dia ni? Berdiri tengah-tengah panas terik ni?

" Kaira!" Laungnya. Kaira terus menoleh.

" kenapa bu? "

" kamu yang kenapa. Buat apa kat situ? Panas ni..masuk!"

Kaira tak mampu buat apa selain akur sajalah cakap ibunya. Terus diukir kakinya menuju ke dalam. Gelisah pula hati Qhyrill belum balik lagi ni. Kemanalah dia tu agaknya?

Kaira memberi laluan bila abahnya nak melangkah keluar dari pintu utama.

" jangan risaulah...dia kata dia nak pergi pekan sekejap. " terus Kaira mengeluh lega. Oh...mesti dia pakai motor abah ni...

Baru sekerat nak melangkah ke dalam dapur,riuh di depan menangkap perhatian Kaira,diikuti oleh Hajah Zaleha juga. Pantas diikut gerak geri Kaira yang dah berlari anak menuju ke depan.

" pak Din,menantu pak Din! " kata Huzairi,budak yang sering kali.saja menemani abah mancing dulu. Kadang pun suka bertandang kerumah. Tapi kali ni...menantu?!

" menantu? " blur pula haji Saidin ni sekejap. Kaira pantas menepis kata-kata nya.

" kenapa ?! Apa jadi? " berdebar hatinya...

" cepat...cepat pak din!  Kak Kaira! Cepat. Dia accident!" Pantas budak tu melarikan diri,apa lagi semua sekali mengikut pecutan HuzairI. Tak jauh mana pun,dekat je...dah terpampang tubuh Qhyrill terkulai dari motor abah,yang dah terpelanting ke belakang.

" ya allah!" Haji saidin mengucap kalimah allah...bergetar tulang rusuk nya! Belum ada lagi orang ke menolong mereka?

" motor aku!" Alahai pak din ni. Ingatkan sebab menantunya dah terkulai terbiar macam tu,rupanya motornya. Hahahah!

Kaira mengambil kepala Qhyrill dan meletakkannya di pahanya. Tak lah teruk sangat luka di kepalanya. Tapi,manalah tau dah hilang ingatan kah apa.

" awak?!"  Bergetar suaranya. Ya allah...menggigil.

" awak bangunlah!"

" macam mana boleh jadi macam ni Zairi? Min? " ditatapnya dua budak tu...tak jawab apa-apa pula.

" awak...jangan tinggalkan saya...jangan tinggalkan  saya macam ni...awak..." nak menangis saja..lagi dipandang dua budak lelaki di depannya. Sempat dia melihat mereka macam nak tertawa tapi segera mati ketawa mereka sebaik dia menatap.

Hai? Hairan.....pelik disini...

" zairi....min? " masih mereka tak berkata apa. Dipandang Qhyrill yang masih tak sedar.

" awak,jangan nak menipu,kalau tak saya congkel biji mata awak. " ugut Kaira tapi tak menjadi. Ini bergurau ke tak,dia pun tak pasti. Baru saja nak sambung menangis..

" okay. Saya takkan tinggalkan awak,dengan satu syarat. Batalkan syarat seminggu awak tu. Boleh?"

Sekelip mata hilang tangisan Syahdunya,tajam matanya menusuk ke arah Qhyrill yang dah siap sengih puas lagi. Ni tatapan maut! Di tamparnya bahu Qhyrill sekuat hati.

" awak ni kan! Gila,saya boleh sakit jantung tau tak?! Jahat lah awak ni!" Geramnya tahap melangit. Disambut pula gelak sakan abah ibu. Oh....rupanya diorang pun dalang semua ni?! Patutlah abah langsung tak peduli Qhyrill yang dah terbiar tadi. Menyesal! Kalau tau...ku biar saja dia terlentang di panas terik ni!

Qhyrill menarik lengan Kaira. " maaflah...saya tak sanggup lagi. Can we stop this? "

Kaira pun tak sanggup sebenarnya...jujur. dia mengeluh. Tu senyum bahagia. Bagaikan di dunia mereka berdua saja pula. Hai.

" yalah...saya tak sombong lagi dah. Awak jangan seksa saya lagi macam yang dulu. Kalau tak...lagi teruk pembalasan saya. " terus Qhyrill terkekeh ketawa sambil membangunkan dirinya dari baringan.

" okay...I promise. Sayang. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro