EPILOG II Sampai Jannah.
He is mr sombong 100% epilog II
[NO MORE REVENGE]
Kita mampu merancangkan,
Tak mampu menentukan,
Jangan kita persiakan,anugerah dari tuhan,
Kosong tanpa mu,
Satu hajat ku,
Dua kan lengkapi kita,
Engkau milik ku,
Moga kita sampai jannah,
Cinta kita sampai jannah..
" Raqeef. Ni bagi mama kat luar. " laung Qhyrill,pak ngah nya.
" okay pak ngah. " pintar sangat mulut anam kecil ni. Walaupun baru je umur 3 tahun,tapi mengalahkan orang tua! Berlenggang lagi dia membawa dulang tu keluar.
" hai daddy suruh lagi ke dia tu bawa barang? Kesianlah...biar je lah mummy yang buat. Ya?" Nak saja direbut dulang dari tangan lakinya,tapi cepat pula dia mengelak!
"Tak apa..biar daddy yang angkat semua. Mummy,duduk...rehat je. " sempat lagi diciumnya batang hidung Kaira. Dah jengkel mukanya. Apa ni? Nak tolong mama,mama pun tak bagi . Nak tolong ibu,ibu pun tak bagi. Ni nak tolong suami sendiri pun tak bagi juga?
" laa...biarlah...buat apa juga nak duduk rehat je? Bak sini!" Main tarik-menarik pula mereka berdua.
" eh..mummy!"
"Daddy!"
Tarik punya tarik,tiba-tiba pula...
" dah,biar Raqeef yang bawak!" Ternganga mereka berdua. Wah. Bukan main kekwat lagi budak tu merampas takhta yang jadi perebutan tu. Apalah sangat dulang berisi makanan? Qhyrill mengeluh.
" tengok. Baby Raqeef-"
" Raqeef,not baby anymore. " celah Raqeef di celah,celuk mana entah. Cepat pula anak tu menghilangkan diri lepas correction ayat pak ngahnya. Berani sungguh.
" dahlah...kita duduk lah. Dah siap semua. Semua pun dah ada kat luar ni. "
Semua? Ya...semua tu maksudnya ahli keluarga Qhyrill dan Kaira berkumpul sama di rumah mereka. Penuh,sesak semua...riuh rendah macam pasar pula. Lagi-lagi kawasan ruang tamu. Ramai orang mengerumungi baby Aqsha.
Aqsha? Siapa pula tu? Laa...tulah cahaya mata Kaira dan Qhyrill,baru je berusia 5 bulan. Cute,putih melepak lagi babynya .
Aqsha Kashfi bin Qhyrill Muslim.
Itulah nama putera mereka. Masuk genap saja 3 tahun perkahwinan mereka,barulah tahun lepas Kaira mengandung. Sampai juga hajat Qhyrill kali ni! Hahaha!
" Aqsha....ee...comelnya!" Habis kena cubit pipi gebu si kecil tu,sekarang barulah boleh meluahkan geram pada anak sendiri. Kaira senyum saja..syukur sangat ramai yang menyayangi Aqsha. Tak menangis lagi budak tu...makinlah ramai peminat.
" memang lah comel,macam daddy dia lah.." naik dah,mula dah sombongnya tu menyimpang! Gurauan Qhyrill disambut dengan ketawa sakan mereka semua.
Habis,kalau ikut aku,tak cute lah? Membebel pula si kaira ni. Dilihatnya Raqeef pun sayang kan Aqsha,macam adik sendiri. Mana taknya,cuma Aqsha saja kawan kecilnya dikeluarga ni.
" okay ..dah selesai ke tak? Jom solat maghrib dulu...tu terus makan doa kesyukuran. " papa pula dah potong stim di kekecohan semua..ya..hari ni mereka semua berada di sini sempena tarikh lahir Raqeef serta umur lima bulan Aqsha bulan lepas,memang sengaja sekali gus terus. Semua terus bersurai nak sedia membersihkan diri untuk sembahyang maghrib berjemaah.
" Assalamualaikum. " terus diangkat tangannya,melambai pada semuanya yang dah nak balik. Semua orang letih,lenguh satu badan angkat,cuci itu ini. Maklumlah,keluarga ramai...tapi nasib baiklah keluarga ni bukan jenis berat tulang,semuanya membantu..bergotong royong semuanya.
" huuaaaaa! Letihnya...." nak tergelak pula Qhyrill tengok gelagat anak buahnya tu.
" eleh..mengada. siapa yang cuci,lap apa semua? Raqeef tadi cuma tau menongging je. " usik Qhyrill,walaupun ia tau yang anak buahnya tu terlebih aktif pula malam ni.
Dipandangnya tajam penuh dendam pada pak ngahnya.
" mana ada Qeef malas tadi. Pak ngah yang malas. Asyik berkepit dengan mak ngah. " amboi...budak ni.
" eehh...pandai pula jawab. Yalah...pak ngah tau lah. "
" Mama tidur lah..kesian tengok mama,dah mengantuk nampaknya. " kedengaran Kaira dari bilik tamu,segera Qhyrill rapati mereka. Di tengoknya Kaira tengah menggendong baby Aqsha yang dah tertidur.
" ya ma...baik mama bawak tidur. Dah bengkung biji mata mama tu. " pula si Qhyrill ni...
" esh ..awak ni. " geram Kaira,saja ya suka menyakat. Kembali semula perangainya yang dulu,yang suka menyakat..yalah...semuanya sudah kembali normal dan lebih bahagia.
" yalah...mama nak naik atas lah dulu..papa pun dah naik. Kak Syazana belum tidur lagi? " sempat mama menanya pasal kaka Syazana. Kelihatan kak Syazana masih rancak berbual dengan ibu Kaira diruang tamu.
" belum agaknya.. " dilihat saja mamanya yang dah meninggalkan mereka. Bila pusing,rupanya ibu dan kak Syazana ada pula menapak didepan.
" dah nak tidur kah bu? " soal Kaira.
" ya kaira...dah letih dah ibu. "
" ya..kak Syazana pun nak tidur juga. " sorang-sorang dah menguap besar. Dibiarkan saja ibu dan kak Syazana naik ke atas dulu. Tinggal Kaira dan Qhyrill dibawah.
" daddy tak mengantuk? " soalnya pada suami sendirI. Senyum saja Qhyrill memandang Kaira. Menggeleng perlahan.
" belum. Nak mummy layan daddy dulu lah. " nakal dah datang! Kaira menjeling saja walapun hatinya berbunga. Lantas dia meninggalkan Qhyrill yang merepek malam-malam.
" Awak. Saya rindu awak lah..." masih tak nak mengalah lagi bila di bilik. Di peluknya Kaira dari belakang..tapi laju Kaira melarikan diri.
" daddy...please..mummy letih lah. "
" tapi daddy nak cium je. Boleh? "
" eh...kalau cium,tu boleh je menyimpang jauh terus. Tu yang malas tu...lagipun,Aqsha tidur ni...nanti bangun pula dia. "
Qhyrill mengeluh. Tu ada datang idea! Hahaha! Perlahan diangkatnya Aqsha dari baringan,kecil saja budak tu..kaira menatap hairan.
" Daddy nak bawa mana ni? " soalannya tak di endahkan. Perhati saja Qhyrill yang dah menghilangkan diri.
Pantas dia melangkah menuju ke bilik Mamanya. Tapi,dia menegur dulu Raqeed yang dah siap bermain kereta di lorong.
" Raqeef... buat apa tu? Masuk tidur. It's already late now. " terkebil saja budak tu menatap pak ngahnya.
_____
" yes! " masuk dia semula ke dalam bilik,kali ni tanpa Aqsha di tangan. Dah kemana hilangnya Aqsha?! Laju Kaira merapati Qhyrill dipintu.
" jangan pula Daddy kata daddy dah buang Aqsha?!" Menyimpang jauh pula fikirannya. Qhyrill dah gelak kecil.
" awak..Aqsha ada kat mama. Mama pun excited bila ada cucu comel dia tu. Dah rezeki depan mata...takkan nak tolak? " nakal lagi dia. Dah dipeluknya Kaira dan ditolak badan mereka ke katil.
" awak!"
" apa lagi ? Kiss je lah sikit...atau pun...daddy nak anak ke dua lagi lah...boleh tak?" Besar mata Kaira menatap,mendengar kemerepekkan lakinya.
" mana boleh! Saya...saya...ermm. saya letih lagi. Lagipun,belum sampai setahun je lagi Aqsha tu. Bagilah masa sikit..." pujuknya tapi tak menjadi. Nak diciumnya Kaira...tapi pelik bila kaira macam nak tergelak pun ada.
" kenapa?"
" ada...ada..."
" ada? Ada apa? Mana ada sesiapa...raqeef mana ada kan? " dilihat sekeliling,mana ada orang. Baru saja nak menyambung namun semuanya hancur berkecai bila..
" ADA!"
Qhyrill segera menoleh budak yang baru saja menjengul keluar dari bawab katil. Bulat matanya...
" ya allah ya tuhanku. Raqeef! Buat apa Raqeef kat sini? Allah. Kak long!! " pantas dia mendaki turun dari katil,kaira pula dah meletuskan gelak besar. At the same time,kak longnya masuk.
" allah...Raqeef. buat apa masuk ke sini? Mama cari tau. Mari,tidur. " dah ditarik pula tangan si Raqeef yang sempat menjawab.
" mak Ngah yang suruh. " dah bicir rahsia! Kini Qhyrill dan Kaira berdua sendiri. Di kunci nya pintu bilik mereka.
Senyum sinis Qhyrill menatap isterinya. " oh...rupanya. ni kena bagi punishment ni..."
Kaira masih lagi dengan sisa ketawanya. Dirangkul tubuh sasa Qhyrill yang memeluk dia juga.
" punishment apa?"
" kiss sikit. " senyum Qhyrill meleret. Kali ni tak menolak,tapi pantas pula Kaira membenamkan bibirnya ke bibir Qhyrill. Tapi cuma sekejap saja.
" awak kena bagi saya anak ke dua lagi .." masih lagi bahas pasal ni rupanya. Haii. Kaira mengerling mata.
" eshh. Asyik tu je...saya tak nak. "
" alaaa...janganlah sombong lagi mummy..." pujuknya..tapi Kaira masih tak mengalah. Gila,baru je beberapa bulan,takkan nak timang anak lagi? Namun,tak dinafikanlah...dia pun nak juga.
"Mana ada mummy sombong. Tapi letihlah..."
Qhyrill pantas mengiyakan saja. Dipeluknya kaira ke dakapan. Kepala Kaira dilentokkan ke dada kerasnya.
" saya sayang awak tau tak?" Kata Kaira yang memang menjadikan Qhyrill bahagia saja kalau mendengar.
" ya ...saya tau. Tapi awak yang tak tau saya sayang awak. " balas Qhyrill semula. Memang dia sayang sangat pada Kaira.
" ya ke? "
" yalah...saya sayang awak. Saya cintakan awak. " di pegangnya bahu kaira tu di jauhkan jarak badan mereka sikit,bagi Kaira tengok mukanya.
" say my name sayang. " pintanya.
" Qhyrill. " kaira sebenarnya faham,tapi saja buat tak faham apa pinta suaminya.
" say my name lah..." lagi sekali dia meminta.
" Qhyrill Muslim bin Khyrir Azrique." Lembut suara Kaira menusuk,membuat seram sejuk saja tubuh Qhyrill mendengar.
" my name?" Kini Kaira pula meminta.
" Anisa Kaira binti Haji Saidin,my lovely Wife. " aww. Cair pula hati Kaira mendengar. Terus dipeluknya Qhyrill semula. Macam itulah pelukan kali terakhir. Takkan dilepasnya!
" I love you..." bisik Qhyrill...
" saya cintakan awak.." lagi sekali diulang ayat yang sama.
" saya pun cintakan awak. " balas Kaira lagi.
" I love you so much,100% in the name of Allah. Sayang. " Kaira menutup mata...menahan sebaknya kesekian kali. Inilah kebahagiaan yang memang diimpikannya selama ini.
" I love you too.. " pendek tapi sarat dengan makna yang mendalam. Dialah lelaki yang akan sentiasa ada dalam hatinya.
" saya takkan pernah berpaling dari awak..walaupun satu peratus. Takkan pernah. " di angkat terus Kaira,ala princess menuju ke katil.
" nak apa lagi? "
" nak cium lagi. " katany Qhyrill masih nakal lagi. Alamak.
" okaylah..tapi pasal anak kedua..nanti okay?" Kata Kaira mengusap muka Qhyrill lembut.
" eh...bukan dua. "
" hah?! Ke tiga? Ke empat?" Hairan pula Kaira dengan Qhyrill.
" tak...tapi yang ke 100. "
Ya allah! Naik pening!
" ya allah...ke 100 ? Banyak sangat?!" Tak percayanya!
" mampu ke awak nak tanggung?" Kata Kaira lagi sekali. Qhyrill mengangkat kening.
" betul...nak yang ke 100. Mestilah...sebab bapak dia mr sombong 100%,anak pun kena 100 % juga. Mampu apa...sayakan kaya. "
"Amboi...saya yang letih tanggung! Awak tau sedap je. "
" yalah...you will always be my mr sombong 100% in my heart. "
" I love you mak cik!"
" hei! Jahatnya ! "
❤ ❤ ❤
________end________
❤ ❤ Gadisbukudanpen,or akak Nurrul ❤ ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro