Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48 : I love you. I love you too.


KAIRA POV

Ku tatap lagi sms nya. Jawapan yang ku tunggu kah? Betulkah dia nak bagitau pasal semua ni?

Aku betul-betul berharap yang dia jujur dengan aku malam ni. Hentikan semua penyeksaan ni...sebab aku tak kuat lagi. Rapuh...aku takut kalau ku ikuti hati,aku terluahkan jua apa yang ku pendam selama ni.

Takut juga...dia nak bagitau aku malam ni kan? Tapi...kenapa dada aku berdebar semacam,lain macam kali ni? Macam ada perkara buruk pula akan jadi selepas ni...dah lah...kaira kau kena tenang! Ku cuba tarik nafas segar...

Silauan di luar buat aku tak tenteram. Qhyrill ke tu? Nampak kelibat hitan dari langsir menyelisih dan menuju ke pintu sebaik saja lampu kereta dipadam.

" kaira! Kaira,bukak pintu." Laungnya. Aii?? Aku hairan,tapi laju ku buka pintu yang dari tadi dihentaknya kuat. Apa yang dia menggelabah sangat ni?

Dan bila buka....

Mata ku tertancap pada susuk tubuh badan dipautan Qhyrill,ala sedang mengangkat princess pula..tapi apa yang ku nampak,perempuan itu pucat lesu,tak sedarkan diri. Kesihannya...aku pun panik juga tengok dia...siapa dia ni?

Qhyrill membawanya ke bilik tidur tetamu di tingkat bawah. Mungkin dia ni orang yang Qhyrill terjumpa di mana-mana kah?? Ataupun ni kawan dia? Sendiri aku menanya bersambung-sambung.

" You...?" Ujarnya. Tak nampak gadis itu memberi reaksi. Aduh...berdebarnya...sayu ku tatap perempuan tu.

" kaira,ambilkan air please?" Kali ni aku akur,perempuan mana kah siapakah kali ni,aku paling tepi dulu. Ni,tolong perempuan tu keutamaan ku!

Lepas beberapa minit ku bergegas mengambil gelas berisi air,boleh nampak kini gadis itu membuka kelopak matanya perlahan...memandang tepat pada Qhyrill disisinya. Dari depan ku hulur gelas pada Qhyrill. Gelas berganti tangan,perlahan saja di teguknya.

Aku melihat penuh debaran.

" dah?" Dan gadis tu mengangguk,kepalanya di lentokkannya diriba Qhyrill,laki aku. Aik...pelik pula ku rasa...bila Qhyrill pula tak menepis perempuan itu. Emm.

Ketap bibir,aku senyum saja tengok perempuan tu...dia masih tengok Qhyrill.

" I love you.."

" I love you too sayang. " Balas Qhyrill,sambil jarinya mengelus lembut rambut perempuan yang menutup matanya.

Dap!

Kaku.

Mata ku menatap tajam pada Qhyrill yang tunduk,membelai lembut rambut perempuan di depan. Betulkah apa aku dengar ni ?? Tak nampak kah Qhyrill aku kat depan dia?? Hilang akal kah dia ni?? Dada ku kosong...beberapa saat otakku mati melihat adegan tu...perlahan ku buka kaki melangkah keluar. Tak disedari Qhyrill kehilangan aku disitu.

Apa ni?? Baru tadi  dia peluk aku ..dia sms aku dia nak bawa makan malam. Jawapan?? Inikah jawapan ni??

Aku mundar mandir,memegang kepala yang dah cukup berat,dada yang dah cukup beban menampung semua nya. Dada ku yang kosong kini berdegup laju...laju...lagi laju..

Menggigil....

" betul kah apa aku dengar ni??"

" tak...kau salah dengar Kaira..." bisikku kecil,mata kabur...ke hulu ke hilir...kejap depan,kejap belakang...

Manakala hati pula meraung yang AKU TAK SALAH DENGAR...

" kau salah dengar Kaira..." masih ku cuba lawan bisikan hati..

Kau tak salah dengar!

Masih ku genggam tudung di kepala...cuba menutup telinga dari mendengar bisikan halus itu...

" tak...tak...." menggetar bibirku...macam orang gila ku disini..ya allah...aku salah dengar. Mataku makin kabur. Dada makin kencang menekan ke dalam.

"Kaira??"

Paling belakang,nampak mukanya berkerut pandang aku. Atas-bawah-atas balik.

" kenapa awak pakai baju ni?? Eh...tukarlah...buruk lah,tak ngam tau tak?" Memang aku cuba bergaya lebih dari sebelum ni..tapi  ini untuk dia. Takkan dia dah lupa ajakannya malam ni?? Aku mengetap bibir,geram membuak...gigil jari jemari.

" awak dah lupa kah?? Eh...Qhyrill,apa awak ni ah?? Kenapa dengan awak sebenarnya?!" Suaraku yang rendah mengejut nyaring. Entah...dah nak meletop semua dada aku ni!

Dia tatap aku tajam. Marah.

"Kenapa siap jerit lagi ni?? Awak dah kenapa? Kena rasuk kah apa?"
" awak yang kenapa?! " jerit ku lagi,tapi tak nyaring sangat,cukup buat dia mendengar,walau apa pun,dia masih suami aku..nak saja ku lawan hati yang masih mengingatkan aku syurga ada pada dia..tapi masih kah syurga milik dia?? .

" kaira...please. ada orang kat dalam.  Dia nak tidur tu... "

" oh pasal dia awak risau,pasal saya pula? Hati saya ni,awak risau? Awak fikir tak apa saya rasa?" Ku tepuk dada yang sakit.

" dah kenapa pula awak bawa-bawa pasal masalah tadi ni? "

" awak cakap sayang pada dia kan? Awak cakap awak cinta kan dia,awak sedar tak saya ada kat depan tadi? Awak mampu pula senang-senang ucapkan sayang pada perempuan lain depan saya..saya ni isteri awak Qhyrill. "

Sungguh memalukan bila pergaduhan kami suami isteri di saksikan dan didengari oleh orang ketiga dirumah ni. Entah...kalau dia memang sengaja nak buat macam ni,memang perempuan tu dah ketawa besar kan?

" please Kaira..don't dare me. " ugutnya. Aku tak peduli..dada aku sakit,menahan semua ni. Dia tak tau aku sakit,aku menahan semuanya. Tak ada tempat aku nak meluahkan semua kesengsaraan aku. Naik bengkak!

" saya ni apa pada awak ha? Saya ni memang bodoh kah bagi awak? Awak tak fikir kah saya ni macam orang gila siang petang menangis pasal awak! Sedang awak seronok je dengan dia-"

" Kaira!" Jeritnya membuat aku menghenjutkan bahu. Terus terputus kata-kata..mata kami bertembung. Tergamak dia...dadaku menahan sebak. Menggigil tangan...

" Qhyrill..." suara dari dalam mencelah di antara kami. Aku pandang dia,menunggu apa yang dia akan buat.

Dia pergi pada perempuan tu kah??

Dan ya. Perlahan tubuhnya dipusing,nampak dia mengeluh berat dulu...kakinya baru dua kerat melangkah. Tak...awak takkan buat saya macam ni...bergenang air mata ku lihat dia melangkah..

" Qhyrill muslim" mulutku memanggil nama nya,dia berhenti tapi tak menoleh.

Ketap bibir...luah Kaira. Kau takkan kuat lagi lepas ni...luah!

" setapak awak melangkah pada dia,mulai detik tu...saya izinkan awak kahwin dengan dia..sebab mulai saat ni..." debar ...

" ...saya nak awak ceraikan saya. "

Saya dah letih Qhyrill..

Berpecahan hati aku jadi serpihan kaca yang sedikit sedikit melukakan dari dalam.

Air mataku laju mengalir mencecah hampir ke bibir..remuk hati ku melihat dia.

Tak...dia tak menoleh..

Dia melangkah semula..

Setapak. Itu yang ku janjikan...

Dia tak endahkan aku...ya allah...aku sakit hati!

Tak nak aku tengokkan tangisan ku pada dia,biar aku tanggung sendiri! Laju ku berlari menuju ke tangga,lap air mata guna belakang tangan. Lari selaju mungkin,lari dari dia...lari dari semua ni...lari dari kesakitan yang bagai menusuk ke dalam!

Ku hempaskan punggung ke birai katil..lepaskan tangis sendiri. Kesian kau Kaira ..kau menangis sendirian di sini...sementara suami kau kat bawah dengan perempuan lain,kat rumah kau ni! Tak...ni bukan rumah aku...ni rumah yang bakal kejap masa lagi boleh tendang aku dari sini.

Ku benam muka ke tapak tangan..banjir dengan tangisku meluah-luah.

" kenapa awak buat saya macam ni Qhyrill?? Kenapa?! " luahku sendiri ...pedih hati menahan semuanya. Dia tak tau apa aku rasa...dia tak faham perasaan aku.

" ceraikan saya...saya tak nak...saya tak nak awak Qhyrill. " aku menyesal...kalau aku tau dia macam ni...aku tak kan pernah terima lelaki ni dan biar dia hadirkan cinta dalam diri aku. Aku tak nak dia...sedu-sedu ku meluahkan tangisan.

I love you...

I love you too sayang..

Dia sayang perempuan tu juga?? Sayang? Dengan aku sebagai isteri dia pun tak pernah mendengar dia meluahkan sayang pada aku.

Dia tak cinta kan aku...

Kau lupakan perasaan kau tu. Tak ada gunanya!

QHYRILL POV

aku melangkah perlahan ke dalam bilik. Nampak Alaysha baring kemas,rambutnya berikat kemas. Nampak masih pucat mukanya macam tadi.. panik pula bila dia sms mengejut tadi. Nasib baik aku tak jauh dari complex tu..

Ku hampiri dia.

" awak okay? " tanya ku. Yalah,orang sakit..kenalah tanya kan? Ketepikan dulu dada ku yang bergelora ni.

" okay you..cuma sakit sikit. " dia membetulkan posing duduknya.

" kenapa jadi macam ni Alaysha?" Aku curiga juga apa yang dah jadi sebenarnya. Dia menunduk dulu.

" daddy I Qhyrill...daddy I...I nampak diorang pukul daddy I sampai ...sampai dia tak bergerak lagi. I tak tau I nak buat apa...I lari.  " luahnya. Mata ku membesar.

" apaa??!"

" ya...daddy I dah mati...I tengok sendiri...I takut Qhyrill..."

Betulkah ni?? Ya allah. Bagai bermacam masalah menimpa aku!

"Tu...you sakit perut ni ,diorang pukul ke?"

Dia menggeleng. " tak...tapi..." masih Alaysha tunduk.

" ni sebab I belum pulih sepenuhnya dari keguguran masa tu...I minta maaf. "

Terbuntang ..kaku. keguguran?? Sejak bila pula??

" hah?? " sejujurnya aku tak peduli lah kalau dia keguguran kah apa lah...yang penting sekarang,dato sufian dah mati?

" I tak nak sendiri Qhyrill.  I need you. Jangan tinggalkan I..." ku hembuskan keluhan kecil...ya allah. Betulkan...kita merancang,allah menentukan. Sekarang semuanya berjalan tak macam ku rancangkan.

" tak apalah...you rehat dulu...I keluar kejap. "

" Helo mr David..mr David dah dengar tak? " dugaku...manalah tahu sampai ke telinga nya sudah.

" ya encik Qhyrill.,saya dah dengar.. salah sorang team saya maklumkan. Mayat nya pun dah di hantar ke pihak forensik buat siasatan. "

" macam mana boleh jadi ni mr David?"

" saya tau yang pukul dato sufian tu anak buah Fazri juga encik Qhyrill..entahlah sebab apa...dendam mungkin. " sambungnya lagi. Aduh...berterabur semua.

" haizul pula dah dapat kah mr David?"

" belum lagi...dia menghilangkan jejak encik Qhyrill. "

Lagi satu...haihh. bila nak selesai ni? Aku diam.

" encik Qhyrill,saya rasa kita patut hentikan semua nya. Dah tak ada apa dah kita nak buat,dato sufian pula dah mati..."

Itulah masalahnya...

" hentikan semua nya cik Qhyrill. "

Aku iyakan saja...sebelum talian ku matikan. Duduk di kerusi luar,tengok bintang malam. Dua orang perempuan di dalam..seorang cinta lama yang ku putik semula...seorang lagi cinta yang ku genggam tapi ku bunuh ditanganku.

Berhenti? Ya,rancangan ni aku hentikan. Tapi...semuanya dah telalu jauh untuk aku hentikan. Semuanya memakan aku semula.

Kaira dah mengucapkan yang dia letih dengan semuanya...Alaysha pula meminta agar aku tak meninggalkan dia. Aku dah tersepit. Dalam hati aku kuat menidakkan untuk menyakiti Kaira lagi..aku sayang kau Kaira.

Semuanya bergantung pada aku sekarang.

Pulas tombol,tengok Kaira yang dah terbaring tak tentu arah di katil. Kesian dia...ku hampiri Kaira. Duduk di hujung katil.

" I'm so sorry sayang.. "

" I can't take care of you..you're hurts because of me. " ku tatap mukanya yang bersih..putih. tanganku mengusap lembut kepalanya bersarung tudung.

" I promise...tak lama lagi,penderitaan awak akan berakhir. " bisikku..menahan sebak.

Ku tatap dia lagi dalam,macam itulah kali terakhir aku menatap wajahnya.

Anisa Kaira binti Haji Saidin.

Saya sayang awak.

" saya harap awak kuat,tabah hadap semuanya. " ku tatap dia,demi dia aku mesti kuat. Ku kucup lagi bibir nya ,kali ni lebih lama dari hari tu. Bibir nya yang ku rindu.

"Saya rindu awak. I miss you..so much. "

" damn so much Kaira. " dan ku lepas bibirnya. Nasib baiklah dia tak terbangun. Huh! Back off now Qhyrill. Jangan ikutkan hati kau sangat.

Laju ku tuju ke wardrobe dan capai baju serta seluar pendek. Dan tukar terus.

Dibawah ku jengulkan saja kepala tengok Alaysha yang dah terlena di katil.

Mengeluh... Tutup pintu biliknya perlahan. Kaki ku ukir ke bilik tamu..

" atas bawah susah...tidur je kat sofa!" Bebelku sendiri. Geram pula bila semuanya jadi macam ni.

Ku hempaskan badan ke sofa .letak tangan di atas dahi sambil mata memandang kosong saja siling . Hanyut~

KAIRA POV

Paginya aku turun tangga,nampak kereta Qhyrill dah tak ada di garaj. Nak kerja pun tak bersemangat. Hmm. Keluh manjang. Mesti dia dah siap sedap tidur dengan perempuan tu semalam sekali di katil,kan? Aku diam.

" haii...." ku dongak ke atas. Perempuan ni. Eh...belum berambus lagi kah dia?? Hmm. Ku jeling halus,siap senyum sinis dia pandang aku. Atas ke bawah pula. Apa masalah dia?

Ukir kaki laju ke pintu utama,niat nak mengalas perut sikit dengan roti,tapi tengok panahan matanya yang tajam tu buat aku kenyang dah!

" ih..apa ni? " ditariknya lengan ku,tak sangka si kurus ni kuat pula main tarik lengan orang.

" you ni...siapa?"

" Kaira. " luahku. Tak tahu kah aku ni isteri Qhyrill?

" Alaysha. "

Dia?! Memang cantik bergaya orangnya...aku diam. Senyum pula ku tayang lepas tu.

" oh...saya dah nak pergi ni. Lepas kan saya?" Pintaku. Tapi tak berganjak dia nak melepas.

" you ingat...perempuan macam you ni,mampu takhlukkan lelaki macam Qhyrill tu??" Serangnya mengejut,masih suaranya tenang. Macam kata-katanya tu langsung tak buat aku sakit hati.

" apa maksud awak ni? "

" I ingatkan perempuan jadi isteri dia ni...sexy sangat. Rupanya,kelas bawahan je. "

" cakap baik sikit boleh tak?" Aku menahan marah.

Dia pandang aku lagi...diikuti ketawanya ..macam orang gila.

" well well...terasa pula cakap I jadi kenyataan...bak kata orang,kan? Kata-kata tu ibarat satu doa. Allah makbulkan kata-kata I..."

Eh dia ni,tak payah bermadah bagailah. Ku tayang muka tak percaya. Bila bab dah berjaya menjahanamkan rumah tangga orang,baru nak kata yang Allah makbulkan doa dia? Memang menyimpang jauh sangat perempuan ni...

" apa awak cuba cakap ni ah?"

" well...saya pernah cakap pada suami you tu...kalau dia betul sayang kan you,then let me see you...we'll see how will he fights for you..kalau I kerjakan you depan mata dia. "

Dia tak bawa aku jumpa perempuan ni.

Membawa maksud,dia tak sayang aku.

   " then what a surprise! Even not my plan,tuhan makbulkan I jumpakan you..I kerjakan you depan mata dia,dia tak buat apa pun untuk pertahankan hak kau sebagai isteri dia. Wow....such my luck." Puas hatinya sambil senyum sinis sampai ke telinga. Ya allah! Sakit jantung aku macam ni.

Maksudnya kerjakan aku secara halus...; dia ucap kan I love you tu pun dah kira bagi penangan pada aku. Bagai muka ku ditonjok seribu kali. Hmm! Merintih. Tahan Kaira...

" dah? Tak apalah...kita tengok sajalah siapa yang bakal Qhyrill pilih nanti. " bodohnya Kaira kau ni. Dah sah-sah lelaki tu nakkan perempuan tu...dia dah tak nak kau dah. Kenapalah mulut suka sangat luah sesuatu yang tak bijak?!

" we'll see then. Jangan pula you merayu bila dia halau you keluar. I promise yang  I will be your witness once the day come sayang. Now,you may leave. " lagaknya lagi menghalau aku macam tuan rumah. Ya...bakal puan rumah! Haihh. Sadisnya.

Aku dipejabat macam biasa. Tapi pandai aku cover line hari ni,malas lah nak dengar kawan tanya kenapa lagi. Aku buat-buat gembira je. Tapi saat ni,ku curi masa hampir 15 minit menatap kosong ke skrin laptop. Tangan yang menekan key...

Terfikir...semak kepala otak aku ni.

Apa lagi dia nak buat? Aku buntu dengan semua ni...perempuan tu pula siap dah bagi aku warning lagi! Kureng sungguh...nak saja ku bagi ke muka dia yang cantik floless sangat tu. Kalau pun dia memang punya yakin Qhyrill tu pilih dia...simpan je lah,tak yah lah bagi tau aku. Haihh.

Kalau aku terpaksa berkorban untuk dia bahagia...aku sanggup. Alaa..bunyi cliche sangat,tapi tu memang betul keluar dari lubuk hati aku! Huhu. Cliche sangat hakak....

Ku labuhkan punggung di kaunter makan. Hai! Punya senang hati,lapang dada bersinar mata bila perempuan tu dah balik! Dah blah dia dari sini,ingatkan nak menempel dirumah ni sebumbung dengan aku. Hmm. Mencebik...Qhyrill lah tu hantar dia.

Pulang kerja kami serentak hari ni. Aku parkir kereta,dia baru sampai . Tapi,agaknya dua-dua masih berkeras kepala...tu yang nak tegur pun macam tak ada suara! Bisu je berdua.

Malam ni sekali lagi aku sendiri ,dia di atas. Agaknya di bilik ofisnya lah tu. Aku? Meraung disini! Haaa! Stress aku!

Lentangkan kepala di kaunter...

Tup tup tup...

Eh?? Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga membuat aku angkat kepala laju-laju. Apa nak buat eh?? Ah! Laju ku ambil cawan dan oren dari peti ais,kira aku mengalas perut minum oren je lah. Karang kena marah pula asyik nak melelap di mana-mana!

Dia dah datang.

Dan buat tak nampak aku kat sini.. huh,teguk air oren tu...apasal masam sangat?! Errk,teguk sajalah!

Dia memintas aku perlahan ,menuju ke peti ais,capai mineral water.

Ingatkan nak pergi atas balik,tapi duduk pula depan aku. Menghadap tepat pada aku. Turunkan gelas perlahan....gulp!

Serious je mukanya. Nak apa lagi? Nak gaduh lagi kah? Letih macam ni...aku tak tau lah apa dia nak.

Kami saling bertatapan saja dalam seminit.

" saya tau awak letih. " mulanya.

Ya! Betul. Thanks for understanding.

Aku diam saja secara realiti. Terasa kerdil.

" sebab tu...saya bagi pilihan. Awak pergi keluar dari sini..."

Ha?

" tak...saya tak nak pergi. " laju ku geleng kepala...kenapa aku kena pergi? Kan aku isteri dia?

" kalau awak tak nak pergi,then biar saya yang keluar. Saya dah rimas dengan semua ni. Kita fikirlah buat sementara waktu ni. " ujarnya penuh ketenangan. Dada ku sakit...nak saja ku cengkam kuat dada ku sekarang. Haihh! Pejam mata sekejap.

" perlukah?"

" yes. Because I'm sick of all of this Kaira. This bullshit keep going  on and on...awak tak letih kah dengan semua ni?? Awak degil,saya dah kata lupakan saya. Tapi awak paksa saya buat macam ni.. " nampak diriaknya dia memang kusut sekarang. Rasa kesihan menyaluti aku sekarang..selfish nya kau Kaira. Menyesal ...mestilah dia kusut,perempuan tu lagi...tambah aku pula ,dah lah dia orang besar kat syarikat,banyak kerja lagi nak difikirkannya. Haihh...

Dia mengambil kunci.dari poketnya,dia memang nak pergi kah?? Mata tatap dia penuh debaran.

Betulkah dia nak tinggalkan aku??

Dia perlahan bangkit dari kerusi,dan kaki nya diukir menjauhkan jarak dari kaunter. Nak pergi ke pintu utama...terus ku bangkit dari kerusi,ekori langkahnya.

Ku beranikan tangan merangkul perutnya dari belakang. Ku sandarkan kepala di badan belakangnya. Terasa juga dia terkejut sikit.

" saya sayang awak. " rayuku waalaupun dah berkali hati aku ni dia sakiti. Tapi sebab sayanglah buat aku lupakan sakit hati ni. Sebab dialah aku jadi macam ni.

" kaira..." panggilnya. Mungkin dia nak minta aku lepaskan...tapi aku masih berkeras  memeluk,kali ni lagi erat.

" saya sayang awak...saya sayang awak..." luahku makin berani. Kalau dulu aku takut nak meluahkan...tapi kali ni tak. Rasa nak menangis saja bila dia buat tak tahu..aku peluk saja...

Berdiri kami begitu saja dalam beberapa minit panjang..aku tak nak lepaskan dia .biarlah...walaupun dia tak sayang aku...tapi aku sayang kan dia.

" saya sayang awak Qhyrill. Sangat-sangat. Jangan seksa saya macam ni please?" Rayu ku lagi.

" Kaira,please...sedar lah sikit! Awak bukam sayangkan saya...awak cuma keliru dengan perasaan awak. Awak tak pernah terima mana-mana lelaki untuk belai hati awak,sampaikan saya lah lelaki pertama,dan sebab tu awak rasa istimewa,awak keliru Kaira...bukan sayang,tapi perasaan sementara awak masih terikat dengan saya disini. Saya yakin,kalau saya tak ada di kehidupan awak,perasaan tu hilang. " yakin dia meluahkan yang ini cuma permainan perasaan aku. Hmm. Masih ku sembamkan muka di belakangnya. Dia makin mendesak,ditariknya tangan ku dan dilepaskan kuat.

" Qhyrill.." ucapku kecil...tak cukup kuat untuk aku halang dia...di tutup rapat pintu rumah. Seminit kemudian keretanya meninggalkan aku. Menitis air mata laju ke pipi...ya allah...sakit nya dada aku terima semua ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro