Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 45 : Kembali yang Asal.

KAIRA POV

Aku menangis sendirian di katil,walaupun sebelah Qhyrill sedang sedap-sedap terlena ..terasa kosong jiwa aku. Tangisan yang dari tadi sudah membasahi pipi ku..kolar ku,sebab setiap air mata mengalir,laju ku lap guna tu.

Sikit-sikit Qhyrill bergerak ke kiri,garu mukanya...pura-pura ku pejam mata. Tu...sedar dia tak bangun,mata kembali pandang dinding depan. Bagai dinding kosong tu pun berlakar semula pergaduhan kami berdua tadi.

Sakit hati...kencang dada aku...setiap bait ayatnya terucap dari bibir lelaki yang ku cinta...menghiris hati aku. Menahan lagi sebak ....kemam bibir.

"sebab tu saja kah ?! Sebab gelang bodoh yang saya bagi awak tu?! Eh Kaira,gunalah otak sikit! Kenapa bodoh sangat ni hah? Setakat gelang tu,berpuluh aku boleh humban kat kau hari ni,kau tahu?! "

" setakat seribu dua tu kecik lah buat aku,nyawa kau pula?! Kalau nyawa kau melayang,apa aku nak buat? Apa yang aku nak cakap kat ibu abah kau?! Macam mana aku nak pulangkan kau pada mereka baik-baik?! Takkan aku nak pulangkan mayat kau pula?"

" aku tak nak kau korban kan diri kau lagi buat akuAku tak nak kau buat benda bodoh ni! Sampai masa 6 bulan aku pulangkan kau...kita kan cuma suami isteri dalam permainan aku saja? Aku nak kau janji sekarang Kaira. "

"... Kita putar balik pada keadaan asal."

Balik kepada asal? Senang kau cakap Qhyrill. Senang sangat,macam sampah yang senang kau kutip,senang kau buang. Ingat boleh kah aku buat biasa saja selepas apa yang jadi antara kita? Selepas bibir aku ni setiap hari meniti nama kau dalam doa aku berdoa agar kau cintakan aku semula?

Maafkan aku Qhyrill...aku tak mampu ...aku tak sampai hati nak bagitau kau perkara sebenarnya. Takkan aku nak cakap lelaki tu niat nak bunuh kau? Takkan aku nak buat kau risau? Aku rela lah Qhyrill...kalaupun tadi aku mati di tangan lelaki tadi tu...daripada kau mati disebabkan tangan aku yang dipergunakan oleh mereka. Tak...aku takkan biar kan kau tahu pasal ni . Aku minta maaf. Aku tak sampai hati..

Lagi air mata mengalir,lagi ku kesat pakai kolar baju.

Takkan aku nak pulangkan mayat kau saja?

Mayat kau...

Mayat aku? Apalah salahnya? Yang penting abah dan ibu orang yang kuat percaya pada takdir allah.

Hiba hati...dalam keadaan macam ni pun mampu lagi dia mengungkit pasal perjanjian kami. Kenapa Qhyrill? Kenapa?   Aku salah faham. Ingatkan dia risaukan aku...ingatkan dia nak mempertahankan aku...Aku perhati mukanya yang nampak lebih tenang..

Wajah ni lah yang bakal aku rindui.

Baringkan badan yang dari tadi ku sandarkan. Paling dari menghadap dia di depan. Masih lagi menitis kan air mata. Masin pula air mata aku ni. Haihh...dah lah Kaira...kau terima sajalah takdir kau ni. Aku percaya Allah ta'ala punya perancangan lebih baik di sini.

Dah seminggu kami macam ni. Kembali ke keadaan asal. Dia pun tenang,santai saja menjalani keadaan kami begini. Apa lah sangat...ini yang dimahukannya,kan? Ini  yang dia nak. Mestilah tak mencalar hatinya walau sekuman pun. Haihh.

Aku pula? Macam ni lah. Masih tak dapat menerima kenyataan,tapi pandai ku coverline depan dia. Saja pamer keadaan sihat walafiat. Walaupun pedih di perut lebih realistik tapi pedih di batin aku lebih menyeksakan!

Petang tu aku sendirian di dapur. Genap seminggu aku tak kerja. Sebab luka aku ni lah. Entah lah atas sebab apa Qhyrill bagitau Mr David aku tak dapat kerja.

Niat nak masak untuk kami berdua. Tapi datang Qhyrill entah dari celuk mana macam hantu pula dah!

" apa awak buat kat sini?" Sambil mengambil gelas.. aii? Dah kat dapur,ambil pisau dan bawang ni. .memang nak masak lah. Takkan nak bunuh diri pula?

" nak gosok baju...kenapa?" Sadis balasan.

" laa...berloyar buruk pula. Awak nak masak apa ni?" Malas dia nak melayan.

" tau pun. Entah lah nak masak apa...awak ada idea tak?" Huh...sungguh menyeksakan bila terpaksa buat biasa dalam keadaan tak biasa bagi aku.

Qhyrill dah menggeleng laju,meneguk air. " tak...tak payah masak. Saya nak keluar malam ni. Awak tak payahlah tunggu saya ya?"

Keluar? Hmm. Nilah kali pertama aku ditinggal sendiri sekali lagi. Kalau sebelum kejadian  kat mall seminggu lalu tu,tak ada pula dia nak meninggalkan aku. Walau nak curi masa sejam kah...tak ada.

Tulah kalau dah kami macam keadaan asal,dah biasa dah ditinggal begini .

Nak saja ku tanya...tapi,hai lupakan lah niat kau tu Kaira. Ingat,kau tu dah kembali ke posisi asal kau!

" okaylah...hah! Aman dunia. " aku saja depakan tangan luas,senang hati lagi. Nampak Qhyrill menjongketkan bibirnya.

" hah...esok baru awak pergi kerja. Tu yang mr David bagitau saya. " sambungnya pasal kerja aku. Aku mengangguk sebagai balasan. Tu gerak dia meninggalkan aku sendiri.

Hai hati ,sabo sajalah kau.

Tepat pukul 7,Qhyrill dah siap sedia nak meninggalkan aku sebatang kara. Mata ni aku buat-buat sajaaku melekat kat tv tu. Hahaha...kelakar sangat cerita ni. Tepuk-tepuk tangan kat kusyen . Kelako nak mampus...hahaha!

Tapi dalaman aku mengetat muka macam kulit muka habis kena sedut ke dalam! =.=" haihh. Orang tak tau mata aku ni ada empat,dua kat biasa macam manusia normal,dua lagi di tepi kepala aku ni. HAHA! Tak adalah..

Waahhh kemain lagi dia punya bergaya...bau harum semacam mengalahkan bau lavender di taman. Special ke orang yang dia nak jumpa ni?

Mata ku alih laju-laju tengok tempat lain bila dia dah membalas renungan aku.

" kenapa?"

" tak ada apa..kenapa? Kacau je.." juih bibir,hahah. Saja elak malu.

" awak nak apa-apa tak ?" Tanyanya.

Aku fikir..." tak naklah...eh baik pula hati awak eh nak belikan saya...selalunya kalau nak keluar,zoom je terus..."  sempat pula aku sindir sinis.

"Eh...cium kang! Okaylah...perut awak macam mana?" Eii..terus ku diam beruk! Asyik cium...cium. kalau boleh,cium lah saya! ><

" okaylah...tak sakit sangat lagi. " jujurku. Dia angguk saja. Tu pulas tombol pintu,

" dahlah...saya nak gerak ni. Jangan tunggu saya ya?" Pesannya sebelum pintu ditutup terus dikunci dari luar.

Duduk ku betulkan. Muka yang senyum..nampak ceria..kembali masam mencuka. Pedihnya hati ini!

" kalau boleh...saya nak awak. "

Itulah hati aku nak sebenarnya. Aku nak dia yang minggu lepas. Qhyrill yang sweet...yang caring...
Bukan Qhyrill yang ni. Aku nak dia semula.

9.30....aku tengok saja jam yang dari tadi bunyi tik tok tik tok...itu saja jadi peneman. Ke mana dia pergi eh? Dua jam setengah dah dia pergi...melepak apa sampai dua jam setengah? Tak lenguh ke kaki tu...

Hah! Mestilah tak lenguh. Dah berkepit dengan perempuan lain agaknya. Masa tu pun bukan punya main balik mabuk-mabuk...tak mustahil.

Kepit tangan ke dada,kepala pula asyik dok fikir saja pasal Qhyrill. Huh...

QHYRILL POV

Malam ni aku dah janji nak pergi jumpa papa secara personal saja. Mama pun tak tau yang aku nak jumpa papa. Malas nak mengheret mama sekali dalam hal ni. Aku kena settle benda ni juga.

Dari jauh sudah ku nampak papa duduk di kerusi makan. Gelisah nampaknya papa menunggu aku. Rapati papa.

" pa...Assalamualaikum. " terus papa menoleh pada aku. Duduk dihadapan papa.

"Qhyrill.Waalaikumsalam. " sambut papa,nampak senyum tua papa. Sejuk mata memandang. Aku pun senyum juga.

"Papa dah order?"

"Dah...tapi minum saja. Qhyrill?"

" tak lah pa. Qhyrill okay je..." aku nak memulakan bicara pasal hal yang buat kami berjumpa diluar. Yalah...takkan lah hal anak beranak tak leh bincang kat rumah kan? Tapi,bukan dalam masa sekarang.

" apa yang Qhyrill nak cakap?"

"  Qhyrill nak cakap ...papa ingat tak pasal hal pecah masuk pejabat Qhyrill?" Aku mengimbas hal lama.

" ya...ingat. tapi...setahu papa yang hal tu dah selesai kan?"

"Ya...tapi sebenarnya,tuan David dan Qhyrill tengah rancangkan sesuatu. Punca sebenar bukan nak curi data sulit Khyrir Holding pa,mereka sebenarnya nak curi semua projek Qhyrill dan rampas semuanya,mungkin tawar peratus lebih tinggi dari apa yang Qhyrill beri. Dan boleh buat Khyrir Holding lingkup . "

" mereka?" Papa mengerutkan dahi.

Aku mengangguk. " ya pa. Bukan seorang tapi tiga orang yang mengetuai rancangan ni. "

" siapa?" Riak papa terkejut. Teruja papa
nak tahu lagi dalam.

" pekerja Tuan David,Encik Fazri. Papa kenal kan?"

Papa mengangguk.

" mereka dapat arahan semua tu dari tuan punya otak jadi dalang semua ni pa. Papa mesti tak sangka...." makin buat debaran...

" dato Sufian. "

Diam. Sunyi. Mungkin bergeliga kepala papa memikirkan kenapa.

" kenapa pula? Qhyrill jangan asal lempar tuduh saja...kan dia tak tau apa-apa..."

"Memang pa...sebab tulah dia menggunakan Haizul dan Fazri sebagai cacing parasit,sebab mereka tahu tuan david rapat dengan qhyrill..jadi senang nak masuk line. Masa hari pecah masuk ofis Qhyrill tu pun,dia access ofis Qhyrill dengan alasan nama tuan David. Bila dia gunakan diorang,tak senanglah dia nak disyaki. " panjang lebar hujah ku. Mestilah,ni hal penting.

" ya allah ..tak sangka.." papa mengusap mukanya.

" sebab tulah pa...Qhyrill nak bagitau yang Qhyrill kena buat sesuatu secepat mungkin . Sebelum ada yang terkorban. "

Makin hairan papa renung aku.
" maksud Qhyrill?"

" minggu lepas pa...Kaira kena serang oleh seorang lelaki,tapi tak taulah sebab apa. Yang penting Qhyrill rasa benda tu ada sangkut paut dengan masalah ni..mungkin mereka nak buat sesuatu melalui Kaira,kan? Sebab Qhyrill hairan..masatu mr David yang kena..kali ni Kaira pula. Semuanya orang yang Qhyrill kenal. "

"Keluarga Qhyrill dalam bahaya pa. Qhyrill takut papa dan mama pula kena sekali. "

"Kaira kena serang?! Ya Allah. ."

" jadi Qhyrill nak buat apa?"

" Takkan Qhyrill nak buat tu juga? Qhyrill yakin? "  papa menanya lagi. Aku mengangguk . Itu saja jalan nya. Aku pun tak pasti hati aku kuat kah tak menanggung risiko..tapi,inilah satu-satu penyelesaian yang bakal buat semua rancangan Sufian tunggang terbalik. Walaupun semuanya melibatkan hati perasaan aku.

" ya pa...sebab tu lah Qhyrill memerlukan papa disitu untuk memahami keadaan tu . Qhyrill harap papa akan faham apa saja tindakan Qhyrill buat masa tu kalau masa tu tiba. "

Papa memandang aku...tau kali ni aku bukan Qhyrill yang sekadar cakap kosong saja.

" Tak apalah...kalau Qhyrill yakin akan plan Qhyrill ni...papa sokong apa saja Qhyrill buat. " papa pun tahu yang aku bukan nak main-main. Ni soal nyawa yang tak ada galang gantinya lagi kat dunia ni.

Aku tunduk. Ya allah...Engkau kuatkan lah hati ku Ya Allah dalam menjalankan semua ni.

Kau kena paksa diri kau sendiri Qhyrill. Kau kena. Ya. Itulah yang aku terapkan. Paksa.

" papa jangan bagitau mama tau pasal hal ni. Please pa. Qhyrill janji,Qhyrill akan bagitau semuanya. "

" soon. " sambungku. Tu terputus disitu. Entah...papa pun mungkin takut juga dengan rancangan aku dan tuan David. Tapi apa yang aku fikirkan sekarang mengenai hati aku...bukan lah perancangan kami,tapi perancangan aku sendiri di atas takdir Allah. Kalau memang betul Kaira jodoh aku...pasti jalan mengembalikan kami semula. Kalau tak...inilah persiapan aku.

" Kaira...awak kenapa tidur kat sini? " berulang kali dah ku cuba bangun kan dia. Sedap lagi tidurnya di sofa bilik. Entah,gegaran kali ke berapa baru dia sedar.

Digosok matanya. Masih lagi kelihatan mamai.

" saya tunggu awak lah...saya risau. "

Hmm. Jangan dilayan Qhyrill. Tolonglah!

Aku memejam mata sekejap. " dahlah. Kan saya cakap tak payah tunggu saya tadi. Keras kepala lah awak ni. Karang tak pasal-pasal lagi saya yang terpaksa mengerah tenaga mengangkat badan awak yang berat macam guni beras ni. "

Dia dah jengkel dah pada aku. Naik menyampah mukanya. " eshh awak ni. Guni beras tu apalah sangat,angkat guna satu tangan pun boleh. " balasnya tak nak mengalah. Haihh...susahnya nak membidas kata-kata kau lagi Kaira. Sebab aku tak sanggup lagi menatap bibir kau ni . Dah seminggu aku tak hinggapkan bibir dekat tu..tahan! Tahan!

Paling muka. " lantak lah...dah lah,saya penat lah. Seharian menari terlenggang-lenggang tadi...saya mandi dulu ya?" Bohongku. Biarlah dia fikir aku jahat. Menari lah sangaaat. Aku laju mengukir langkah ke sidaian tuala tu menuju ke bilik mandi.

Hari ni kami masih macam biasa.; biasa ke keadaan asal. Yang tak akan berlaku kemanisan lagi . Takkan berlaku nya 'out-of-control' lagi sekali. Demi Allah,bergoncang iman tengok Kaira yang memang menggoda aku...sakit dada menahan diri ni! Tapi lagi sakit kalau aku merampas kesuciannya lepas tu ku tinggalkan dia. Kan itu lebih kejam?

Hari ni aku di pejabat macam biasa..buat kerja sana sini. Bermain banyak perkara di otak aku ni. Hanya tuhan yang tahu apa aku fikirkan.

Tahu aku bakal menyakiti diri sendiri.
Tahu aku bakal membunuh diri aku sendiri.
Tapi...ni untuk kebahagiaan Kaira. Ini untuk dia. Bukan untuk aku. Dan demi dia,aku harus pentingkan diri sendiri.

" tuan,ada cik Alaysha kat luar. Dia kata she needs to see you. " Natasya masuk selepas beberapa ketukan memberitahu pada ku.

Alaysha? Perfect timing! Bersinar mata..." okay,suruh dia masuk. " dan sekelip mata tempat Natasya diganti oleh cinta lama aku. Nampak macam biasa dia hari ni. Sederhana. Ya...kau suka kan Qhyrill? Kau suka kan? Paksa mempamerkan senyuman manis.

" duduk lah. "

" okay..." akurnya,perlahan melabuhkan punggung,di simpan bag mahalnya ke riba. Rambut coklatnya yang wangi menusuk sepelusuk ruangan ni,diikat tinggi. Ala model lagi dia ni duduk,wanita kelas atasan sangat.

Aku melabuhkan punggung dihadapan dia.

" kenapa you datang?"

Dia diam. Menggigit bibir bawahnya,bukan gatal tapi takut nak meluahkan hajatnya datang ke mari.

" you...I'm so sorry about kat Krabi tu..I know I shouldn't do that. You're someone else's husband. I shouldn't do that to you..I shouldn't kissed you. " ujarnya sesal. Ikhlas kah tidak terpulang lah,tapi aku ambil semua ni sebagai kesempatan.

" tak ada apa lah...I know you didn't mean to do that. " nampak dia senyum dengan balasan ku.

" okay...you maafkan I?"

" ya...why not?" Senyuman berbalas. Nampak mata indahnya menatap aku seribu kemahuan. Macam biasa yang dia bagi aku masa dulu. Gegar juga iman!

" awak busy tak malam ni?" Tiba-tiba pula mulut aku bersuara. Sesuatu yang tak masuk akal lagi!

" malam ni? Busy? Tak adalah...I tak busy. Eh,wait! Ya....I busy malam ni. I ada hal. " dia menepuk dahi.

" oww...hal apa?" Sibuk saja aku mau tau.

" I jadi one of model for NaQazien fashion show malam ni. " hal biasa. Dia memang kadang-kadang di ambil menjadi model untuk memperagakan latest design dari mana-mana fasion designer,NaQazien pula salah satu pereka Fesyen terkemuka di Malaysia.

Aku mengangguk. " malam ni? Lepas tu you tak busy?" Anggukkan jadi balasan.

" oh...you datang sana pukul berapa?" Macam lagak polis nak soal siasat penjenayah pula aku ni. Dia pun makin naik hairan  tapi layani sajalah ...mesti dia suka aku layan macam ni.

" pukul 7 ni I gerak. "

" drive sendiri?" Masih lagi dalam bulatan soal menyoal ku.

" ya.sendiri. " jawabnya pantas.

Aku lawan hati yang berperang sekarang.

" I will fetch you up at 7. Boleh?"

Matanya membulat. " maksudnya...you nak pergi teman kan I ke?" Kedengaran dia macam agak takut salah sangka juga dengan tekaan nya. Aku senyum sampai ke telinga.

" yeah ...apa salahnya. I pun tak ada hal malam ni ..boleh lah I teman you. "

Lagilah dia nampak gembira,memerah jambu mukanya girang. Nampak senyuman manisnya terukir,macam tak percaya saja aku tiba-tiba terbuka hati nak menemani dia.

" tapi..isteri you tak apakah ni?"

Isteri?! Inilah point aku sebenarnya!

" ermm. Boleh tak Alaysha? Stop kaitkan Isteri I dalam hal ni? I malas lah. " huh sound interesting je starting ni! Menyeksakan sangat! Pandai kau Qhyrill...pandai.

Mukanya mengetat. Mungkin rasa bersalah atau rasa yang aku ni dah kembali waras.. huh. Lantak kau lah nak fikir apa. Aku masih pamer muka senyum semanis kurma. Alaysha masih terkebil.

" ow...okay. pukul 7 ni eh? Okay ..ingat tau?  I think I should go now. "  suara nya excited.

" okay. Bye,see you tonight!" Balasku menambah keterujaan nya yang bakal menjahanamkan hidup aku. Bagus!

Malam ni lagi sekali aku memberitahu pada Kaira yang aku nak keluar. Nampak mukanya hairan tapi lekas-lekas dia buat-buat tak kesah. Ku betulkan tie. Nampak reflek dia di cermin.

" keluar lagi? Ow...keluar lah. Bukan nak halang pun. " balasnya. Masih mukanya lagak tak kesah,tapi aku tau hatinya kacau sekarang..tulah,tangannya sibuk menyimpul hujung bajunya.

" oh...jangan sampai awak terigaukan saya sudah. Awak jangan call saya ,apa-apa tau ? " masih tangan sibuk menguruskan tie. Tampak keningnya bertembung.

" apasal pula?" Separuh menjerit suaranya. Tapi laju Kaira berdehem," eh...mestilah tak. Saya takkan call punya. Macam selalu. " hai Kaira. Berhentilah kau berlakon tu. Tapi aku senyap sunyi saja. Tajam jelingannya pada aku. Buat-buat tak nampak jer.

Dah siap,laju ku sarung suit biru gelap ke badan. Rambut lagi berkilat,kemas terpacak. Ku padankan seluar jean faded blue,sexy pula malam ni. Mesti aura Fashion show malam ni menyerap kat aku. Tu yang classy sangat! Haha.

Ku pandang Kaira dibelakang,terkaku dia tengok aku.

" kenapa ? Aku taulah aku handsome,coverline lah sikit. " perasan pula ! Dia pun dah dengus kecil.

" hampeh! Perasan sangatlah awak ni. Saya tengok baju tu je pon! " masih dia nak menidakkan. Jarum jam pun dah menginjak ke jam 6.35 ,takut pula lambat . Laju ku ambil gugusan kunci di holdersnya.

" saya pergi dulu lah. " ujarku dan nampak Kaira nak menyalam,tapi segera ku tepis.

" tak payahlah. Saya nak cepat ni. Jaga diri tau. Jangan nak menyusahkan saya pula!" Gurauku. Tapi,memang tak kedengaran bergurau lah tu bagi Kaira. Dahlah,pedulikan dia!

Sekarang,nak pick up si model kita dulu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro