Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3 : kisah bermula!

KAIRA POV

Aku menarik lengan pak cik yang sudah mengutip cawan plastik yang jatuh. Amboi lelaki ni.. bukan main biadap lagi dia.

"Sopan sikit tak boleh ?" Kataku. Lelaki itu membisu,tak nampak pula muka dia dengan jelas bila dia memakai cermin mata hitam. Eh..orang apa pakai cermin mata hitam kat hari panas macam ni ?

"Kau sibuk apasal ? Eh perempuan kampung,kau tak usahlah back up pak cik ni sangat. Tapi kalau kau ganti rugi baju aku ni,lainlah. " balasnya. Aik ? Tahu pula aku musafir jauh dari kampung. ? Tapi ni dah melampau.. aku tau dia hina ni !

Aku menarik lengan baju ke atas. "Ohh.. pandainya dia cakap... awak tu pula ? Lain kali cakap dengan orang tua,tunjuk hormatlah ! Eyh,setakat baju awak yang putih tu tak sampai sepuluh ringgit tau ! Apahal sangat sampai marah orang macam ni sekali ? " hah! Kan tak pasal-pasal aku basuh kau ! Rasa lah...

Lelaki itu mengetap bibir,"aku peduli apa ? Pak cik ni yang langgar tu tumpahkan kopi ni kat baju aku. Ni mahal tau aku beli,setakat baju kurung kau ni,sepuluh pasang aku boleh beli dengan harga baju aku ni ! " kata lelaki itu penuh yakin . Amboi ,terkesima juga aku dengan dia ni..

"Sombong kan awak ni ? Kalau kopi je,tak teruk mana pun.. kalau ayam ni saya baling kat baju awak tu baru panggil teruk !" Balas ku tak nak mengalah. Pak cik tadi melihat aku bagai nak melompat macam cheeerleader pula .Happy kut sekarang aku pula bergaduh dengan lelaki ni. Haih...

"Kau berani,kau baling. " ujarnya pendek. Dengar macam cabar nampak. Eh... memandangkan ni nasi ayam aku dengan Ezah.. tahan je lah ! Tak apa...

"Cakap je pandai,takut kan ? Dah lah ,malas aku nak melayan perempuan kampung macam kau !" Jelingnya sambil berjalan memintas,langgar bahu orang lagi ! Ni dah tahap cabar kesabaran ni. Tak...nasi ayam Ezah tepikan,guna Nasi ayam aku je !

Laju-laju ku buka bungkusan nasi ayam dan ku kunci target betul-betul tepat kat rambut belakng dia. 1....2....3... !

QHYRILL POV

Aduh ! Aku berpaling ke belakang. Ada nasi ayam dengan cicah kicap nya sekali bertaburan di lantai. Makin laju nafas ku,ni dah tahap kurang ajar ! Ketawa perempuan tadi melihat reaksi aku.

"Eh,baju aku tak kesah sangat,tapi rambut aku tak main !" Kataku geram ! Ni kan satu-satunya harta aku paling aku jaga...sayang ! Berani dia sentuh ? Lagi-lagi guna ayam ! Kurang ajar betul !! Aku membuka langkah ,nak saja ku tangkap tapi perempuan tu dah langkah seribu. Malas aku nak mandi keringat kejar dia.

Aku membebel dalam kereta.
"Tak guna punya perempuan. Dah kampung,kacau rambut aku pula ! Ni dah kasar... selama ni,siapa pun aku tak bagi sentuh..pula ayam !" Sedihnya mengenang rambut wangi kini berbau ayam . Kena pergi saloon ni ! Mengenang pula baju yang kotor,aku merungut. Alamak !! Eh.. terpaksa aku balik dulu.

Wajah perempuan tu tetap ku ingat !

"Tak apa. Sumpah sebab rambut ni kau hutang aku,aku yakin akan jumpa kau lagi !" Terlerai sumpah ku. Aku terus memandu pulang ke rumah. Malang sungguh hari ni !

"Helo,Natasya. Saya tak masuk pejabat lagi ni,ada urgent case. Kalau orang cari,kata ada hal !" Pesanku pada Secretary aku,Natasya. Lebih cantik dari si kampung yang berani baling ayam kat aku. Natasya mengiyakan,lantas talian ku matikan dan ku letak ke tepi. Urgent case sangat ! Hal rambut,memang aku cerewet. Geramnya aku...

KAIRA POV.

Laju aku memandu,ketawa sendiri pula macam orang gila ! HAHAHA ! Padan muka mamat tu.. cari pasal sangat ! Tak sangka.. berani pula aku baling ayam kat dia. Kenapalah dalam bumi Allah ni,ada pula spesies macam tu ?! Eh.. tak faham. Mat setengah kat kampung tu pun perangai elok walaupun kekurangan,ni..lagak macam lelaki manusia sempurna,tapi perangai...masyaAllah ! Aku membebel.

"Sumpah aku tak nak jumpa dengan dia lagi !" Aku memanjat doa ke atas. Harap terkabul.

Malam,Ezah dan aku duduk bertentangan di meja makan. Tak pasal-pasal makan mee segera. Punca lelaki tadi tu lah. Aku monolog sendiri.

"Kenapalah kau tak beli nasi ayam ni sekali ?" Kata Ezah,sambil menyuap satu sudu nasi ke mulut. Aku tersengih. Ezah... kau tak tau apa jadi.

Aku ketawa dulu. "Kau tak tau apa yang dah jadi Zah. Kau tau tak ? Aku beli dua,tapi sebab aku bergaduh dengan lelaki entah dari mana planet.. aku baling nasi ayam kat dia. "

Ketawa Ezah berseloroh,,aku pula ikut terbahak-bahak. Kelakar sangat. Tak pernah ada orang mandi ayam ! "Betul ke kau ni ? Aduih .. cari pasal lah kau ni. Kalau dia jumpa kau lagi,macam mana ?"

Aku mencebik. "Dia yang mula dulu,aku geram lah bila dengar dia tengking orang tua .. aku berlagaklah jadi hero !" Hahaha..
"Lagi satu,dia panggil aku kampung. Macamana tak marah ?" Kata ku,Ezah mengangguk setuju.
"Betul-betul. Tapi harap sangat kau tak ditakdirkan jumpa dia lagi. " aku memuncungkan mulut. Esh... mulut Ezah ni. Ya Allah..minta simpanglah !

"Dah lah topik pasal si sombong tu,hah !! Ni ,esok aku jumpa dengan bos kau tu pukul berapa ?"

Ezah mencuba ingat. "Pagi.. pukul 10. " aku mengangguk. "Kau teman aku ?"
"Laa.. kalau aku teman,alamatnya aku kena pecat sebab datang lambat !" Kata Ezah,aku meleraikan tawa. Ya tak Ya juga...

" tapi Kaira,lelaki tu handsome tak ?" Nak saja aku tersedak mati akibat soalan cepumas si Ezah.

"Eh kau ni... kalau handsome tu,aku tak nafikan.. tapi entahlah,perangai dia mencacatkan semua ! " kata ku pasti. Tak ada lagi ayat yang boleh ubah persepsi aku ni ! Kalau tengok je,memang boleh cair. Tapi bila dah tau perangai dia..cair ke mana,dah sombong sangat ! Aku mengomel sendirian.

Ezah berjalan menuju ke dapur. Datang balik dengan dua mug di tangan.
"Alaa..tu yang kau tengok dari luar,kat dalam mana kau tau. "
Aku menyepetkan mata pada Ezah,ada yang pelik ni..
"Ai,kau kenal ke dengan mamat ni ? " tekaku penuh curiga. Ezah melerai tawa.
"Ala kau ni .. aku cakap je. Kan everyone have their beautiful side,kan ?" Aku mengangguk. Betul.
"Betul,betul,betul. Macam aku,walaupun kampung tapi cantik kan ?" Saja nak menyenangkan hati akibat hinaan lelaki tadi. Makan ke jantung pula aku kan. Hmmm

"Kaira." Aku menoleh pada Ezah yang masuk ke dalam bilik tidur ku. Takkan nak halang pula ? Rumah dia..bilik tidur ni pun dia sediakan buat aku. Bersyukur sangat. Mataku fokus pada sehelai baju blouse panjang dan seluar hitam di pegangnya.

"Ni,aku nak kau pakai ni.. esok. Tak apa kan bagi diorang nampak kau elok on first expression ? " kata Ezah. Aku tau niat dia baik. Tapi tak nak lah nak perlu ubah penampilan. Aku mengambil baju tadi.

"Okay. " kata ku bohong.

"Ezah. Terima kasih tau sebab kau tumpangkan aku kat rumah kau. Menyusahkan kau je. " ujarku penuh syukur. Malu pada Ezah yang tersenyum.
"Tak apalah kau ni. Aku buat apa yang aku mampu. Ni je aku mampu tolong..kalau aku susah nanti,kau pula tolong aku. " nampak susunan giginya. Aku membalas senyuman.

"Sekali lagi,thanks. " ucapku sebelum ia meninggalkan aku seorangan. Teringat terus pesan abah. Dahi ku tepuk! Alamak.. macam mana boleh lupa ?

Telefon ku genggam dan menekan keyboard. Rindunya nak dengar suara abah. Kaira Kaira,baru je sehari..dah buat perangai. Tiba-tiba deringan terhenti dan suara abah di hujung talian.

"Helo Kaira..." lemah suara abah. Tahu abah dah masuk tidur jam macam ni.

"Kaira minta maaflah abah.. sebab ganggu abah. Abah dah tidur kan ? Ni.. kaira nak bagitau yang Kaira dah sampai kat rumah Ezah. Esok Kaira nak jumpa dengan bakal bos Kaira. " luahku excited. Kedengaran abah tersengih senyum.

"Tak apa Kaira. Baguslah Kaira dah sampai. Kaira jangan buat hal pula dekat sana. Jaga diri elok-elok. Jangan percaya sangat dengan orang eh ? Kalau jumpa bos tu,susun ayat elok-elok.. ambik hati dia.. " panjang lebar ulasan abah. Aku sekadar melepas tawa kecil. Abah.. abah..

"Ya.. Kaira tau. Okay. Abah tidur lah. Maaflah Kaira ganggu. Assalamualaikum. "

"Yalah. Waalaikumsalam. "

Mata ku pejam. Tubuh ku hempas ke katil. Esok bermula chapter baru !

QHYRILL POV

Aku merenung kosong ke laptop. Masih banyak lagi kerja tak siap tapi tak juga aku ada mood nak buat. Sesekali ingatan ku kembali mengimbas kejadian tadi petang.

Flashback...

"Sopan sikit tak boleh ?"

"Sombong kan awak ni ? Setakat kopi je,belum teruk tau. Kalau ayam ni saya baling kat baju awak tu baru panggil teruk !"

Flashback end...

Siapa perempuan tu ah ? Kurang asam betul. She didn't know who I am.. and if I met you one more time..I will make sure you're punished. Ujar ku sendirian,memegang erat pen di genggaman.

Tapi.. tak dinafikan matanya..bibirnya...cantik ! Tapi apasal perangai tak secantik orangnya ? Aku pula..baran tak pasal-pasal. Gara-gara Alaysha lah ni.

Mata ku pejam bila teringat saat bersama Alaysha,perempuan yang aku cinta sepenuh hati..aku jaga dia. Tapi dia juga yang buat hati aku bakar nama dia jadi abu ! Kenapa ? Itu saja soalan yang sering aku tanyakan. Susah sangat kah orang nak sayang kan aku ikhlas ?

Alaysha..

Amira...

Imani...

Ketiganya membawa kenangan pahit bersama. Huh.. memang aku ni ada masalah dalam bercinta agaknya. Papa pula asyik bising ulang soalan sama.

"Bila nak kahwin,Qhyrill ?" Tanya papa,sekali lagi dengan soalan kegemarannya. Aduih..papa kenapa tak faham dengan anak mu ?

"Tak nak lah pa.. I'm just about 27..it's not too late yet. "

"Tapi papa ni dah 60..better before it's too late for me,Qhyrill. "

"Kalau Qhyrill berkeras sangat.. tu,dato Mazwan..anak dia suka kat Qhyrill tau. Jangan sampai papa jodohkan Qhyrill dengan anak dia. "

Aku cukup terbangang dengan kata papa. "What ? Pa.. I'm not a kid and I know what the best for me. Kalau Qhyrill nak,Qhyrill cari calon sendiri. Lagipun kenapa papa ni ? Why so desperate nak tengok Qhyrill kawin ?"

"Sebab papa tak nak Qhyrill buang masa dengan perempuan lain,yang akhirnya tak pergi ke mana pun. Qhyrill Muslim..you my only boy. I need to see my boy getting married. " suara papa sedikit berubah.

"Before it's too late,son.."

Kenapa papa ? Qhyrill sangat bengang sekarang.. tahu masanya selama ini disia kan ada hubungan pendek dengan ramai perempuan..tapi aku tak bersedia pikul tanggungjwab sebagai seorang suami,wali,imam mahupun penjaga seorang isteri. Bagi ku semua tu karut. Kahwin pun tak semestinya bertahan selamanya. Hesh..kusutnya.

Jam ku lirik. 11.30. Apasal aku ni ? Tidur,tapi tak ngantok lagi. Ni gara-gara terfikir pasal papa lah ni. Kepala ku picit,pusing tubuh ke kanan. Apasal aku ni semacam. Eh. Dah lah Qhyrill. Lupakan je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro