Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27 : Penculikan Kaira !

QHYRILL POV

First time! Ni lah kali pertama aku masuk pejabat lambat sejam. Ni lah punca bila aku angaukan pelukan Kaira semalam. Dia disebelah aku tidur semalam buat aku gila sangat. Nak saja ku dakap dia semalam,bagi hangat kami...tapi tak dan itulah buat aku gila!

Sampai ke floor atas sekali,di bilik ofis aku. Beberapa orang staff mengucapkan selamat pagi pada aku. Laju saja langkah ku menuju ke ofis. Yalah...aku bukan kaki lewat. As a leader,I must show a very good personality kan? Besides,I was known an punctuality demand! Ni aku sendiri pula makan masa!

Sungguh tak percaya.

Dari hujung sudah ku dengar bunyi riuh..pagi-pagi riuh. Dah kenapa ni?

" betul puan...encik Qhyrill belum ada lagi. .belum sampai lagi. " kata Natasya menyakinkan mama.

" mama?"

Mama menoleh pada aku. Di lepas muka 'akhirnya....' dan mengeluh mama melihat aku.

" lambat kah?"

Aku ketawa sinis. " first okay? Jomlah ma. Masuk dalam. "

Mama ikut aku menuju masuk ke dalam ofis. Bag ku letak tepi dan duduk bertentangan dengan mama.

" kenapa Qhyrill lewat? Tak pernah pun..." mama siap soal lagi ..ala...saja lah tu perli aku. Yalah,soal ketepatan masa ni aku memang cerewet! Aku biar saja mama...nama aku pun salah kan?

" Qhyrill lewat masuk tidur....yalah...busy. " bohong ku. Takkan nak bagitau aku angaukan Kaira? Nanti naik hairan..buat apa angau,kan jadi isteri? Huh. Tak nak lagi dah menipu mama berpanjangan.

Mama senyum. " oh...lain kali...jangan hardworking sangat Qhyrill. Kamu tu mana boleh lewat sangat tidur,boleh naik demam. Dari kecik memang tau kan?"

Lagi sekali mama mengingati aku. Selalunya sebelum kahwin,nak setiap hari mama pesan aku 'jangan lewat tidur' bila tau aku masih bangun. Semenjak kahwin,ni lah kali pertama.

Aku mengerling mata. " alaa...mama ni...I'm a big man now...I can manage lah ma.. " kataku yakin! Tak nak membuat mama risaukan aku sangat,macam budak kecik pula.

Mama mengeluh kecil. " yalah...lain kali mama suruh Kaira pesan Qhyrill setiap hari. " laa,pula? Mama ni....aku merungut saja sendiri. Jangan nak mama suruh,mulut si kaira tu pun memang bising pesan itu,pesan ini.

Mama tiba-tiba menepuk dahi,baru teringat apa yang mama nak bagitau aku agaknya.

" anyway Qhyrill. Papa dan mama plan nak pergi London hari ni..."

" hari ni?"

" ya...papa ada hal kat sana. Uncle nak jumpa papa. " aku mengangguk perlahan. Memang aku tak nak campur lah tu...

Tapi...buat apa mama jumpa aku setakat nak bagitau hal ni?

" tapi kenapa ma? "

" macam ni...mama harap kamu boleh...."

Aku cuba lagi call Kaira. Sekali lagi tak berjawab. Dah kenapa dia ni?! Sengaja kah apa ni? Ku letak tepi telefon.

" kemana dia pergi ni? Tak nak jawab call langsung.." bicara ku sendiri. Dah kenapa....

KAIRA POV

" weih! Kau tak nak makan kah? " ujar Ezah pada aku. Lunchtime kali ni aku setuju keluar dengan mereka. -Lina,Lee dan Sufia.- antara staff yang seleret dengan row meja aku dengan Ezah,merangkap yang aku paling rapat.

Aku menoleh dia,minuman tea ice special tak jua ku minum habis. " tak lah.. aku tak lapar. "

Ezah yang makan melihat aku berkerut. Nak penuh juga mulutnya mengisi nasi,ayam sayur sekaligus. Geli hati pula tengok dia ni .

" kaufhu takhf makshanf kengapstfja?" Aku ketawa tak faham. Yalah..tu lah pasal,makan gelojoh,cakap pula masa mulut tengah penuh. Bahasa pun kedengaran macam bahasa alien. Siap lagi terpercik-percik butir nasi pada muka aku.

" aiyoo..lu ni Ezah...cobalah makan tu tak usah cakap oo...ni dah habis berterabur nasi lu pada muka Kaira ni. ." Perli Lee lelaki cina. Pecah ketawa kami serentak,masam mencuka sudah muka si Ezah. Di teguk air bila dia dah tersedak.

" haa...kan aku dah kata...kau makan lain kali elok-elok...ni macam nak telan semua. Kalau kau tersedak,tu mati,Daniel tu macam mana? Takkan nak bagi kahwin dengan ayam yang kau makan ni?" Balas Lina,yang memang terkenallah dengan mulutnya yang tersangat laser. Dan lantang bersuara. Tapi dia baik!

Aku ketawa saja mendengar karenah mereka,Ezah bukan main menepis lagi kata-kata Lina.

" sudahlah..." sufia menenang kan keadaan. Gelak mereka masih bersisa.

" yalah Kaira...kau tak makan kenapa? Kau ada masalah eh?" Masih lagi bab pasal aku  tak makan rupanya...aku sekadar senyum panjang. Masalah? Tak ada pun.

" masalah ? Mana ada lah ..aku kenyang je...aku dah makan tadi . Makan angin! " lagak ku buat ku kutip-kutip angin kosong dan masukkan ke mulut. Boleh pula diorang gelak..walaupun tak lucu mana.

Heh.

" guys! I want to tell you something..." tiba-tiba Ezah mengejutkan kami dengan seribu pertanyaan .

" something apa? " kata kami sama tapi tak senada. Dia siap senyum malu lagi.  Ni kalau muka malu macam ni.  Mesti pasal Daniel.

" aku ....akan bertunang! "

Sama-sama kami terkejut! " WHAAT?!" Alhamdulillah...ni lah yang kami tunggu ! Semua orang tau Ezah dan Daniel sudah lama berkawan,sekarang ni sudah mahu bertunang...tak lama lagi kahwin!

" betul kah? " aku masih tak percaya. Dia mengangguk teruja. Mesti dia teruja gila ni! Yalah...tengok kawan bahagia,bahagia jugalah aku.

" lepas bertunang,Daniel kata dalam 4 bulan saja,dia nak ajak aku kahwin pula. Alamak! Tak sabar pula nak merasa hidup tak lama lagi macam kau ,Kaira! " luah Ezah gembira plus nervous juga. Aku senyum kelat.

Janganlah kau harap hidup kau macam aku Ezah...tak bahagia mana pun..hidup bersama Qhyrill tak lebih kurang 2bulan lebih saja lagi...entah...aku masih ada dengan dia atau tak saat kau kahwin Zah.

Walaupun kehidupan aku kahwin dengan Qhyrill begini ...banyak perkara yang aku pendam. Aku kahwin dengan lelaki yang aku kenal dalam masa singkat atas sebab yang aku tak fikir panjang apa risikonya...tapi hakikatnya...ni lah dia bahagia yang aku ada buat masa ni.

" Dia dah sampai bos!  Terus saja angkat dia? Okay...kereta dia Sheikh yang bawa. " mendengar saja greenlight dari bos mereka,di letak telefon dan di suruh memandu van hampir ke tempat parking mangsa. Nasib baik tak ada orang lain! Bila nampak perempuan itu mencuba membuka pintu kereta picanto hitam,laju mereka beraksi!

Kedua tangan aku mereka pegang kuat,mulut aku pula ditekupnya. Dah kenapa ni?! Mata aku membulat bila seorang lelaki memasuki kereta aku dan membawa lari!

"Kereta aku!! Dia bawa lari kereta-" laju mulut ku di tekup lagi dan sedar aku ditarik ke dalam sebuah van. Aku di mana ni??!

Err..dalam van lah...ku perhati mereka ...semuanya lelaki...tapi peliknya...semuanya memakai seragam office boy,tak pula pakai baju ala samseng,ala gangster!

Ah! Office boy tak office boy,nama kalau manusia...sebab duit,apa pun boleh! Tak! Aku takkan ikut mereka!

"AAAHHHH!! TOLONG SAYAAAAA!!!" Aku jerit sekuat hati! Nak menangis rasa hati aku macam ni. Siapa lah punya angkara buat semua ni pada aku?! Siapa?? Aku tak pernah kacau sesiapa...aku tak ganggu orang!

Aku akan dibunuh kah?

Aku akan di group raping kah?

Aku dibakar hidup-hidup kah?

Aku dijual pada orang kah lepas ni?

Tak....tak...tak .. aku menggelabah!
" TAAAAAAK!!!!" Aku jerit lagi sekuat hati! Nak nak boleh pecah tempurung telinga mereka agaknya! Mereka tekup mulut aku guna sapu tangan dan tendang aku hidup-hidup! Aku merayu...berhenti lah!

Err. Aku buka pejaman mata.

Semua mata menatap aku ketakutan. Tak. Aku tak diikat..tak ditutup mulut,tak di tendang...aku yang over. Penjahat apa ni? Aku yang kena culik kah diorang yang kena culik? Aku jerit,takut pula. Agaknya...aku jerit macam orang mental agaknya...

Terus aku diam kan diri...berdehem sikit sambil jari ku mengusap perlahan baju. Berdebar juga . Haa....nampak gaya...aku dah di bawa lari...sedih rasa hati.

Hampir 40 minit aku terperap diam bersama mereka ni....aku mula perasan. Jalan ni...eh! Rumah ni! Dari jauh aku nampak rumah mama..dan situlah mereka menuju. Qhyrill ku lihat sudah keluar dari pintu utama. Serious mukanya. .

Aku di jadikan umpan kah?!

Kereta berhenti tepat di depan Qhyrill yang siap memasukkan tangan dalam poket.

Qhyrill...tolong saya...nak saja aku menangis..mereka tarik aku keluar.

" Awak...awak tak payah lah bayar berapa duit mereka ni nak! Saya rela ...biarlah asalkan mama papa dan awak selamat...biarpun saya mati ...saya sanggup-"

" okay boys. Let her go. "

Eh??

What?!!

Ku lihat kereta cute aku dah menapak ke garaj. Keluar lelaki tadi yang dah bawa lari kereta aku.

" ni bos ..dah sampai. Kami balik dulu ya...maaf cik..." katanya tersengih. Eii! Kalau ikut hati aku....

Ku pandang Qhyrill semula.

" jadi ni kerja awak lah?! " macam tak percaya saja bila dia sekadar tunjuk muka tak bersalah! Siap sengih lagi. Dia ingat aku tak panik kah tadi?! Dah lah aku merapu bagai nak mampus tadi...siap aku merayu lagi kata aku rela mati lah bagai. Memalukan !

Nak saja ku bungkus muka ini dengan tudung ku pakai!

" asalkan awak datang selamat. " suara pun lagak tak bersalah. Biar betul??

" jahat kan awak ni! " merah padam muka aku! Terus ku hempas dada nya dan meluru masuk ke dalam rumah dan menuju ke tandas. Kunci pintu.

" eiiiii!! Geramnya akuuu! Kenapalah dia buat macam tu?! Silap haribulan,boleh melayang nyawa aku! " sedar aku di dalam tandas rumah mama,hairan. Keluar balik dan ku lihat dia yang sudah mengunci pintu.

" eii,buat apa kita kat sini?"  Tanya ku menyerpa dia mengejut. Dia paling pada aku tersengih. Oh! Sesungguhnya aku masih malu!

" mama yang nak. Mama minta kita jaga rumah dulu sebab mama dan papa pergi London. "

" habis,kenapa awak buat saya macam ni sekali? Apa kaitan London dengan awak suruh orang culik saya?! " marah ni...marah! Betullah tu ,apa kaitan dia siap suruh aku kena tangkap mengejut macam tu? Nasib baik tak keluar silat aku tadi ....

Dia tersengih sinis. " bukan culik pun,ambik kau secara berkumpulan saja. " innocent lagi.

Unbelievable!

" berkumpulan lah sangaat! Saya boleh putus nyawa tau tak?" Lagi aku tak beralah.

" awak lah lembap! Tak jawab call saya kenapa?!" Balasnya degil juga.

Ya. Phone aku tertinggal kat kereta. Sentaaap!

" jadi awak nak salahkan saya lah?" Aku malas nak mengaku salah dulu.

Seperti biasa,dia selalu conquer!

" jadi awak nak salahkan saya sebab TAK angkat phone lah?"

Aku diam beruk.

" phone tertinggal. " aku jeling dia.
Kini dia merapati aku. E'eh?

" you just did that? Rolling your eyes. You think that's polite?" Katanya sinis. Dah kenapa ni? Aku menjauh setapak tapi setapak lagi dia mendekat!

Oh no. He is getting naughty now!

" no..not polite. " katanya diikuti dengan di rangkulnya badan aku dan di angkat aku ke biliknya!

" apa awak nak buat?!" Aku meronta. Oh no! Saya di kidnap!

Walaupun malam sudah mengganti hari...tapi masih lagi aku terkenang kejadian tadi! Memalukan sungguh! Kalau lah aku tak cakap lepas pasal mati bagai tu..tak malu sangat! Uhuuu.><

Aku buat tak tau bila dia dah mengisi kekosongan di sebelah aku. Eh...buat semak saja. Dah lah tadi aku dilayangkannya ke katil! Tapi nasib baik dia tak buat apa...aku menjeling diam-diam.

" awak nak makan apa-apa tak? " katanya memecah sunyi. Aku buntu. Nak makan apa eh?

" nak makan ada...tapi tak tau apa. "

Dia memandang aku. " betul?" Aku mengangguk.

" okay. Kalau tak. Saya masak spagethi speacial untuk awak. Sebagai maaf sayalah. " aku senyum ke telinga.

" apa dia?" Macam tak percaya dia cakap ni...

Dia mengerling mata. " spagethi...."

Eh. Apasal dia ni selalu slow sangat. " bukan pasal tu...sebagai apa?" Aku mengusik. Aku nak dengar dia cakap sekali lagi.

" heh! Kalau awak banyak tanya,saya masak sendiri untuk saya saja. " laju ia bangkit dari kerusi ,ditinggal aku.

Aku ketawa dulu..setakat maaf pun susah nak luah. " yalah awak..kejaplah. tunggu saya! " sengal sungguh suami aku ni kan?

QHYRILL POV

Tak sangka kan...sedap juga dia makan masakan air tangan aku. Serentak kami melabuhkan dan membaringkan badan ke katil. Aku tengok siap senyum meleret lagi dia.

" terima kasih sebab masakkan saya..." ujarnya lembut,manja lagi . Eii...comel sangat.

Tahan...huh!

Aku buat biasa. " apalah sangat. Spaghetti jer. "

" tapi bagi saya luar biasalah ni ."
Aku boleh teka suaranya kedengaran sangat ikhlas. Malas nak feeling malam-malam ni...

" eh ..dah lah tidur. "

Aku tarik selimut ke dada,dan dengar dia mendengus kecil,ditarik jua selimutnya hampir menutupi kepalanya yang bersarung. Senyuman ku ukir...

Bunyi deringan telefon menyadarkan aku dari lena. Ku gosok dulu mata...masih kabur. Ku lihat Kaira yang masih lena berhadapan pada aku. Ku paling badan,capai telefon bimbit di meja sisi.

Bangun dari baringan bila tau nombor mr David. Hairan...dah pukul 1:56...kenapa ni...

" helo mr David?"

Mata yang separa sedar terus segar,mamai pun hilang.

" okay okay...I will be there. " terus telefon ku matikan. Kaira disebelah ku kejut perlahan.

"Kaira..."

Beberapa saat kemudian,matanya terbuka melihat aku,masih sepet matanya. " kenapa ?"

Kesian juga tengok dia...tapi hati aku tak sedap nak tinggal dia seorang.

" kita kena pergi hospital juga.  Sekarang. "

Kaira yang bangun dari baringan kehairanan. " kenapa pula?"

Aku segera bangkit menuju ke tandas,cuci muka dan masuk balik ke bilik. Kaira kini menyarungkan jaketnya. Aku pun mencapai jaket hitam dari wardrobe. Kunci ku capai.

" mr David accident. "

" ya allah..."

Kaira mengikuti langkah ku yang sudah melangkah keluar dari bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro