Bab 26 : The Baby
_____________
Loving him is like driving a new Maserati down a dead-end street
Touching him was like realizing all you ever wanted was right there in front of you
Fighting with him was like trying to solve a crossword and realizing there's no right answer
Regretting him was like wishing you never found out that love could be that strong
Losing him was blue like I'd never known
Missing him was dark grey all alone
Forgetting him was like trying to know somebody you never met
_______________
KAIRA POV
Seram sejuk bila aku rasa tangan besarnya menyentuh kulit aku,lengan yang di cengkamnya pagi tadi.
Aku menahan saja rasa di dada. Dia tanya aku sakit atau pun tak . Lembut lagi suaranya..aku pula malu-malu dan aku memang tak bersemangat ..entahlah.
Aku lihat saja dia kosong. Di tarik tangan aku pun aku tak menolak. Hati aku bergolak sekarang...
Aku duduk. Posisi sama macam mana kami duduk masa malam pertama tu kononnya. Hmmm..lagi-lagi akan terulang tak kesakitan yang aku rasa kali ni macam sebelum ni di sofa ni?
Hairan dia yang sudah menarik lengan aku. " awak nak buat apa?"
Dia memandang aku . Lembut sangat pandangan tu pada aku...tapi aku tak faham.
" saya nak tengok lengan awak. I will spread the cream. Bengkak,kan?"
Aku pula macam dah terkunci rapat mulut sampai nak menjawab pun tak reti. Anggukan saja sebagai balasan. Dia...care aku kah?
Tapi lengan aku yang singgah seminit di paha nya segera di letakkan ke tepi semula. Dia berdiri. Tak dapat di baca apa yang ada dalam fikirannya...mukanya pun....
" awak bagi saja sendiri. Saya ambik cream dulu. " katanya sambil melangkah keluar. Kenapa dengan dia ni? Kenapa dia buat baik tapi sentiasa di akhiri dengan segala pertanyaan pada aku? Aku tak faham kau Qhyrill...kau buat aku macam mengemis kan semua jawapan.
Tapi mungkin dia baru sedar,ingat pasal janji kami...itulah penghalang. Dia pun dah cop aku ni isteri 6 bulan dia pun kan?
Bila aku teringat semula sebab apa kami kahwin...hiba pula rasanya. Jatuh bahu aku ...murah sangat kah harga diri aku ni? Sebab hutang pun aku mampu menjual diri menjadi isteri... sesekali hati aku bertanya juga...adakah ni takdir atau sekadar ujian aku saja?
Yang penting,aku tak boleh lagi dah mempersoalkan semua ni. Apa yang jadi..biar berjalan sendiri..dan aku sekadar menumpang di jalan itu saja. Apa-apa jadi,aku tau Allah tentukan yang terbaik buat aku. Ya! Nyaman juga rasa hati...
Esoknya....
" Kaira! "
" ya ?" Aku laju menuju ke arah orang yang dah memekik nama aku dari tadi. Apahal dia ni?! Eiih. Ku paksa laju kaki berlari,kalau boleh ku redah saja dinding depan ni...
Nampak dia yang dah menaiki tangga besi di depan,habis berselerak barang-barang dari toolbox nya. Dah kenapa?
Di tatap aku tajam. Aku merapati dia.
" apa?" Eih dia ni...Qhyrill memandang aku sambil menjeling mata. Di sebelah tangan kanannya lagi memegang hammer.
" kejap kau tunggu sini,aku naik jap. " di tinggalnya aku dengan besi tangga yang dah kosong,dia pula hilang naik ke atas.
Ku lihat ada sebingkai gambar besar yang siap bertutup dengan kain putih. Apa yang dia nak buat ni? Esh...kalau tak reti tu,tak payah lag buat-buat terer sangat! Ni,siap seret aku lagi.
Dah lima minit berlalu...belum juga dia muncul. Naik hairan. Dah gatal mata aku tengok kat tangga....
Tapi kalau aku naik,siap dibedal lagi ni oleh dia...mati aku. Boleh bengkak telinga di buatnya.
Tu ku daki perlahan...alaa...setapak je...tak apa kan? Biasalah,manusia...bila dah dapat,hati pun tamak,nak juga lebih lagi. Tu lah aku. Dah setapak,gatal pula hati nak naik lagi...okay...ni setapak saja...
QHYRILL POV
Aku menuruni anak tangga.buntang mata aku melihat Kaira yang siap mengunci target nak pukul paku di dinding. Mak aih!
Laju ku sahut namanya. " Kaira! Apa kau buat ni?"terhenjut bahunya,habis terjatuh paku dan hammer ke lantai. Alamak! Nasib baik tak retak tile ni...aku hampiri dia. Nampak dia ketakutan.
" turun!" Sambil jari ku tarik kain di sarungnya. Dia terkial-kial nak turun. Geli juga hati..tapi tahan sajalah.
Dia senyum kambing. " saya nak tolong saja..."
" buat apa kau menongging tadi? Kemain awak eh...kata bebal,bukan budak lagi !" Sambil ku panjat semula tangga tadi. Eih ..geram aku tengok. Memandai pula dia...kalau dia jatuh kan aku susah. Nanti tak pasal-pasal mama fikir aku dera dia.
" awak nak buat apa?"
Ku pejam mata. Hmmmm......
" masak. Melantak lah...buat apa lagi?" Soalan apa dia ni...eh tak faham betullah...dia me'oh' kan saja. Malas lah tu nak melayan aku.
," lantak apa?" Aduhai. Aku ingat dah habis...rupanya ada lagi pertanyaan dari dia. Dah aku malas nak melayan. Buat saja...lambat laun pun dia tau juga. Pot pet pot pet saja.
" Wahh! " girangnya bila dah siap aku melantak. Ku kerling mata sambil tangga besi ku angkat ke luar. Gembira sangat dia tengok. Apalah sangat? Setakat gambar kahwin kami,tak best pun. Bukannya cantik mana pun . Perempuan...sangat over.
" terima kasih awak dah bersusah payah menggantung gambar tu di sini.." senyum lagi ke telinga.
" tak ada apa pun. Kalau bukan mama suruh,tak kuasa aku nak melantak ..buang masa. Buat semak saja. " terus hilang senyumnya,masam mencuka terus. Ha ha ha. Jahat kan aku?
KAIRA POV
Malam tu aku pergi ke bilik ofis kami...tapi ku pandang zone Qhyrill kosong. Mana dia eh? Kemas saja mejanya..tersusun rapi.
Aku naik syak juga ...siapa Alaysha eh? Aku masuki zone dia...walaupun tau dah dilarang. Gatal sangat kaki ni!
Nampak laptop nya masih berpasang. Mungkin di sini ada gambar perempuan bernama Alaysha tu. Tapi aku tak berani... kalau ikut hati aku yang gelisah nak mau tau...dah lama ku pecah masuk saja.
" Kaira! Kau buat apa ni?" Laju ku menoleh ke arah Qhyrill yang menapak depan ku. Ah!! Mak aih...terkejut beruk aku...dah lah datang macam hantu..tapi memang dia naik hantu ni!
"Tak ada apa..." di liriknya laptopnya yang masih terletak kemas.
" kau ada usik?"
Segera aku menggeleng laju dan yakin. Memang niat nak,tapi dah ku batalkan pun. Terpulanglah dia percaya atau tak. Aku nak buka langkah menuju ke ofis sebelah.
" kaira.. " aku tengok dia.
Jarinya lembut mengusap belakang tengkuknya.." urm..tak ada apalah. "
Okay...aku melangkah keluar dulu dari ofis. Takut pula dengan perangai tak ada apalah nya itu..tengok dia usap tengkuk tu...sexy pula...naik sejuk badan aku! Nanti...aku pula yang tak dapat tahan diri! Bole-bole surrender pada dia! Mesti juga keadaan ni dalam ofis juga!
Aku duduk di sofa bawah,qhyrill pula masih di ofisnya. Biarlah aku tinggal dia berjam di sana. Malas aku nak berdua-duaan dengan dia...bukan nak kerja,mata pula gatal dok tengok dia diam-diam. Memang dah aku akui...hati ni berbunga untuk dia! Aww!
I am in awe with you,Qhyrill!
Huh. Kenapa aku semacam gedik macam ni eh? Gila~
Tiba-tiba pula telefon di bawah punggung bergetar. Alamak! Dah terduduk pula. Mesti bau ni telefon aku. Heheh.
Segera ku capai,tengok siapa SMS. hairan! Tapi tak hairan sangat...ni mesti kes malas ni. Aku mendengus kecil. Eihh...mana taknya...si Qhyrill tu siap SMS lagi minta aku bawakan milo ping dia kat atas. Bilik sejuk pun masih nak minum sejuk juga? Alahai...
Nak tak nak..akur sajalah.
Dah sampai,ku buka slide kaca,nampak dia yang fokus sangat menatap skrin di laptopnya. Hampiri dia...
" ni milo awak. " sambil ku letak kemas di tepi. Baik elak letak hampir sangat dengan laptopnya...nanti aku lagi dipersalahkan kalau ada bencana menimpa! Dah nama suka buat blind accusations,kan?
" Kaira...sini kejap. " sini? Aku memang sini pun. Bukan kat bawah kah...kat mana...hairanlah dia ni. Nampak dia
berkeras mahu aku ke 'sini',oh....dekat dia rupanya. Kenapa pula ni? Dia nak buat apa lagi? Teragak-agak nak hampir sebelahnya. Tapi nampak muka baby boy yang sangat comel di skrin menarik aku laju ke arah nya.
" waaah! Comelnya. Siapa ni?" Sepatutnya aku tanya...anak siapa ni? Haih ..tapi,aku perasan muka Qhyrill...riaknya...sangat gembira. Senyumannya nampak ikhlas dari hati. Senang hati agaknya tengok baby ni..
" comel kan? Ni anak uncle aku yang ada kat London. " ceritanya. Aku mengangguk faham. Aduhai...comel sangat. Putih gebu...tembam lagi. Muka pula macam baby mat saleh. Nama pun uncle dia tinggal kat London,kan? Dah bercampur dengan suasana salji kut,tu yang putih melepak.
" patutlah comel...ei..muka dia macam aw-" aku putuskan ayat yang sepatutnya jadi 'awak'. Takkan nak cakap kut...
Dia memandang. " aw? "
" macam muka uncle awak..." haha. Pandai Kaira! Taklah dia perasan.
Dia ketawa kecil. " ya kah? Awak pernah tengok uncle saya tak? " terkedu aku! Betul juga kata dia.. hah..kaira kaira...nak cover line,tapi merepek.
Aku ketawa tak ikhlas. " ha ha hah...ya tak ya..."
" macam saya kan comelnya?" Heh-.-' angkat bakul! Demi menjaga hatinya,yakan sajalah. Aku menatap perubahan di mukanya bila memandang baby Raqeef di caption. Bahagia nampak sisi lainnya...nampak penyayang sangat.
" kan bahagia kalau ada baby comel macam ni..." luahku dari hati. Masih tak lekang matanya memandang,senyum pun masih terukir.
" kalau awak kahwin kali ke dua,boleh 'buat' baby comel macam ni..."
Nak ku buka mulut tapi terhenti bila dia menyambung semula.
" eh correction. Kahwin kali pertama,yang lebih sempurna dari ni. Kau dan aku ni,tak payah kira lah. " katanya mengimbas kembali perjanjian kami. Hm...aku senyum sendiri.
" tak apalah...yang pertama ni pun dah cukup sempurna buat saya. " aku tulus Qhyrill. Aku sedar dia tersentak sikit.
QHYRILL POV
" tak apalah...kali pertama ni pun dah cukup sempurna buat saya. " aku tersentak sikit tapi ku buat tak tau.
" ah? Apa awak kata?" Dia senyum kelat. Aku tau...aku dengar Kaira,tapi maaf,aku tak boleh ambil tau.
" tak ada apalah. Saya kata ya..." katanya. Aku tau dia bohong...
" tak payah fikirlah...saya masuk tidur dulu eh? " sebelum nya sempat melangkah pergi,ku tarik tangannya.
" kaira..."
Dup dap..
" awak tak jatuh cinta pada saya kan?"
" tak lah..." hancur juga dengar...tapi inilah yang aku terapkan! Aku senyum ..
" thanks.." syukur...mahupun hati aku gila meraung nak dengar dia kata YA!!
" about that...I really mean it. You deserve a very happy life marriage. Every girls dream kan?"
kataku penuh debaran. Tak sangka dia peluk aku terus. Dada ku jadi sandaran kepalanya yang bersarung. Terkaku...tak mampu buat apa....dia dah merangkul aku erat. Ya Allah Kaira...kau jangan cabar kemahuan aku yang aku tak mampu tahan lagi!
Tapi aku kena lawan! Aku letak tangan di bahunya dan ku tolak perlahan.
" kaira..." alangkah berat hati nak tolak dia...nak akhiri semua ni...aku pun suka bila dia peluk ...dia lihatnya aku.
" awak tak boleh macam ni. Saya tak boleh macam ni. Kita...tak boleh macam ni. Awak kena ingat . We have to control ourselves. Please Kaira. Help yourself mean help me either. "
Aku tatap dia yang menjauh.
" terima kasih. Maafkan saya. " itu saja balasannya sebelum melangkah keluar dari situ. Kenapa dalam ofis ni juga banyak kali terhimpunnya kenangan aku sakitkan dia?
( ni part tak pakai POV okay? )
" Takkan tak ada lagi sisa duit aku ni??! Hei! Bodoh nya. Fazri...ya ...Fazri...aku kena jumpa dia. " di usap rambutnya kasar yang dah kusut masai. Habis berselerak semua barangnya di dalam bilik. Bercelaru otaknya mana nak cari duit lagi! Tapi...hanya Fazri lah jawapannya.
" Fazri! Fazri! Kau keluar sekarang! " jerit lelaki yang berada di hadapan pagar rumahnya petang itu. Terpinga-pinga orang yang dipanggil menuju ke pintu pagar.
" eh! Siapa suruh kau datang sini?! Berambus! Pergi! " usir Fazri,cuak juga bila lelaki itu datang. Ingin saja di tutup
pintu pagar,tapi Haizul sudah menepis,menahan pagar itu.
" kau Fazri! Aku datang sini sebab kau! Kau yang plan semua ni! Kau kata kau nak bagi commission aku selepas aku keluar dari situ,tapi dah 2bulan kau tak bagi duit aku. Apa masalah kau?! "
"Kau jangan main api Fazri! Semua rahsia kau ada kat dalam genggaman aku,bila-bila masa aku boleh pecahkan rahsia ni. Kau ingat! "
" kau jangan terkejut bila hari ni kau mandi duit,tapi esok kau mandi darah! " ugutnya . Mahu terkeluar biji mata Fazri mendengar,tahu Haizul tak akan bermain dengan kata-katanya. Dia mula panik.
" marilah. Aku bagitau kau hal sebenar. " mahu tak mahu,Haizul mengikuti langkah Fazri ke dalam rumah.
Haizul tak senang duduk. Turun naik nafas nya menahan marah bila mendengar penjelasan Fazri yang dia tak tau semuanya itu hanya penipuan dan rekaan Fazri agar dia tak diapa-apakan.
" betul! Mr David ada upah kumpulan ni untuk bunuh kau Haizul,Qhyrill tu yang suruh semuanya. Dia kata kau tak layak untuk kembali di syarikat tu. Sebab diorang cari kau lah aku tak nak kau datang jumpa aku,nanti diorang bunuh aku...macam mana aku nak bagi duit pada kau?" Bersusah payah Fazri mencuba membuat lelaki yang sudah ibarat binatang buas pembunuh buat Qhyrill !
Sungguh bijak kata-kata Fazri sampai Haizul termakan. Berderau darahnya.
" aku nak bunuh lelaki tu! " jerit Haizul. Fazri menahannya untuk mengawal suara.
" bunuh dia bukan senang...kalau kau nak...aku ada rancangan. Kita guna orang dalam. " balas Fazri. Haizul tak faham apa yang di katakan olehnya.
" apa maksud kau ni?"
Fazri tersenyum lebar. " ada seorang perempuan ni..baru ganti tempat kau kerja. Dia isteri Qhyrill. Mungkin kau boleh gunakan dia. "
jadi...sebab isteri dia kah punca dia tak nak aku kembali dalam syarikat tu?! Kurang ajar kau Qhyrill. Bisik Haizul sendiri .
" siapa nama dia?"
Fazri menyimpul senyuman. Pelbagai rancangan jahat sudah muncul dalam benaknya.
" Anisa Kaira. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro