Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25 : she is mine....

QHYRILL POV

Maafkan aku Kaira...kerana masa lalu yang menghantui..aku tersakiti kau. Bila kau lari dari aku tanpa hiraukan aku...cakap dengan aku...buat aku panas. Ruang mata aku cuma tengok bayangan Syazana yang sama dibuatnya macam apa yang kau buat pada aku.

Bayangan Syazana melarikan diri...tak menghiraukan aku...tak berkata sepatah...semuanya sama macam kau buat. Dulu aku tak mampu buat apa-apa...kalaulah dulu aku mampu buat pada dia macam aku buat kat kau tadi...
Nama aku memang ucap nama engkau..tapi di mata aku nampak bayangan Syazana.

Hati aku berbicara...dalam kereta pun masih kami berdingin. Nak pulang dari rumah mama. Tapi perangai nya kali ni lebih elok dari tadi. Ni dah tak mengelak dah..cuma masih terkunci rapat mulutnya nak berkata apa-apa pada aku...sunyi juga. .

Apa nak mula eh?

Tik tok...tik tok...masa berjalan!

" kenapa mama menangis tadi?" Jadikan masalah mama yang aku perasan matanya merah sebagai alasan untuk memulakan bicara.

Dengar nafas ditarik.. dan lepas.

" tak ada apa...cakap pasal rezeki anak untuk saya yang tak timbul-timbul lagi. "

Aku memandang dia. Menelan liur juga bila dia jawab macam ni...yalah...biasanya dia ni sikit merapu...sikit menggugup bagai.. ni pula dah straight forward jer...

Aku diam diri sajalah.

" awak....saya minta maaf ya?" Katanya lepas beberapa saat menyembunyikan suara.

Tak kaira...bukan kau yang sepatutnya minta maaf...tapi aku! Aku yang bersalah...hati mahu saja mengatakan yang bukan sepatutnya dia...

" ya..." tapi itu saja yang terluah.

" urm...kalau saya tanya,tak kesah kan?"

Aku mengangguk sebagai balasan . Dah dia macam ni elok,biarlah...ni macam sebagai tanda maaf aku,lah kirakan?

"Kenapa awak tak pernah bagitau yang awak ada akak?"

Muka yang selamba membeku jadi bengis,serious..angin aku yang elok macam angin sepoi-sepoi kini ditelan puting beliung!

" tu awak memang kena minta maaflah sebab tanya! "

Soalan ni memang patut dia minta maaf! Dah lah aku benci sangat bahas pasal ni. Kalau Dani..mama...papa...yang dah tau semua pasal hal keluarga kami,aku tak bagi mereka bahas pasal syazana lagi...inikan pula Kaira,orang luar...yang tak tau menau pasal benda ni.

Muka dia tatap aku dengan pandangan 'tak percaya'nya. Yalah. Dah elok tadi aku berlembut dengan dia,kini jadi berbeza pula. Kalau ni pun jadikan punca kami berdingin lagi...aku tak kesah!

" macam mana awak tau?" Tanpa ku tengok dia,ku belok stereng ke kiri.

" mama..."

Mama?? Gulp!

" mama ada bagitau apa-apa tak?"
Saja korek rahsia.

Dia buat riak keliru. Tak faham? Maksudnya...dia tak tau lah?

" bagitau apa? Pasal awak ada akak lah. " balasnya lurus bendul. Dalam diam aku melepas syukur,lega!

" oh...pasal saya ada akak sajalah?"

Dia mengangguk. Masih keliru. Tapi agaknya makin keliru lah dia.

" kenapa? Awak ada sesuatu kah nak bagitau saya?" Pusingnya soalan pada aku.

" mana adalah. " pendek jawapanku. Biarlah semuanya jadi rahsia yang ku kubur dalam-dalam. Tak payah nak bagitau dia.  Dia cuma orang luar...yang tak lama lagi akan meninggalkan keluarga ni juga tak lama lagi.

" awak tak keluar hari ni?" Soal Kaira pada aku di bilik . Ni bila dah tak berdingin lagi...menyemak juga! Tulah...penuh dengan soalan dia! Haih....aku menumpukan perhatian dulu ke laptop. Tu ku pandang dia.

" tak .kenapa sayang?" Saja nak mengusik,dah tau dia pun geli. Nampak mukanya yang siap terjongket bibir sebelah. Tampak terkejut besar lagi. Memang dia tak pernah ada orang kata sayang kah sebelum ni?

" ei...mengadanya...sayang lah bagai awak ni. Tak ada saya tanya jer. .selalunya saya ni tak berteman kalau malam macam ni...cuma cicak yang melekat kat dinding tu lah peneman saya...kucing yang mengiow-ngiow kat luar tu lah peneman saya juga..." sambil dia mengerling mata ke atas.

"Awak nak saya teman rupanya...kenapa tak bagitau selama ni?"

Idea nakal dah singgah dah!

Aku hampiri dia,tu ku tarik baju ke atas dan ku lepas,dia yang dah cuak menahan malu nak tengok aku...cuba nak melarikan diri,tapi ku tarik tangannya lembut,tangan pula ku letak di kedua tepi pinggangnya.

Aku pun sebenarnya tak tau apa yang jadi pada aku malam ni. Saja nak bergurau...tapi pelukan sekarang...pautan aku pada dia...semua bagai datang dari hati. Dari kemahuan aku yang paling dalam.

Aku tak mampu kata NO!

" ei lepaskan saya! " ucapnya tapi matanya memandang aku tepat.

" awak pun tak mampu tahan kan?" Ujarku lembut...selembut yang aku pernah cakap pada dia...mahupun pada sesiapa.

What is wrong with you ,Qhyrill?!

Tangan aku kaku dipinggangnya...mata aku pula kaku juga tengok dia yang turun naik nafas menahan ...malu agaknya.

" let me make love to you sayang?" Usikku lagi. Jangan lah pula aku turut terbuai!

Matanya membulat! " ewww! No. Lepaskan saya. Awak ni kan ? Jangan sampai saya tumbuk awak kang!" Cuak suaranya.

Sengaja aku hampirkan tubuh padanya,habis pula muka handsome aku ditolak-tolak!

Dah sakit muka aku ni...lagipun aku malas nak mendera perasaan yang berperang ni..ku lepas dia. Lari pula dia dari aku. Haih...Kaira Kaira..

KAIRA POV

" rasa kau!" 

Habis menggeliat badan aku bila aku keluar dari situ. Jahat betul lelaki tu. Eii. Ingatkan bila dah aku berani berdingin dengan dia...tak berani lagi dah nak cari pasal ...rupanya masih tak berubah...malah semakin berani pula dia !

Habis ku penyek-penyek mukanya...kalau ikut hati aku..dah berkecai muka dia! HA HA HA. Tapi aku tak sampai hati. Aku kan baik? =.="

Bunyi bell yang berulang kali ditekan menarik aku menuju ke muka pintu. Ai? Siapa eh?

Pintu ku buka. Dan terpacak seorang lelaki macam mat saleh,di depan pintu kami. Awalnya tak ada reaksi...tu terkejut..then senyum meleret yang menggoda.

Orang gila mana ni? Atau...anak siapa yang sesat ni? Aku tersengih saja.

Tapi dia terus masuk tanpa diundang. Hei!! Hati aku jer yang jerit,tapi kenyataan...aku diam beruk!

" so. Awak ni pembantu Qhyrill kah?" Oh. Dah tentu ni kawan dia. Dan dah tentu lah dia tak tau aku ni isteri Qhyrill. Mata aku kendur tapi segera besar bila dia tengok aku.

" erm. Ya saya pembantu. " yalah...pembantu sangat. Pembantu untuk lelaki tu melepaskan marah!

Dia dah siap tersengih lagi sambil mendekat. Hei! Jangan mendekat! Tapi mulut terkunci rapat,namun bukan kaki aku yang terkunci. Aku mengundur.

" wei dah kenapa ni?" Aku menegur dia. Kenapa lah si Qhyrill ni banyak kawan yang gila-gila macam ni?! .

" cantik you ni...sangat. tak baik pembantu rumah sebumbung dengan majikan. " sambil mata dikenyit. Wei Qhyrill KAU TURUNLAH! Hati aku menjerit.dan macam Qhyrill pasang telinga di hati aku,bila bunyi tapak kaki dengan laungan nama ku,ku dengari.

Lelaki itu mengundur kan diri.

" weih Arsyad.mana Dani?"

Arsyad rupanya. Heh...dia ni. Kejap,apasal qhyrill tak marah dia kah ..tanya dia kah buat apa dengan aku tadi? Aku mencuri sekilas pada dia . Siap senyum lagi....

" kau tak bagitau pun kau ada maid cun macam ni. Anyway. Mana isteri kau ni?" Oh. Dia tau rupanya. Kurang asam punya lelaki. Rupa aku comei macam ni layak jadi maid sajakah?

Huh!

" maid? Mana? " di toleh pada aku. Aku senyum. Marahlah kawan awak tu sebab hina isteri kesayangan awak ni...kesayangan sangaaaat.

Dia tersenyum sinis. " oh. Memang maid aku pun. "

What?!

Daniel pula dalam masa sama dah menapak masuk,dengar dia apa yang Qhyrill kata.

Apa punya laki. Bukan nak back up aku,dia pula tompang kata aku ni maid. Eii! Nak saja ku siat-siat jadi sate mulut dia ni.

Dah ah. Malas aku nak melayan. Aku menghilangkan diri dari situ. Macam hantu ~ wuuu. Tapi masih juga diorang tengok aku...=.="

QHYRILL POV

"Tu memang maid aku. Maid hidup dan peribadi aku. "

Ucapku sambil kami duduk beriringan di sofa. Kaira pula dah hilang ke atas. Arsyad yang dari tadi tak lekang matanya memerhati Kaira,terkejut sikit dengar ungkapan aku. Dani pula mendengar saja.

" maid hidup? "

" woo...kau jangan pula kata tu...wife kau eh?"

Aku mengangguk perlahan. Bengap sungguh lah si Arsyad ni...dia dah ketawa tak percaya.

" gila...aku ingat perempuan yang dah kau pilih jadi isteri ni type macam Alaysha.  "

Dani dan aku hanya memandang.

" aku tak sangka pula kau nak kahwin dengan perempuan bersaji. "

Aku keliru,tak faham . Aku yang bodoh atau ayat si Arsyad ni memang tak bagi orang faham?

"Maksud kau?"

Arsyad buat lagak tutup kusyen di kepala dan ditarik ikut bentuk mukanya.

" bertudung! "

Aku menjeling saja dia. Tak ada apa pun aku nak marah dia. Hak dia lah nak kata apa. Dia pun bukan tau kenapa aku kahwin dengan perempuan bertudung nama Kaira.

" Aku nak pergi tandas lah. Mana?" Arsyad memulas perut nya sudah,kaki lagi terkepit-kepit. Dia langsung pergi bila dah ku bagitau di mana.

Dani memandang aku. Sekejap di tengok jua takut Arsyad datang mengejut.

" kau dah kenapa kata maid bagai?"

Hairan. Bagi aku tak apa kut. Bukan masalah besar pun . At least disitu aku dah kata 'hidup' .

" kenapa kau ni?"

" kalau dia hairan macam mana?"

Aku menggaru kepala,kusut.

" kau ni macam mak nenek,kau tau tak?!" Masih suara kami terkawal.

" dia takkan hairan lah. Aku cakap apa pun tak ada nak di curigai. "
Betullah tu...

Dani melepas tawa kecil. " kau tau tak? Cakap kau tak..tapi reaction kau sebagai suami. Kau tak buat apa pun bila dia kata pasal Kaira,bertudung tu. "

" kau marah pula ni kenapa?"

" aku kesianlah pada dia. "

" wei..rancak korang borak. Pasal apa?"

Kedua kami terdiam bila suar Arsyad mencelah dari belakang. Di lap-lap jemarinya dengan tissue.

" yalah. Kucing aku nak beranak hari lusa. "

Ala si Dani ni...kalau ya pun nak cover line...cakap lah benda lain. Kan pelik bunyi nya...lelaki dua orang bercakap dengan suara yang rendah borak pasal kucing. Kalau kucing dia mahal kah apa..tak apa juga. Tapi ni,nak beranak! Pelikkan?

"Kami balik dulu lah."

Aku menuju ke garaj di mana kereta mereka menapak. Rokok di mulut ku hirup lepas tu hembus asap ke tepi.

"Anyway kau jaga lah maid kau tu elok-elok. Jangan sampai aku rembat! " sempat lagi dia merepek saat kereta mereka dah nak bergerak.

" kau ambik lah nanti. " tapi hati aku berat nak kata. Macam tak sanggup saja dengar dia kata 'rembat' ? Hmm. Aku buang rokok sebelum aku menapak masuk ke rumah semula.

" kaira..." kata ku tegur dia di bilik ofis. Dia senyum saja tu tumpukan semula ke laptop.

Aku hampiri dia. Ku pegang lengannya yang tadi pagi hinggap tangan aku mencengkam. Dia mengaduh sikit.

" sakitkah?" Lembut pula bahasa aku pada dia. Dia pun macam tak percaya juga aku macam ni. Aku lagi lah!

Aku tarik dia ke sofa. Dia pula menurut sangat..kenapa ya kami malam ni? Dah memang ....eh fah lah! Mungkin dia dah takut dengan aku agaknya.

" awak nak buat apa?" Tanyanya.

" saya nak tengok lengan awak. I will spread the cream. "
  " bengkak kan?" Sambungku lagi. Dia mengangguk.

Entahlah...bila Dani menegur aku tadi...terasa macam tak berguna pula aku ni. Betul juga kata-kata Dani tu... kata-kata Arsyad pula macam bikin hati aku melembut nak curi hati Kaira.

Ku tarik tangan kanannya dulu ke paha. Tapi...kata-kata ku semasa kami baru sehari menjadi suami isteri,disofa ini juga...terngiang-ngiang di kepala...di telinga! Buat aku melepaskan tangannya semula.

" tak apa. Awak bagi saja sendiri  saya ambik cream tu dulu. "

Aku melangkah keluar..hati aku berat. Dada aku bagai menumbuk-numbuk di dalam. Tapi langkah ku paksa jua tinggalkan dia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro