Bab 24 : Rahsia 8 tahun lalu...
QHYRILL POV
Hairan aku makin melangit bila Kaira tak bersuara langsung pada aku. Bukan dari beberapa minit lepas. Tapi sudah dari aku terjaga dari tidur sampai tengah hari.
Buat-buat sibuklah apa....dia ingat aku ni bodoh sangat nak percaya 'lakonan' dia? Mana taknya...asal aku hampir dia,dia menjauh ..aku masuk,dia keluar...mana sajalah yang aku menapak,dia elak . Elak nak bertembung,elak nak bersuara walau sepatah pada aku.
Ku try lagi kali ke sepuluh mungkin,ku cuba hampiri dia yang makan di island tengah dapur kami. Pergi peti ais...ambik oren dan cawan sekali..
Ku letak oren dan cawan dulu mencecah ke kaunter island...dah! Macam aku cakap,dia bangkit dari kerusi bawa pinggan nya sekali ke sink dan cuci cuci cuci,dah dia pun cuci diri nya juga ke bilik.
Air oren aku tak minum. Ku letak saja.
" dah kenapa dia?" Hairan....dia marah pasal aku mabukkah? Atau...aku ada buat benda tak terkawal kah semalam?!
Mata aku membulat. Kemungkinan besar...tapi...jari ku main di meja.
Hati nak sangat pergi tanya dia apa yang buat dia jadi dingin membeku pada aku...apa salah aku Kaira? Aku tak suka kami macam ni...
Di tengah-tengah sedang kepala otak ni ligat bergeliga,mencelah pula bunyi deringan. Terkial-kial aku mencuba capai dari poket seluar.
" eh..mama..."
Laju ku angkat. Salam mama ku dengari. " Waalaikumsalam...maa . Kenapa?" Soalan apa aku tanya...dah nama mama kan? Suka hati dia lah nak call anak. Huh. Ni lah punca bila fikiran kacau.
" ni ..mama nak jumpa menantu mama lah...bila Qhyrill nak bawa Kaira jumpa mama? Bawa datang hari ni. Petang ni...sebab mama masak banyak hari ni. " aku menggaru kepala.
Kenapalah time kami berdinginan macam ni mama nak sangat aku datang sana? Kalau cakap tak boleh...boleh hidu pula ada yang tak kena...kalau boleh...lagi lah mama hidu kedinginan yang berlaku ..aduh...pening!
" boleh ma...petang pukul 3 Qhyrill datang. " laju pula aku mengunci janji !
Kedengaran mama bersorak ria. Yalah...kaira ni boleh dikatakan sebagai menantu kesayangan..entah apa yang mama dan papa nampak sangat pada dia.
Bila mama dah tahu aku akan datang,terus mama nak minta diri. Talian di matikan. Tapi fikiran aku yang dari tadi fikir pasal Kaira belum mati lagi...kenapa ya?
KAIRA POV
Ku buat-buat tak nampak kelibat dia yang datang menghampiri. Dengar bunyi peti ais di buka...tu tapak kaki nya berjalan ke arah cabinet mencapai cawan.
Aku tengok dia dah bunga-bunga hampir duduk aku..baru saja ia menyecah,dan nak meletakkan oren,aku laju berdiri.
Rasa hilang selera nak makan. Entah dia tengok aku kah tak..aku cuba sedaya upaya mencuci lekas-lekas..tu ku ukir langkah ke atas. Macam tadi juga,aku larikan diri dari dia. Entah...hati aku berkeras tak nak bertembung,bertentang mata dengan dia kah...pokoknya dengan akar-akarnya sekali*cuba nak berlawak* aku tak nak apa-apa berkaitan dengan dirinya. Selalunya aku bising pada dia...tapi...
Punca keadaannya semalam yang membuat aku kecewa,hampir saja buat aku hilang hormat pada dia..buat aku dingin.
Entah...aku tak marah. Tapi aku kecewa. Nama saja Muslim...tapi perangai tak menunjukkan keperibadian seorang muslim! Kalau aku bersuara pada dia,mesti mulut aku terpacul juga,mengajar dia pasal keadaan semalam. Tapi memandangkan betapa naifnya aku juga sebagai seorang manusia..tahan hati saja.
Aku labuhkan punggung di cubicle ofis aku yang dia baik hati belikan bulan lepas. Kalau dia masuk kali ni,aku keluar. Malas nak bertemu dengannya or else,dia makan cakap aku kang!
Seperti disangka.. dia mungkin cari aku agaknya,sebab dia menjengul kepala dulu sebelum masuk. Dah mendekat pula...
Tepat dia berdiri sambil tangan masuk ke poket seluar depan meja aku. Menghadap aku lagi.
Malas aku tengok. Tapi baru seinci punggung ku angkat dari kerusi,dah suaranya yang garau membantutkan aku.
" sit down Anisa Kaira. " tenang suaranya tapi tegas. Kali ni aku tak jadi pak turut dah. Ku langkah keluar juga . Entah mana datangnya keberanian aku melawan ego Qhyrill. Takkan selepas kesalahannya kelmarin aku lagi nak di persalahkan sebab jadi macam ni?
"Kaira!!" Suaranya meninggi. Takut juga bila dengar,ku masuk ke bilik dan ternyata dia ikut dari belakang. Buat pekak bila laungan nama aku berkali ku dengari. Akhirnya lengan aku ditarik kuat menyebabkan aku terpaling menoleh pada dia.
Matanya tajam memandang aku. Aku tak pernah nampak dia marah ...bengis macam ni...ku tatap bola mata hitamnya.
" kenapa dengan awak ni?! " memang aku agak dia tanya. Pegangannya makin kuat. Aku kesakitan..
" lepaskan saya...sakitlah. "
Tapi tak langsung dihiraunya. Kenapa dia selalu pentingkan diri sendiri?! Aku sakit pun dia tak peduli kah?! Hati bebicara....
Di tolaknya badan,yang akhirnya tersepit antara dinding batu di belakang dan dia di depan. lengan aku masih terperangkap dalam pegangannya.
" kenapa awak ni Kaira?!"
" awak yang kenapa! Lepaskan sayalah...saya sakit.." masih aku tak menjawab soalannya. Apa yang ku pinta akhirnya dia buat,dilepaskan pegangannya dari lengan. Ya Allah...sakitnya...nak saja tumpah air mata ...kenapa dia marah sampai tahap macam ni?! Aku tak sanggup...kalau dia terus lukai aku ...aku tunduk dari dia,masih ku tahan sakit...seram sejuk tulang rasanya..
" kaira...." suaranya tiba-tiba lembut. Aku masih menghindari mata bertemu.
" awak ni jahat! " itu saja balasan ku yang aku mampu luah,sebelum ku lari masuk ke bilik mandi.
Kenapa aku cakap dia jahat?! Sebab kelmarin dia tak cakap sepatah pun pada aku...tapi aku tak sakiti dia. Ni aku baru buat macam ni...tak sampai seharian,dah hampir bengkak lengan aku dibuatnya..
Aku duduk di belakang pintu. Kenapa dengan dia ni? Ya allah...macam mana aku nak tahan dengan perangai...angin dia yang kerap kali berubah? Kalau dia tak nak aku pun,jangan lah buat aku terseksa macam ni...suka hati dia berkasar dengan aku...
" mama nak minum apa?" Kata ku bila kami selesai makan tak lama tadi.
Hari ni aku dan Qhyrill pula disuruh oleh mama untuk pergi melawat mereka. Memang lepas habis honeymoon,jarang lagi kami menampakkan kelibat.
Aku dan Qhyrill pula masih macam tadi. Tapi kami buat biasa sajalah. Biasa disana bermaksud,tak payah berlakon sweet sangat depan mama papa...buat biasa saja. Masih lagi dingin antara kami.
Walaupun tadi waktu makan,kami berempat termasuk bibik Inah rancak berbual,tapi bukan antara aku dengan Qhyrill. Dia cakap,aku buat tak tau. Ku layan saja tapi tak ku balas. Sama juga dengan dia.
Mungkin lakonan kami berjaya dan berjalan dengan baik...sampaikan kejanggalan kami tak disedari oleh mereka. Aku pun malas nak tunjuk sangat keperitan hati depan mama. Anak dia yang bersalah,buat apa aku nak membebankan kepala fikiran mereka pasal hal ni? Tak hadap...
" dah balik honeymoon 3 bulan lalu...tak ada isi lagi kah Kaira?" Dari teh kini bicara kami beralih ke bab anak.
3 bulan? Ya...itulah tanggal bulan aku dah menjalankan kehidupan dengan lelaki itu. Tak terasa kan...pejam celik,dah sampai separuh bulan dari bulan yang kami persetujui. Lagi 3 bulan mendatang,dah aku bergelar janda. Bagusnya hidup ni..manis sangat!
Aku tengok mama sambil ku bawa dua gelas teh panas bersama ke meja tengah di dapur kering. Aku duduk di sebelah mama.
" belum ma...belum rezeki lagi. " dan tak akan pernah rezeki aku...dah laki sendiri pun tak pernah mencecahkan tangan pada aku..pernah tapi hanya tau menyakiti saja! Belum habis lagi ni marah aku pada dia...membebel aku dalam hati.
" yalah...mama doakan,satu hari nanti ada juga cucu untuk mama bawa main sekali. " kedengaran suaranya girang. Huh...aku doakan mama akan dapat nanti..tapi bukanlah dari aku. Ya ma? Doa dalam hati saja.
" yalah...in sha Allah..." iyakan saja...walaupun keberatan sangat.
" kalau Kaira,nak baby apa?" Nampak senyuman ikhlas mama meleret. Fikir....
" kalau boleh,baby girl! Sebab comel,boleh belikan baju cute-cute. " dah terbayang pula si kecil di gendongan ...wah...seronok kan?
Suasana yang ceria tadi sekelip mata berubah jadi suasana yang redup,sedih...syahdu...semuanya itu terbukti dari pancaran air muka mama di depan.
Kenapa ni??
" kenapa maa?" Risau juga. Aku salah cakap kah? Apa aku cakap tadi eh? Oh...mungkin mama nak sangat cucu lelaki mungkin...oops! Maafkan Kaira!
Nak saja ku luah maaf tapi terbantut bila mama berdiri dan keluar dari dapur kering. Menelan liur juga...alangkah sensitif sangat hal soal anak ni bila di bahaskan! Nak saja aku menangis ni...haaa!
Tapi aku sedar mama kembali ke dalam...dengan sebingkai gambar. Diisi semula tempat kosong sebelahku.
" ni..." sambil dihulur gambar pada aku. Wanita yang menyarungkan baju serta topi convocation hitam,ditangan lagi ada segulung ijazah menampakkan lesung pipit di kiri seperti Qhyrill juga bila senyum.tapi ni lebih manis.
" eh...siapa ni Mama? Cantiknya..." barangkali ni Alaysha...berdebar juga kalau tekaan ku tak betul .
" ni Kaherah Syazana. " suara kedengaran happy saja menyebut nama tapi matanya sayu.
" adik Qhyrill kah ma?"
" bukan...along dia. " oh.along. baru aku tau dia ada akak. Baru juga aku tau bukan dia saja rupanya anak mama papa. Kenapa dia tak pernah bagitau eh?
Kalau adik...aku tak hairan sangat bila tak nampak kelibatnya..manalah tahu belajar over sea kah...tapi..ni along. Mana dia pergi?
" mana along ma?" Soalan demi soalan ku tanya...serba salah jadinya. Tapi keadaan mama macam ni...mungkin dia memerlukan seseorang untuk meluahkan sesuatu..dan aku bersedia.
" dia pergi over sea Kaira...tapi mama tak tau dia dimana sekarang..."
Tergamam. Tak ada siapakah cari dia?
"Kenapa pula mama tak tau? Tak ada khabar kah ?" Hairan...
" semuanya sebab 8 tahun lalu ....Kaira "
Flashback....8 tahun lalu...
"Kak long! " sambil jari Qhyrill menyocok perut Syazana. Memang dia sensitif di situ,apa lagi...berdesing juga telinga dengar pekikan Syazana! Lagi-lagi betul depan telinga! Boleh terkeluar segala tahi telinga ni.
Qhyrill saja lagi mengusik kakaknya. Dah pasal-pasal riuh pagi-pagi.
" eh...dah lah kamu berdua ni ..and Qhyrill..dah lah usik along..." mama nya melarang mereka yang dah mengganggu ketenteraman pagi macam biasa...
Saja di larang anak nya itu ..padhal tak kesah sangat pun. Lagi seronok tengok mereka berkarenah macam ni...
Petang tu,Syazana memang janji dengan Qhyrill yang dia nak bawa adik 19 tahun nya itu pergi tengok cinema. Apa lagi? Bukan punya tagih...siap ugut lagi.
Tapi hanya Qhyrill lah adiknya...tempat ia selalu bergaduh,bermanja juga...mahu tak mahu,janjinya juga kan...paksalah di iyakan juga.
" akak ni kan...bukan boleh harap kalau berjanji. Bila dah sampai masa,buat-buat lupa pula. " complain Qhyrill depan mamanya,hinggap satu tamparan lembut di bahunya.
Syazana ketawa melihat mama melawankannya. " itulah...mulut. lain kali kalau tak nak mama tampar bahu,kita gaduh kat cinema lagi baik! " loyar buruknya,mengusik mamanya..connect pula akal diorang berdua. Esh...macam-macam. Mamanya tergeleng saja.
" dah...pergi mall tu elok-elok. Qhyrill jangan pisah dengan akak tau..." Qhyrill mencebik.
" maa...I'm 19 okay? Dah besar dah nak ikut bawah ketiak akak yang busuk ni. " tak habisnya lagi mengusik Syazana. Yalah...dia baru saja dua bulan habis convocation,itulah pasal Qhyrill pula yang memang tak kena mengena menyuruh akaknya belanja untuk meraikan kejayaannya.
" yalah...akak ni busuk. Angah pula bau harum sangat lah? Kalau macam tu,tak payah masuk sekali dengan akak karang! "
Qhyrill merengek manja. " alaa akak ni...gurau pun tak boleh. "
Abang Aliff pun ada menemani mereka menonton wayang. Aliff pula boyfriend Syazana dari uni lagi. Plan mereka,tamat belajar saja terus Syazana akan membawa dia berjumpa dengan mama dan papa. Tapi Aliff pula masih tak bersedia.
Habis movie,mereka bertiga makan di cafe. Qhyrill menjadi pendengar saja bicara mereka.
" nak buat apa lama-lama?" Kata Syazana. Aliff menggaru kepala. Walaupun tampaknya resah,tapi masih lagi kelihatan ketampanannya.muka macam.mat saleh...mata sepet..memang Syazana rasa sangat bertuah bila dapat memiliki Aliff.
" I nak you sedia betul-betul.." katanya memusing kata pada Syzana yang sudah tersengih.
" kalau I,memang dah sedia Aliff. Cuma you lagi. "
Kini Aliff memegang jari jemari Syazana,sentap juga Qhyrill tengok. Yalah...mereka kan belum muhrim lagi?! Nak saja ditegur,tapi bila kakaknya tak menolak...diam sajalah.
" I kali ni dah bersedia. Betul. " terus Syazana mengukir senyuman paling indah di bibirnya. Genggaman tangan mereka pun masih kuat.
Qhyrill berjalan-jalan nak ke gym. Tapi matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang sangat dikenali masa dia tengah menaiki escalator,
"Takkan dia..." lebih menghairankan bila lelaki itu bersama seorang perempuan,pegang tangan lagi menuju ke tandas perempuan.
Rasa tak sedap hati mendorong Qhyrill membatalkan hasrat nak pergi gym,malah dia pergi mengikuti mereka diam-diam.
" mana diorang pergi ni? "
" eh...tak mungkinlah tu abang Alif...dia sayang kan akak ....tak mungkin..."
" you...."
Suara perempuan menggedik manja menarik perhatian,ditoleh laju. Alangkah terkejutnya bila matanya menjadi saksi kecurangan yang dibuat oleh Aliff. Semakin jijik bila tengok lelaki itu semakin liar meraba perempuan didepannya,jari pula laju melepaskan butang baju perempuan tadi.
Qhyrill melarikan diri dari situ. Niatnya nak pulang..dan diberitahu hal ni pada Syazana. Pasti akak percaya pada aku,bisik Qhyrill sambil turun naik nafasnya menahan marah,menggenggam rahsia si lelaki itu.
Tak sangka...lelaki yang kakaknya cinta separuh mati sanggup membohongi dia.
Tak kesampaian hajat bila syazana sudah membawa Qhyrill pergi jalan-jalan bersama dia dan aliff. Qhyrill buat biasa,tapi itu pada Syazana. Tapi tak seperti biasa pada Aliff. Entah lelaki itu perasan atau tak perubahan layanan Qhyrill padanya.
Qhyrill ditinggalkan bersama Aliff sementara Syazana pergi ke toilet dulu. Membuak darahnya tiap kali teringat adegan tadi. Bukan main seronok lagi...
Aliff menegurnya..." kenapa ni Rill? Kau diam je. "
" kau tau tak? Aku tau rahsia kau. Aku tau kau buat apa dengan perempuan tadi kat toilet tu. Sebab tu lah aku diam. Aku benci lelaki macam kau yang dah tipu kakak aku. "
Dia sedikit terkejut mendengar Qhyrill sudah mengetahui. Tapi dibuat lagi muka selambanya,langsung tak bersalah.
" ya...dan kakak kau akan jadi yang seterusnya aku buat macam tu. "
Nak ikut hati,mahu saja disedekahi penumbuk di muka lelaki itu,tapi terbantut bila Syazana sudah kelihatan .
" Papa tak setuju! Along masih muda...kenapa nak kahwin awal sangat?" Papa menolak kemahuan Syazana . Bercekak pinggang papanya menahan marah.
" pa...along dah 23 dah,tak apa lah tu. Lagi pun kami dah janji nak kahwin..." syazana berkeras,tapi masih lagi ditidakkan oleh papanya.
" papa tak izinkan! "
Bingkas dia bangkit dari duduk dan meninggalkan kedua orang tuanya diruang tamu,menuju ke bilik.
" kak long..." tegur Qhyrill perlahan masuk ke dalam bilik Syazana. Nampak senyum kakaknya melihat Qhyrill.
" kenapalah papa jahat tak bagi akak kahwin? " luah Syazana sebaik Qhyrill duduk di birai katil. Serba-salah nak bagitau rahsia besar yang hanya dia tahu.
Berulang kali Syazana mengucapkan yang ia bencikan papanya,tak sanggup Qhyrill mendengar ..
" kak! Bukan papa yang patut along benci. Tapi Aliff. Sebab...dia dah tipu kak long,dia cuma nak ambil kesempatan terhadap kak long. Qhyrill jadi saksi atas kecurangan yang dilakukannya kak long..." fikirnya Syazana akan percaya,malah dia pula di marah,siap dihalau keluar oleh Syazana sendiri.
Semenjak kejadian dan pengakuan yang Qhyrill buka...dah seminggu mereka tak bertegur,tak bergurau macam biasa. Tak macam selalunya. Semuanya hanya pasal Aliff.
Qhyrill sangat sayangkan kakaknya,sebab hanya kakaknya lah adik-beradik yang ia ada. Masuk ia menuju ke bilik Syazana.
Dilihat Syazana sudah sibuk memasukkan segala pakaian,seluar ..semua lah barang keperluannya ke dalam luggage. Segera Qhyrill menghalang.
" kak long,kak long nak pergi mana ni? Takkan kak long nak pergi?"
Syazana hanya membisu. Bagi nya semua orang dirumah ni tak berguna lagi,sekarang ia hanya mahu Aliff bersama walaupun tanpa keluarganya. Entah lah kenapa mereka tak suka sangat pada Aliff.
Lagi-lagi kemarahannya bertambah bila adik lelaki yang dipercayainya,mengkhianati dia..kata buruk pasal Aliff.
Di tarik keluar luggage,tak dihirau Qhyrill di depan.
" Syazana...along nak pergi mana ni?" Celah mamanya di tangga,melihat Syazana sudah mahu menuruni anak tangga. Bersama bag besar lagi. Qhyrill masih tak mengalah. Diikuti langkah Syazana.
" kak! Qhyrill takkan tipu. Qhyrill takkan tipu kak long. Dia betul jahat. Dia penipu. Dia cuma-" belum sempat dihabiskan ayat,dah hinggap satu tamparan pada muka adiknya. Itu kali pertama. Dan diharapnya itu kali terakhir.
Qhyrill memandang tak percaya. Mamanya pun terkedu. Suasana sunyi sekejap....
" kau jangan pernah sebut yang dia penipu depan aku! Aku kenal dia dulu dari kau. Mulai hari ni,aku tak nak tengok muka engkau,aku tak mengaku kau sebagai adik aku! Kau ingat Qhyrill,bagi aku kau dah mati ! "
" ya allah Syazana...bawa mengucap! " mamanya merapati dia,tapi segera ditolak oleh Syazana dan di sambut oleh Qhyrill.
" Syazana akan keluar dari rumah ni dan akan kahwin dengan Aliff. "
Itu saja ucapan terakhirnya yang bakal dikenang,diingat oleh Qhyrill sampai bila-bila. Tak lagi dihalang kakaknya yang sudah menghilang menaiki teksi.
Cuma sebab lelaki...keluarga sanggup di ketepikan. Cuma sebab lelaki,tali persaudaraan kami putus begitu saja. Cuma sebab lelaki,syazana mampu melangkah keluar dari rumah. Cuma sebab lelaki...kini mereka menjadi musuh.
Flashback end....
Ku paling tepi,seka air mata yang turut mengalir guna hujung lengan baju. Mama menangis di bahu aku...
Ya Allah ..rupanya Qhyrill memendam sakit di hati yang berat sangat. Siapa tak sakit bila adik beradik sedarah sudah memutuskan persaudaraan? Dia lelaki yang penuh dengan rahsia. Kejutan terbesar,rahsia terbesar dalam keluarga kecil mereja sudah terbongkar.
Rasa kesihan pada Qhyrill mengulit aku....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro