Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17 : sweet agony.

QHYRILL POV

huh. Akhirnya habis juga kerja aku buat. Ku lirik mata ke arah jarum jam. Alamak. Dah 12.45 malam...dah lewat . Aku terkir juga Kaira dah terlelap kah tak dia ni?

Stretching dulu...perlahan ku angkat kaki menuju ke pintu..malas pula rasa nak ke bilik. Kalau boleh aku terbang saja ke katil terus.

Ku buka pintu bilik,terus mataku jatuh kepada susuk Kaira yang sudah terlelap. Aku merungut sendiri...bukan tak suka dia tidur,tapi masalah sekarang dia dah tidur atas sofa.

Apa masalah dia ni sebenarnya? Nak aku angkat dia lagi kah,bagai princess segala?! Boleh saja ku angkat tapi ku humban terus dari tingkap ni! Esh...malas lah. Biar dia tidur atas sofa ni.

Aku laju menuju dan mendaki katil,tu ku rebahkan badan yang sudah merayu nak baring. Katil pun dah bagai melambai-lambai pada aku. Uuu...sedapnya...ni baru kata rehat!

Ku pejam mata. Memaksa agar aku tak tengok lagi si isteri di sofa. Tetap gatal juga mata ni tengok dia! Ku toleh pada dia...urmmm...pikir punya pikir....

Ah! Lantak lah. Aku palingkan badan dari dia. Eh..malas nak angkat dia ni. Tapi....

" buat susah lah dia ni! " rungutku bila hati aku yang bagai meraung 'ANGKAT SAJALAH!' Akhirnya ku turuti. Terasa berat langkah nak hampiri dia. Heh.

Err...macam mana nak mula ni? Eh .kejap...macam ni? Ei...kejap...ah sudahlah. Angkat sajalah!

Tangan kiri ku mula memaut bahunya ke dada dan tangan kanan ku menrangkul kedua kakinya . Kepalanya pula terlentok kat chest aku. Wah wah wah...sedap sangat dia ni tidur.. sampaikan aku angkat pun tak sedar. Bukan dia yang driver,dia pula letih?

Ku papah dia perlahan ke katil,di sebelah kanan ku. Tu kepalanya dulu ku letakkan perlahan...barulah kaki dia. Namun mata aku pula tak lepas tengok...ataupun lebih betul,aku amati muka dia teliti. Dari kening...mata....bulu mata lentiknya...hidung mancung...bibir...kalau ikut hati aku bernama lelaki..dah aku miliki semua yang ada pada dia. Faham kan?

Tak terduga pula,aku cuba merapati jarak muka kami..sampaikan,terasa bahang nafasnya di wajah aku..my god...she is beautiful.

Aku memang tak boleh tahan hati aku...kalau macam ni lah punya sehari aku rasa bila dekat dia...aku pun ragu-ragu juga macam mana nak berhadapan dengan dia selama 6 bulan.

Nak saja ku kucup bibir ni...tapi..akal aku masih waras,hati aku masih kuat. Jiwa lelaki aku masih kental nak menahan,menghindari godaan yang ada pada kaira. Kerana sumpah yang aku leraikan di akad nikah tadi.

Aku duduk di sisi dia. Masih ku tatap dia. Hmm. Kenapalah kau juga jadi isteri aku? Aku toleh tempat lain..cuba kembalikan aura sombong aku. Hahaha! Okay. Qhyrill...dah . Kau tak payah merapu...mungkin dia pun dah fikir masak-masak dengan game kau ni...dan dia pun dah setuju tadi...so behave!

Aku mengingat diri sendiri. Kalau layan sangat,alamatnya...memang tersedarlah Kaira oleh aku malam ni,dan bila hal tu jadi,aku tak mampu dah tahan diri! So...jangan salahkan aku.

Aku segera berdiri meninggalkan dia,aku pula duduk di sofa kali ni. Ku pejam mata. Entah berapa minit kah. Tiba-tiba ku terasa sentuhan lembut di paha aku. Ei??

Ku buka mata sebelah kanan.

" eh??" Naik cuak aku bila orang yang buat nafsu aku kuat dah ...bangun. alamak! Tahan Qhyrill..tahan.

Dia menatap aku hairan. Mestilah hairan...dia bukan tau apa ada dalam hati aku. Err. Dia sedar kah apa aku buat tadi?

" awak tak tidur sekali kat katil?" Tanyanya. Nak sangat kah dia aku ada sekali kat situ?

Aku bangkit. " yalah ni. " aku berjalan menuju ke katil di sebelah sisi kiri,manakala Kaira duduk di birai katil kanan.

Mukanya masih kelihatan mengantuk...tak pula dia sedar aku pandang dia.

" kenapa?" Aku tanya sambil kepala ku rebah ke bantal. Diikuti dengan dia. Main tarik habis lagi selimut aku...

" sejuk~" ujarnya. Ada timbul idea nakal!

" sejuk? Let me warm you.." dia terus pandang aku dan bangun dari baringan. Apa tak terkejutnya...aku dah laju rangkul pinggang dia. Rapat pula tu hahaha!

Sebenarnya...tu respon aku yang sebenarnya dah tak mampu dibendung tengok dia yang memang cantik sekarang. Ya Allah..

Bodoh kau Qhyrill. Bodoh!

" awak ni kan. Kenapa usik saya macam tu? Awak lupa eh janji awak? " sambil mata dikecilkan pada aku. Nak saja ku cium dia sekarang. Tapi dia dah bagi highlight yang dia memang mark betul-betul ayat aku di ofis tadi. Memang tak ada chance lah kan? Aku mencebik.

Ku beri dia senyuman sinis dengan jelingan maut. Balik ku baringkan lurus tubuh.

"Saya acah je. Manalah tau awak layan..." dia dah buat muka terjongket bibir sebelah. Geli hati juga...

" ei..gatal! Kalau macam ni rela saya tidur kat sofa! " tu muka dia berubah..dipandang sofa.

" eh...tadi saya perasan saya tidur kat sofa...awak angkat saya eh? " cuak suaranya. Eh. Apa lah sangat aku angkat.

" ya . Dan lebih baik,daripada aku humban kau ikut tingkap ni ke luar! Dah lah tidur. Memekak pula malam macam ni. Saya nak rehat. Saya baru masuk bilik ni baru habis kerja..." bebelku sambil ku pejam mata menyampah. Entah apa reaksinya sekarang.

KAIRA POV

" ya . Dan lebih baik,daripada aku humban kau ikut tingkap ni ke luar! Dah lah tidur. Memekak pula malam macam ni. Saya nak rehat. Saya baru masuk bilik ni baru habis kerja..." bebelnya. Cukup lagi dengan mata tertutup buat aku tambah sakit hati. Ku buat lagak nak cekik orang. Eii...ikut hati,nak saja ku cekik-cekik dia ni. Nasib baik dia tak nampak.

Lantas ku tarik tangan bila dia tengok aku.

" apa lagi? Tidurlah! Awak nak kissing dulu kah apa? Saya boleh je..kalau tak boleh stop,jangan salahkan saya. " dah di buat pula mulut nya muncung. Laju ku tekup seluruh badan,bersembunyi di sebalik selimut yang mana dia pun pakai. Heh..pandai sungguh Kaira.

Aku dengar dia sempat ketawa. Mengada sangatlah dia ni! Alamak! Kalau ikut hati aku...aku nak saja dipeluk macam tu tadi . Tapi tu hanya trick dia saja tu nak usik aku...nak test lah tu aku ingat kah tak perjanjian kami berdua...ingat teguh-teguh tu Kaira !

Aku jengul kepala sedikit. Laa...dah tidur. What a fast-sleepy head. Aku tatap,renung muka dia ..handsome sangat untuk aku hindari dia! Ya allah...cekalkanlah hati hamba! Meraungnya aku dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro