Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14 : balik kampung Mertua.

KAIRA POV

Aku tengok dia di sebelah. Dah nak hampir menuju ke kampung aku. Dia pun macam tak ada masalah sekarang,tenang saja memandu. Tapi itulah jadi masalah aku sekarang. Sunyi ni buat aku pelik. Dia ada masalah kah? Lagi aku tenung dia.

" kenapa? " katanya menegur aku akhirnya . Aku tersengih. Apa nak cakap? Aku renung lagi.

" awak ada masalah eh? " apa punya soalan...tapi mungkin,sebab.perangai dia diam ni tak sebati dengan diri dia yang pengugut tegar dan sombong tahap kritikal ni.

Dia tengok aku dengan wajah menyampahnya. " eh apa awak ni? Saya diam pun salah kah? Takkan lah nak saya bising-bising sepanjang perjalanan ? Kalau awak memang nak,boleh saya bercakap sepanjang jalan ni. "

" dah pakai seatbelt elok-elok. Duduk tu cuba tegap sikit. Jangan nak bongkok macam orang tua. Kata muda,tapi dah nacam orang tua awak ni. Hah? Apa ? Muka tu tak payah nak masam sangat. " bebelnya. Ish. Bising pula dia ni. Ni baru 10 minit lepas aku tegur,dah bising Kecoh macam ni. Naik semak juga aku ni! Ku tarik muka bila dia menegur aku memasam muka.

" eh. Yalah. Diam sajalah. Bisinglah awak ni. " aku buat gaya menutup cuping telinga. Tapi masih lagi aku boleh dengar suara dia lagi yang siap memarahi aku.

" kan awak juga yang nak saya bising-bising. " perlinya sambil di letak ibu jarinya di bawah bibirnya. Kalau bibir aku? Alamatnya aku jadi arwah !

Aku geleng kepala,apalah aku ni. Esh kaira kaira.

" apa mama cakap dengan awak tadi?" Tanya nya mengejut mengimbas perkara tadi.

Aku diam dulu sejenak. Lepas tu baru aku bersuara. " tak ada apa pun,mama -"

" bukan mama eh...belum jadi menantu official lagi. Cakap mama 'awak' " dia mengarah lepas potong line cakap aku tadi. Aku mengendurkan mata sambil mencebik.

" okaylah ..yalah.. esh awak ni. Mama awak tanya pasal saya...anak siapa...mak bapa orang mana. Tu saja. Kenapa?" Aku tengok depan saja.

" tak ada apa. Kau tak lepas cakap pasal plan tu kan ?" Aku seraya menoleh. Aih? Dia ke aku nanti ni terlepas cakap ? Kalau aku,boleh percayalah tak,tapi kalau dia ni boleh kah?

" menang tak lah. Entah awak kut mungkin terlepas pada mama awak. " sengaja pusing balik kata-katanya. Dia mengeluh kecil.

" awak tak perlu risaulah. Saya jenis kotakan janji saya. I'm a man with words cik Kaira. " dia memandang aku tersenyum,lepas tu tengok depan. Aku pula? Dah bagai di hypnotize oleh dia...senyuman dia. Gila! Cute gila,handsome gila,menggoda gila ! Tahan Kaira...tahan. jangan pula jatuh pada dia ni..he is nothing more than just your enemy.

Tapi susahkan..bak kata orang,people we hate most can be we love most. Aight? Hmm. Harap tak lah.

Pejam celik pejam celik,dah sampai. Alahai...rindunya tengok rumah aku. Ibuuuuuu! Abaaaaah! Aku menjerit dulu dalam hati. Mata aku terasa panas,menahan air mata nak bergenang. Kerita di berhentikan di garaj.

Lain halnya kali ni,aku pula laju melepaskan seatbelt dan ku tengok dia teragak-agak juga nak buka seatbelt. Dah ku agak dia tak ready. Tapi rupanya seatbelt dia tak berkesan nak di lepas. Selang beberapa minit,dia melepaskan diri keluar dari perut kereta. Berbeza dengan aku datang nak jumpa mamanya tadi,aku malu..tapi dia,rilek saja.

Malas nak peduli dia. Dia mengikut saja aku dari luar yang menuju ke pintu utama.

Aku lepas terus kasut dan mendaki anak tangga terlompat riang gembira! HAHAHA. Terus ku laung nama ibu,abah.

" ya ...Kaira kah tu?" Suara dulu yang ku dengar,sebelum nampak kelibat abah. Eh abah ni,mestilah aku. Kan aku saja anak mereka,anak mana lagi datangnya yang lain? Ketawa ku sendiri.

Abah menapak di depan. " abah! " laju ku peluk tubuh abah. Huuu...rindunya nak jumpa mereka...nak bermanja. Ibu pula..tak nampak lagi. Mesti ibu ada kat dapur ni.

Pelukan ku leraikan. " abah. Mana ibu? Ibu kat dapur eh?"

" eh. Anak ni siapa?" Aik? Kenapa abah ni? Yang penting soalan tu bukan untuk aku. Allah! Aku menepuk dahi. Lupa pula kat belakang aku ni si bakal suami mendadak! Tersengih aku tengok abah...tu dia.

Tajam mata dia pandang mata aku. Macam ada elektrik current keliar dari mata kami bertembung. Hehe. Abah menghulur tangannya bila Qhyrill mula menghulur tangan nak bersalam.

Alaa...semua ni eksyen dia saja . Rasalah tu nak pikat hati abah aku. Aku menjuirkan bibir bawah. Nampak sangat tak puas hati.

" saya Qhyrill pak cik. Saya datang ni...bawa hajat. " kata Qhyrill tenang dan lembut.

Aku pandang abah yang senyum. " eh...masuklah dulu. Buat apa bincang depan pintu.masuk masuk. " abah berjalan dulu,meninggalkan kami. Aku toleh pada dia dengan mata ku kecilkan.
" tak boleh masuk!" Kata ku tegas. Aku marah ni...marah ni.

Dia ketawa tengok aku. " awak nak saya cium tak ?" Terus besar mata aku! Tak sempat aku kata apa-apa,dah laju tangan besarnya menolak bahu aku ke tepi,ikut pula badan aku yang tersepit ke tepi pintu. Kurang asam betul.

Eh...dia nak cium aku? Mengada sangat! Lapuk lah dia ni. Kalau aku bagi siku pada dia kang,baru tau.

" sebenarnya...saya ni dah suka pada anak perempuan pak cik. Saya nak jadikan dia isteri saya. " katanya tanpa basa-basi selepas mak abah berkumpul sama. Aku malu-malu kucing...malu lah sangat. Bukan malu sebab dia kata dia suka aku bagai tu,tapi malu dengan aku sendiri yang datang bawa balik bakal laki sekali pula tu!

Memalukan.

Ibu abah tengok dia dan terus tersenyum. " alhamdulillah....syukur lah ada juga orang lelaki nak Kaira ni. " esh abah ni...bukan nak syak kat dia,aku pula di katanya? Aku mencebik. Helo? Kat uni,ramai eh orang suka aku...k? Dalam 3 orang saja. Hahah. Entahlah.

" betul kah ni? Kalau macam tu,cepat-cepatlah kahwin...sebab tak manis nanti orang pandang jalan berdua tanpa ada ikatan. "

" lagipun,Kaira ni lah satu-satunya anak kami. " sambung ibu meneruskan cakapnya. Amboi ibu ni..semangat saja nak aku tamatkan bujang aku. Hmm. aku tunduk.

" Kaira. Tolong ibu pergi dapur. " aku laju melangkah ikut ibu ke dapur kami yang tak lah besar sangat macam dapur Qhyrill.

Di dapur,laju tangan ku mencuci semua cawan yang nak di sediakan untuk minum,buat teh uncang panas,keluarkan lauk yang dah di masak.

Nak ambil piring,ibu bersuara. " Kaira,mana jumpa Qhyrill tu?" Tanyanya sambil tersenyum,suara ibu kecilkan sikit. Perlahan ku mengambil piring tadi ke sinki.

Apa nak jawab eh? Fikir cepat...

" kami terserempak di kedai kopi ibu. " haa .. kedai kopi lah sangat,maafkanlah anak mu ini ibu! Bohong sunat.

" oh...Handsome juga kan bakal menantu ibu tu. Pandai pula Kaira pilih yang ada rupa.. " ibu sengaja perli aku lah ni. Hm. Kalau di ikutkan ibu,memang tak akan jadi pun hal ni sekarang ni. Takkan jadi lah  tu jadi menantu ibu.

" dah dia yang tersuka pada Kaira bu. " betul lah tu. Dia TERSUKA pada aku untuk jadikan aku ni pehutang dia. Kan betul kat situ? Bagus Kaira...bagus. sambunglah kebohongan kau ni. Gara-gara Qhyrill aku terpaksa menipu ibu buat kali pertama.

Aku dan ibu sama-sama membawa barang dan lauk-pauk yang sudah disediakan oleh ibu tadi ke meja.

"Ya...pak cik memang juara kalau bab mancing ni. " ku lihat abah sudah bercekak pinggang di samping Qhyrill,melihat semua koleksi pingat dan gambar lama abah sewaktu memancing dulu. Sedap pula diorang ni borak. Si Qhyrill ni pun satu,tak tau malu kah apa?

Ku letak dan susun semua elok. Langkah ku ukir pada mereka. " abah..Qhyrill,jomlah makan. Semua dah sedia ni. " mereka berjalan beriringan menuju ke meja makan. Tak putus pula abah bercerita pasal kenangan nya dan segala pasang surutnya menjadi bekas tentera dulu lepas cerita pasal memancing. Ikut pula segala tangan melayang ke sana ke mari. Aik? Aku pula yang di tinggal? Hm. Serta-merta senyuman ku ukir,melangkah juga menuju ke meja makan.

" datang lah sini lagi kalau ada apa-apa nak bincang. Kami selalu buka pintu ni untuk anak. " kata abah. Anak tu di tujukan pada Qhyrill. Aku pula tak di layan sangat. Dah dari tadi abah sibuk berborak dengan Qhyrill. Maklumlah,selalunya terpaksa saja melayan karenah kami berdua beranak pasal hal perempuan. Nah,sekarang ada pula geng abah nak borak pasal hal lelaki.

Entah dia ikhlas ke tak ni dengar celoteh abah. Nahaslah kalau tak.

Aku menyalam dan ku peluk erat mereka bila kami sudah nak gerak. Aku masuk ke dalam kereta. Bila kereta dah bergerak,ku lambai abah dan ibu. Bye bye ! Aku rindu mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro