Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13 : plan kahwin bermula.


KAIRA POV

Galau,resah,gemuruh,sejuk darah...apa lagi ayat yang boleh aku terjemahkan perasaan berdebar aku sekarang. Apa taknya. .nak jumpa bakal mertua mendadak aku!! Macam nak berdepan dengan mati pula dah...tapi pastinya menghadapi mati lebih mendebarkan. Tu aku pasti.

Alamak Kaira...janganlah kau fikir pasal mati sekali..tambah seram sejuk pula. Nak saja aku merengek. Dah lah aku mundar-mandir ke kiri,kanan. Alamak....macam mana ni?

Apa first expression mereka pada aku kalau aku jumpa mereka? Apa fikiran mereka niat aku nak kahwin dengan anak teruna mereka nanti? Aku di kata 'pisau cukur' kah? Tak pun,aku di fikir nak ambil kesempatan pada dia..takutnya...jari ku simpul-simpul bersama.

Ku lirik mata ke arah jarum jam yang dah menunjukkan pukul 1.15...dah kenapa dia lambat ni...mudahan lah dia tak teruskan janji ni...busy kah apakah...tolonglah!

" kau ni kenapa?" Aku memusing kepala seraya suara Ezah mengejutkan aku. Aku sekadar melepaskan keluhan dan senyuman kelat. Duduk dia di sofa.

" hah...masa aku nak jumpa parents Daniel,bukan main kau kata aku ni mengarut tak tentu pasal...sekarang,dah rasa,kan? Macam mana perasaan takut nak berjumpa parents Qhyrill? Bukan setakat nak jumpa sebagai girlfriend tau,tapi jadi bakal isteri terus..." sempat lagi dia memerli aku. Sambil mengerling lagi matanya.

" Ezah...please lah,bagi aku support kah ...apakah...aku takut ni. " laju dia ketawa. " yalah...wahai sahabat aku Anisa Kaira,akan selalu ku sokong mu. " luahnya bergurau,cukup lagi lagak muka macam tengah berpidato. Sekurang-kurangnya lega sikit hati aku. Selalunya menyampah saja aku melayan dia..

Tiba-tiba bunyi telefon aku menarik seluruh perhatian. Laju ku jawab panggilan.

" helo?"

" saya dah ada kat bawah ni. " alamak!

" o-okay lah...kejap lagi saya turun. " apa ni Kaira,belum apa-apa dah tergugup bagai. Errr....

Ku lirik lagi pakaian yang ku sarung di badan. Baju panjang putih,seluar panjang floral biru and pink,dan shawl warna peach. Okaylah ni kan...tabur saja makeup light,tak perlu nak tebal-tebal. Ah! Lantaklah...

Laju ku ucap bye pada Ezah yang dah menapak di depan pintu,ku sarung kasut flat coklat. Tarik nafas...hembus...

Okay Kaira,you can do this!

Nampak dia yang dalam kereta menoleh pada aku ,melalui cermin keretanya. Wow....besarnya kereta dia. Ni kalau abah tengok,mesti dia excited tengok giant putih ni. Lexus nx 200rt,lawa...ku capai pintu dan ku buka.

" cepatlah!" Mak aih..marah pula.

Aku masuk ke dalam perut kereta,kalau aku masuk dalam perut mamat ni kan nayaa...hah.

" awak lambat,saya tak marah pun. " sebaik kereta di geraknya. Dia memandang aku. Tak taulah bola matanya tatap kat mana sebab terselindung di balik kaca mata hitam.

" saya banyak kerja tadi..yalah,CEO kan,mana sama dengan awak. " eh..berlagak sungguh.

" oh...mana saya tau. Kalau awak busy sangat...tak payah lah jumpa,cancel dulu lah. " sebenarnya aku try jer bunga-bunga kat dia...manatau dia setuju.

" awak jangan mengada eh...dah ramai ahli keluarga saya panggil nak jumpa awak ni. " bentaknya lagi sekali. Yang ayat mengada tu aku boleh terima,yang 'ahli keluarga' bagai ni apa kes pula?!

" apa?! Keluarga? Kenapa awak tak bagitau saya awal-awal lagi. Kata nak jumpa parents jer...awak ni!" Ku peluk tubuh,mulut pun muncung. Tak suka lah dia macam ni. Main suka hati saja. Kenapa tak khabar kat aku?

Dia tersenyum. " tak apa...mereka orang baik.."

Aku tak kesah kalau mereka baik kah atau tak..yang jadi masalah sekarang,angin aku memang tak baik. Kenapa dia selalu buat keputusan macam ni tanpa bincang dengan aku?! Kalau ikut hati aku..dah lama ku basuh dia dengan hujahan,tapi kali ni diam lebih baik!

"Marah kah pada saya?" Dia menanya sebaik sedar aku tak bersuara.

" yalah..awak selalu buat saya macam ni...kenapa bagitau keluarga awak semua? Awak ingat saya dah sedia kah?" Terluah jua apa yang ku pendam 5 minit tadi.

Dia menoleh pada aku,lepastu di pandang ke depan semula. Nampak dia membelok ke kiri,
" hmph...dah lah. Jangan lah buat muka awak masam macam tu. Nanti tak berkenan lagi parents saya. " aku mencebik. Lagi baik!

Aku perasan,kami dah mula memasuki ke sebuah pagar yang didepannya sebuah rumah besar. Aku menjengul ke depan.

Ni bukan rumah wei...ni mansion! Dah macam apartment 4tingkat bertaraf 5 bintang! Kaya betul mamat ni. Gaya rumah ni ala-ala rumah pengarah cerita adaptasi novel 'tuan anas mikael' ,puan Ziela Jalil tu lah! Terbayang kan? Mesti terkesima punya.

Dia memberhentikan kereta di garaj,beserta beberapa kereta mahal mengisi ruang.

Buka seatbelt,dia menoleh.

" jomlah. " aku tengok dia..

" takutlah...saya...urm..." aku terketar-ketar. Tapi terhenti bila dia menyuruh aku cepat. Terkial-kial tangan menarik seatbelt lepas,tu ku keluarkan badan dari kereta.

Tutup pintu. Nafas pun hampir tertutup juga..haaa!

Langkah ku atur mengikuti dia,beriringan kami berjalan menuju ke pintu masuk. Gulp!

" Assalamualaikum . Mama. " dah di panggil,perlahan ku menapak masuk ke dalam rumah. Ni mungkin ruang tamu..cantik. besar lagi . Semua perabot modern,elegant lagi gaya interior design nya. Tergamam aku.

Orang yang di panggil tak ada juga menampakkan kelibat. Memang sah! Memang wanita yang dipanggil 'mama' nya itu sah tak suka aku. Manatau lah kan. Dah kali pertama nak jumpa pun dia tak nak keluar..huhu.

" kejap..awak duduk dulu sini. Mama ada kat dapur kut. " tenang saja diluncurnya memanggil 'mama' macam lah confirm dah jadi mama saya juga. Bukan lagi 'mama saya ada kat dapur'. Kembang semangkuk juga aku dibuatnya!

Aku menurut duduk di sofa,beg pula diletak di riba. Macam budak-budak kecil pula duduk menunggu guru besar.

QHYRILL POV.

Eh mana mama ni? Aku tengok pada Kaira yang bersembunyi di belakang badan ku. Nampak dia diam,memerhati setiap sudut ruang bilik tamu.

"Kejap,awak duduk dulu sini. Mama ada kat dapur kut. " aku laju mengatur langkah. Sampai di dapur kering,dah menusuk ke hidung bau masakan mama. Wahh...sedap ni. Ku masuk lagi ke dapur basah..memang ada pun mama disini. Dengan bibik Inah menemani.

Kalau bab masak,memang mama suka masak dengan tangan sendiri,tak harap sangat dengan bibik. Tapi kalau nak makan nasi goreng ala Indonesia,bibik Inah lah juaranya. Memang mama requestlah tu.

" mama. " ku sapa mama dari belakang. Mata ku jatuh kepada beberapa banyak barang terletak di meja tengah. Aik? Aku belum pun bagitau mama yang aku bawa someone untuk nya.

" mama nak masak sempena apa ni?" Tanya ku.

" lupa ya? Mama nak masak sempena hari jadi mama lah!" Terus muka ku buat mimik mengerut dahi. Macam mana lupa ?

" Allah...terlupa lah ma...tapi kenapa pula tuan punya badan yang birthday ni masak? " mama ketawa saja.

" tak apalah.. seka li sekala..bukan selalu orang buat. " balas mama,diikuti tawa bibik Inah dibelakang.

" kita-kita sajakan?" Aku menanya. Alamak,jangan pula mama panggil sekeluarga datang. Dah tadi aku bohong je pada Kaira yang sekeluarga nak jumpa dia. HA HA HA. tapi kalau jadi kenyataan,memang masak! Tu lah Qhyrill,tak sayang mulut.

" mestilah,kita ajer .. mama,papa,bibik Inah sajalah. Lainlah kalau Qhyrill ada bawa kawan. " naik cuak aku. Aku mendiamkan diri seketika.

" umm maa..actually,I have brought someone here for you. " hati-hati ku susun ayat,mama berhenti menggaul. Di tatap aku keliru.

" someone?"

" hmm! " aku maksudkan 'ya' !

Mama terus mengukir senyuman sampai ketelinga,teruja sungguh.

",special?! "

" ya..." aku mengerlingkan mata. Laju mama membasuh tangan,dan di lap dengan apron yang dipakai sekarang . Tapi serta-merta apron dilepas. Mama pula yang dah laju meninggalkan aku yang terpinga-pinga. Perlahan ku ikuti langkah mama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro