ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c α»§ng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

44 : Penjelasan

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!



Aziq membuka mata selepas mimpi yang sangat buruk. Dia bermimpi Ellysa mengahwini Zakwan dan hidup bahagia dengan anak mereka. Aziq mengusap mukanya perlahan lalu beristigfar. Entah kenapa dia masih rindukan Ellysa dan dia tak boleh nak membenci isterinya itu.

"Kamu dah bangun? Nah makan bubur ni," kata Nek Kiah semasa dia masuk ke bilik Aziq. Aziq tersenyum lalu cuba untuk bangun dari tidurnya, namun Nek Kiah menghalangnya.

"Dah jangan cuba bangun. Tak apa... kamu tunggu kejap," kata Nek Kiah sambil tersenyum. Dia mula memanggil Athirah. Athirah yang mendengar namanya dilaung segera datang ke bilik lelaki itu.

"Ye Nek Kiah? Ada apa?" tanya Athirah sopan. Mestilah dia sopan dan berlemah-lembut kerana di hadapannya merupakan salah satu orang yang dia amat sayang.

"Suapkan Aziq bubur ni," arah Nek Kiah sambil tersenyum.

Athirah ternganga dan mengerutkan dahi. What the... Apahal aku?

"Kenapa pula. Lelaki ni bukannya tak ada tangan. Putus jari saja. Lagipun guna sudukan. Tak payah nak bermanja sangatlah," kata Athirah cuba memprotes.

"Manja... Manja kata sayang Nek Kiah. Jadi buatlah apa yang Nek Kiah suruh. Lagipun kesian Aziq... dia sakit tau. Kaki tangan badan kepala semua sakit. Takkan kita nak buat macam tu dekat tetamu. Ala suap saja. Bukan Nek Kiah suruh urut dia ke ha..." kata Nek Kiah. Dia sebenarnya sengaja suruh mereka berdua. Tapi bukanlah dia tak ada dalam rumah tu. Ada saja!

"Takpelah Nek Kiah. Saya boleh suap sendiri. Aziq taknak susahkan orang. Lagipun Athirah macam tak suka saja nak kena suap saya. Saya tak suka memaksa orang," kata Aziq sambil tersenyum.

Nek Kiah menepuk katil itu perlahan dan beralih kepada pipi Aziq. Dia mencubit pipi Aziq perlahan.

"Janganla segan. Nek Kiah tahu kamu berdua kawan. Cuma ada sedikit salah faham kan? Kesihatan kamu pun dah semakin pulih. Nek Kiah dah suruh orang-orang tua dekat sini buat ubat untuk kamu. Luka dekat kaki kamu pun dah semakin baik. Nasib baik peluru tak tertanam dekat kaki kamu. Luka belakang kepala kamu pun dah kering. Cuma jari tu saja Nek Kiah tak dapat buat apa-apa. Setakat hentikan pendarahan dan letak ubat. Kamu berdua sembanglah dengan baik. Jangan buat apa-apa eh," kata Nek Kiah sebelum beredar dari situ. Dia mahu hubungan Aziq dan Athirah menjadi baik.

"Mengadalah kau ni,"kata Athirah geram. Geram-geram pun dia masih duduk di sebelah Aziq dan menyuap Aziq bubur. Sebenci-bencinya terhadap Aziq tapi dia masih ada hati naluri.

Sewaktu Aziq disuap, dia teringat momen-momen dia menyuap Ellysa semasa dia demam. Momen itu amat meruntunkan jiwanya. Dia sangat-sangat sedih dan masih tak dapat percaya yang Ellysa berperangai begitu.

"Kau kenapa?" tanya Athirah pelik. Dia tak ingin tahu tapi dalam masa yang sama dia nak tahu. Pelikkan perempuan?

"Saya cuma teringat... er... kisah dengan Ellysa," kata Aziq sebelum menghembuskan nafas yang berat.

Athirah mendecit. Apalah yang Ellysa buat sampai lelaki di hadapannya betul-betul angau.

"Selepas apa yang berlaku... kau masih tak membencinya? Kau masih menyayanginya? Kau masih teringat dekat dia? Oh damn. Kau betul-betul bodohlah Aziq. Serius aku cakap. Dia dah buat banyak benda kot dekat kau. Dia tipu kau, dia curang, dia ada hubungan dengan lelaki lain dan dia bunuh kau," kata Athirah tidak percaya.

Aziq mengerutkan dahi. Macam mana Athirah tahu yang Ellysa buat semua tu? Dia tak cerita punkan?

"Kejap... macam mana awak tahu Ellysa buat semua tu?" tanya Aziq.

Athirah membesarkan matanya lalu menarik nafas. Dia kemudian menghembuskan nafas yang berat.

"Waktu kau dekat situ... aku pun ada. Ak... aku bukan team mereka cuma aku kebetulan dekat situ," kata Athirah.

Flashback

Athirah dan Aiden berjalan-jalan di sekitar pergunungan itu sebelum berhenti apabila dia ternampak banyak kereta yang memarkir kereta di sana. Dia menyelinap di semak-semak yang ada. Apabila dia amati dengan lebih mendalam, kereta-kereta itu seperti dia kenal.

"Mak... ayah... Aziq? Ellysa? Zakwan? Kenapa mereka dekat sini?" kata Athirah perlahan. Aiden yang melihat kakaknya bingung bertanya kepada Athirah.

"Akak... ada apa?" tanya Aiden. Athirah memandang Aiden sebelum menggelengkan kepala. Dia kemudian ternampak Pakcik Awang, jiran mereka di kampung. Dia segera menyuruh Aiden untuk pulang dahulu bersama Pakcik Awang supaya dia boleh mendekati mereka. Mujurlah Pakcik Awang tidak bertanya banyak soalan.

Athirah menyelusup di sekitar semak yang ada dan dia berlindung di sebuah pokok besar. Kedudukannya kini lebih dekat dan dia boleh mendengar kata-kata mereka. Cuma kadang kala dia tak dengarlah kalau mereka cakap perlahan. Athirah menyaksikan semua kejadian itu dengan bermacam-macam emosi. Terkejut... sedih... risau dan banyak lagi.

End Flashback

"Selepas kau jatuh... aku ingat tak akan lagi jumpa kau. Tapi tak sangka kau jatuh betul-betul dekat kebun Nek Kiah. Aku agak terkejut dalam masa yang sama aku hm entahlah. Susah nak terangkan dekat kau. A... aku benci kau dalam masa yang sama aku tak ada sebab nak benci kau. Kau faham tak? Aku tak boleh nak benci kau sejak-sejak kau selamatkan kami dalam kemalangan dahulu. Aku tak benci bukan bermakna aku nak berkawan dengan kau," terang Athirah panjang lebar.

"Saya faham. Oh Aiden tu memang adik awak ke? Kenapa awak tak pernah cerita?" tanya Aziq lagi. Rasanya Puan Maimunah dan Encik Zafir pun tak ada menyebut tentang mereka.

"Sebenarnya... Aiden dan aku memang adik beradik kandung. Cuma..." terang Athirah sambil menggigit bibirnya.

"Cuma?" tanya Aziq ingin tahu.

"Mak ayah aku yang kau kenal adalah Puan Sri Maimunah dan Tan Sri Zafir kan?" kata Athirah sambil tersenyum tawar.

Aziq mengangguk. Memanglah mereka tu mak ayah Athirah.

"Sebenarnya tak. Mereka bukan mak ayah kandung kami," balas Athirah.

Aziq ternganga mulut. Dia terkejut, terkesima dan banyak lagi perasaannya.

"Awak biar betul? Mustahillah... mereka layan awak macam mak ayah sebenar kot," kata Aziq.

Athirah menggelengkan kepala lalu menarik nafas yang dalam. Mangkuk yang sudah habis diletakkan di meja kayu kecil. Segelas air kosong diberikan kepada Aziq. Aziq mengambilnya dan meneguknya sehingga habis. Gelas itu kemudian diberikan semula kepada Athirah. Athirah meraup rambutnya lalu cuba bertenang.

"Ye. Aku tak tipu. Mereka bukan mak ayah aku. Itu hanyalah fake. Mereka sebenarnya makcik dan pakcik aku. Mak ayah aku dah meninggal. Mak ayah aku orang kaya dan mereka orang miskin. Selepas kematian mak ayah aku, semua harta aku yang punya. Tapi waktu tu aku masih kecil dan mungkin mak ayah aku tahu benda ni akan terjadi jadi dia buat wasiat. Wasiat itu mengatakan yang makcik dan pakcik aku berhak terima 50% daripada pelaburan ayah aku sekiranya mereka dapat menjaga aku dengan baik selama 20 tahun. Kalau aku tak gembira... aku boleh ubah hidup mereka menjadi golongan bawahan semula. Untuk 18 tahun ni aku gembiralah sebab mereka ikut cakap aku semua. Sebab tu apa yang aku nak mereka akan usahakan. Kini tinggal setahun lebih lagi sebelum setengah harta mak ayah aku dapat dekat mereka," terang Athirah sambil tersenyum tawar. Dia rindukan arwah mak dan ayahnya.

Air mata Athirah yang keluar dikesat olehnya. Aziq yang mendengar luahan tu turut terkesan. Dia terkesan dan merasainya juga. Tapi perempuan di hadapannya telah membunuh maknya. Orang yang paling dia sayangi.

"Sebab sudah sampai ke tahap ni... saya nak tanya boleh? Kenapa awak bunuh mak saya? Dan saya belum dapatkan penjelasan mengenai perkara ni. Kenapa awak di sini? Macam mana boleh keluar dari penjara?" tanya Aziq ingin tahu.

Athirah mendengus kasar.

"Kenapa aku dekat sini? Sebab ni kampung aku. Kampung sebenar aku. Macam mana boleh keluar penjara? Mestilah rasuah. Dan... tolong buka telinga tu luas-luas... aku tak bunuh mak kau. Berapa kali aku nak cakap. Sejahat-jahat aku... aku tak bunuh orang," kata Athirah.

"Saya susah nak percaya tapi semua bukti tu... sangat kukuh. Saya pun asalnya taknak percaya tapi segala bukti tu... terlalu kukuh. Sudahlah... saya taknak bercakap tentang benda ni lagi. Kalau orang membuang air besar tepi jalan pun tak akan ada yang mengaku," kata Aziq lalu menutup mukanya dengan selimut. Bila bercakap pasal maknya pasti dia beremosi.

Athirah menggepalkan tangannya.

"Jadi kau masih nak tuduh aku bunuh mak kau? Untuk apa bunuh mak kau? Kalau aku benci sangat... aku dah lama tikam kau sewaktu kau sedang koma tempoh hari. Dah lama aku tuang asid waktu kau tidur. Aku boleh buat apa saja dekat kaulah!" jerit Athirah lalu keluar dari bilik itu. Dia menghempas kuat pintunya.

Aziq meraup kasar rambutnya. Adakah semua ni benar atau Athirah hanya bermain-main dengan katanya? Mungkin dia rasa bersalah terhadap kesalahannya dan disebabkan itu dia selamatkan dirinya? Atau dia memang bercakap benar? Dia tak tahu!

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro