37 : Mengandung
Aziq sudah kembali tenang seperti biasa. Dia sudah menerima keputusannya dengan hati yang terbuka. Dia juga sudah memberitahu ayahnya. Walaupun ayahnya kecewa dan malu tapi Encik Zul tidak marah kepadanya. Keluarga Ellysa juga tidak marah akannya malah menawarkan pekerjaan kepada Aziq. Namun Aziq menolaknya dengan baik dengan memberi alasan dia mahu berdikari sendiri dan tidak mahu mendapat kelebihan istimewa. Nek Wan akhirnya berjaya memujuk Aziq.
Flashback
"Aziq... kalau kamu tak terima kerja dekat syarikat ayah Ellysa... kamu nak kerja apa?" tanya Nek Wan lembut. Dua tiga hari ni badannya rasa tak sedap.
"Saya cari lah dekat bandar. Mungkin sebagai pembantu restoran ke? Tukang sapu sampah pun boleh. Aziq tak kisah janji halal," kata Aziq.
"Kerjala dengan ayah Ellysa. Tak apa... kalau kamu taknak terima apa-apa kelebihan... kamu kerja dari bawah. Maksud Nek Wan... kamu bekerja dari bawah sampailah kamu memegang syarikat itu nanti," kata Nek Wan.
Aziq berfikir sejenak. Kalau berkerja dari bawah dan tidak menerima apa-apa layanan istimewa dia sanggup sahaja asalkan pekerjaan itu halal.
"Kalau macam tu... bolehlah Nek Wan. Aziq akan kerja dekat situ. Ingat eh... Aziq taknak dapat layanan istimewa," kata Aziq.
Nek Wan tersenyum lalu mengangguk.
End Flashback
Aziq turun dari katilnya dan bergerak turun ke bawah. Dia kemudian bergerak ke dapur memandangkan Ellysa tiada di ruang tamu. Aziq tersenyum melihat Ellysa yang bertungkus lumus menyiapkan hidangan makanan. Aziq memeluk Ellysa dari belakang dan menghadiahkan ciuman ringkas di pipi Ellysa. Ellysa yang terkejut terus tersenyum.
"Ish candy terkejut tau! Apa sayang ni lah," kata Ellysa.
"Alololo... takkan lah nak peluk pun tak boleh hehe," kata Aziq sambil meletakkan dagunya di bahu Ellysa.
"Candy nak siapkan makanan malam dulu. Nanti dah siap... candy panggil sayang okay? Sayang pergilah mandi dulu ke atau pergi tengok televisyen dulu," kata Ellysa.
Aziq mengangguk sebelum bergerak ke ruang tamu. Ellysa tersenyum memandang suaminya itu. Sebenarnya ada sesuatu yang dia nak tunjuk dekat Aziq. Dia ada sesuatu yang istimewa malam itu. Ellysa menghabiskan kerja-kerjanya sebelum bergerak naik ke atas untuk bersiap. Aziq juga disuruh oleh Ellysa untuk bersiap kemas-kemas. Walaupun rasa pelik... Aziq mengikut sahaja arahan isterinya.
Aziq turun agak lewat daripada Ellysa. Malam itu Ellysa berpakaian sangat cantik dengan dress merahnya. Aziq tergamam melihat meja makan yang dihiasi dengan lilin dan taburan bunga mawar. Ada apa istimewa ke?
"Sayang... duduklah. Kenapa tercegat lagi?" tanya Ellysa sambil memegang tangan Aziq.
Aziq tersenyum lalu duduk mengikut arahan isterinya. Ellysa duduk di hadapannya sambil tersenyum manis.
"Er... ada apa-apa ke? Kenapa malam ni macam rasa istimewa sangat?" tanya Aziq.
"Sayang... sayang sedar tak yang kita sudah hampir tiga bulan bernikah? Candy sangat bahagia dan rasa seronok sangat sebab dapat berkahwin dengan sayang. Candy gembira sebab sayang hadir dalam hidup candy. Candy harap sayang akan suka dengan hadiah yang candy akan bagi nanti. Candy doakan hubungan kita kekal berkekalan sampai ke Jannah. Candy cintakan sayang sangat-sangat. Terima kasih sebab hadir dalam hidup candy." Ellysa mengucapkan rasa syukur yang teramat sebelum memberikan satu kotak kecil yang dihiasi dengan reben.
Aziq menepuk dahi. Dia terlupa yang malam ini merupakan bulan ketiga mereka mendirikan rumah tanggga. Patutlah isterinya menyediakan sesuatu yang sangat berharga.
"Candy... maaf... sayang lupa," kata Aziq sedih.
Ellysa menggelengkan kepala.
"Janganlah sedih. Tak perlu minta maaf. Candy tak marah pun. Lagipun candy faham sayang akan tertekan dan sedih baru-baru ini. Jadi tak apa. Tu... bukalah. Hadiah untuk sayang," kata Ellysa sambil tersenyum.
Aziq mengangguk sebelum mengambil kotak kecil itu. Dia membuka reben yang ada dengan perlahan lalu membukanya. Di dalamnya ada satu benda yang buatkan jantungnya berdegup kencang. Aziq memegang pregnancy test lalu melihatnya.
"Candy ! Betul ke ni? Candy... mengandung?" tanya Aziq gembira. Dia sudah mengalirkan air matanya. Rasa gembira yang teramat.
"Betullah. Candy ada pergi jumpa doktor. Doktor cakap candy dah dua minggu mengandung. Candy waktu tu gembira sangat dan tak tau nak cakap apa. Memandangkan candy tengok sayang sedih dan dalam masa yang sama harini tepat tiga bulan kita bersama, candy bagilah hadiah ini. Sayang gembira tak?" tanya Ellysa sambil tersenyum manis.
Aziq mengangguk sebelum memeluk Ellysa kuat. Dia menangis kerana kegembiraan. Dia akan jadi ayah tak lama lagi! Dia begitu teruja. Tak sabar nanti dia nak bagitau dekat ayah dan maknya. Nanti dia nak pergi lawat kubur maknya dan cerita perkara ini.
"Terima kasih candy. Sayang cinta sangat dengan candy," kata Aziq.
"Kalau suka... sayang kena bagi hadiah la pulak," kata Ellysa sambil tersenyum.
Aziq mengerutkan dahi. Dia tak ada hadiah apa-apa untuk isterinya. Malah lebih teruk dia lupa tarikh penting.
"Tapi... sayang tak beli apa-apa hadiah. Maaf..." kata Aziq.
Ellysa memeluk suaminya erat. Diusap perlahan rambut suaminyaa.
"Tak perlu beli hadiah untuk candy. Cukup candy nak dengar sayang menyanyi. Suara sayang sedap sangat kalau menyanyi. Nyanyilah sayang untuk candy..." pinta Ellysa.
Aziq mengangguk sebelum naik ke tingkat dua. Dia masuk ke bilik persendiriannya dan mengambil gitar. Dia ada satu lagu khas untuk isterinya.
"Candy dengar tau lagu ni baik-baik. Lagu ini ditujukan khas untuk candy," kata Aziq sambil memetik gitarnya.
Waktu pertama kali
Kulihat dirimu hadir
Rasa hati ini inginkan dirimu
Aziq mula menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa oleh Andmesh. Satu lagu kegemaran Ellysa.
Hati tenang mendengar
Suara indah menyapa
Geloranya hati ini tak kusangka
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Aziq tersenyum kepada Ellysa. Ellysa yang melihat dan mendengar nyanyian Aziq terus berjalan ke arah Aziq. Dia duduk lalu meletakkan kepalanya di riba kaki Aziq.
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu
Aziq memegang pipi Ellysa dengan penuh kasih sayang. Dia kemudian menghadiahkan satu ciuman di dahi Ellysa sebelum menyambung nyanyiannya.
Hari-hari berganti
Kini cinta pun hadir
Melihatmu, memandangmu bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu
Hitam panjang rambutmu anggun terikat
Rasa ini tak tertahan
Hati ini selalu untukmu
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Tulus padamu
Oh-ho huu
Terimalah lagu ini
Hm-mm
Dari orang biasa
Terimalah lagu ini
Dari orang biasa
Tapi cintaku padamu luar biasa
Ellysa berdiri selepas Aziq memintanya untuk berdiri. Gitarnya diletakkan di sebelah. Dia memegang erat tangan Ellysa dan berpelukan dari hadapan. Aziq memegang kepala Ellysa dan didongakkan sedikit memandangkan Ellysa sedikit pendek darinya. Aziq memegang dagu Ellysa dengan penuh lembut. Ellysa tersenyum manis. Aziq menghabiskan lagunya.
Aku tak punya bunga
Aku tak punya harta
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Yang kupunya hanyalah hati yang setia
Terimalah cintaku yang luar biasa
Hm-mm
Aziq memberi ciuman yang lama di ubun-ubun Ellysa sebelum memeluk erat Ellysa. Ellysa kini berada di dalam dakapan Aziq.
Tulus padamu
Aziq menghabiskan nyanyian. Lagu itu istimewa untuk satu-satunya permata dalam hidupnya, Ellysa... isteri yang dicintainya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro