34 : Keputusan SPM
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
"Kenapa kamu tak cakap yang Athirah tu pembunuh mak kamu?" tanya Encik Zul semasa Aziq berada di rumahnya.
"Aziq bukan tak nak cakap tapi biarlah Aziq pastikan dulu. Manala tahu dia bukan pembunuh sebenar. Aziq tak nak jatuh fitnah," terang Aziq dengan baik.
Ellysa yang berada di sisi Aziq hanya dapat menyalurkan kekuatan dengan memegang erat tangan Aziq.
"Ayah tak suka tahu tak kalau Aziq berahsia macam ni. Dan hukuman penjara tu tak setimpal dengan apa yang dia buat. Ayah tak suka! Ayah nak dia mati sama macam dia buat dekat mak kamu!" kata Encik Zul.
Aziq menarik nafas lalu menghembusnya perlahan. Dia tidak mahu memperbesarkan hal ini. Kalau ikutkan nafsu dia memang dia nak Athirah dijatuhkan hukuman mati tapi... kalau difikirkan balik... kalau Athirah mati pun, mak dia takkan hidup semula. Jadi dia hanya mampu menitipkan kata-kata dalam hatinya untuk cuba memaafkan perbuatan terkutuk Athirah. Sekarang Athirah sudah menerima pembalasan.
"Ayah... mak selalu pesan supaya kita perlu meminta maaf dan cuba maafkan orang walaupun sukar. Kita ambil contoh mak... mak sangat tak suka dengan perangai Puan Maimunah tapi dia tetap memaafkan dia. Nampak tak? Jadi kita kena belajar memaafkan orang," pesan Aziq sambil tersenyum.
Encik Zul merengus kuat. Mungkin ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya. Dia kena cuba memaafkan dan belajar meredhoi apa yang berlaku.
"Sudahlah. Oh ya... ayah nampak ada kesan luka dekat badan kamu. Tu tangan pun macam melecur saja. Ada apa?" tanya Encik Zul teliti.
Aziq menelan air liur. Apa yang dia patut jawab?
Melihat kegusaran Aziq untuk menjawab, Ellysa tampil untuk menjawabnya.
"Aziq la ayah... cuai. Dia tertumpahkan air panas dekat tangan tu. Luka-luka yang lain sebab terjatuh kot. Kami suka main-main sikit," kata Ellysa sambil tersenyum. Dia mengharapkan yang ayah Aziq akan mempercayainya. Apa nak cakap Encik Zafir dan Puan Maimunah datang serang? Mampus mereka kalau Encik Zul naik angin.
"Betul ke?" tanya Encik Zul ragu-ragu.
Aziq menggigit bibirnya. Baru sahaja dia nak buka mulut, telefon ayahnya berbunyi. Encik Zul melihat siapakah pemanggilnya lalu menjawab.
"Kamu dan Ellysa kalau nak balik... baliklah. Ayah kena keluar ni. Ada kerja," kata Encik Zul lalu mengambil kunci keretanya. Aziq dan Ellysa mengangguk. Mereka juga mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Di dalam kereta, mereka hanya memasang radio untuk memecahkan kesunyian antara mereka. Mungkin masing-masing sedang melayani fikiran mereka.
"Menteri Pendidikan telah mengumumkan esok merupakan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan keluar. Justeru itu, semua pelajar boleh mengambil keputusan di sekolah atau hanya menghantar pesanan mesej ke nombor 61000 dengan memberikan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran," kata penyampai berita.
Aziq dan Ellysa berpandangan lalu tersenyum.
"Esok keputusan keluar. Nampak sangat yang kita tak dengar berita terkini. Esok sayang nak pergi sekolah tak?" tanya Ellysa.
"Candy nak pergi tak?" tanya Aziq kembali.
Ellysa tersenyum lalu mengangguk.
"Nak," balas Ellysa.
"Kalau candy pergi... mestilah sayang ikut. Candy ni dah macam gula dan sayang macam semut. Kalau ada gula mesti ada semut. Jadi dekat mana candy ada... pasti sayang ada," kata Aziq petah walaupun matanya fokus pada pemanduan.
"Amboi... manisnya mulut sayang. Kalau manis macam ni setiap hari boleh masuk hospital tau," kata Ellysa.
"Kenapa pula?" tanya Aziq.
"Ye lah sebab sayang manis sangat. Kalau manis terlalu banyak boleh dapat kencing manis tau," kata Ellysa.
Aziq tersenyum.
"Jom kita pergi balai polis kejap," kata Aziq tiba-tiba.
Ellysa mengerutkan dahi. Nak pergi balai buat apa pula? Nak tengok Athirah ke? Tapi Athirah dekat penjara.
"Buat apa?" tanya Ellysa.
"Sebab candy dah curi hati sayang," kata Aziq lalu ketawa kecil.
Ellysa menggelengkan kepalanya lalu tersenyum. Dia menampar perlahan bahu Aziq. Aziq masih ketawa.
"Sayang ni kan... jangan sampai candy karate," ujar Ellysa memberi amaran. Aduh kalau macam ni memang pengsan dia dengan ayat-ayat pickupline dia.
"Candy...." panggil Aziq.
Ellysa memandang Aziq lalu tersenyum.
"Ya ada apa?" tanya Ellysa.
Aziq tetap fokus pada pemanduannya tetapi tangannya meraih tangan Ellysa lalu digenggam erat. Tangan Ellysa dibawa ke mulutnya lalu dihadiahkan satu ciuman ringkas tetapi lama.
"Candy cintakan sayang?" tanya Aziq tiba-tiba.
"Mestilah cinta. Kalau nak dikira cinta candy dekat sayang... sangat besar. Lagi besar dunia ni... lagi dalam dari Jurang Mariana... lagi luas dari Lautan Pasifik dan lagi tinggi dari Gunung Everest," kata Ellysa sambil tersenyum. Dia turut menghadiahkan satu ciuman di tangan Aziq.
Aziq tersenyum gembira. Alhamdulillah... dia dikurniai seorang isteri yang benar-benar mencintainya. Dia sangat terharu dan gembira.
*****
Encik Zafir yang tertekan dengan anaknya yang sedang berada di penjara telah menerima satu panggilan telefon daripada Encik Zambri. Puan Maimunah yang melihat Encik Zambri menelefon suaminya terus merampas telefon itu.
"Kau nak apa? Tak tahu ke kami ada masalah besar. Nak juga ganggu hidup aku. Kau dengan bodoh tak ada beza," marah Puan Maimunah. Encik Zafir yang mendengar tidak memberi respond apa-apa.
"Ma... maaf puan. Saya cuba nak maklumkan yang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dan sampai. Jadi tuan dan puan nak tengok tak keputusan ni," kata Encik Zambri takut-takut.
"Eh bodoh... aku tengah stres dengan anak aku ni. Kau nak menyibuk sangat kenapa. Menyemak saja," maki Puan Maimunah.
"Ta... tapi puan. Keputusan Athirah menjadi satu maruah untuk keluarga puan. Macam mana kalau orang lain pandang rendah dekat keluarga puan? Tak ke malu puan?" tanya Encik Zambri.
Puan Maimunah terdiam. Ada benar juga. Maruahnya sebagai Puan Sri sangat penting.
"Bagus juga otak kau. Aku ingat nak simpan kebodohan tu selama-lamanya. Jadi macam mana dengan keputusan Athirah?" tanya Puan Maimunah teruja. Dia pasti keputusan Athirah paling terbaik memandangkan dia sudah mendapatkan soalan bocor. Bolehlah dia tayang keputusan tu dekat datin-datin dekat luar sana. Lagipun hal anaknya masuk penjara memang dia jaga betul-betul. Apabila datin-datin luar sana menanyakan di mana Athirah, dia akan menjawab yang dia menghantarnya ke London.
"Keputusan Athirah memang terbaik dari sebelum-sebelum ni..." kata Encik Zambri.
Puan Maimunah menjerit kegembiraan. Yes!
"Er puan... tapi..." sambung Encik Zambri lagi.
Puan Maimunah mengerutkan dahi. Apa yang tapi?
"Apa tapi?" tanya Puan Maimunah kasar.
"Keputusan Athirah memang terbaik dari sebelum ini tapi keputusan Athirah bukan yang terbaik dekat sekolah kita. Athirah jatuh di tangga kedua," kata Encik Zambri sambil menelan air liur.
Puan Maimunah mengerutkan dahi lalu terkejut.
"Kau jangan cakap keputusan terbaik SPM sekolah tu dapat dekat Aziq," ujar Puan Maimunah.
"Er... tepat. Calon cemerlang sekolah tu adalah Aziq yang langsung tak menyuap sesapa. Jadi ini adalah keputusan pertama yang adil dan betul dalam sekolah ni," terang Encik Zambri.
"Pergi mampus dengan adil kau. Aku datang kejap lagi," kata Puan Maimunah.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro