ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

30 : Athirah?

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!

Aziq dan Ellysa sudah berpindah ke rumah baharu mereka. Rumah itu adalah hadiah daripada Nek Wan. Aziq betul-betul bersyukur kerana Nek Wan amat menyayangi mereka. Sewaktu sedang makan, pintu mereka diketul oleh seseorang.

"Kejap candy pergi tengok," kata Ellysa. Aziq mengangguk lalu terus menjamah sarapan mereka pada pagi itu. Pagi itu Ellysa memasak nasi goreng. Alhamdulillah dia dapat merasa makanan pertama hasil isterinya. Sangat sedap. Ellysa kemudian datang dengan membawa satu sampul surat.

"Apa tu? Surat apa? Untuk siapa?" tanya Aziq. Ellysa mengangkat bahu tidak tahu. Dia memberikan sampul surat itu kepada Aziq.

Aziq membuka sampul surat itu dan melihat kandungannya. Terdapat beberapa keping gambar di dalam sampul itu. Aziq meneliti satu persatu gambar yang ada. Gambar itu jelas menunjukkan kawasan hospital kerana terdapat ramai orang yang berpakaian kot putih. Dan kalau tak salahnya itu adalah hospital di mana maknya meninggal. Dan ada beberapa keping gambar yang buatnya tergamam.

Ellysa yang pelik melihat Aziq terdiam terus mengambil gambar-gambar itu. Ellysa meneliti setiap gambar yang ada.

"Athirah? Dia buat apa dekat hospital? Dan ni bukan hospital tempat mak meninggal ke? Kenapa ada Athirah dekat bumbung hospital?" tanya Ellysa pelik.

Aziq menggelengkan kepala tidak tahu. Dia tak dapat menghadam. Bila difikirkan balik... Athirah memang ada pergi ke hospital ketika itu. Takkan lah Athirah yang bunuh maknya? Tak... tak mungkin.

"Sayang... kenapa candy macam syak sesuatu eh? Takkan Athirah yang bunuh mak? Tapikan kalau ikut logik... boleh jadi Athirah tu suspek sebab dia kan benci keluarga kita. Tapi tak baik tuduh orang tanpa bukti. Boleh jatuh fitnahkan. Hm siapalah yang hantar gambar ni," kata Ellysa. Dia terkejut juga apabila dia membuka pintu, tiada sesiapa di sana.

Aziq terus mengambil telefonnya dan menelefon polis yang menyiasat kes maknya. Tidak tunggu lama, pemanggil itu terus mengangkat telefon.

"Ya Encik Aziq? Ada apa saya boleh bantu?" tanya Inspektor Aiman selaku polis yang bertugas dengan kes maknya.

"Saya nak tuan buka balik kes mak saya. Saya ada benda nak ditunjukkan," kata Aziq.

"Baiklah. Sila datang ke balai," arah Inspektor Aiman.

Aziq mematikan talian lalu mula bersiap. Ellysa yang berada di sebelahnya terpinga-pinga. Kenapa Aziq nak buka kes maknya semula?

"Sayang nak pergi mana?" tanya Ellysa di dalam bilik. Aziq yang seperti kelam kabut memandang isterinya lalu tersenyum.

"Sayang rasa Athirah ada di tempat kejadian. Mungkin Athirah boleh jadi saksi atau mungkin Athirah boleh jadi pembunuh. Sayang taknaklah syak tapi biar polis yang siasat semula. Rasanya gambar ni boleh bantu siasatan," kata Aziq.

Ellysa mengangguk tanda faham. Dia juga bersiap-siap untuk mengikut suaminya ke balai polis.

Setelah tiba di balai polis, Aziq menyerahkan gambar-gambar itu kepada Inspektor Aiman. Inspektor Aiman mengambil gambar itu lalu melihatnya. Dia kemudian bermain-main dengan tangannya.

"Kamu kenal siapa dalam gambar ni?" tanya Inspektor Aiman.

Ellysa dan Aziq mengangguk.

"Itu Athirah merangkap kawan sekelas suami saya. Tapi hubungan kami berdua dengan dia kurang baik. Tapi kami tak menuduhnya dalang di sebalik semua ni," kata Ellysa. Aziq di sebelah mengangguk.

Inspektor Aiman mengangguk tanda faham lalu menelefon anak buahnya. Inspektor Aiman bercakap sesuatu dengan anak buahnya sebelum mematikan talian.

"Baiklah. Kami akan buka balik kes mak encik dan puan... harap dapat bersabar sementara kami pergi menyiasat. Terima kasih kerana memberi gambar ini. Oh sebelum tu... boleh saya tahu mana encik dan puan dapat gambar ni?" tanya Inspektor Aiman.

"Saya tak pasti. Isteri saya yang ambil," kata Aziq.

"Saya pun tak pasti siapa penghantarnya. Waktu saya buka pintu, hanya ada sampul surat sahaja. Dekat sampul atau dalamnya takdak pula nama pengirim. Saya pun macam pelik tapi malas nak fikir panjang... saya ambil saja," terang Ellysa.

Inspektor Aiman mengerutkan dahi lalu mengangguk.

*****

Athirah yang sedang leka menonton televisyen bersama Puan Maimunah dan Encik Zafir dikejutkan dengan kehadiran pihak polis.

"Ada apa ni? Berani menceroboh rumah saya ya?" tanya Encik Zafir. Terkejut mereka apabila didatangani ramai polis.

"Assalamualaikum Encik Zafir... saya Inspektor Aiman. Saya tak menceroboh... tadi pembantu rumah tuan yang buka pintu," kata Inspektor Aiman.

"Apa kamu nak hah? Ramai-ramai pula tu. Menganggu waktu berehat aku bodoh," marah Puan Maimunah.

Inspektor Aiman tersenyum senget.

"Puan... bukankah menghina atau memaki pihak pegawai polis yang bertugas akan dikenakan undang-undang? Tambahan pula saya ketua polis dekat daerah ni. Puan nak saya masukkan puan dalam penjara ke?" tanya Inspektor Aiman.

Puan Maimunah terdiam.

"Sudah. Ada apa kamu datang?" tanya Encik Zafir.

"Kami ada waran tangkap untuk menangkap cik Athirah. Dia disyaki menjadi suspek pembunuh dalam satu pembunuhan," kata Inspektor Aiman.

Athirah tergamam. Kenapa dia?

"Jangan mengarut. Saya tak bunuh sesiapa," kata Athirah.

"Cik boleh terang dekat balai. Mari ikut saya," kata Inspektor Aiman.

Athirah terus menangis. Dia memaut lengan Puan Maimunah.

"Jangan sentuh anak aku. Kalau kau sentuh... aku akan buat kau menyesal seumur hidup. Kau dan anjing-anjing bodoh ni boleh balik," marah Puan Maimunah.

"Jangan ganggu kerja kami puan. Puan boleh didakwa kerana menganggu kerja kami. Izinkan kami bawa Athirah ke balai untuk siasatan," kata Inspektor Aiman sebelum mengarahkan anak buahnya untuk menggari tangan Athirah.

Puan Maimunah melangkah ke hadapan lalu menampar pipi Inspektor Aiman kuat lalu meludahnya.

"Kau dengar ni. Aku akan pastikan kau dan anak-anak anjing kau akan pergi dari sini. Aku akan pastikan kau kehilangan tempat kerja. Kau jangan main-main dengan aku. Aku ada duit yang banyak," marah Puan Maimunah.

Inspektor Aiman tersenyum lalu melap kesan air ludahnya dengan kain kecil yang dibawa. Kain kecil itu dilempar ke muka Puan Maimunah.

"Kita tengok nanti siapa yang keluar. Saya pergi dulu tuan... puan," kata Inspektor Aiman sebelum membawa Athirah keluar dari rumah itu.

Puan Maimunah yang geram menghentakkan kakinya. Dia merayu kepada suaminya untuk pergi selesaikan kes ini.

"Abang... selesaikanlah kes anak kita. Kesian dia," kata Puan Maimunah.

"Jangan risau. Abang akan selesaikan," kata Encik Zafir.

Puan Maimunah tersenyum. Dia kemudian memanggil pembantu rumahnya. Dia menampar kuat pembantu itu dan memecatnya kerana membuka pintu rumah. Sapa suruh dia buka pintu tanpa kebenaran dia. Sekarang sakit boleh.

"Wahai pembantu yang miskin lagikan bodoh... pergi dari rumah aku. Kau tak layak duduk sini. Bodoh!" maki Puan Maimunah.

"Tolong puan... saya ada enam anak kena sara. Suami saya sudah meninggal. Saya pun dah tua. Tolonglah kasihani saya," kata Mak Kiah selaku pembantu rumah yang paling tua dalam rumah itu. Malah umur Mak Kiah kalau nak dibandingkan dengan Puan Maimunah sangat jauh. Mak Kiah lebih tua daripada Puan Maimunah tapi sikap Puan Maimunah sangat melampau.

"Kalau takdak duit... pergi melacur. Dah pergi dari rumah aku," halau Puan Maimunah lalu menendang Mak Kiah kuat. Mak Kiah menangis teresak-esak lalu keluar dari rumah itu dengan hati yang lara.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro