ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

27 : Nikah II

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!


Esok majlis pernikahan antara Aziq dan Ellysa akan berlangsung. Majlis yang akan berlangsung esok semuanya diuruskan oleh Nek Wan. Baju tema mereka adalah light blue dengan pelamin yang berwarna putih. Sangat cantik pelamin yang ditempah khas oleh Nek Wan.

Aziq menelefon Ellysa pada malam itu. Dia bukan apa. Dia sekarang tengah nervous. Jadi dia perlukan nasihat Ellysa.

Aziq menelefon Ellysa. Satu saat... dua saat... tiga saat.

"Hello?" jawab Ellysa. Aziq menghembuskan nafas. Nasib baik Ellysa jawab.

"Assalamualaikum awak," kata Aziq memulakan perbualan.

"Waalaikumusalam. Ye ada apa telefon malam-malam ni?" tanya Ellysa.

"Saya nervous la awak. Macam mana eh? Hati saya berdebar-debar semacam. Rasa macam sesuatu. Saya takutlah," kata Aziq.

Ellysa ketawa di sebalik telefon. Alahai kenapa suara Aziq macam comel saja.

"Nak takut apa sayang?" kata Ellysa dalam suara manja. Bulu roma Aziq berdiri tegak saat Ellysa memanggilnya sayang.

Tawa Ellysa makin meletus. Alahai terdiam pula.

"Kenapa diam tu?" tanya Ellysa lagi. Aziq terkedu dan tergamam. Lidahnya menjadi kelu.

"Er. Kenapa panggil saya macam tu?" tanya Aziq tidak keruan.

"Lah nantikan kita akan jadi suami isteri. Kenala guna panggilan sesuai. Tak macam tu?" kata Ellysa sambil tersenyum. Dia berbaring di atas katil sambil bermain-main dengan rambutnya.

"Er. Kemudian saya nak cakap apa? Eh saya nak... apa saya nak cakap ni," kata Aziq mula tidak keruan selepas disakat oleh Ellysa. Tawa Ellysa makin galak.

"Kalau sayang rasa kekok... tak apa. Kalau nak cuba. Kita boleh cuba. Saya panggil awak sayang... awak panggil la saya apa-apa pun," kata Ellysa.

"Saya nak panggil candy lah. Boleh?" tanya Aziq. Dia sudah berfikir sebentar tadi. Rasanya candy paling sesuai dengan Ellysa.

"Candy? Seriuslah. Kenapa candy?" tanya Ellysa ingin tahu.

"Sebab candy kan manis. Lagipun saya suka main game Candy Crush Saga dulu. Susah tau nak menang tapi kalau sekali dah menang, saya akan bersorak kegembiraan. Macam tu juga awak. Susah nak dapatkan hati awak tapi bila dah dapat... takkan saya lepaskan. Lagipun awak perempuan pertama yang saya nak dekati dan perempuan pertama yang buat jantung saya berdebar-debar tak henti-henti. Awak cinta pertama saya," kata Aziq.

"Ya Allah. Sweet talker juga eh awak.Tak sangka saya akan dapat kahwin dengan crush saya. Tahu tak awak crush pertama saya tau. Waktu pertama kali awak datang, saya macam terpesona. Terpesona... aku terpesona," kata Ellysa sambil menyanyikan lagu terpesona di akhirnya.

Aziq tersenyum. Dia rasa bahagia sangat.

"Terima kasih sebab tenangkan saya. Awak adalah candy saya yang terawal dan terakhir. Saya janji saya akan bahagiakan awak. Saya akan bimbing awak ke syurga. Saya tak akan benarkan setitis rasa benci pun kepada awak. Kita bina masjid ini dan kekalkan bersama okay?" kata Aziq mula menabur janji.

Ellysa tersenyum.

"Ya. Sama-sama. InsyaAllah... kita akan bina mahligai cinta kita bersama. Candy nak sayang berjanji yang sayang tak akan marah candy kalau candy buat salah tau," kata Ellysa sambil tersenyum. Dah kebas sebenarnya mulut dia sebab tersenyum.

Aziq ketawa kecil. Alahai comelnya.

"Ye sayang janji," kata Aziq malu-malu. Dia menekup mukanya dengan bantal yang ada. Dah kenapa Aziq! Tak pernah-pernah galak macam ni!

Mereka mengakhiri panggilan telefon dengan salam. Aziq menuju ke beranda rumahnya. Dia memerhati bulan yang terang pada malam itu. Bintang yang menemani bulan pada malam itu sangat banyak malah lebih terang daripada sebelum ini. Dia kemudian mengoyakkan senyuman. Waktu kecil dia dan maknya selalu melihat bulan sambil menyanyikan lagu.

Jika engkau minta intan permata

Tak mungkin ku mampu

Tapi sayang, 'kan ku capai bintang

Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia

Akan aku coba

Ku hanya mampu jadi milikmu

Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi

Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu

Uh-oh-oh...

Du-du-du-du-du-du-du-du-du

Du-du-du-du-du-du-du

Hati ini bukan milikku lagi

Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu

Sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku

Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang

Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hmm

Oh...

Oh...

*****

Pagi itu Aziq bangun awal dan melakukan solat sunat. Dia berdoa kepada Allah supaya majlisnya berjalan lancar dan mereka akan menjadi pasangan suami isteri yang baik. Aziq sudah segak memakai tusedo biru yang dihiasi dengan tali leher. Sangat segak. Ketampanan semakin terserlah.

Encik Zul masuk ke dalam bilik Aziq. Senyuman dihadiahkan kepada Encik Zul.

"Ayah," panggil Aziq sebelum menyalami ayahnya.

"Kamu dah bersedia?" tanya Encik Zul. Aziq tersenyum lalu mengangguk.

"Dah ayah. Saya dah bersedia. InsyaAllah majlis ni akan berjalan lancar," kata Aziq.

Encik Zul mengangguk. Dia percayakan anaknya itu. Pasti Aziq dapat menjaga Ellysa dengan baik.

"Tiba-tiba ayah rindukan mak kamu. Kalau mak kamu ada mesti mak kamu bangga. Mesti mak kamu gembira. Ayah tahu mesti mak kamu tak tidur malam bila fikirkan kamu. Ayah... tsk.. ayah rindukan mak kamu," kata Encik Zul. Air mata yang jatuh diseka oleh Aziq.

Aziq tersenyum tawar. Bila disebut sahaja pasal maknya pasti air matanya akan jatuh. Siasatan maknya sudah ditutup dan diklasifikasikan sebagai kes tidak sengaja. Bukti tidak mencukupi dan tiada saksi langsung. Aziq sudah redho dengan perkara tersebut. Tapi sayangnya. Kalau tidak pasti maknya dapat melihatnya dia mendirikan rumah tangga.

"Aziq pun harap mak ada di sisi Aziq. Aziq pun rindu mak. Kalau mak ada mesti mak tengah menangis kegembiraan. Mak mana yang taknak tengok anaknya bahagia kan? Kalau mak ada mesti Aziq akan peluk mak sekarang. Mak... tsk... Aziq rindu sangat dekat dia ayah. Kenapa mesti mak pergi dahulu?" kata Aziq. Air mata yang jatuh diseka. Tidak mahu merosakkan solekan ringkas yang dikenakan.

"Sabarlah sayang. Mak pergi dulu sebab mak nak tengok kita dari syurga. Mesti mak sedang menangis sekarang. Menangis sebab tengok anak dia bakal nikah. Mesti mak kamu gembira dan tak sangka sebab anaknya dah nak kahwin. Kamu kena jadi suami yang bertanggungjawab tau. Lindungi isteri. Jangan jadi macam ayah. Ayah tak layak digelar suami mahupun ayah," kata Encik Zul.

Aziq menggelengkan kepala.

"Tak ayah. Ayah adalah ayah terbaik dan suami terbaik kepada mak. Mak cintakan ayah dan Aziq sayangkan ayah. Ayah adalah yang terbaik. Saya sayang ayah sangat. Ayah jangan pergi tau," kata Aziq. Encik Zul tersenyum lalu mengangguk.

"Sudahlah. Jom kita bergerak. Nanti kesian mereka tunggu," kata Encik Zul memecahkan suasana hiba. Aziq mengangguk lalu bergerak bersama ayahnya.

Sampai sahaja di sana, Aziq mula mengambil tempat duduk. Ellysa juga sudah sampai dan nampak cantik dengan busana pengantinnya. Sangat sesuai warna itu dengan ton kulit Ellysa. Aziq rasa bertuah akan dapat menikahi Ellysa.

"Awak sangat cantik," puji Aziq. Ellysa tertunduk malu.

"Awak pun nampak kacak sangat. Terharu dan bangga dapat nikahi awak," kata Ellysa.

Aziq tersenyum. Dia terus pergi ke tok kadi.

"Aziq Fiqrie bin Zul?" panggil tok kadi. Aziq mengangguk. Mereka mula berjabat tangan.

"Aziq Fiqrie bin Zul... aku nikahkan kau dengan Ellysa Maisarah binti Sharif dengan mas kahwin sepuluh ribu ringgit tunai," ucap tok kadi. Tok kadi memberikan isyarat dengan menggoyangkan tangan supaya Aziq mula melafazkan kabulnya pula.

"Aku terima nikahnya Ellysa Maisara-"

"Berhenti!" laung seseorang.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro