ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

26 : Nikah I

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!


Peperiksaan SPM menjelang seperti yang dirancang. Semua pelajar sudah bertungkus lumus untuk berjaya. Athirah dapat menjawab semua subjek dengan tenang. Walaupun ada yang menangis kerana tidak boleh menjawab namun Athirah tersenyum ketika menjawab soalan tersebut.

Pada akhir kertas subjek, semua orang bersorak kegembiraan kerana sudah habis dan mereka sudah tamat persekolahan. Ada yang merancang untuk pergi bercuti dan ada yang merancang untuk bernikah. Siapa lagi kalau bukan Ellysa dan Aziq. Ini kisah cinta antara mereka berdua.

Aziq mengharapkan keputusan peperiksaannya akan menjadi cemerlang kerana dia sudah menjawab semua subjek dengan baik. Tunggu keputusan peperiksaan sahaja. Persiapan mereka untuk bernikah diuruskan oleh keluarga. Nek Wanlah yang paling tak sabar. Tak sabar nak lihat mereka berdua bersama dan mendirikan rumah tangga.

"Aziq... minggu depan kita akan bernikah. Taknak umumkan dekat sapa-sapa ke?" tanya Ellysa kepada Aziq.

Aziq berfikir sejenak sebelum mengangguk. Dia mengeluarkan kad jemputan perkahwinan dan memberikan kepada semua pelajar dan guru. Rata-rata pelajar dan guru mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Ada juga yang memuji mereka sangat sepadan bagai pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama padan.

"Wow. Musuh kau nak berkahwin la," kata Hasif ketika mereka mendapat jemputan itu daripada Aziq dan Ellysa.

"Tak sangka mereka akan berkahwin. Baguslah. Bolehlah mereka bahagia berdua. Aku tengok pun sesuai," balas Zakwan pula.

Athirah yang berada di sisi mengetap giginya. Dia geram dan dia marah. Dia tak akan membenarkan Aziq dan Ellysa hidup bahagia. Dia perlu berbuat sesuatu.

"Itulah. Mereka nampak sesuai sangat. Aku percaya mereka boleh bahagia. Ellysa pun cantikkan. Sesuai la dengan mamat alim tu. Bak kata dia, bolehlah dia bimbing Ellysa ke syurga. Peh. Ayat jantan tu hebat juga. Patutlah ramai suka dia," puji Hasif sambil menghirup air minumannya.

"Sayang. Kenapa diam?" tanya Zakwan pelik selepas melihat Athirah diam.

"Boleh tak diam. Jangan ganggu. Bisinglah. Ingat satu benda ni. Aku tak bahagia melihat mereka bahagia. Aku hanya bahagia bila aku nampak mereka tak bahagia. Jadi aku ambil keputusan untuk hancurkan mereka," kata Athirah sambil mengoyakkan kad jemputan mereka. Dia turut memijaknya dan meludah. Puas sedikit hatinya.

"Tapi kan. Apa kau nak buat? Ya la. Diorang punya majlis dah nak dekat. Minggu depan saja," tanya Hasif.

"Aku akan buat apa sahaja," kata Athirah.

"Rosakkan majlis diorang?" tanya Hasif lagi.

"Yang kau bodoh sangat kenapa. Kalau aku rosakkan majlis pun mereka akan tetap bernikah dan bahagia selepas itu. Faham tak. Aku nak mereka hidup sengsara. Aku taknak mereka hidup bahagia dan tersenyum hingga ke anak cucu. Aku tak suka!" marah Athirah.

Athirah terus meninggalkan mereka. Dah penat dia berbuih mulut cakap. Tapi sikit pun mereka tak faham! Sengaja mereka menaikkan kemarahan dia. Sewaktu berjalan dia terserempak dengan pasangan yang bakal berkahwin tu.

"Er. Athirah. Nanti jemput tau datang. Aku nak kau jadi pengapit aku boleh? Dulukan kita dah janji kalau kita dua akan bernikah, kita akan jadi pengapit satu sama lain. Jom la kita berbaik," kata Ellysa sambil menghulurkan tangan.

Athirah hanya memandang saja tangan itu. Jijik.

"Tak payah. Aku taknak. Tak sanggup nak jadi pengapit kau. Nak tengok kau pun rasa jijik. Inikan pula nak jadi pengapit. Berbaik? Jangan harap. Kau tu tak layak berkawan dengan aku. Hati busuk dan gelap," kutuk Athirah.

"Sudahlah awak. Kita tak boleh paksa dia. Dah dia tak mau. Jangan kita paksa. Jom kita balik. Harini saya naik kereta. Saya bawa awak balik. Nek Wan telefon tadi suruh awak balik dengan dia," kata Aziq. Ellysa mengangguk.

Athirah pula menyampah. Dia menjeling mereka tajam. Dia terus beredar pergi. Tapi sebelum itu sempat dia menolak bahu Ellysa kuat. Nasib baik Aziq sempat menahan Ellysa daripada terjatuh.

Aziq sudah banyak berhutang budi dengan Ellysa. Sewaktu dia perlu membayar kompaun dulu pun, Ellysa yang tolong bayarkan.

Flashback

Aziq dan Ellysa berjanji untuk berjumpa di taman permainan berhampiran taman perumahan Ellysa. Aziq yang sampai dahulu menaiki buaian kecil dan duduk di situ sementara menunggu Ellysa.

Sambil duduk dia memikirkan bagaimana dia ingin membayar kompaun yang banyak itu. Dia tidak ada duit yang banyak untuk membayarnya.

Sedang sibuk termenung, dia disergah oleh Ellysa. Aziq yang terkejut terus melatah.

"Oi mak kau jatuh parit tergolek-golek," latah Aziq.

Ellysa ketawa kuat apabila mendengar Aziq melatah. Tak sangka lelaki itu cepat melatah.

"Ish awak ni. Apa ni. Saya terkejut tau. Ingatkan apa tadi," kata Aziq. Dia tak marah tapi hanya terkejut.

"Maaf. Awak jauh termenung. Ada apa?" tanya Ellysa.

"Teringatkan awak. Saya rindu awak hehe," kata Aziq. Ellysa tersengih lalu tertunduk malu.

"Tak payahlah mengada. Ada apa. Saya tahu ada benda lain," kata Ellysa.

"Hm saya tengah fikir kompaun yang saya perlu bayar. Banyak sangat dan saya tak mampu. Saya taknak susahkan ayah saya jadi saya tak bagitau dia. Tu ja. Tapi awak jangan risaulah," kata Aziq.

"Lah. Itu ja? Ingatkan apa la tadi. Takpa. Guna duit saya dulu. Saya bayarkan," kata Ellysa.

Aziq menggelengkan kepala.

"Tak perlulah. Saya yang buat salah jadi saya yang perlu bayar sendiri. Saya cadang untuk cari kerja sementara untuk bayar ataupun saya hutang dengan Ah Long," kata Aziq.

Ellysa menggeleng.

"Tak payahlah sampai nak pinjam dengan Ah Long. Nanti kalau tak dapat bayar, mereka culik awak then bunuh awak macam mana? Hilanglah orang yang saya sayang. Nanti sapa nak kahwin dengan saya?" tanya Ellysa.

Aziq tersengih. Sayang juga Ellysa kepada dia.

"Banyak mana awak cintakan saya?" tanya Aziq tiba-tiba.

Lidah Ellysa kelu. Alamak. Malulah macam ni.

"Sebanyak-banyak hidupan yang ada dekat muka bumi ini saya sayangkan awak. Cinta saya tak pernah mati dengan awak. Awak lelaki pertama yang nak bimbing saya sampai ke syurga. Semoga awak dapat bimbing saya. Kita sama-sama bernikah dan bercinta sehingga akhir nyawa kita," balas Ellysa.

"InsyaAllah," jawab Aziq.

"Macam mana pula awak. Sebanyak mana awak cintakan saya?" tanya Ellysa pula. Dia pula nak senyum hehe.

"Awak tahu apa beza awak dengan jarum jam 12?" tanya Aziq. Ellysa menggelengkan kepala.

"Jam jam 12 kesiangan tapi awak kesayangan saya. Saya sayangkan awak seperti mana saya cintakan ilmu agama. Seperti mana saya cintakan Islam. Seperti mana saya cintakan mak ayah saya," balas Aziq.

Ellysa tertunduk malu. Sweet ah bakal suaminya ini.

"Tahu kenapa saya suka senyum bila dekat dengan awak?" tanya Ellysa.

Aziq mengangkat bahu.

"Sebab awak kamera yang sentiasa buat saya tersenyum kalau awak pandang saya," balas Ellysa.

"Kalau awak kamera, saya adalah tripod yang sentiasa menjadi pengukuh awak. Tripod dan kamera tak dapat dipisahkan!" balas Aziq spontan.

Mereka akhirnya bergelak ketawa. Mereka bahagia. Ya, sangat bahagia.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro