25 : Ugutan
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
"Makan la banyak sikit," kata Aziq kepada semua orang. Encik Zul pun sudah datang dan duduk di sebelah Dato Sharif. Mereka tampak rapat dan mesra walaupun baru berjumpa hari ini.
"Sedapnya Ya Allah. Pandai Aziq masak," puji Datin Rozita selepas merasa masakan yang dimasak oleh Aziq.
"Terima kasih aunty ... saya masak dengan Ellysa. Ellysa pun patut mendapat pujian," kata Aziq. Ellysa tersenyum lalu tertunduk malu.
"Mana ada awak ni. Saya bantu macam tu saja," kata Ellysa.
"Seronok tengok love birds ni. Nampak comel saja," kata Nek Wan. Dia pun turut memuji masakan Aziq. Sangat sedap!
Mereka akhirnya makan sambil berborak-borak kosong. Setelah selesai semua orang berehat di ruang tamu. Kesempatan ini diambil oleh Encik Zul dan Dato Sharif untuk membincangkan hal pernikahan anak mereka.
"Jadi macam mana dengan pernikahan mereka? Semua setuju? Kita perlu teruskan atau hold?" tanya Encik Zul.
"Mestilah setuju. Kan mak kan?" tanya Dato Sharif. Nek Wan tersenyum lalu mengangguk. Dia suka sebenarnya dengan Aziq. Sangat humble.
"Jadi lepas mereka habis SPM, kita terus nikahkan mereka? Orang kata lebih cepat lebih bagus," cadang Encik Zul.
Datin Rozita mengangguk. Lebih cepat lebih bagus sebenarnya.
"Saya sokong apa kata Encik Zul tu. Memang patut pun. Kalau ikutkan sekarang pun nak nikahkah mereka. Comel sangat mereka berdua ni," ujar Datin Rozita.
"Tak perlulah gelojoh sangat. Jodoh mereka tak kemana. Habis saja SPM memang mereka akan bernikah. Jadi tunggu sajalah," kata Nek Wan.
Datin Rozita tersenyum lalu mengangguk.
Aziq dan Ellysa hanya mendiamkan diri saat mereka berbincang. Sebenarnya tak tahu nak cakap apa atau beri reaksi apa. Mereka hanya mampu terdiam.
*****
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal tiba tak lama lagi. Para pelajar sudah mula bertungkus lumus tetapi bagi Athirah itu tiada masalah. Dia akan mendapat keputusan cemerlang walaupun dia tidur. Peperiksaan percubaan sebelum ini pun dia dapat straight A walaupun tidur. Cuma dia agak tergugat dengan Aziq kerana Aziq turut mendapat straight A tetapi itu dengan usahanya. Jadi Aziq lebih bijak daripadanya?
Tiba-tiba dia rasa tergugat dan sedikit gusar. Walaupun dia telah menyingkirkan Aziq daripada diterima masuk ke University Oxford tapi sijil SPM menjadi salah satu cara juga untuk ke sana. Jika keputusan Aziq sangat baik, kerajaan tak akan teragak-agak untuk membiayainya ke sana. Dia tak boleh biarkan benda itu berlaku. Dia taknak Aziq turut seuniversiti dengan dia.
Athirah terus pulang ke rumah dengan hati yang gusar. Dia terus masuk ke bilik maknya. Puan Maimunah yang sedang bersolek terkejut apabila anaknya itu meluru masuk. Muka anaknya juga seperti ada sesuatu masalah.
"Kenapa ni sayang?" tanya Puan Maimunah.
"Mak... Athirah nak mak manipulasi keputusan SPM nanti. Athirah nak keputusan sangat cemerlang. Athirah nak straight A+. Dan pastikan keputusan Aziq gagal. Gagal semua subjek lebih bagus," kata Athirah sambil mengibas-ngibas mukanya.
"Lah tu saja? Jangan risaulah sayang. Kan mak cakap. Mak akan buat segala-galanya. Kamu jangan risau. Mak akan pastikan apa saja yang kamu nak akan tercapai. Tunggu saja okay? Nanti waktu SPM kamu boleh berehat. Mak akan dapatkan jawapan untuk kamu," kata Puan Maimunah.
Athirah mengangguk lalu tersenyum. Dia mencium pipi Puan Maimunah sebelum keluar. Puan Maimunah pula terus bergerak ke lokasinya. Ada kerja nak buat. Biasalah tak lain tak bukan mestilah berjumpa dengan datin-datin seMalaysia.
*****
Semua pelajar tingkatan lima sudah bersedia untuk menghadapi SPM kerana tarikhnya sudah tidak sampai seminggu. Semua orang sibuk mengulangkaji kembali topik-topik yang sukar difahami dan membuat pelbagai latihan kendiri. Begitu juga dengan Athirah. Sibuk menghafal jawapan peperiksaan. Dia mendapat skema pemarkahan itu daripada maknya.
Flashback
Puan Maimunah dan Athirah bergerak ke pejabat pendidikan dan masuk ke situ untuk berbincang mengenai SPM. Mereka berjumpa dengan ketua pendidikan negeri itu yang merupakan ketua lembaga peperiksaan.
"Selamat berjumpa Encik Ahmad," kata Puan Maimunah. Encik Ahmad menunduk sedikit sebagai tanda hormat.
"Ada apa Puan Sri datang berjumpa dengan saya?" tanya Encik Ahmad.
"Aku nak jawapan kertas peperiksaan SPM," balas Puan Maimunah jujur. Malas dia nak berkiasan.
Encik Ahmad ketawa. Biar betul mereka ni?
"Yang pakcik ketawa tu dah kenapa?" tanya Athirah pelik.
"Dah banyak orang yang datang sini sebab benda tu. Faham tak? Skema peperiksaan akan keluar selepas tamat SPM. Saya mana ada apa. Hanya ada soalan," kata Encik Ahmad.
"Kalau macam tu saya nak kertas tu. Saya akan suruh mak tempah semua guru yang hebat untuk buat skema," kata Athirah.
"Ha betul tu. Kau dengar tak?" kata Puan Maimunah.
"Kalau saya taknak?" tanya Encik Ahmad. Puan Maimunah tersenyum. Jangan bermain dengan api Encik Ahmad.
"Kalau macam tu mungkin kau nak benda ni," kata Puan Maimunah sebelum memberikan satu sampul surat. Encik Ahmad mengerutkan dahi. Apa pula yang diberikan oleh Puan Maimunah? Selalu orang akan bagi dekat dia emas.
"Kau tak payah berangan ingat aku bawa emas atau duit. Cukup benda tu akan buat kau setuju. Kau tu tak layak terima duit aku. Semua yang bawah aku anak anjing aku saja," kata Puan Maimunah.
Encik Ahmad terdiam. Dia terus membuka sampul itu. Terdapat beberapa keping gambar di dalam itu. Encik Ahmad terdiam sekali lagi. Dia terkilan dan tergamam.
"Aku rasa bini kau mesti tak tahu kan yang kau ada perempuan lain. Macam mana la kalau bini kau dapat tahu? Rasanya bukan setakat pekerjaan kau hilang, rumah banglo kau, duit kau mahupun kereta kau akan ditarik oleh isteri kau kan? Biasalah lelaki hidup atas nama perempuan. Kalau dah miskin tak perlu acah hebat dan sombong depan aku. Jadi kau setuju tak?" tanya Puan Maimunah selepas memaki hamun Encik Ahmad.
Encik Ahmad terus berdiri lalu pergi ke mejanya dan mengambil satu kunci. Kunci itu dibawa ke satu bilik besi di sebelah mejanya dan membawa keluar kertas SPM bagi setiap subjek. Dia kemudian membawanya ke Puan Maimunah.
"Duduk melutut," arah Puan Maimunah.
Encik Ahmad hanya mengikut arahan Puan Maimunah. Dia duduk melutut sambil memberikan fail yang berisi kertas peperiksaan.
"Bagus anak anjing aku. Okay. Aku lepaskan kau. Aku akan bagi hadiah kau. Tunggu saja okay?" kata Puan Maimunah sebelum beredar. Dia tersenyum bangga apabila dia dapat apa yang dia nak.
Dia kemudian memanggil semua guru subjek yang hebat dan cemerlang untuk menyediakan skrip jawapan. Puan Maimunah juga turut mengugut mereka serta merasuah mereka dengan banyak wang dan emas untuk menutup mulut.
End Flashback
Dengan itu, Athirah mendapat semua jawapan yang terbaik untuk semua subjek yang dia ambil. Dia rasa bangga dan tak sabar pula untuk melihat Aziq jatuh. Tak sabar nak tunggu apa rancangan maknya untuk melihat keputusan Aziq yang bakal gagal.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro