23 : Encik Zafir
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
"Kenapa awak tolak isteri saya?" tanya Encik Zafir yang duduk di kerusi Encik Zambri. Encik Zambri pula berdiri di sebelah Encik Zafir.
"Ya Allah. Saya tak tolak. Saya dah cakap banyak kali. Saya tak tolak!" kata Aziq. Dia hampir menangis dari tadi lagi. Dah cakap dia tak tolak... tak tolaklah.
"Tuan. Kalau pencuri pun tak akan mengaku dia mencuri. Apatah lagi budak ni. Budak ni degil sikit. Selalu buat masalah dekat sekolah ni sejak-sejak dia datang. Entah dari mana dia datang. Dengar kata mak dia tu pelacur. Kalau tersebar ni mesti malu sekolah ni. Rasanya elok kalau buang dia," kata Encik Zambri sambil tersenyum sinis.
Aziq menggenggamkan tangannya erat. Melampau sungguh pengetua ni. Hilang rasa hormatnya.
"Kamu nak tahu siapa yang pindahkan kamu ke sini?" tanya Encik Zafir sombong.
"Ayah," balas Aziq ringkas.
"Tahu dia dapat duit dekat mana?" tanya Encik Zafir lagi.
Aziq berfikir sejenak. Betul juga. Ini sekolah persendirian. Jadi harganya agak mahal. Aziq menggelengkan kepala.
"Tak. Kenapa? Tuan tahu ke?" tanya Aziq.
Encik Zafir mengangguk.
"Saya yang beri kebenaran untuk awak pindah ke sini. Saya dan mak kamu sebenarnya..." kata Encik Zafir terhenti. Aziq mengerutkan dahi. Kenapa berhenti? Encik Zambri yang mendengar turut terkejut kerana Encik Zafir berhenti berkata-kata.
"Zambri... kamu keluar. Saya nak cakap dengan Aziq secara peribadi. Keluar," arah Encik Zafir. Encik Zambri mengangguk lalu beredar. Dia perlu bagitau Puan Maimunah pasal hal ini.
"Apa maksud tuan?" tanya Aziq, ingin tahu dengan lebih lanjut.
"Sebenarnya saya dan mak kamu berkawan baik sebelum dia berkahwin dengan Marzuqi. Kemudian kami ada selisih faham dan kami bergaduh. Saya pula terus berpindah dari sekolah tu. Jadi saya rasa bersalah sangat. Kemudian saya dapat tahu dia ada anak lelaki seorang. Saya pun terus siasat. Saya nak balas budi dia. Dia dah banyak bantu saya ketika susah. Dan dengan harapan saya masukkan kamu ke sekolah ini selesai hutang budi saya. Jadi saya dah tak ada hutang dengan mak kamu," cerita Encik Zafir.
Aziq mengangguk.
"Mak dan ayah saya tahu ke?"
"Tak," balas Encik Zafir.
"Jadi sekarang tuan nak buang saya?" tanya Aziq.
Dia sebenarnya tak kisah kalau dia kena buang sekolah. Tak akan menjejaskan dia langsung. Dia boleh saja kerja di mana-mana.
Encik Zafir mengambil nafas yang dalam sebelum menghembusnya. Dia serabut sebenarnya. Sebenarnya dia nampak yang isterinya tidak ditolak oleh Aziq tapi egonya kuat. Dia tetap akan mendenda Aziq walaupun dia tak bersalah. Sebenarnya masih ada tersisa dendamnya dengan mak Aziq.
"Saya tak akan buang kamu. Tapi saya akan denda kamu. Kamu akan menghadiri mesyuarat ibu bapa untuk berbincang tentang hal ini. Tapi jangan risau... kamu tak akan didenda dibuang sekolah. Itu saya jamin. Awak boleh keluar," kata Encik Zafir tidak bersalah.
Aziq mengangguk sebelum mengucapkan terima kasih dan permohonan maaf sekiranya ada tersalah bicara atau terkasar bahasa. Dia dah tak boleh nak cakap apa. Dia hanya pelajar biasa yang tiada apa-apa kuasa. Dan keluarga Athirah ada kuasa yang besar.
*****
Ujian saringan kedua bakal tiba. Seratus orang yang layak berusaha mengulang kaji pelajaran untuk berjaya ke saringan ketiga. Kali ini hanya lima puluh orang saja yang layak untuk ke saringan ketiga. Walaupun dihujani dengan pelbagai masalah, Aziq tetap tenang dan berusaha untuk berjaya. Ini hanya satu-satunya cara untuk keluar dari hierarki ini.
"Diminta kepada pelajar yang bernama Aziq Fiqrie, sila datang ke bilik mesyuarat sekarang," kata petugas yang terlibat. Pengumuman itu dibuat melalui pembesar suara.
Aziq menarik nafas yang dalam. Satu masalah bakal dia hadapi. Entah apa pula masalah kali ni. Dia mahu mengeluh tapi rasanya dah banyak kali dia mengeluh. Dah penat nak mengeluh pun. Dia terus berjalan ke bilik mesyuarat dengan langkah yang berat. Sampai sahaja di depan pintu bilik mesyuarat, dia beristighfar banyak-banyak. Dia mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik mesyuarat.
"Assalamualaikum," kata Aziq.
"Tak payah nak bagi salam sangatlah. Masuk tu cepat. Terhegeh-hegeh," marah Puan Maimunah.
"Astagfirullah. Takkan nak bagi salam pun kena marah? Islam kan?" kata Aziq.
Tapi dah hati busuk ni memang susah nak terasa. Memang tak makan dalam langsung Puan Maimunah ni.
"Suka hati aku la. Mulut aku," marah Puan Maimunah.
"Sudah. Duduk depan tu," arah Encik Zafir.
"Baik tuan," kata Aziq sambil menunduk sedikit, menunjukkan rasa hormat.
"Baiklah. Jadi saya akan mempengerusikan perbincangan ini. Saya sebagai pengetua sekolah rasa malu melihat kejadian ini. Saya tak sangka pelajar sekolah ni boleh perangai begini. Memalukan sekolah!," kata Encik Zambri sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Aziq mengetap gigi. Dia tak buat salah tapi dijadikan kambing hitam pula. Apa dia ni buruk sangat ke di mata orang?
"SubhanaAllah. Saya tak bersalah langsung dalam hal ni. Kenapa nak fitnah saya?" tanya Aziq.
"Sebab kau bodoh. Memang bodoh," kutuk Puan Maimunah geram. Dia lihat lelaki itu kecik besar saja.
"Baiklah andai kata saya salah. Habis apa yang puan buat dekat saya tu betul ke? Tampar, tendang dan ludah dekat muka saya. Perbuatan tu betul dan suci? Kalau suci meh saya buat pula," balas Aziq geram. Sudah tidak boleh bertahan lagi. Dia sudah geram.
"Amboi mulut kau. Macam ni mulut anak pelacur noh? Memang biadab. Patutlah mak mati. sebab pelacur satu... bodoh satu. Entah-entah kau ni benih zina apa?" maki Puan Maimunah.
"Astagfirullah. Mengucap puan. Mak saya dah meninggal. Tak patut kata macam tu. Lagi satu mak saya bukan pelacur. Kenapa mulut tu tak habis-habis sebut pelacur? Kenapa? Kenapa nak dengki sangat dekat mak saya?" tanya Aziq. Air mata Aziq sudah bertakung. Tuduhan demi tuduhan kepada keluarganya memaksanya untuk menangis. Sudah dibisikkan dalam hati supaya terus bertabah... namun apakan daya.
"Sebab mak kau memang pelacur. Dia melacur untuk kepentingan dia. Kau tu aku rasa benih hasil dari penzinaan dia. Memang patut pun aku ludah dekat kau. Sebab kau tu keji. Jijik aku pandang kau," kutuk Puan Maimunah lagi.
Aziq menangis. Ya dia sudah menangis. Tak mampu untuk meneruskan sesi itu. Encik Zafir hanya melihat saja perkara itu tanpa cuba menghentikan mereka.
"Kita teruskan perbicaraan," kata Encik Zafir. Aziq mengesat air matanya dan menarik nafas yang dalam.
"Kami sudah sepakat untuk denda awak atas kesalahan mencederakan kakitangan penting sekolah. Awak tidak dibenarkan untuk mengambil ujian ke University Oxford. Dan awak perlu membuat permohonan maaf di perhimpunan sekolah tentang hal ini. Awak juga perlu membersihkan sekolah ini selama seminggu. Pihak atasan dah suruh pencuci cuti rehat selama seminggu. Dan awak juga perlu membayar kompaun sebanyak RM10,000," ujar Encik Zafir.
Aziq tergamam. Semua denda itu dilakukan seorang diri? Kemas sekolah sebesar ini? Dia juga tak dapat pergi ke University Oxford. Universiti harapannya dan menjadi satu harapan maknya untuk melihat dirinya ke universiti itu. Sudah hancur semuanya. Hancur! Dan mana dia nak dapat duit sebanyak itu? Aziq menggelengkan kepala. Kepalanya terasa berat dengan pelbagai masalah ini. Ya Allah, bantulah hamba mu ini.
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro