ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

19 : Aiden

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!


Puan Salmiah membuka mata perlahan. Sakit di kepalanya masih terasa. Namun badannya rasa lebih baik dari sebelumnya. Dia cuba bangun namun ada seseorang yang menghalangnya.

"Mak. Jangan bangun. Mak tidur... Mak nak air?" tanya Aziq risau. Syukur dia apabila maknya sudah bangun.

"Mak dekat mana?" tanya Puan Salmiah perlahan. Masih tiada tenaga untuk bergerak ke sana sini.

"Mak dekat hospital. Mak jatuh pengsan semalam. Nasib baik kami sempat bawa mak. Mak demam panas. Doktor suruh mak berehat," kata Aziq sambil menghulurkan air kepada emaknya.

Puan Salmiah hanya mengangguk kecil lalu meminum air yang diberikan oleh anaknya. Tekak yang haus sudah dibasahi dengan air. Lega sikit rasanya.

"Ayah baru saja pulang. Ayah kena pergi tempat kerja sebab ada hal katanya. Nanti Aziq telefon ayah bagitau kata mak dah sedar," ujar Aziq selepas melihat mata maknya meliar sekeliling seperti sedang mencari sesuatu.

Puan Salmiah tersenyum lalu mengangguk.

"Takpelah. Mungkin ayah kamu sibuk. Janganla diganggunya. Nanti datanglah tu," pesan Puan Salmiah.

Aziq mengangguk tanda faham.

*****

Keesokan harinya, Aziq datang bersama dengan Ellysa selepas Aziq memberitahu yang maknya berada di hospital. Terus diajak Ellysa untuk pergi melawat bersamanya.

"Assalamualaikum mak. Aziq datang ni. Ni ada orang datang melawat sekali," panggil Aziq di luar pintu. Kemudian emaknya menyuruh dia masuk.

"Wah. Ada Ellysa. Marilah duduk. Susah-susah kamu saja datang. Makcik pun dah nak pulang dah," kata Puan Salmiah gembira. Tak sangka bakal menantunya datang melawat.

"Eh makcik. Mana susah pun. Lepas Aziq bagitau saya yang makcik sakit, terus saya ajak. Bukan Aziq paksa saya pun. Saya yang rela hati. Ni saya ada buatkan bubur untuk makcik. Makcik nak rasa ke masakan saya? Takut nanti makcik kata tak sedap pula," kata Ellysa dengan penuh lemah lembut.

"Ish apa kata macam tu. Bukalah. Makcik pun lapar ni," kata Puan Salmiah cuba mengambil hati bakal menantunya.

Ellysa membuka penutup makanan itu lalu menyuap Puan Samiah menggunakan sudu.

"Hm sedapnya Ellysa. Kamu letak santan ye. Sedap! Lemak macam tu," puji Puan Salmiah. Lega hatinya apabila Ellysa pandai memasak. Jadi tak risaulah sangat bila Aziq akan berkahwin dengan Ellysa nanti.

"Alhamdulillah. Terima kasih makcik," ucap Ellysa gembira. Lega kerana Puan Salmiah menyukai masakannya.

"Mulai sekarang panggil mak sahaja. Lepas ni kan dah nak bernikah dengan Aziq. Panggil mak ye sayang?" suruh Puan Salmiah.

Ellysa tersenyum lalu mengangguk.

"Baik mak," kata Ellysa.

"Seronok ye berbual. Okaylah mak. Aziq kena gerak dulu. Ada hal sikit. Ellysa katanya nanti ada orang datang ambil. Jadi Aziq tinggal Ellysa dengan mak la ye," kata Aziq.

Ellysa dan Puan Salmiah mengangguk. Sebelum pulang Aziq bersalaman dengan maknya.

"Balik elok-elok. Saya pun driver dah on the way. Nak balik dah pun. Jom la gerak sekali," kata Ellysa. Aziq mengangguk.

Telefon Ellysa berdering. Ellysa meminta diri untuk menjawab telefonnya. Seminit kemudian Ellysa masuk bersama telefon yang berada di tangannya.

"Er awak baliklah dulu. Saya nak bercakap dengan telefon kejap. Takut saya lambat. Nanti driver saya sampai. Katanya lima minit lagi. Awak pergi dulu okay?" kata Ellysa. Aziq mengangguk lalu beredar.

Aziq berjalan di lobi utama hospital itu menuju ke pintu utama. Namun sedang sibuk dia berjalan tiba-tiba dia didatangi oleh seorang budak. Budak itu memerhatinya tajam.

"Hai adik. Adik buat apa ni?" tanya Aziq sambil menunduk menyamai ketinggian budak itu.

"Nanak aikim," kata budak itu. Budak itu seperti kesusahan untuk mengeluarkan suara.

"Nak aiskrim?" tanya Aziq lagi. Risau kalau dia salah dengar.

Budak itu mengangguk lalu tersenyum. Aziq tersenyum lalu mendukungnya.

"Nama adik apa?" tanya Aziq lagi cuba beramah mesra. Mungkin budak ini sakit. Aziq menuju ke kantin hospital.

"Aiden," kata Aiden kuat. Aziq mengangguk.

"Aiden nak aiskrim coklat ke vanilla? Ke nak aiskrim lain?" tanya Aziq. Aiden berfikir sejenak. Dia meletakkan jarinya di dagu seolah-olah sedang berfikir. Aziq tersenyum. Comel!

"Aiden nanak aikim lat," kata Aiden sambil menunjukkan aiskrim coklat.

Aziq mengangguk lalu membeli aiskrim itu. Selepas selesai dia memberikan kepada Aiden.

"Aiden. Mana ibu? Ayah?" tanya Aziq risau. Risau apabila dia melihat anak kecil itu berkeliaran seorang diri.

Namun Aiden mengabaikan kata-kata Aziq. Dia sibuk menjilat aiskrim coklatnya. Alahai comotnya. Aziq mengeluarkan sapu tangannya lalu mengelap mulut Aiden.

"Aiden. Abang tanya ni. Mana ibu ayah Aiden? Abang risaulah. Nanti orang jahat culik Aiden macam mana?" tanya Aziq.

"Alau orang ahat ulik Aiden, abang kan ada?" kata Aiden dengan senyuman.

Aziq ketawa kecil. Pandai budak ni.

"Dah jom balik. Aiden tinggal dekat mana? Jom abang hantar," kata Aziq. Aiden mengangguk lalu menunjukkan jalan. Di pertengahan jalan, ada seorang jururawat yang meluru ke arahnya.

"Aiden ya Allah," panggil jururawat itu. Aziq menurunkan Aiden lalu menyerahkan Aiden kepada jururawat itu.

"Tadi saya nampak Aiden berjalan seorang-seorang. Jadi saya risau dia merayau. Lepas tanya dia nak aiskrim. Itu yang saya beli. Maaflah ye," kata Aziq sambil menundukkan badannya. Risau kalau dicop jururawat itu dia nak culik budak itu.

"Terima kasih encik. Aiden ni buas sikit. Suka keluar dari biliknya. Mananya kami tak risau. Nasib ada orang macam encik. Lega saya," kata jururawat itu.

"Takpe. Kalau tak keberatan boleh saya tahu Aiden ni sakit apa? Dia macam susah nak bercakap. Dan keadaanya macam sedikit sulit," tanya Aziq.

"Er. Aiden ni pesakit autisme. Itu sajalah yang saya boleh cakap. Saya pergi dulu," kata jururawat itu. Aziq mengangguk tanda memahami.

"Bai abang acak," kata Aiden sambil menunjukkan dua jarinya.

"Bai Aiden," kata Aziq tersenyum.

Aziq terus bergerak keluar dari hospital. Namun dia terserempak pula dengan Athirah.

"Eh Athirah. Awak buat apa kat sini?" tanya Aziq.

Athirah merengus kuat.

"Suka hati akulah nak buat apa. Apa ingat hospital ni bapak kau punya ke? Tak boleh aku datang melawat?" marah Athirah.

Aziq tersenyum kekok. Macam mana dia nak cakap.

"Saya ada nak cakap sesuatu ni," kata Aziq.

"Malas aku nak dengar. Aku sibuk," kata Athirah sebelum beredar. Namun Aziq mengejar Athirah.

"Saya minta maaf atas hal lalu. Saya minta maaf sebab tertampar awak dan tinggikan suara dekat awak," ucap Aziq ikhlas.

"Aku tak perlukan maaf kau. Dan aku tak terima maaf kau. Aku sibuk. Jangan ganggu aku," marah Athirah sambil mendengus kasar. Dia terus beredar dari situ.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro