ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

18 : Marah

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!


"Laporlah! Ada aku kisah. Pengetua tu pon anak anjing aku juga," kata Athirah biadab.

Aziq tergamam dengan kata-kata Athirah. Kenapa perlu begitu kurang ajar?

"Kenapa awak kurang ajar sangat ni? Pengetua tu guru. Guru perlu dihormati. Jaga mulut tu. Cuba beristigfar. Kita perlu hormati orang yang lebih tua dari awak. Awak tahu tak Allah akan murka? Jaga mulut. Jangan biadab. Awak tu perempuan. Tunjukkan imej seorang wanita yang lemah lembut dan sopan," tegur Aziq.

Athirah mengusutkan rambutnya. Rimas.

"Kau diam boleh? Bisinglah. Tahu tak pening kepala aku dibuatnya. Jangan nasihat aku sangat. Semak. Kau pergilah nak buat apa pun. Aku tak kisah! Kau nak lapor dekat pengetua kesayangan kau? Ha pergilah. Kita tengok siapa menang siapa kalah! Aku berani jamin yang pengetua tak akan ambil apa-apa tindakan. Patutlah mak aku benci sangat mak kau. Mak pelacur anak bodoh. Tak perlu acah alim depan aku. Pergi nasihat mak kau tu," kata Athirah, tidak memikirkan perasaan orang lain.

"Saya kata jangan biadab. Dan jangan sabitkan mak saya dalam hal ini. Mak saya bukan pelacur. Awak jangan biadab sangat. Jaga mulut atau saya tampar awak. Awak dah menguji kesabaran saya!" kata Aziq sedikit keras. Dia cuba menahan kemarahannya.

Athirah tersenyum senget. Ingat dia akan kalah?

"Mak pelacur..." ejek Athirah lagi.

Aziq sudah tidak dapat menahan diri. Dia terus menampar pipi Athirah. Mulut lancang! Athirah terkejut dengan tamparan yang diberikan oleh Aziq. Sungguh tidak disangka olehnya. Dia mengaduh kesakitan kerana tamparan yang diberikan agak kuat.

"Kau dengar sini Athirah. Aku dah cakap jangan tuduh mak aku bukan-bukan. Kau tak tahu berdosa ke? Fitnah orang. Aku dah lama bersabar dengan kau! Kau jangan ingat selama ni aku diam aku lemah. Jangan ingat aku boleh bersabar dengan kau sepanjang hidup. Aku pun manusia. Ada hati dan perasaan. Kalau aku mengata dekat mak kau, mesti kau melenting tak tentu pasal. Mesti kau marah. Aku tak kacau mak kau, jadi jangan kacau mak aku. Ingat benda ni. Buka telinga luas-luas... mak aku bukan pelacur. Aku ulang! Mak aku bukan pelacur!"" marah Aziq kuat.

Suara kuat Aziq menyentak Athirah. Jantung Athirah berdebar-debar kerana ketakutan. Baru dia tahu tahap kemarahan lelaki di hadapannya ini. Mukanya turut menjadi pucat. Orang ramai yang memerhati terus diam dek suara Aziq yang kuat. Semua kecut perut apabila Aziq sedang marah.

"Sekali lagi kau mengutuk mak aku... siap aku kerjakan kau. Tak kisahla kau anak sekolah ni, anak menteri atau anak agong sekalipun... mak adalah orang yang paling aku sanjungi. Nak kutuk... sila kutuk aku. Tak perlu kutuk mak aku," kata Aziq sebelum beredar. Boleh nampak perubahan Aziq apabila dia sedang marah. Panggilan saya-awak sudah bertukar.

Athirah menjerit kuat. Dia tak berpuas hati dengan lelaki itu.

"Aah. Kau tunggu Aziq. Kau cari nahas. Kau salah orang! Kau sayang mak kau kan? Kau kuat sebab mak kau kan? Aku tunggu. Aku akan balas dendam!" ujar Athirah sambil menggenggam tangannya. Dia akan pastikan maknya tahu hal ini.

*****

Puan Salmiah membancuh air untuk anaknya yang akan pulang sebentar lagi. Tiba-tiba dia mendengar bunyi pintu yang ditutup kuat. Puan Salmiah beristighfar kerana terkejut.

"Aziq?" panggil Puan Salmiah. Rasanya memang Aziq sebab sekarang memang waktu dia pulang. Tapi kenapa Aziq tutup pintu dengan kuat? Aziq sedang marah? Tak mungkin. Tak pernah dia lihat Aziq marah sebegitu rupa. Ada masalah dekat sekolah ka?

"Aziq," panggil Puan Salmiah lagi. Tapi tidak kuat seperti selalu. Harini dia rasa sedikit penat dan letih. Kurang sihat rasanya. Dia juga ada batuk-batuk sebentar tadi. Musim demam agaknya. Melihat Aziq tidak menyahut, Puan Salmiah risau akan keadaan anaknya. Dia segera naik ke atas untuk melihat keberadaan anaknya itu.

"Sayang. Buka pintu," panggil Puan Salmiah. Namun tiada sahutan daripada Aziq. Puan Salmiah membuka pintu yang tidak berkunci. Kosong. Tiada Aziq di dalam bilik. Puan Salmiah terus pergi ke arah tingkap. Sangkaannya tepat apabila melihat Aziq berada di atas bumbung. Itu merupakan tempat kegemarannya.

"Aziq. Jauh termenung," panggil Puan Salmiah. Aziq tersedar daripada lamunannya.

"Eh mak. Kejap Aziq masuk. Jangan naik sini. Takut jatuh," kata Aziq lalu bergerak masuk ke biliknya semula.

"Kenapa mak?" tanya Aziq.

"Kamu okay ke? Kenapa mak tengok macam kamu ada masalah? Kamu marah dekat siapa?" tanya Puan Salmiah prihatin.

"Macam mana mak tahu Aziq sedang marah?" tanya Aziq pelik.

Puan Salmiah tersenyum.

"Mak yang kandungkan kamu selama sembilan bulan. Mak yang jaga kamu dari kecil sampai besar. Jadi mak tahulah," ujar Puan Salmiah lembut sambil memegang tangan anaknya itu.

Aziq tersenyum nipis lalu menyandar di bahu maknya. Manja! Itulah sifat Aziq.

"Aziq marah dekat Athirah..." kata Aziq.

"Athirah anak Puan Maimunah?" tanya Puan Salmiah lagi.

Aziq mengangguk.

"Dia kata dekat mak pelacur. Jadi Aziq memang tak tahan. Aziq tampar dia dan marah dia. Sakit hati! Aziq pun ada perasaan. Ada hati," kata Aziq.

Puan Salmiah tersenyum. Biarlah dia ada emas sejuta sekalipun tapi yang membahagiakan dia hanyalah Aziq. Anak yang soleh.

"Tak baik tau buat macam tu. Dia tu perempuan. Tak baik tampar dan marah dia. Dia pun ada hati dan perasaan. Nanti pergi minta maaf okay sayang?" pesan Puan Salmiah. Biarlah orang kata kita tapi jangan kita naik tangan. Lawan dengan mulut sudah.

"Tapi mak..."

"Shuh. Biar orang kata dekat kita tapi jangan kita naik tangan. Walau marah macam mana pun... kita jangan naik tangan dekat seorang perempuan. Perempuan ni ada hati yang lembut jadi kita kena jaga. Nanti pergi minta maaf balik ye?" pesan Puan Salmiah.

Aziq mengangguk. Dia memeluk emaknya erat. Dia amat menyayangi emaknya. Emaknya lah satu-satunya orang yang dia sangat sayang.

"Uhuks... uhuks" Batuk Puan Salmiah semakin teruk. Aziq baru sedar yang maknya kurang sihat. Badan maknya juga sedikit panas.

"Mak demam? Jom kita pergi hospital?" tanya Aziq.

Puan Salmiah menggeleng kepala.

"Tak perlulah. Nanti mak makan ubat... kebahlah demam tu. Biasalah tua-tua ni. Tak perlu risau okay?" kata Puan Salmiah sambil bermain-main dengan rambut anaknya.

"Betul ni?" tanya Aziq lagi.

Puan Salmiah mengangguk.

"Dah pergi mandi. Busuk! Lagi satu tak malu ke peluk mak? Tua dah. 17 tahun dah. Nanti kesian Ellysa," seloroh Puan Salmiah. Aziq tersenyum.

"Walaupun Aziq tua sekalipun, Aziq takkan malu peluk mak. Biarlah orang nak kata Aziq ni anak manja atau apa. Mereka tu dengkila tu sebab tak dapat peluk mak hehe," balas Aziq.

Puan Salmiah tersenyum. Tiba-tiba kepalanya rasa berpusing. Dia cuba menahan kesakitan namun hampa. Dia gagal. Puan Salmiah jatuh pengsan dalam dakapan anaknya. Aziq yang terkejut melihat maknya pengsan terus menelefon ayahnya.

"Mak... mak. Jangan tutup mata. Mak. Bangun mak!" panggil Aziq kuat.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro