ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

17 : Tak Adil

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!

Hari ini keputusan ujian saringan akan keluar. Aziq sedikit gementar menanti keputusan. Diharap olehnya namanya akan tersenarai pendek. Cikgu Haryani, selaku guru kelas masuk dengan membawa keputusan ujian.

"Baiklah, harini saya akan paparkan keputusan ujian haritu. Bagi yang tercalon, tahniah dan terus berusaha untuk ujian seterusnya. Yang gagal, jangan berputus asa dan terus mencari universiti yang terbaik," kata Cikgu Haryani sebelum memaparkan satu persatu keputusan ujian saringan haritu.

"Tempat ke seratus, Aziq Fiqrie... tahniah," ucap Cikgu Haryani. Aziq tidak putus-putus mengucapkan syukur. Tak sangka dia tersenarai pendek untuk ujian seterusnya.

"Dan nombor pertama ialah... tahniah Athirah!" ucap Cikgu Haryani sambil tersenyum tipis.

Aziq terkejut dengan keputusan itu. Bukanlah dia nak cakap yang dia sepatutnya dapat tempat pertama, namun keputusan itu agak pelik. Dia memerhati Athirah pada ujian kali itu dan Athirah hanya tidur tanpa menulis apa-apa. Bagaimana dia boleh mendapat tempat pertama? Adakah ini adil?

Disebabkan ketidakpuas hati, Aziq berjumpa dengan Encik Zambri untuk mendapatkan maklumat yang jelas. Something wrong!

"Assalamualaikum tuan." Aziq memberi salam kepada Encik Zambri sebelum masuk ke dalam pejabatnya.

"Waalaikumusalam. Ya ada apa?" tanya Encik Zambri malas-malas. Dia macam tak mahu saja terima kedatangan Aziq. Ada saja benda tak kena.

"Saya nak tanya tentang keputusan ujian," ujar Aziq. Encik Zambri menarik nafas yang dalam. Apa lagi tak kena budak ni? Cukuplah dia tercalon.

"Ada apa? Saya rasa semua dah sedia maklum yang keputusan adalah muktamad. Dan saya rasa awak pun dah tercalon," kata Encik Zambri sambil merenung tajam Aziq.

"Saya tahu keputusan muktamad dan ya memang saya tercalon. Tapi saya agak was-was dengan keputusan tu," kata Aziq jujur.

"Nak was-was apa lagi? Dah terang lagi bersuluh, keputusan tu telus dan benar," sangkal Encik Zambri.

"Saya yang ada dalam dewan peperiksaan dan saya memerhati keadaan sekeliling. Athirah... macam mana dia boleh dapat tempat pertama sedangkan dia tidur? Layakkah dia? Adilkah dia? Macam mana dengan orang lain yang lebih layak. Bukan saya nak cemburu sebab dia dapat tempat pertama dan saya tempat ke seratus... tapi bayangkan! Dia tidur dari awal sampai habis dan tetiba dia dapat tempat pertama," terang Aziq.

Encik Zambri mengeluh kasar. Apa lagi alasan yang dia nak bagi dekat budak ni? Tak habis-habis menyusahkan.

"Macam ni la Aziq. Saya rasa baik awak berputus asa untuk pergi ke universiti itu," ujar Encik Zambri tiba-tiba.

"Apa maksud tuan? Saya tak faham. Apa kaitan ini dengan apa yang saya terang tadi?" tanya Aziq pelik.

"Ini sekolah Athirah. Kamu tahukan? Jadi dia ada hak untuk buat apa sahaja termasuklah keputusan peperiksaan. Kamu ni pelajar baharu... kamu masih tak faham tentang keadaan sekeliling," terang Encik Zambri.

Namun Aziq masih belum dapat tangkap apa yang ingin disampaikan oelh Encik Zambri.

"Sudahlah. Kamu balik. Kamu usahalah ke universiti lain. Dekat Malaysia pun ada belambak. Tak perlu berangan ke luar negara. Tak perlu usaha lebih okay?" kata Encik Zambri sebelum menyuruh Aziq keluar.

Aziq berjalan-jalan di kaki lima sambil memikirkan apa yang ingin disampaikan oleh Encik Zambri. Dia cuba menghadam kata-katanya. Namun dia masih belum dapat menghadamnya sepenuhnya. Dia terus bergerak ke perpustakaan kerana dia sudah berjanji dengan Ellysa untuk berjumpa di situ.

"Assalamualaikum. Maaf saya lewat," kata Aziq sambil duduk bertentangan dengan Ellysa. Mujurlah perpustakaan harini ramai pelajar.

"Waalaikumusalam. Takpe. Awak datang dari mana ni?" tanya Ellysa, tersenyum manis.

"Dari bilik pengetua," kata Aziq lalu mengeluh.

"Kenapa ni?" tanya Ellysa risau.

"Awak dah tengok keputusan peperiksaan tu?" tanya Aziq. Nama Ellysa tidak tercalon dalam seratus nama yang layak. Ellysa sudah kata yang dia tidak mengharapkan namanya tercalon juga.

"Sudah. Tahniah saya ucapkan dekat awak. Awak boleh berusaha lagi! Saya tahu awak boleh," kata Ellysa. Dia mendoakan supaya Aziq mendapat kejayaan di ujian seterusnya.

"Awak tak pelik ke dengan keputusan tu?" tanya Aziq.

Ellysa mengerukan dahi. Apa yang pelik dengan keputusan tu?

"Maksud awak?" tanya Ellysa, tidak faham apa yang disampaikan oleh Aziq.

"Tempat pertama Athirah. Tahu tak saya ni duduk sebelah dia je kat dewan peperiksaan dan dia tidur sepanjang ujian tu. Tapi yang pelik dia dapat tempat pertama. Dan tadi waktu jumpa Encik Zambri pun dia cakap benda pelik. Dia kata Athirah ni berhak buat apa saja dekat sekolah. Siap suruh saya jangan berusaha dan mengharap ke universiti tu," terang Aziq.

Ellysa tersenyum nipis. Ingatkan apa tadi.

"Tak pelik pun. Semua pelajar dah menjangkakan hal ni," kata Ellysa tiba-tiba.

"Hah? Apa yang awak maksudkan. Saya tak faham. Tolong jelaskan," pinta Aziq inginkan penjelasan.

"Benarlah apa yang Encik Zambri tu cakap. Awak tak perlu berusaha keras. Athirah tu boleh buat apa saja yang dia nak termasuklah mengubah keputusan peperiksaan. Mak ayahnya akan pastikan apa saja yang anaknya minta itu dapat. Tak kisahla emas mahupun berlian. Dia boleh mengarah pengetua lagi apatah lagi ubah keputusan ni. Lagi mudah tu. Semua pelajar dah tahu. Semua peperiksaan dan pertandingan dia akan menang. Pasti menang walaupun tak masuk. Pernah suatu ketika dulu, namanya tercalon dalam acara larian. Dia tak datang tapi dapat medal johan," terang Ellysa.

Aziq terkejut. Jadi keputusan tu tak adillah? Dia harus berbuat sesuatu. Dia bingkas bangun lalu mencari Athirah. Nasib menyebelahinya apabila melihat Athirah sedang makan di kantin.

"Athirah... saya nak cakap sikit," kata Aziq sewaktu berdiri di hadapannya. Athirah hanya mengabaikan kata-kata Aziq dan membiarkan sahaja.

"Athirah. Saya nak cakap sikit," kata Aziq sedikit kuat.

"Eh jantan. Kau jangan ganggu aku boleh? Semaklah. Nak apa kau ni," tanya Athirah rimas.

"Awak memanipulasikan keputusan peperiksaan eh?" tanya Aziq.

"Ye," jawab Athirah tanpa rasa bersalah.

"Jadi... ini tak adil. Mana boleh buat macam tu," kata Aziq. Athirah merengus kasar.

"Aku tak kisah. Itupun kau cukup bersyukur aku masukkan nama kau. Kau sebenarnya tak puas hatikan? Mesti kau ingat kau yang dapat tempat pertama? Heh! Jangan harap," kata Athirah.

"Saya akan laporkan dekat pengetua!" tutur Aziq keras.

"Laporlah! Ada aku kisah. Pengetua tu pon anak anjing aku juga," kata Athirah biadab.Β 

Ps : tak sedar tak publish bab ni

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro