ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

15 : Saksi?

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!


🌹🌹🌹

"Encik Zambri Islam atau tak? Puan Maimunah Islam atau tak? Ibu bapa yang lain Islam atau tak?" tanya Puan Salmiah lagi.

Semua orang terdiam.

"Baiklah. Kita akan dengar apa yang Aziq ingin sampaikan. Aziq tolong bela diri sendiri," kata Encik Zambri sambil menundukkan kepala. Malu barangkali.

"Terima kasih mak," kata Aziq sebelum berdiri.

"Okay macam ni. Waktu tu saya dan Ellysa pergi ke kantin untuk makan. Kami order laksa. Waktu tu kuah laksa memang panas dan saya beri dekat Ellysa terlebih dahulu untuk bawa ke meja sementara saya membayarnya. Sewaktu membayar saya dengar tempikan seseorang seperti sedang bergaduh. Pelajar juga sedang berkerumunan. Saya pun pergila tengok. Rupa-rupanya Athirah sedang menarik tudung Ellysa dan dia curahkan kuah laksa yang panas itu dekat muka Ellysa. Kemudian saya cuba menyelamatkan Ellysa. Alkisahnya saya tertolak Athirah. Tapi dalam situasi ini, siapa yang lebih cedera? Ada Athirah cedera?" terang Aziq jujur.

Ibu bapa yang lain mula berbisik sesama sendiri. Puan Maimunah juga agak terkilan namun dia masih bertenang.

"Tipu!" kata Athirah kuat.

"Demi Allah, saya tak tipu. Lagipun kita ada saksi yang ramai. Rakaman CCTV pun ada. Kita boleh periksa," kata Aziq berani.

"Rakaman CCTV hanya merakam awak menolak Athirah sahaja," ujar Encik Zambri sambil memainkan rakaman CCTV. Terpampang adegan pada waktu itu.

"MasyaAllah. Situ saja? Yang sebelum? Jangan kata tuan padam," tebak Aziq. Encik Zambri berdehem.

"Awak nak tuduh saya ke?" tanya Encik Zambri.

"Kalau begitu, kita ada saksi. Kita bawa mereka semua," kata Encik Zul mencelah. Aziq dan Puan Salmiah mengangguk.

"Baiklah. Kita bawa. Saya akan panggil," kata Encik Zambri sebelum menelefon seseorang untuk memanggil mereka.

Sepuluh minit kemudian, seramai lima belas pelajar hadir di dalam bilik mesyuarat itu.

Athirah sudah cuak. Habislah dia kali ni.

"Baiklah. Kamu menjadi saksi pada 10 Mac haritu bukan?" tanya Encik Zambri kepada mereka.

Mereka semua mengangguk.

"Baiklah. Adakah benar Aziq menolak Athirah?" tanya Encik Zambri lagi.

Mereka semua mengangguk.

"Kalau begitu, Aziq tolak Athirah sebab Athirah curah kuah laksa dekat Ellysa?" tanya Encik Zambri lagi.

Mereka semua berpandangan sesama mereka.

"Tolong jujur. Awak semua nampakkan? Athirah buli Ellysa waktu tu," kata Aziq.

Athirah menggigit bibir bawahnya. Matilah dia! Malulah dia nanti!

"Kamu semua?" panggil Encik Zambri.

Mereka semua menggelengkan kepala. Aziq dan Athirah terkejut.

"Apa maksud kamu?" tanya Encik Zambri sambil tersenyum.

"Waktu tu, Ellysa terlanggar Athirah. Athirah tak kata apa-apa cuma suruh dia minta maaf. Tapi Ellysa tak mahu. Athirah pun tak paksa lagi. Tiba-tiba Ellysa curahkan kuah laksa tu dekat muka dia sendiri. Dalam masa yang sama Aziq datang. Dia terus tolak Athirah dan tuduh Athirah macam-macam," cerita salah seorang pelajar di situ.

"Astagfirullah. Awak semua janganlah tipu. Tipu tu berdosa tau. Awak semua tak takut ka Allah akan murka? Apa yang mereka hasut kamu? Adakah mereka beri rasuah?" tanya Aziq. Air matanya mula bertakung.

"Aziq Fiqrie! Berani kamu memburukkan-burukkan orang lain selepas membuat kesalahan. Siapa yang tipu sekarang. Awak atau kami? Awak suruh tunjuk bukti. Kami sudah tunjukkan rakaman CCTV. Kami dah bawa saksi. Sekalipun awak bawa laporan Ellysa, awak tetap bersalah. Awak berdua melawan kami semua. Siapa menang? Sudah. Kamu sudah bersalah. Disebabkan kamu sudah membuat kesalahan begitu, kami akan tetapkan hukuman. Malah saya akan tambah lagi hukuman kerana kamu masih tidak mengaku. Kamu malah memburuk-burukkan saya di hadapan ibu bapa yang lain," marah Encik Zambri.

Puan Maimunah tersenyum puas. Rasakan!

"Tapi Encik Zambri... Puan Maimunah. Melihat rakaman CCTV itu, Aziq hanya menolak Athirah perlahan. Adakah dia mengalami kecederaan sehingga kami perlu membayar kompaun sebanyak itu," kata Encik Zul was-was.

"Hoi jantan. Kau tak payah acah tunjuk pandai. Ni aku bawa dokumen yang mengesahkan Athirah mengalami kecederaan. Aku bawa surat doktor. Lainlah kau orang. Bawa mulut saja. Tambah-tambah bawa pelacur sama. Itu yang anak jadi jahat tu," ujar Puan Maimunah sambil tersenyum sinis.

"Jaga mulut awak tu Maimunah. Jangan sampai aku siat-siat mulut kau," marah Puan Salmiah. Suka hati gelar dia pelacur. Siap pakej kata anak dia jahat.

"Tengoklah ibu bapa semua. Berani pelacur ni nak siat-siat mulut saya. Patutkah?" tanya Puan Maimunah mula menghasut. Athirah yang berada di sisi tersenyum puas melihat mereka semua kalah.

"Takpalah mak. Saya ni ada hati yang baik. Saya tak suka menyekat cita-cita orang. Biarlah dia tu ada mak pelacur ke ayah miskin ke... saya maafkan mereka. Kalau nak denda... suruh bayar kompaun dan buat aktiviti kesukarelawan je la. Tak payah halang Aziq daripada menduduki ujian saringan seterusnya. Biar dia bersaing dengan saya. Lebih menarikkan?" ujar Athirah cuba meraih perhatian semua orang.

Puan Maimunah memandang Athirah pelik. Athirah hanya memberi isyarat mata menyuruh emaknya diam.

"Baik betul Athirah tu. Sanggup dia maafkan mereka,"

"Mulianya hati Athirah,"

"Athirah tu dah la cantik, manis, pandai malah baik hati pula tu. Sanggup maafkan orang lain. Lainlah keluarga tu. Tutup sahaja tapi perangai ke laut,"

Puan Maimunah tersenyum. Ini rupanya sebab Athirah sengaja memaafkan mereka.

"Tengoklah anak saya. Baik sungguh. Kalau saya di tempat dia memang saya takkan maafkan mereka. Malah lebih teruk saya kerjakan. Tapi saya berjaya didik anak saya untuk bersabar, bercakap benar, sentiasa baik dengan semua orang dan paling penting dari keluarga yang baik. Sejuk hati saya," kata Puan Maimunah sambil menyelit sindiran kepada keluarga Aziq.

Aziq, Puan Salmiah dan Encik Zul terdiam. Sudah tidak boleh buat apa lagi. Mereka sudah menutup semua bukti kesalahan. Allahuakbar. Sampai begitu sekali.

"Diam tanda setuju. Aziq sudah mengaku kesalahan. Jadi mesyuarat ini sampai sini sahaja. Saya nak balik dulu," kata Puan Maimunah tiba-tiba.

"Saya cuma nak cakap satu. Fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh. Saya diam bukan tanda setuju akan kesalahan saya dan saya tidak menidakkan kesalahan saya. Saya memang tolak Athirah tapi hanya perlahan dan semua itu bersebab. Bukan sengaja tolak. Saya terima apa saja bentuk hukuman tapi tolong jangan ganggu keluarga saya. Tolong tolak hukuman berbentuk wang. Keluarga kami susah," kata Aziq cuba menarik nafas sedalam-dalam mungkin.

"Ada nampak muka aku kesah? Tak kan. Do I care? Lagi satu... kalau tahu miskin... kenapa pindah sini? Banyak pula duit kau orang. Oh lupa. Anak pelacurkan. Mesti melacur untuk dapatkan duit. Okayla aku cau dulu," kata Puan Maimunah sambil tersenyum sinis.

"Astagfirullah," ucap mereka sekeluarga serentak.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro