ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

14 : Puan Salmiah

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!

🌹🌹🌹

Ellysa membuka mata perlahan-lahan. Sakitnya masih dapat dirasakan olehnya. Dia perlahan-lahan bangun dari tidurnya. Dia melihat sekeliling. Dia berada di hospital?

"Eh dah bangun. Maaf saya tadi saya pergi beli makanan. Mesti awak lapar kan?" tutur Aziq sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Ellysa.

Ellysa tersenyum.

"Macam mana saya ada dekat sini?" tanya Ellysa sambil cuba mengingat perkara yang berlaku tadi.

"Oh... lepas awak pengsan saya er... maaf... saya angkat awak. Sebab waktu tu saya panik sangat. Saya angkat ke ruang sakit dekat blok A dan terus telefon ambulans. Nasib baik saya cepat bertindak. Pipi awak cuma melecur sedikit tapi nanti akan okay. Lepas sapu ubat InsyaAllah akan pulih. Hm dahla. Mesti awak lapar kan? Tadi mama papa awak datang tapi awak masih belum sedar. Nek Wan pun ada datang. Dia pesan suruh jaga awak baik-baik," ujar Aziq sambil meletakkan makanan yang dibeli di atas meja. Tangannya membuat kerja manakala mulutnya berbunyi.

"Terima kasih sebab jaga saya dan belikan makanan. Saya memang lapar ni," kata Ellysa malu. Malu oi! Macam tak makan sebulan.

"Sama-sama. Nah makan nasi ayam. Saya tahu awak suka makan nasi ayam kan? Nek Wan ada bagitau tadi. Makanlah... saya suapkan nak?" kata Aziq. Dia mengambil sudu lalu disuakan ke mulut Ellysa.

Ellysa mengangguk segan. Dia agak malu dengan cara layanan Aziq. Sweet!

Aziq pun tidak tahu dari mana dia dapat keberanian sebegitu. Entahlah.

*

*

*

Seminggu kemudian, Ellysa sudah pulih sepenuhnya. Ellysa datang ke sekolah seperti biasa pada hari itu. Aziq turut bersama-sama dengannya. Di dalam kelas, Aziq sibuk mengulang kaji pelajarannya. Namun, tidak sampai 15 minit dia mengulangkaji, seseorang memanggilnya.

"Aziq... pengetua nak jumpa kau. Dekat bilik mesyuarat," tutur Adam, rakan sekelasnya.

Aziq mengangguk lalu mengucapkan terima kasih kepada Adam. Aziq terus berjalan ke bilik mesyuarat seperti yang dikatakan oleh Adam. Bilik mesyuarat berada di blok C berhadapan dengan kantin. Sebelum dia masuk, kelihatan banyak kereta tersidai di parkir ibu bapa. Ada perjumpaan ka? Aziq mengetuk pintu lalu memberi salam. Selepas dibenarkan masuk, Aziq terus membuka pintu.

Aziq terkejut apabila melihat Athirah, makcik yang melanggarnya haritu, beberapa guru dan ibu bapa pelajar yang lain.

"Masuk Aziq. Sila duduk di situ," arah Encik Zambri. Aziq mengangguk lalu duduk di hadapannya.

"Baiklah. Kita teruskan dengan agenda kita. Aziq... kamu ada apa-apa nak cakap?" tanya Encik Zambri.

Aziq mengerutkan dahi. Nak cakap apa? Dia pun tak tahu kenapa dia dipanggil.

"Maaf tuan. Saya tak faham apa yang tuan cuba maksudkan. Saya nak cakap apa?" tanya Aziq keliru.

"Pada 10 Mac... kamu telah menolak seseorang bukan di kantin?" tanya Encik Zambri dengan renungan yang tajam.

Aziq terdiam. Dia cuba mengingati kembali pada hari kejadian.

"Kau ni memang tak pernah rasa malu ke? Kenapa kau selalu menyemak? Kenapa kau selalu menganggu aku? Tudung kau ni... tak rimas ke? Buang sajalah. Tak payah sembunyikan kejahatan tu dengan pakai tudung labuh ni," tengking Athirah kuat. Dia geram dengan sikap Ellysa itu.

"Aku tak kacau kau pun kan?" balas Ellysa.

"Oh melawan. Rasakan ni," marah Athirah lalu menendang perut Ellysa kuat. Dia kemudian menuang kuah laksa yang panas ke muka Ellysa. Puas hatinya melihat suara teriakan Ellysa.

"Athirah! Kau jangan melampau," marah Aziq lalu menolak Athirah. Athirah jatuh tergolek. Orang ramai mula meletuskan tawa melihat Athirah. Athirah berang lalu menghentakkan kakinya. Dia terus beredar dari situ.

Oh ya. Dia ada menolak Athirah. Tapi dia tolak perlahan saja dan rasanya dia tidak ada luka yang teruk seperti Ellysa. Lagipun Ellysa yang dibuli.

"Dah ingat ka bodoh?" tengking Puan Maimunah geram. Berani lelaki itu menolak anak kesayangannya?

"Astagfirullah. Sabar puan. Tak perlu nak membodohkan saya," tegur Aziq dengan baik.

"Kau tak payah acah alim la Aziq. Kau tolak aku. Kau tak sedar ka? Berani pula kau menjawab dengan mak aku. Biadab!" kata Athirah yang berada di sisi Puan Maimunah.

"Tengoklah para ibu bapa. Lihat betapa biadabnya anak ini. Patutkah dia ada dekat sini? Memang tak layakla," kata Puan Maimunah kepada ibu bapa yang lain.

Aziq terdiam. Adakah mereka tidak sedar yang sebentar tadi Puan Maimunah ada menyebut perkataan bodoh? Jadi sapa yang biadab?

"Aziq... berani kamu biadab! Saya sudah telefon mak ayah kamu. Tunggu mak ayah kamu dulu. Kita akan sambung perbincangan ni," kata Encik Zambri.

Aziq menggelengkan kepala. Kenapa perlu libatkan mak ayahnya? 10 minit kemudian, mak ayahnya tiba.

Saat emaknya masuk, Puan Maimunah terkejut.

"Salmiah?" panggil Puan Maimunah kuat.

Puan Salmiah melihat orang yang memanggilnya. Dia cuba mengecam siapakah gerangan itu.

"Maimunah? Kau ke?" tanya Puan Salmiah.

"Oh patutlah anak biadab. Rupanya anak pelacur. Huh!" sindir Puan Maimunah.

"Astagfirullah. Bila masa pula aku melacur. Kau masih belum moveon dengan peristiwa lepas ke? Kau masih sama seperti dulu. Biadab. Mulut lancang!" ujar Puan Salmiah geram.

"Sayang... sabar. Kita datang nak selesaikan masalah anak kita," kata Encik Zul cuba menenangkan isterinya.

Puan Salmiah mengangguk lalu duduk di sebelah anaknya. Dia memeluk anaknya itu rapat.

"Memandangkan mak ayah Aziq sudah datang... kita teruskan. Baiklah encik... puan... kami nak beritahu sesuatu. Anak encik dan puan menolak seseorang pada 10 Mac di kantin. Jadi kami semua sepakat untuk membuat mesyuarat untuk membincangkan perkara ini. Disebabkan Aziq melakukan keganasan, kami mahu denda dia. Kami sudah sepakat untuk tidak membenarkan Aziq mengikuti ujian kelayakan ke univerisiti sekiranya dia layak. Kami juga akan menyuruh dia membuat kerja sukarelawan selama sebulan dan encik dan puan perlu membayar pampasan sebanyak RM10,000" terang Encik Zambri.

Aziq terkejut dengan denda tersebut. Dia langsung tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Tapi saya belum bela diri lagi? Kenapa perlu denda seperti itu. Sudahkah tuan siasat perkara ini sebaik mungkin?" tanya Aziq. Puan Salmiah dan Encik Zul mengangguk.

"Kamu tak perlu bela diri. Sudah terbukti kamu bersalah," terang Encik Zambri ringkas.

Puan Maimunah tersenyum puas.

"Biar saya cakap sekejap. Dalam Islam pun bagitau yang bila ada perkara begini... perlu adil dan saksama. Perlu dengar kedua-dua pihak. Tidak boleh menerus memberi hukuman kepada pesalah. Adakah kamu semua Islam? Mengaku sekarang.Islam atau tak? Saya tanya?" kata Puan Salmiah kuat. Semua orang terdiam.

"Encik Zambri Islam atau tak? Puan Maimunah Islam atau tak? Ibu bapa yang lain Islam atau tak?" tanya Puan Salmiah lagi.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro