ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

13 : Ujian

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!

🌹🌹🌹

Ujian pertama untuk melayakkan diri ke University of Oxford menjelang tiba. Semua orang yang ingin masuk ke universiti itu berusaha bersungguh-sungguh. Ujian ini hanyalah sekadar saringan pertama sebelum berlaku saringan kedua dan ketiga untuk melayakkan diri ke universiti terkemuka itu.

Aziq sudah bersiap pada pagi itu. Dia tidak pernah putus berdoa kepada-Nya supaya ujian itu berjalan dengan lancar. Aziq melihat sekeliling lalu terpandang Athirah. Begitu juga dengan Athirah yang terpandang Aziq. Mata mereka saling bertembung. Athirah terus membuat muka menjengkelkan.

"Baiklah... sudah sedia maklum. Sekolah kita akan menghantar hanya seorang sahaja ke universiti yang semua orang impikan untuk masuk, iaitu University of Oxford. Jadi, ujian ini dilakukan untuk menyaring semua pelajar yang layak. Seramai seratus orang yang mendapat markah tertinggi akan berjaya ke ujian seterusnya. Cikgu harap kamu sudah bersedia. Kami akan mengedarkan soalan," terang Cikgu Haryani dengan jelas.

Aziq mengangguk-angguk tanda faham. Selepas dia mendapat soalan, dia terus mengisi maklumat yang diperlukan. Masa menjawab kini tiba. Aziq memandang sekilas sekelilingnya. Dia lihat Athirah sedang tidur? Biar benar? Bukankah perempuan itu mahu masuk ke universiti itu? Aziq malas mahu melayan kerana masa itu sangat dihargai.

Aziq menjawab soalan itu dengan penuh tekan. Masa yang tinggal berbaki sejam lagi. Aziq memandang semula meja Athirah. Dia terkejut apabila melihat Athirah masih tidur. Pengawas peperiksaan yang ada tidak juga mengejutkan dia. Disebabkan kasihan, Aziq cuba memanggil dia dengan perlahan. Kalau tertangkap, memang naya dia.

"Pss. Athirah. Bangun la oi. Masa ada sejam lagi" panggil Aziq perlahan. Matanya tidak lekang memandang pengawas peperiksaan. Nasib baik meja dia dengan Athirah hanya bersebelahan.

Athirah yang rasa terganggu dengan Aziq rasa menyampah. Tidurnya rasa terganggu. Athirah menjegilkan matanya sebesar-besar yang boleh.

"Kau kenapa? Bisinglah," kata Athirah perlahan.

"Jangan tidur. Masa menjawab tinggal sejam lagi," pesan Aziq risau.

"Tak payah menyibuk hal aku. Kau jawab diam-diam," marah Athirah lalu menyambung tidurnya.

Aziq menggeleng kepalanya. Biarlah. Dia sudah panggil. Aziq menghabiskan baki soalannya dengan tenang. Alhamdulillah, ujian itu agak mudah kerana dia sudah mengulangkajinya. Tiba-tiba dia teringatkan Ellysa. Luahan yang keluar dari mulut Ellysa membuatkan dia terkaku sebentar. Aziq pada ketika itu bagai berada di dunia yang tersendiri.

Flashback

Selepas meluahkan perasaannya, Nek Wan memanggil Ellysa. Ellysa datang dengan dulang yang berisi air.

"Ellysa... dudukla dulu," suruh Nek Wan. Ellysa mengangguk lalu duduk di sebelah neneknya.

"Kenapa Nek Wan? Ada apa?" tanya Ellysa.

"Nek Wan nak tanya kamu. Kamu jujur ya. Jangan malu-malu," ujar Nek Wan dengan senyuman tuanya.

"InsyaAllah. Apa Nek Wan?" tanya Ellysa. Dia menggigit bibir bawahhnya. Bimbang dan teruja dengan soalan yang ingin ditanya.

"Kamu suka Aziq?" tanya Nek Wan terus. Aziq di hadapannya tertunduk malu. Muka Ellysa mula kemerahan.

"Ish apa ni Nek Wan," marah Ellysa sambil memegang pipinya.

"Tak perlu nak malu sangat. Nek Wan tanya... kamu suka Aziq tak?" tanya Nek Wan sekali lagi.

Ellysa mengangguk perlahan-lahan. Selepas itu dia mula menekup mukanya. Malu oi! Ada pula neneknya tanya di depan Aziq?

Aziq juga tersenyum kekok. Mukanya juga sudah bertukar warna. Alahai segannya dia. Mana dia nak letak muka?

"Nek Wan ni... apa tanya macam tu depan Aziq. Malulah Ellysa," marah Ellysa.

"Nak malu apa? Waktu Tok Wan kamu tu lamar Nek Wan... takdak rasa malu dah pun. Dah suka... katakan saja. Nanti kalau disambar orang, menangis tak berlagu. Padan muka!" kata Nek Wan dengan tawa yang kecil.

End Flashback

Aziq tersenyum ringkas. Tak sangka Ellysa juga menaruh perasaan kepada dia. Jadi dia tidak pernah bertepuk sebelah tangan? Lagipun ini pertama kali dia jatuh cinta. Dia tidak pernah jatuh cinta memandangkan sekolah tahfiznya hanyalah lelaki. Takkan dia nak suka dekat lelaki pula kan? Rupanya inilah perasaan jatuh cinta.

"Masa menjawab tinggal 15 minit lagi," laung pengawas peperiksaan. Aziq mengucap lalu menggelengkan kepala. Sudah jauh dia termenung. Dia masih memerhatikan Athirah yang nyenyak tidur. Bagaimanalah keputusannya nanti?

15 minit berlalu dengan pantas. Masa menjawab sudah tamat. Setelah selesai pengawas peperiksaan mengutip kertas, Athirah terus bangun dan mengambil begnya lalu beredar tanpa mengucapkan terima kasih kepada pengawas peperiksaan.

*

*

*

Aziq berjumpa dengan Ellysa di kantin. Walaupun perasaan malunya masih ada tapi mereka tetap berjumpa.

"Macam mana? Boleh jawab?" tanya Aziq memulakan interaksi.

"Alhamdulillah bolehla. InsyAllah kalau ada rezeki... adalah," kata Ellysa tersenyum kelat.

"Jom pergi beli makanan?" ajak Aziq. Ellysa mengangguk. Dia menyuruh Anisa dan Syafiq untuk menunggu mereka.

"Nak makan apa?" tanya Aziq ringkas. Ellysa berfikir sejenak sebelum memberitahu Aziq.

"Nak laksalah. Lama betul tak makan," pesan Ellysa. Aziq mengangguk. Dia terus memesan laksa kepada makcik kantin. Selepas siap, Aziq memberikan laksa itu kepada Ellysa. Ellysa memegangnya dengan berhati-hati kerana kuahnya agak panas.

Aziq kemudian membayarkan laksa itu menggunakan duitnya. Barulah nampak gentleman.

Namun tiba-tiba suasana kantin menjadi hingar bingar. Mereka berkerumun di satu tempat sambil berbisikan. Aziq yang berasa tidak sedap hati terus menyelusup ke kerumunan itu. Dia terkejut apabila melihat Athirah sedang bergaduh dengan Ellysa.

"Kau ni memang tak pernah rasa malu ke? Kenapa kau selalu menyemak? Kenapa kau selalu menganggu aku? Tudung kau ni... tak rimas ke? Buang sajalah. Tak payah sembunyikan kejahatan tu dengan pakai tudung labuh ni," tengking Athirah kuat. Dia geram dengan sikap Ellysa itu.

"Aku tak kacau kau pun kan?" balas Ellysa.

"Oh melawan. Rasakan ni," marah Athirah lalu menendang perut Ellysa kuat. Dia kemudian menuang kuah laksa yang panas ke muka Ellysa. Puas hatinya melihat suara teriakan Ellysa.

"Athirah! Kau jangan melampau," marah Aziq lalu menolak Athirah. Athirah jatuh tergolek. Orang ramai mula meletuskan tawa melihat Athirah. Athirah berang lalu menghentakkan kakinya. Dia terus beredar dari situ.

"Awak tak apa-apa?" tanya Aziq dalam kelam kabut. Soalan yang ditanya pun!

"Aziq..." panggil Ellysa lemah lalu dia rebah disamping Aziq. Aziq terus mengangkat Ellysa ke ruang sakit. Dia tidak putus-putus untuk berdoa agar Ellysa terselamat.

"Kau tunggu Aziq!" kata Athirah yang sedang marah. Siap dia kerjakan!

🌹🌹🌹

Vote, Komen and Share! Thankyou sebab sudi baca hehe

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro