12 : Jawapan
πππππππππππ ππππππ
π¨π½ππππ πππ πππππππ’ππ ππππ-ππππ "ππππππ πππππ" π’πππ πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππ. π±πππππ πππππ ππ ππππππππππ ππππ.
ππΊππππ πππππ πππ ππππ πππ’π ππππππππ ππππ ππ πππ
β¨π πππ π²ππππππ πππ πππππ
ππ·ππππ’ πππππππ!
πΉπΉπΉ
Punat remote ditekan oleh Aziq. Namun fikirannya melayang-layang di awangan. Kalau orang tengok dia sekarang ni, pasti mereka akan mengatakan yang dia seperti mati bini. Walaupun jasadnya di dunia nyata, namun rohnya sedang melayang-layang.
Rancangan 'Running Man' yang ditayangkan di kaca televisyen hanya tersiar begitu saja. Gelak ketawa ahli member 'Running Man' tidak dihiraukan oleh Aziq. Tidak tahu sama ada dia membuat keputusan yang benar atau salah. Adakah dia membuat keputusan dari hatinya atau orang lain.
Kata-kata Nek Wan masih terngiang-ngiang dalam kepalanya.
Flashback
"Kamu suka Ellysa?" tanya Nek Wan terus tanpa berselindung.
Soalan Nek Wan membuatkan Aziq terkaku.
"Saya... saya tak tau. Saya tak tahu perasaan saya," jawab Aziq keliru. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya dekat Ellysa.
Waktu pertama kali melihat Ellysa, kecantikan Ellysa sudah membuatkan jantungnya berdegup. Selepas Ellysa berhijab, jantungnya lagi berdegup. Bukan hanya disebabkan kecantikannya, malah disebabkan hati budinya yang sangat baik. Ellysa malah sentiasa mahu belajar dan belajar dengan lebih mendalam tentang Islam. Hatinya makin terbuka untuk menerima Ellysa. Namun tidak tahu adakah itu perasaan cinta atau hanya sekadar permainan perasaan.
"Nek Wan harap kamu dapat terima dia. Dia perlukan bimbingan. Nek Wan tak kisah latar belakang kamu. Yang Nek Wan tahu, kamu mempunyai hati yang sangat baik. Nek Wan dah tua. Nek Wan sudah tiada suami di sisi. Nek Wan cuma nak timang cucu. Harap kamu boleh cepat nikah dengan dia," ujar Nek Wan bersungguh-sungguh.
Lidah Aziq kelu. Dia masih dalam dilema.
"Kan lebih mudah jika kamu ada hubungan rasmi dan halal? Bolehlah kamu jaga dia... bolehlah kamu berdua duduk sekali. Kan tak manis kalau kamu berdua saja? Tapi Nek Wan tak akan paksa kamu untuk terima Ellysa. Nek Wan tahu... Ellysa tak sempurna seperti wanita idaman kamu," tutur Nek Wan dengan senyuman kelat. Mungkin hampa kerana Aziq tidak dapat meluahkan perasaannya.
"Saya... sebenarnya ada juga perasaan dekat Ellysa. Cuma saya tak berani untuk luah," kata Aziq jujur.
"Hahaha. Nek Wan tahu kamu suka dekat cucu Nek Wan. Jangan risau... nanti bawa mak ayah kamu datang jumpa Nek Wan. Nek Wan akan aturkan semua. Kalau boleh... sebelum kamu SPM. Bolehlah kamu pergi sekolah sama-sama... belajar sama-sama. Cucu Nek Wan tu pon bukan pandai sangat. Aziq duk kelas pertama kan? Bolehlah bantu. Nanti bagitau mak ayah okay?" kata Nek Wan dengan hati berbunga-bunga. Tidak sabar untuk melihat cucu tunggalnya itu berumah tangga.
"InsyaAllah," ujar Aziq tersenyum manis. Cuma dia buntu sedikit. Bagaimana dia ingin memberitahu mak ayahnya?
End Flashback
Fikiran Aziq masih melayang. Dia buntu akal bagaimana dia ingin memberitahu mak ayahnya. Namun lamunan dia terbantut disebabkan suara maknya.
"Hai Aziq. Jauh termenung. Jarang-jarang kamu termenung begitu. Selalu mak panggil kamu sekali saja menyahut. Ini mak panggil kamu dah tiga kali... tak menyahut. Ingatkan tidur... rupanya mengelamun," tegur Puan Salmiah.
"Eh mak. Maaf. Mak nak suruh Aziq buat apa?" tanya Aziq tersengih. Dia menggaru-garu kepalanya.
"Hm takde apalah. Yang kamu termenung tu kenapa? Ingatkan siapa?" tanya Puan Salmiah.
Aziq menggigit bibir bawahnya. Macam mana dia nak cerita? Nanti dicop maknya yang dia ni gatal mampus. Aziq menutup televisyen lalu duduk melutut di hadapannya maknya. Puan Salmiah memandang pelik dengan sikap anak tunggalnya itu. Dari tadi macam ada masalah.
"Ayah mana? Boleh panggil ayah? Aziq nak cakap sesuatu," ujar Aziq sambil bermain dengan jarinya. Mungkin resah.
"Paknya oi. Tengah membaca ka tu? Mai sat. Anak awak nak cakap sesuatu ni," panggil Puan Salmiah kuat. Aziq ketawa sekilas. Lucu dengan cara emaknya memanggil ayahnya.
Selepas tiga minit, ayahnya datang. Dia mengambil duduk di sebelah isterinya. Dicium sekilas pipi Puan Salmiah. Puan Salmiah menampar lembut bahu suaminya itu.
"Ish abang ni. Apahal? Anaknya tu ada depan mata. Malulah!" marah Puan Salmiah.
Encik Zul ketawa mengekek. Seronok dia mengusik isterinya. Aziq hanya mampu tersenyum. Seronok dia melihat mak dan ayahnya bahagia.
"Ha Aziq. Ada apa? Macam penting saja," tanya Encik Zul sambil mengambil minuman yang dibuat oleh Puan Salmiah. Ditiup sebentar lalu dihirup perlahan. Aroma kopi buatan isterinya memang harum. Kopi yang dibancuh khas.
"Aziq... Aziq nak..." kata Aziq tergantung. Dia sebenarnya risau dengan reaksi mak ayahnya. Takut nanti mak ayahnya jatuh pengsan. Mampus dia!
"Nak apa? Nak kawin?" tanya Puan Salmiah dalam nada gurauan. Encik Zul turut terhibur dengan kata-kata isterinya.
"Betul. Aziq nak kawin," kata Aziq sekilas. Dia memejam mata. Takut untuk membukanya.
"Apa?" jerit Puan Salmiah dan Encik Zul serentak. Bagai nak luruh jantung mereka selepas mendengar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Benarkah apa yang mereka dengar? Atau mereka berada dalam mimpi?
"Kamu cakap apa tadi?" tanya Encik Zul mula serius.
"Aziq... Aziq nak kawin," ujar Aziq takut-takut.
"Tapi kenapa? Maksud mak... kenapa tiba-tiba?" tanya Puan Salmiah.
"Aziq cintakan dia. Jadi Aziq taknak terlambat. Lagipun kami selalu berdua. Risau orang tabur fitnah. Lagipun Aziq ikhlas kahwini dia. Aziq cintakan dia dan dia pun cintakan Aziq. Tak salah kan? Memang Aziq baru berusia 17 tahun tapi kami tak mahu orang pandang serong. Jadi baik Aziq halalkan ikatan ini," terang Aziq bersungguh-sungguh.
"Aziq... pernikahan bukan main-main tau. Saat Aziq sudah bergelar suami, tanggungjawab Aziq sangat berat. Mak tak mahu kamu menyesal nanti. Mak tahu kamu sudah lengkap dengan ilmu agama tapi kamu tak rasa muda ka? Kot ya pun... habis SPM bolehlah. Umur kamu pun sudah cecah 18 tahun. Nampaklah matang sedikit. Nanti apa kata orang. Nikah di usia muda," cadang Puan Salmiah sambil menitipkan nasihat.
"Kalau begitu... Aziq setuju. Boleh kami bertunang dahulu? Lebih baik begitukan? Nanti ayah dan mak pergi jumpa keluarga Ellysa ya," kata Aziq. Lega sedikit hatinya apabila melihat reaksi positif dari mak dan ayahnya.
"Kalau kamu sudah fikir masak-masak... ayah dan mak setuju. Nanti kami akan pergi berbincang. Sudah... pergi masuk tidur. Esok ada peperiksaan kan?" tanya Encik Zul.
Aziq mengangguk lalu bersalaman dengan mak dan ayahnya. Sebelum beredar sempat dia bercium pipi dengan mereka. Setelah Aziq pergi, Puan Salmiah terus membuka mulut.
"Tak sangka anak kita nak akhiri zaman bujangnya," kata Puan Salmiah sambil tersenyum.
"Bagus juga dia nak nikah. Kita pun dah tua. Dah patut ada cucu dah. Sudahlah Aziq tu hanya satu-satunya anak kita. Tak apalah... janji mereka saling mencintai," ujar Encik Zul sambil perlahan-lahan melentokkan kepalanya di bahu isterinya.
"Abang tak payah mengada. Saya suruh tidur luar nanti. Yang miang sangat dah kenapa!" marah Puan Salmiah. Encil Zul ketawa mengekek selepas mengacau isterinya.
β€β€β€
Vote, Komen and Share!
BαΊ‘n Δang Δα»c truyα»n trΓͺn: Truyen247.Pro