ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

11 : Soalan Cepumas!

πŸ’–ππ„π‘πˆππ†π€π“π€π πŒπ„π’π‘π€πŸ’–

πŸš¨π™½πš˜πšŸπšŽπš• πš’πš—πš’ πš–πšŽπš–πš™πšžπš—πš’πšŠπš’ πš”πšŠπšπšŠ-πš”πšŠπšπšŠ "πš”πšžπš›πšŠπš—πš πšœπš˜πš™πšŠπš—" πš’πšŠπš—πš πšπšŠπš” πš™πšŠπšπšžπš πšπš’πš™πšŽπš•πšŠπš“πšŠπš›πš’ πš˜πš•πšŽπš‘ πšŠπš—πšπšŠ. π™±πšŠπšŒπšŠπšŠπš— πšπš’πš‹πšŠπš πšŠπš‘ πšπšŠπš—πšπšπšžπš—πšπšŠπš— πšŠπš—πšπšŠ.

πŸ‘Œπ™Ίπš•πš’πšœπšŽ πšπšŽπšπšŠπš™ 𝚊𝚍𝚊 πšπšŠπš™πš’ 𝚜𝚊𝚒𝚊 πš“πšŠπš—πš“πš’πš”πšŠπš— πš™πš•πš˜πš πšπš πš’πšœπš

βœ¨πš…πš˜πšπšŽ π™²πš˜πš–πš–πšŽπš—πš πšŠπš—πš πš‚πš‘πšŠπš›πšŽ

πŸ’•π™·πšŠπš™πš™πš’ πš›πšŽπšŠπšπš’πš—πš!


🌹🌹🌹

Aziq keluar dari tandas selepas membersihkan lukanya. Namun bekas luka itu masih ada. Dia kemudian membawa diri ke surau kerana dia sudah berjanji untuk membaca Al-Quran bersama-sama dengan Ellysa. Sampai sahaja di sana dia mengambil wuduk dan mengambil Al-Quran lalu duduk dengan orang ramai yang berada di situ.

*

*

*

"Alhamdulillah, selesai bacaan kita harini. Terima kasih Ellysa kerana memberi idea yang bernas ini. Terima kasih. Ustazah pergi dahulu," ucap Ustazah Azmah lalu beredar dari situ. Beberapa pelajar lain juga turut beredar. Begitu juga dengan Aziq dan Ellysa.

"Rupanya awak yang beri idea ni. Alhamdulillah. Baguslah! Gembira saya dapat kawan seperti awak," ucap Aziq ikhlas.

"Alhamdulillah. Eh kejap... kenapa dengan bibir awak? Kenapa nampak macam luka?" tanya Ellysa risau. Dia mengeluarkan plaster yang ada di dalam begnya lalu diserahkan kepada Aziq.

"Nah pakai ni,"

"Terima kasih," ucap Aziq. Dia terus melekatkan plaster berhampiran bibirnya.

"Sama-sama. Awak belum bagitau saya kenapa luka tu," tanya Ellysa. Riak mukanya jelas menunjukkan dia risau.

"Takdak apa-apalah. Pagi tadi saya terjatuh dan terluka. Awak jangan risau. Saya okay," kata Aziq. Ellysa hanya mengangguk. Malas dia ingin bertanya lanjut.

"Erm... awak. Petang ni awak free tak?" tanya Ellysa.

"Free. Kenapa?" tanya Aziq pelik. Tak pernah-pernah Ellysa tanya begitu.

"Jom study rumah saya nak? Saya ajak Anisa dan Syafiq. Jomla. Mak ayah saya pun ada. Jomla... saya kenalkan awak dengan mak ayah saya," ajak Ellysa.

Aziq berfikir sejenak. Boleh juga memandangkan dia pun takdak apa-apa petang ni.

"Hm bolehla," kata Aziq sambil tersenyum.

Ellysa bersorak kegembiraan dan kemudian mereka ketawa bersama-sama.

*

*

*

Petang itu seperti dirancang, Aziq pergi ke rumah Ellysa. Saat dia pergi memang dia agak tergamam. Rumah Ellysa sangat besar. Lebih kurang besar rumah Athirah.

"Aziq... masuklah," ajak Ellysa.

Aziq mengangguk selepas memberi salam. Sekali lagi Aziq tergamam. Sungguh cantik hiasan dalaman dalam rumah ini. Semua sudut dipenuhi dengan barang-barang perhiasan yang mahal.

"Awak... tutup mulut tu. Nanti masuk lalat. Hehe," usik Ellysa.

Aziq menggaru-garu kepalanya tanda malu. Alahai Aziq! Apa kau buat ni!

"Jom la. Anisa dan Syafiq dah ada dekat atas. Sebelum tu jom kita jumpa mak ayah saya. Jangan risau... mak ayah saya orang baik-baik," kata Ellysa sebelum menunjukkan jalan.

Aziq mengangguk lalu mengikuti langkah Ellysa. Akhirnya dia berjumpa dengan mak ayah Ellysa.

"Mama... papa... kenalkan ini Aziq. Lelaki yang Ellysa selalu ceritakan tu," tegur Ellysa sambil berpelukan dengan emaknya.

"Oh inilah Aziq. Duduk la sayang," arah Datin Rozita mesra.

Aziq terus duduk sopan di hadapan Datin Rozita. Sebelum dia duduk, dia sempat bersalaman dengan Dato Sharif, papa Ellysa.

"Inilah lelaki yang berjaya buatkan anak papa berubah sedemikian?" usik Dato Sharif kepada anaknya itu.

Ellysa malu-malu kucing. Ish apa papa ni!

"Papa ni! Malulah Ellysa," kata Ellysa. Dia mencebik muka.

"Sudahla papa kamu pun. Aziq... minumla air ni," pelawa Datin Rozita. Sejuk hatinya melihat lelaki di hadapannya ini.

"Terima kasih puan, tuan." ucap Aziq ringkas.

"Eh nenek. Duduklah," panggil Ellysa selepas melihat neneknya datang.

"Aziq... perkenalkan ini nenek saya. Nenek... ini Aziq." Ellysa memperkenalkan Aziq dan neneknya masing-masing.

Aziq tersenyum lalu tunduk untuk menyalami nenek Ellysa.

"Panggil saja Nek Wan," kata Nek Wan tersenyum. Walaupun sudah dimamah usia, namun Nek Wan masih cantik.

"Jujur saya cakap. Nek Wan sangat cantik walaupun dah berusia. Apa rahsia Nek Wan?" tanya Aziq.

"Ish kamu ni. Janganlah macam ni. Puji Nek Wan pula," kata Nek Wan malu.

Ellysa, Datin Rozita dan Dato Sharif yang melihat itu terus tersenyum. Bukan mudah untuk Nek Wan tersenyum.

"Kamu dulu belajar dekat mana? Apa hobi kamu?" tanya Nek Wan ingin tahu.

"Ish apa ni mak. Aziq tu datang sini nak belajar bukan ditemu ramah," tegur Datin Rozita.

"Eh takpa puan. Saya tak kisah," kata Aziq perlahan.

"Ala... Nek Wan nak tahu pasal kamu saja. Bukan apa pun," kata Nek Wan sambil merenung Aziq.

Aziq mengangguk.

"Aziq dulu belajar dekat sekolah tahfiz. Lama juga sebelum berpindah dekat sini sebab ayah dapat kerja dekat sini. Hobi saya ye Nek Wan? Saya suka menanam. Selain menanam, saya suka la masak-masak sikit hehe. Itupun mak saya yang ajar. Tapi paling suka, saya suka membaca. Seronok membaca ni. Selain dapat tambah ilmu, Aziq dapat mempelajari banyak perkara," cerita Aziq.

Nek Wan mengangguk-angguk.

"Nek Wan pun suka berkebun dan membaca. Nek Wan pun hebat dalam masak. Cuma tua-tua ni dah tak larat. Nek Wan duduk rumah saja. Menghabiskan masa-masa tua," cerita Nek Wan bersungguh-sungguh.

"Lah sayangnya Nek Wan. Mak saya kata selagi boleh buat, kita buat. Apa kata kita pergi berkebun? Dan kalau Nek Wan hebat dalam memasak, bolehlah Aziq belajar dengan Nek Wan. Lagi satu Nek Wan suka membaca kan? Aziq boleh teman Nek Wan kalau Nek Wan nak," cadang Aziq gembira. Dia sudah berjumpa dengan sekutu sebulu.

Nek Wan tersenyum ceria. Sudah lama dia tinggalkan hobinya itu. Anak dan cucunya tidak ada minat yang sama dengannya.

"Boleh juga. Nek Wan pun gembira kalau begitu. Kamu datangla selalu. Teman Nek Wan," kata Nek Wan.

"InsyaAllah," kata Aziq.

Ellysa dan lain-lain tersenyum melihat Nek Wan yang mesra dengan Aziq.

"Mak... sudahla. Jom pergi berehat. Aziq dan Ellysa nak pergi sambung belajar. Kamu berdua pergilah," tutur Datin Rozita perlahan.

Aziq dan Ellysa mengangguk. Aziq menyalami Nek Wan sebelum beredar. Selepas mereka pergi, Nek Wan bersuara.

"Aku suka budak tu. Kau masuk meminang. Bagus budak tu. Aku suka. Sesuai sangat jadi cucu menantu aku," kata Nek Wan.

"Amboi mak. Budak tu baru saja datang harini... dah minat?" tanya Dato Sharif.

"Itulah mak. Sabarla dulu," sokong Datin Rozita.

"Mata tua aku tak pernah bohong. Aku suka dia. Ini barulah cucu menantu aku. Bukan entah apa-apa. Calon paling sesuai untuk Ellysa. Hormat, baik, pandai," puji Nek Wan tersenyum. Akhirnya dia boleh melihat Ellysa berumah tangga. Dia tahu Aziq akan menjaga cucu tunggal perempuannya itu.

*

*

*

Setelah selesai perbincangan, Aziq mahu pulang ke rumahnya. Sebelum pulang, Nek Wan berjumpa dengan Aziq.

"Aziq... Nek Wan nak kamu jujur dengan Nek Wan," kata Nek Wan sambil memegang tangan Aziq.

"InsyaAllah... apa Nek Wan?" tanya Aziq.

"Kamu suka Ellysa?" tanya Nek Wan terus tanpa berdalih.

Soalan Nek Wan membuatkan dia terkelu.

"Saya ... "


🌹🌹🌹

Jangan lupa vote, komen and share! Preview bab 12!

"Aziq... Aziq nak..." kata Aziq tergantung. Dia sebenarnya risau dengan reaksi mak ayahnya. Takut nanti mak ayahnya jatuh pengsan. Mampus dia!

"Nak apa? Nak kawin?" tanya Puan Salmiah dalam nada gurauan. Encik Zul turut terhibur dengan kata-kata isterinya.

"Betul. Aziq nak kawin," kata Aziq sekilas. Dia memejam mata. Takut untuk membukanya.

"Apa?"jerit Puan Salmiah dan Encik Zul serentak

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro